Anda di halaman 1dari 2

Apa Yang Perlu Ada Dalam Fail PBS Guru Subjek?

Senarai kandungan Fail PBS bagi sesuatu guru matapelajaran perlu lah
mengandungi beberapa perkara seperti yang telah ditetapkan. Antaranya adalah
Maklumat mengenai Guru, Dokumen Penting, Pengurusan PBS dan Surat-surat
lain yang berkenaan dengan PBS. Buat yang tercari-cari maklumat ini, jom kita
tengok dengan lebih mendalam setiap perkara tersebut.

Senarai Kandungan Fail PBS Guru Mata pelajaran


1. Maklumat Guru
- Biodata Guru
- Jadual Waktu
- Surat Pelantikan
2. Dokumen
- Dokumen Standard Kurikulum
- Dokumen Standard Prestasi
- Manual Pentaksiran Pusat
- Pemetaan
3. Pengurusan PBS
- Instrumen Pentaksiran
- Senarai Semak Instrumen Pentaksiran
- Rekod Transit SPPBS
- Rekod Evidens
- Laporan Pentaksiran Sumatif
4. Lain-lain
- Surat Pekeliling Lembaga Peperiksaan / Surat Siaran JPN
- Minit Mesyuarat / Minit Curai
- Laporan Pelaksanaan PBS
Semoga perkongsian ini dapat membantu rakan guru yang masih tercari-cari
bahan atau maklumat untuk menyediakan fail pengurusan PBS bagi subjek
masing-masing. Selamat berPBS!

# Terima kasih atas maklumbalas yang diberikan pada komen di bawah. YA!
DSP sudah digantikan dengan PPPM bermula April 2014 selepas PBS
ditambahbaik. Maka mana bahagian yang berkenaan, sila gantikan dengan yang
sesuai.

Tegurlah dengan lebih berhemah. Sama-sama masih belajar. Terima kasih!

Anda mungkin juga menyukai