Anda di halaman 1dari 8

PSIKOLOGI PERSONALITI

Pengenalan
Setiap individu yang wujud di permukaan bumi ini mempunyai sifat, sikap, gaya, dan personaliti
tersendiri. Dikalangan individu juga berbeza beza, maksudnya tidak ada individu yang benar
benar sama dari sifat sifatnya dan setiap individu adalah unik, tetapi berkongsi sama beberapa
sifat tertentu dengan orang lain. Personaliti atau sahsiah melambangkan ciri ciri keperibadian
seseorang individu itu, dan sememangnya mencirikan perbezaan seorang manusia dengan
manusia yang lain. Dua konsep yang perlu diberikan penekanan iaitu tipikal dan berbeza.
Personaliti seseorang adalah mengandungi kesemua ciri psikologi yang secara relatifnya tidak
berubah, yang tipikal (yang biasa terdapat) pada orang tersebut. Contohnya mereka mempunyai
tipikal yang pemurah, pemalu, impulif dan lain lain. Penekanan kedua terhadap istilah berbeza.
Pola pola unik tipikal cara bertindak, berfikir, dan merasa setiap orang adalah yang
menyebabkannya berbeza daripada orang lain.
Definisi Personaliti
Personaliti dan perkataan Inggeris person adalah dua perkataan yang berkait rapat. Pada
umumnya, personaliti akan memperihalkan seseorang individu tersebut tetapi secara khusus,
personaliti adalah sifat sifat yang ada pada seseorang individu seperti cara ia berfikir, beraksi,
beremosi, berpersepsi dan lain lain yang membolehkannya dibezakan dengan orang lain. Oleh
itu, personaliti akan memperihalkan sifat sifat fizikal, emosi, dan kognitif seseorang individu.
Faktor Yang Mempengaruhi Personaliti
Personaliti berkembang atau membentuk kerana ia dipengaruhi oleh tiga faktor, antaranya ialah :
Perwarisan.
Pengalaman.
Budaya.
Perwarisan
Kajian untuk membuktikan kesan perwarian ke atas personaliti ialah melalui kajian kembar
seiras, dimana kembar seiras dibesar di dalam persekitaran yang berbeza, tetapi masih
mempunyai banyak kesamaan yang nyata pada kembar seiras. Dengan kajian ini menunjukkan
bahawa sesetengah ciri pesonaliti adalah diwarisi melalui genetik atau biologikal.
Pengalaman
Personaliti juga dipengaruhi oleh kesan daripada pandangan dengan ibu bapa, kawan
sepermainan, saudara mara dan orang lain. Namun demikian, pengalaman awal kanak kanak
adalah penting dalam mempengaruhi personaliti mereka seterusnya, antaranya ialah :
Perhubungan emosi awal : Kebanyakan ahli psikologi percaya dengan perhubungan emosi awal
kerana ibu ibu menghabiskan banyak masa dengan anak anak mereka, maka mereka
mempunyai peluang yang besar untuk mempengaruhi emosi anak anak dan tingkah laku
seterusnya. Ibu juga merupakan model kepada anak anak mereka.
Penyusuan botol dan penyusuan ibu : Masih terdapat debat tentang mana yang lebih baik
penyusuan botol atau penyusuan ibu. Kebanyakan ibu masih memilih penyusuan ibu kerana
mereka percaya ia boleh mewujudkan perhubungan yang lebih hangat, mesra dan kasih sayang

dengan anaknya. Namun ahli psikologi lebih menekankan cara penyusuan anak, dimana tidak
kira yang diberi itu susu botol atau susu ibu, jika semasa penyusuan itu ibu tidak menunjukkan
kemesraan, kasih sayang kepada anak, maka ini akan menghasilkan anak anak yang
mempunyai personaliti yang kurang sihat.
Rutin amalan pemeliharaan anak : Cara ibu menceraikan susu anak, latihan membuang air
besar dan kecil dan amalan lain yang rutin adalah mempengaruhi pembentukan personaliti bayi.
Sekiranya ibu bapa adalah bertanggungjawab, konsisten, dan memahami, anak anak mereka
akan mampu membentuk sikap dan konfiden yang positif, yang membawa kepada pembentukan
personaliti yang seimbang dan mudah penyesuaian.
Ibu bapa kucar kacir dan anak anak mereka : Sekiranya ibu bapa mewujudkan rumahtangga
yang tidak selamat, begitu juga sekiranya menunjukkan tingkah laku yang tidak konsisten
kepada anak- -anak, saling membenci, maka anak anak akan membentuk kebimbangan.
Rumahtangga yang kucar kacir lebih cenderung menghasilkan anak anak yang tidak gembira.
Keluarga yang autokratik berbanding demokratik : Sesetengah ahli psikologi percaya bahawa
cara pemiliharan anak, sama ada secara autokratik (ibu bapa menggunakan kuasa untuk memberi
arahan dan anak anak hanya menerima arahan) atau demokratik (dimana anak anak diberi
kebebasan secara berpanduan) adalah mempengaruhi perkembangan personaliti anak anak.
Budaya
Tingkah laku boleh disalurkan daripada ibu bapa, komuniti, masyarakat kepada ahli ahlinya
yang baru. Anak anak adalah cenderung meniru tingkah laku mereka yang terdekat dengan
mereka. Faktor faktor persekitaran baik fizikal, budaya mahu pun sosial boleh membentuk
personaliti ahli ahlinya. Kelompok agama, kelompok etnik, komuniti dan malahan kelompok
sosial seperti kelab dan organisasi adalah di antara contoh faktor persekitaran yang berperanan
penting dalam mempengaruhi pembentukan personaliti.
Teori Humanistik
Teori humanistik atau kemanusiaan dikenali sebagai kuasa ketiga di alam psikologi. Teori ini
menumpukan perhatian kepada manusia sebagai insan yang baik, murni dan sentiasa
berkembang ke arah kebaikan. Pakar pakar psikologi kemanusiaan seperti Carl Ransom Rogers
dan Abraham H. Maslow selalu menekankan yang perkembangan diri ke arah kesempurnaan
kendiri individu sebagai pengacara bagi pelbagai tenaga yang bertugas untuk membentuk
personaliti seseorang.

TEORI KAMANUSIAAN CARL ROGERS


Latar Belakang Carl Rogers
Dilahirkan Januari 8 di Oak Park, lllinois, 1902 dan meninggal 1987. Dilahirkan dalam keluarga
yang kuat berdisplin, penuh keagamaan dan bermoral tinggi. Rogers mula belajar di Universiti of
Winconsin dalam bidang pertanian tetapi dua tahun kemudian bertukar kepada bidang
keagamaan di Union Theological seminary di New York. Walau bagaimanapun Rogers keluar
dari kumpulan keagamaan kerana mempertikaikan beberapa doktrin agama serta mempersoalkan
tentang makna kehidupan. Beliau lebih memikirkan dirinya sebagai seorang ahli psikologi
klinikal dan berikutnya beliau terus melanjutkan pelajaran ke Teachers College, Columbia

Universiti dan mendapat Ph.D 1928. Semasa di Columbia, sudah nampak Rogers cuba
mengharmonikan idea idea yang bertentangan seperti fahaman Freudian dengan metod statistik
saintifik. Kemudian fahaman keagamaan dengan fahaman saintifik, gerakhati dengan objektif
dan klinikal dengan statistik.
Rogers mula bekerja sebagai pakar psikologi bertaraf Pengarah di Child Study, Department of
the Society for the Prevention of Cruelty to Children, di Rochester, New York ; Profesor
Psikologi Klinikal di Ohio State Universiti (1940 1943) ; Profesor Psikologi dan Pengarah
Kaunseling di Universiti of Chicago (1945 1957) ; Profesor Psikologi dan Psikiatri di
Universiti of Wisconsin (1957 1963) ; pengarah di Western Behavioral Sciences institute (1963
1968) ; Pengarah di Centre for the Studies of the Person (1968 1987).

Teori Humanistik Mengikut Pandangan Carl Rogers


Carl Rogers adalah satu satunya pakar yang amat mementingkan manusia sebagai manusia, dan
menyangkal keras pandangan yang melihat manusia sebagai objek yang boleh dimanipulasi sama
ada dari dalam atau luar. Beliau juga mementingkan perkembangan manusia yang positif dan
melihat semua manusia sebagai entiti entiti yang baik dan mulia. Semua tingkah laku mereka
didorong oleh pencapaian kesempurnaan kendiri.
Ada beberapa suasana atau keadaan yang dapat membantu manusia untuk berkembang secara
positif. Amir Awang (1987) mencatatkan tiga suasana tersebut, iaitu :
1. Kejujuran, keikhlasan dan kebenaran.
2. Penerimaan tanpa syarat dan perasaan ambil berat.
3. Kefahaman yang mendalam.
Jikalau semua faktor ini ada pada setiap manusia, maka perkembangan diri yang positif ke arah
kesempurnaan kendiri akan berjalan dengan lebih lancar.
Dalam membentuk teori personaliti kemanusiaan, Rogers memberi tumpuan kepada individu dan
kendirinya. Mengikut pendapatnya lagi, seseorang itu mempersepsikan objek serta pengalaman
pengalaman dan memberi makna kepadanya. Sistem persepsi dan pemberian makna yang
berkeseluruhan ini membentuk ruang fenomenal individu berkenaan dan dalamnya, ada
peristiwa yang disedari serta ada yang tidak disedarinya.

Kendiri pula adalah satu organisasi atau aturan persepsi atau gestalt yang konsisten, termasuklah
sebahagian yang ada dalam ruang fenomenal serta hubungan dengan entiti lain seseorang itu
yang dilihatnya sebagai aku, saya atau diri. Pada masa yang sama, Rogers menyatakan
dalam setiap individu wujud satu konsep yang digelar sebagai diri unggul, iaitu bentuk dan
konsep kendiri yang amat diingini oleh individu berkenaan. Diri unggul mempunyai
kompenan- kompenan seperti persepsi dan makna yang releven pada individu tersebut serta
sesuatu yang amat bernilai pada dirinya.
Konsep kendiri yang disarankan oleh Rogers adalah definisi diri yang individu sendiri berikan
kepada diri individu secara sedar apabila menggunakan perkataan saya atau aku. Ada
beberapa fakta yang menarik berkenaan dengan konsep - kendiri Rogers, antaranya ialah :
1. Pandangan Rogers terhadap kendiri sama seperti kefahaman umum psikologi terhadap
persepsi.

2. Kendiri mengandungi sifat configurational, gabungan mewakili satu yang terurus dan
konsisten secara keseluruhan.
3. Kendiri tidak homunculus. Kendiri tidak berbuat apa apa. Seseorang individu tidak
mempunyai satu kendiri yang mengawasi tingkah lakunya, sebaliknya dia mempunyai satu
gabungan pengalaman yang digambarkan sebagai kendiri.
4. Gabungan pengalaman dan persepsi, dikenali sebagai kendiri, pola timbul dalam kesedaran.
Jika definisi kendiri terlibat dengan ukuran yang tidak sedar, sukar dioperationaliskan untuk
membut kajian.
Walau bagaimanapun, pergerakan individu ke arah kesempurnaan kendiri tidaklah selalunya
lancar seperti yang diharapkan oleh setiap individu. Dimana manusia terpaksa melalui beberapa
rintangan, terutama sekali yang berkaitan dengan hal konsistensi kendiri dan kongruens untuk
mencapai matlamat. Maksud konsistensi kendiri adalah kecenderungan organisma
mengekalkan struktur dirinya iaitu kesamaan persepsi diri yang dilihat dari luar, tidak pula dari
dalam seperti yang ada pada konsep kendiri.
Manakala kongruens pula bermaksud suasana yang nyaman dan konsisten yang wujud diantara
kendiri dengan pengalaman seseorang. Walau bagaimanapun, seseorang sering mengalami
keadaan tak kongruens, dimana kedaaan ini berlaku apabila wujud ketidaksamaan di antara
kendiri yang dipersepsikan dengan kendiri yang sebenar. Keadaan ini akan menimbulkan
kebingungan, ketidakselesaan dan ketegangan dalam diri individu. Jikalau keadaan ini
berpanjangan, individu akan mengalami anxieti, iaitu hasil ketidaksamaan di antara pengalaman
dan persepsi kendiri. Terdapat dua cara untuk mengatasi keadaan tak kongruens :
1. Dengan cara menafikan kewujudan pengalaman yang tidak konsisten dan cara ini akan
mengekalkan konsep dan struktur - kendiri yang sedia ada pada individu berkenaan.
2. Menggunakan kaedah pertahanan yang lebih kerap iaitu pengherotan. Pengherotan bermaksud
individu akan mengherot makna pengalaman yang dirasai dan individu berkenaan akan hanya
membenarkan sesuatu pengalaman yang konsisten dan tidak bercanggah dengan konsep
kendiri, iaitu ke dalam kesedaran.
Pada masa yang sama, manusia juga memerlukan perhatian yang positif, iaitu keperluan
disayangi, disukai, dihormati, disanjung, diterima dan dikasihi oleh orang lain. Namun, manusia
tidak sentiasa mendapat perhatian yang positif yang amat diperlukan.
Oleh itu, Rogers menekankan kepentingan kongruens antara diri yang dipersepsi dengan diri
yang dialami supaya seseorang dapat berkembang ke arah kesempurnaan kendiri. Ini bermakna
individu harus menerima diri dan pengalamannya dan menjadikan diri berfungsi sepenuhnya
bagi mencapai kesempurnaan kendiri yang didamkan
Rumusan Metodologi
Kendiri pula adalah satu organisasi atau aturan persepsi atau gestalt yang konsisten,
termasuklah sebahagian yang ada dalam ruang fenomenal serta hubungan dengan entiti lain
seseorang itu yang dilihatnya sebagai aku, saya atau diri. (Rogers, 1959).
Pada masa yang sama, Rogers menyatakan dalam setiap individu wujud satu konsep yang
digelar sebagai diri unggul, iaitu bentuk dan konsep kendiri yang amat diingini oleh individu
berkenaan. (Patterson, 1984).
Konsep kendiri yang disarankan oleh Rogers adalah definisi diri yang individu sendiri

berikan kepada diri individu secara sedar apabila menggunakan perkataan saya atau aku.
(Rychlak, 1973).
Rogers mengatakan yang sesuatu organisma mempunyai satu kecenderungan asas iaitu untuk
menyempurnakan, mengekal dan menambah pengalamannya. (1951).
Sistem ini bukanlah bertujuan untuk mendapatkan nikmat atau untuk mengelakkan kesakitan,
tetapi hanya untuk mengekalkan struktur yang sedia ada. (Pervin, 1984).
Pengherotan bermaksud individu akan mengherot makna pengalaman yang dirasai dan individu
berkenaan akan hanya membenarkan sesuatu pengalaman yang konsisten dan tidak bercanggah
dengan konsep kendiri, iaitu ke dalam kesedaran. (Rogers, 1951).
Pada masa yang sama, manusia juga memerlukan perhatian yang positif. (Rogers, 1959).
Kritikan
Walaupun pengalaman subjektif merupakan sumbangan ia juga merupakan limitasi kajian
saintifik. Kelemahan yang dihadapi ialah :
Tiada definisi jelas bagi personaliti.
Sukar mengoperasikan konsep konsep untuk diuji.
Masalah menerima laporan kendiri sebagai bukti.
Kekurangan arahan dalam kaunseling menyusahkan sesetengah individu.
TEORI KEPERLUAN ABRAHAM MASLOW
Latar Belakang Abraham Maslow
Abraham Maslow dilahirkan di Brooklyn, New York dalam tahun 1908. Bapanya bernama
Samuel Maslow dan ibunya bernama Rose. Abraham Harold Maslow lebih menyayangi bapanya
dari ibunya. Maslow menganggap ibunya seorang yang amat kuat beragama dan kadangkalanya
membuat dirinya serba salah. Ibunya sering membandingkan Maslow dengan adik adiknya
yang lain, dan lebih menyayangi mereka daripada Maslow. Maslow juga sering dihina oleh
ibunya. Pada zahirnya Maslow pernah menyatakan rasa marah dan benci ke atas ibunya. Semasa
ibunya meninggal dunia, Maslow enggan menghadiri upacara pengkebumian ibunya.
Maslow amat menyayangi bapanya Samuel. Maslow sering dianggap sebagai anak bapa dan
bukannya anak emak. Beliau sering menganggap bapanya sebagai kawan.
Abraham Maslow mendapat ijazah pertama dan PhD dari Universiti Wisconsin dalam tahun
1934. Selepas mendapat ijazah doktor falsafah, beliau bekerja di Brooklyn College (1937 1951). Dalam tahun 1951, beliau meneruskan kerjayanya di bidang akademik di Universiti
Brandeis, Massachusetts. Beliau pernah dilantik sebagi Pengerusi Jabatan Psikologi selama 10
tahun di universiti yang sama. Sepanjang kerjayanya, beliau banyak menghasilkan artikel
artikel berkaitan dengan perasaan dirinya sendiri, pandangan terhadap insan juga perasaan ke
atas kesihatan dirinya.
Maslow berkahwin pada tahun 1928 dengan Bertha, dan beliau telah meninggal dunia di usia 62
tahun akibat penyakit serangan jantung.

Teori Humanistik Mengikut Pandangan Abraham Maslow


Maslow melihat individu sebagai sesuatu yang berintergrasi dan penyusuan keseluruhan.
Contohnya, seorang insan yang lapar, ianya bukan sebahagian daripada diri individu tersebut,
sebaliknya keseluruhan diri individu menunjukkan rasa lapar. Teori Maslow ini ada berkaitan
dengan personaliti, dan menitikberatkan beberapa andaian yang berkaitan dengan motivasi.
Beliau menekankan keseluruhan diri individu bergerak, bukan hanya sebahagian daripada
individu.
Maslow menganggap motivasi sebagai sesuatu yang kompleks, dimana tingkah laku luaran yan
diperlihatkan oleh manusia. Beliau juga menganggap, individu akan terus bermotivasi oleh
kerana sesuatu matlamat. Matlamat ini dianggap sebagai keperluan yang perlu dipenuhi oleh
semua manusia tanpa mengambil kira budaya, persekitaran dan perbezaan generasi.
Personaliti yang dibincangkan oleh Maslow lebih kepada keperluan individu. Maslow sering
mengaitkan perkembangan personaliti dengan motivasi. Motivasi lahir dari keperluan yang
diperolehi oleh setiap individu. Maslow berpendapat sebilangan keperluan dalaman yang
menggerak serta mengarahkan perlakuan yang dipamerkan oleh individu. Keperluan yang
ditunjukkan oleh Maslow boleh dilihat dalam bentuk hieraki.
Menurut beliau keperluan di tahap yang paling bawah/keperluan fisiologi harus dipenuhi terlebih
dahulu sebelum seseorang individu memikirkan tahap kedua. Dengan kata lain keperluan di
peringkat kedua tidak akan wujud jika keperluan diperingkat pertama tidak mencapai tahap
kesempurnaan.
Maslow juga menyebut terdapat perbezaan diantara keperluan peringkat bawah dengan
keperluan di peringkat tinggi. Antaranya :
Keperluan di peringkat tinggi wujud lewat di dalam pertumbuhan diri kita dan kewujudannya
secara beransur ansur. Oleh kerana lebih tinggi keperluan itu ianya lebih istimewa kepada
individu tersebut.
Keperluan fisiologi wujud sebaik sahaja individu lahir di dunia.
Keperluan penghargaan kendiri timbul di peringkat remaja dan dewasa. Manakala keperluan
kesempurnaan kendiri wujud selepas pertengahan umur.
Kepuasan memenuhi keperluan di peringkat tinggi akan membawa erti yang mendalam kepada
diri individu tersebut, seperti gembira. Keperluan di peringkat tertinggi (keperluan kesempurnaan
kendiri) dianggap sebagai keperluan pertumbuhan.
Keperluan keperluan di peringkat rendah, adalah keperluan yang semestinya dilalui oleh
setiap individu bagi mengekalkan kestabilan.
1. Keperluan Fisiologi
Keperluan manusia yang paling asas adalah untuk hidup. Manusia perlukan udara, air, makanan
dan tempat tinggal bagi memenuhkan kehendak pertama dan utama ini. Pada masa ini, keperluan
lain tidak sama sekali menjadi tumpuan selagi kehendak asas ini dipenuhi.
2. Keperluan Keselamatan
Setelah keperluan ini dicapai, manusia akan mencari keselamatan hidup, kestabilan kerja, jagaan
masyarakat, undang undang serta membebaskan diri daripada ancaman luaran mahupun
dalaman. Tahap keselamatan ini amat diperlukan bagi menjamin kesejahteraan hidup.

3. Keperluan Kasih Sayang dan Kepunyaan


Dalam memenuhkan keperluan kasih sayang pula, manusia perlukan hubungan dengan insan
lain. Kita semua pada asasnya ialah haiwan yang bersosial, iaitu kita perlukan kasih sayang
daripada orang lain. Oleh itu manusia ini sememangnya tidak boleh wujud bersendirian.

4. Keperluan Penghargaan Kendiri


Tahap seterusnya adalah kehendak untuk penghargaan kendiri. Kita mahu berkuasa, sekurang
kurangnya ke atas diri kita sendiri. Pada masa yang sama, kita juga perlukan kekuatan,
kebolehan, kepakaran serta kebebasan. Seterusnya manusia ingin dihormati, disanjungi dan
kehendak status dalam hidup.
5. Keperluan Kesempurnaan Kendiri
Akhir sekali usaha manusia yang teragung adalah untuk mencapai kesempurnaan kendiri. Semua
tahap kehendak sebelum ini perlu dipenuhi terlebih dahulu sebelum seseorang itu inginkan
kesempurnaan kendiri.
Ciri Ciri Individu Yang Telah Mencapai Kesempurnaan Kendiri
Mengikut Maslow manusia yang mempunyai kesempurnaan kendiri merupakan manusia yang
telah mencapai perkembangan personaliti tertinggi dan telah dapat menrealisasikan pontesinya.
Ciri ciri personaliti manusia yang telah mencapai tahap kesempurnaan kendiri ialah,
antaranya :
Mencapai perkembangan moral yang tinggi iaitu lebih mengutamakan kebajikan orang lain.
Mempunyai komitmen yang tinggi terhadap tugas dan pekerjaan.
Mempunyai pegangan hidup yang kukuh, jujur, bertindak berdasarkan kepada apa yang
dipercayainya walaupun tidak popular.
Tidak berminat untuk menjadi pengikut kepada suasana semasa seperti fesyen, adat resam, dan
seumpamanya.
Seronok bersama kawan kawan tetapi tidak bergantung kepada mereka.
Seronok dengan kehidupan yang mencabar dan yang baru.
Bersikap objektif.
Rumusan Metadologi
Maslow (1968) melihat manusia sebagai insan yang baik serta mulia dan mempunyai dorongan
sejadi untuk berkembang ke arah kesempurnaan kendiri.
Pencapaian keperluan penghargaan kendiri akan membolehkan manusia rasa punyai harga diri,
berkebolehan, berguna dan boleh berjasa kepada masyarakat (Maslow, 1954).
Maslow (1954) menyatakan bahawa jikalau seseorang berupaya mencapai tahap kesempurnaan
kendiri tetapi tidak berusaha ke arahnya, maka ia akan mengalami kegelisahan dan keresahan
dalam hidup.

Kritikan
Teori Maslow sungguh terkenal dalam bidang psikologi dan juga bidang bidang lain seperti
bidang pengurusan, bidang kejururawatan dan bidang pendidikan. Hierarki keperluan yang
dikemukakan oleh Maslow dianggap sebagai sesuatu yang logik dan mudah. Tetapi ianya
dianggap kompleks apabila kemungkinan wujud tingkah laku secara sedar.

Anda mungkin juga menyukai