Anda di halaman 1dari 8

Bab 1 Isnin

Seorang perempuan tua (nenek) tiba-tiba muncul tepat jam 6:20 Subuh Isnin di
hadapan pintu pagar rumah Tuan Haji Syakir. Sukma, anak Tuan Haji Syakir ingin
membuka pintu pagar rumah tetapi dihalang oleh ibunya, Puan Delia atas alasan
tidak mengenali perempuan tua tersebut. Sukma yang tidak mengendahkan
nasihat ibunya terus membuka pintu pagar. Malangnya, perempuan tua tersebut
sudah tiada. Keadaan ini menimbulkan tanda tanya kepada Sukma sehingga dia
tidak dapat menumpukan perhatian pada kuliah kegemarannya iaitu Tamadun
Islam Melalui Seni Bina yang diajar Profesor Darul.
Bab 2 Selasa
Pada jam 6:20 pagi Selasa, seorang lelaki muda muncul di hadapan pintu pagar
rumah Tuan Haji Syakir. Sukma dihalang oleh ibunya daripada membuka pintu
pagar kerana tidak pernah berjumpa dengan lelaki tersebut atau berhutang apa-apa
dengannya. Tanpa menghiraukan amaran ibunya, Sukma membuka pintu pagar
tetapi lelaki tersebut sudah tiada. Sukma bertanyakan tentang lelaki tersebut
kepada ayahnya dan Haji Rashid. Mereka berpendapat mungkin lelaki tersebut
tinggal berdekatan dengan kawasan tempat perumahan mereka dan berhasrat
untuk menyatakan masalahnya. Di kawasan rehat kuliah, Sukma dan Teja
berkenalan dengan seorang anak muda bernama Rafiq iaitu seorang pelajar baharu
yang tinggal dan belajar di Washington sebelum itu. Dalam pada itu, Sukma
tertanya-tanya siapakah diri Rafiq sebenarnya dan sebab dia tiba-tiba
memperkenalkan diri seolah-olah ingin bersahabat atau Sukma dilanda perasaan.
Bab 3 Rabu
Sukma menunggu kehadiran tetamu 6:20 di balkoni kamar namun dia disindir oleh
ibunya. Ibunya menyatakan bahawa Sukma kelihatan resah dan mencadangkan
agar Sukma berjumpa dengan kaunselor. Di pintu pagar, muncul 2 ekor kucing jenis
Burman iaitu seekor berwarna hitam dan seekor berwarna putih. Namun kucing itu
menghilang ketika Sukma membuka pintu pagar. Ayah Sukma mengajak Sukma ke
Majlis Sumbangan Amal Persatuan Kraf Wanita Daerah yang kemungkinan dihadiri
juga oleh Iskandar, kawan Sukma. Sukma akur dengan permintaan ayahnya. Di
dewan kuliah itu Rafiq Mustaqeem, pelajar cemerlang semasa sama-sama menuntut
dengan Profesor Darul di Amerika Syarikat menerangkan topik Kemasyarakatan
Islam. Sukma pula masih tertanya-tanya tentang tetamu misteri 6:20.
Bab 4 Rabu Malam
Sukma yang mengikut ayahnya ke majlis melibatkan orang kampung dan ahli
persatuan telah bertemu dengan Ehsan berusia 3 tahun yang menghidap penyakit
jantung dan penyakit kulit. Di majlis tersebut juga, Sukma bertemu dengan Rafiq
dan Iskandar . Sukma tidak suka bercakap dengan Iskandar kerana Iskandar suka

menyalahkan pentadbiran, merendahkan orang lain, suka melihat sesuatu dari


sudut yang songsang dan suka meniru gaya barat. Ketika di majlis itu juga, Sukma
ternampak perempuan tua (nenek) yang muncul di pintu pagar rumahnya pada
6:20 subuh Isnin tetapi tidak berkesempatan berjumpa dengannya.

Bab 5 Khamis
Jam 6:20 pagi Khamis, seorang kanak-kanak lelaki berusia 5 tahun berdiri di pintu
pagar Tuan Haji Syaqir. Sebaik ternampak kanak-kanak lelaki tersebut, Sukma
bergegas ke arahnya untuk bertanya soalan. Kanak-kanak tersebut ketakutan dan
melarikan diri. Ibu memarahi Sukma kerana membuka pintu pagar disebabkan dia
bimbang akan keselamatan Sukma. Di bilik kuliah, Alvin bertanyakan sebab Jerry
berada di Kelab WX2. Sukma dan Teja tertanya-tanya tentang kelab tersebut
kerana mereka tidak pernah mendengar tentangnya. Alvin menerangkan bahawa
kelab tersebut ialah kelab hiburan yang mengandungi muzik metal ekstrem dan ahli
kelabnya sentiasa berkumpul di dalam bilik yang dipanggil ruang sepi bagi
mendalami ilmu mencari realiti. Sukma dan rakan-rakannya berkumpul kerana
mencari bahan kajian isu peperangan dan penindasan melanda dunia. Jerry
memberitahu Sukma tentang Kelab WX2 dan menyatakan Iskandar juga terlibat
dalam kelab tersebut.
Bab 6 Khamis Malam
Sukma memberitahu ayahnya tentang kemunculan tetamu misteri pada jam 6:20 di
depan pintu pagar rumah mereka. Sukma meminta ayahnya mencari tetamu
tersebut untuk mengetahui sebab mereka hadir ke rumah mereka. Ibu mengatakan
bahawa Sukma stres dan mencadangkan kepada ayahnya supaya membawa Sukma
pergi melancong. Teja mengajak Sukma ke Kafe Flora iatu kafe milik ibu
saudaranya, Su Ani yang berkonsepkan tradisional. Di sana, mereka berkenalan
dengan ahli kumpulan Waris Cinta iaitu sekumpulan 30 orang anak muda dari
Sarawak yang mengadakan persembahan tarian tradisi. Sukma bertukar-tukar
pandangan dengan Reny tentang seni tradisi. Sukma menyatakan bahawa dia ialah
guru zapin yang mengajar tarian zapin kepada kanak-kanak berusia 5 hingga 12
tahun di kawasan perumahannya.
Bab 7- Jumaat
Jam 6:20 pagi, Sukma menunggu di bangku rehat berdekatan pintu pagar rumahnya
untuk menemui kanak-kanak yang pernah muncul sebelum itu. Kanak-kanak
tersebut lapar dan Sukma mengajaknya masuk ke rumah untuk memberinya
makanan. Nama kanak-kanak itu ialah Aim. Ibu memarahi Sukma kerana
membawa kanak-kanak tersebut masuk ke rumah. Aim yang terdengar suara ibu
melarikan diri keluar. Apabila Sukma ingin mencari Aim, dia terserempak dengan
Pak Rashid. Sukma mengajak Pak Rashid mencari Aim di kawasan sekitar

perumahannya. Apabila tidak menemui Aim, mereka pulang ke rumah. Ros


menyapa Sukma dan bertanya sebab dia bergegas keluar dengan Pak
Rashid. Sementara itu, ibu mencari jawapan tentang kerisauan yang melanda
Sukma. Ibu beranggapan Sukma banyak berubah dan merahsiakan sesuatu
daripadanya. Sukma menduduki peperiksaan untuk kuliah Profesor Darul. Selepas
peperiksaan, Sukma dan rakan-rakannya berbincang tentang istilahterrorism. Rafiq
pula menegur Jerry yang kelihatan seperti tidak cukup tidur. Rafiq memberitahu
bahawa dia dan Alvin ternampak Jerry dan mengetahui aktiviti yang dilakukannya
semalam.
Bab 8 Jumaat Petang
Sukma, Teja, Alvin dan Rafiq menunggu kedatangan Jerry yang ingin berjumpa
dengan mereka di belakang rumah kedai tidak jauh dari Kelab WX2 pada jam 6.00
petang namun Jerry tidak muncul sehingga 6.20 petang. Di seberang jalan, Sukma
ternampak anak muda yang pernah muncul di pintu pagar rumahnya. Sukma pergi
ke arah lelaki tersebut untuk mendapatkan penjelasan tentang kehadiran dia di
hadapan pintu pagar rumahnya namun lelaki tersebut terpinga-pinga sahaja. Rafiq
pula menarik Sukma untuk bergerak ke arah Jerry yang dilihatnya di pintu Kelab
WX2 bagi berjumpa dengannya. Jerry menyatakan dia tidak dapat bercakap
dengan mereka tetapi berjanji untuk berjumpa dengan mereka pada malam
itu. Sukma keliru tentang kewujudan Kelab WX2 yang boleh mendapat lesen
perniagaan
sedangkan
kelab
tersebut
mengajar satu
fahaman
yang
meragukan. Iskandar pula muncul di Kelab WX2 dan mempersoalkan kehadiran
Sukma dan Rafiq di situ. Sukma menyatakan bahawa dia mengetahui tentang WX2
dan ruang sepi. Iskandar memujuk Sukma supaya balik ke rumah tetapi Sukma
berkeras ingin masuk ke Kelab WX2. Akhirnya hanya Iskandar yang memasuki
kelab dan Sukma hanya memerhatikannya.
Bab 9 Jumaat Malam
Sukma resah memikirkan tetamu misteri 6:20, Jerry yang menghadapi krisis diri,
Kelab WX2 dengan ruang sepi yang menjadi tarikan kepada anak muda dan
Iskandar yang berkelakuan pelik. Rafiq mengajak Sukma untuk berjumpa di Kafe
Flora untuk berbincang tentang Jerry dan beberapa perkara lain. Ketika ingin keluar
rumah, Ros menegur Sukma lantas menawarkan diri untuk menghantar Sukma ke
Kafe Flora. Di dalam kereta, Ros menyatakan bahawa dia ingin menjenguk Kelab
WX2 dan mengingatkan Sukma supaya berhati-hati. Sukma berjumpa dengan Rafiq
dan Rafiq memberitahu bahawa dia mengenali lelaki yang pernah muncul di pintu
pagar rumah Sukma pada Selasa lalu. Lelaki tersebut ialah Abang Aim iaitu pekerja
di ladang ayahya tetapi telah menghilang enam bulan lalu. Walau bagaimanapun,
Abang Aim telah berjumpa dengan ayahnya untuk meminta maaf dan menceritakan
masalahnya pada minggu lalu. Sukma meminta Rafiq untuk membawanya bertemu

dengan Abang Aim bagi merungkaikan misteri tetamu 6:20. Rafiq juga
memberitahu bahawa Jerry telah datang berjumpa dengannya dan Alvin. Jerry
menyatakan bahawa Kelab WX2 tidak berbahaya dan ruang sepi adalah tempat
remaja berkumpul, berbincang dan berbual. Walau bagaimanapun Sukma
mengesyaki Rafiq tidak menceritakan hal sebenar kepadanya. Rafiq menjelaskan
bahawa dia tidak dapat menceritakan hal sebenar kerana tidak dibenarkan oleh
Jerry. Akhirnya, Sukma dan Rafiq mengambil keputusan untuk ke rumah Jerry tetapi
mereka berjumpa dengan Jerry yang berpakaian serba hitam di dalam bas yang
dinaiki oleh mereka. Selepas berhenti, Sukma bertanya tentang penampilan Jerry
yang berubah itu. Jerry menjelaskan bahawa hidupnya kosong dan segala aturan
hidupnya ditentukan oleh ibu dan bapanya. Jerry juga menyatakan bahawa dia
bergembira apabila berada di Kelab WX2 kerana dia bebas bersuara dan membuat
pilihan.
Bab 10 Sabtu
Sukma bertemu dengan perempuan tua (nenek) yang muncul di pintu pagar
rumahnya pada pagi Isnin lalu. Sukma bertanya tentang asal usulnya. Nenek
tersebut memberitahu bahawa rumah Sukma panas dan meminta Sukma
menyejukkannya. Sukma juga diminta untuk meredakan suasana yang tidak aman
di dalam rumah. Sukma manjadi hairan dengan pesanan nenek itu. Sukma
berjumpa dengan Teja. Rafiq dan Alvin di Kafe Flora. Kedatangan mereka disambut
oleh Reny. Reny memberitahu bahawa dia mengenali Iskandar dan juga
mengetahui tentang ruang sepi di Kelab WX2. Sukma ke Kelab WX2 dan
memasukinya. Setelah melihat di sekeliling kelab, Sukma
mendapati bahawa kelab tersebut tidak langsung menampakkan ciri-ciri kelab
muzik rock metal yang ekstrem tetapi lebih kepada kelab ekslusif.

Bab 11 Sabtu Lagi


Sukma berjumpa dengan Iskandar di Kelab WX2. Sukma berasa agak terkejut
dengan sikap Iskandar yang begitu ramah dengannya berbanding dengan sebelum
ini. Iskandar seronok menceritakan tentang aktiviti yang dijalankan di kelabnya itu,
bukan sahaja mendendangkan lagu-lagu bahkan terdapat juga persembahan
wayang kulit yang diundang khas dari Kelantan. Sukma berasa hairan kerana tidak
mengetahui kehadiran WX2 di situ. Sambil menurunkan kerusi dari atas meja,
Iskandar dan Sukma bercerita tentang rakan mereka yang bernama Reny dan misi
kelab mereka. Sukma berlegar-legar di ruang kelab itu dan merasakan ada sesuatu
yang tidak kena dengan kelab tersebut terutama sikap Iskandar yang mula
menampakkan keganjilan apabila Sukma bertanyakan tentang Jerry. Reny tiba-tiba
muncul dan memohon maaf kepada Sukma. Sukma terus mendesak rasa ingin
tahunya tentang fungsi kelabnya itu kepada Reny dan Iskandar. Iskandar

menyakinkan Sukma bahawa kelab tersebut hanyalah ruang untuk perdebatan dan
perkongsian idea.
Bab 12 Sabtu Siang
Sukma berjumpa Aim (kanak-kanak) di Kedai Runcit Ah Leong. Sukma
mendapatkan penjelasan daripada Aim sebab-sebab kedatangannya pada waktu
Subuh di rumah Sukma. Aim merupakan anak yatim piatu dan cucu kepada
Nenek. Aim melewati rumah Sukma pada Subuh hari itu kerana ingin mengikuti
neneknya ke pasar untuk berniaga buah-buahan. Sukma mengajak Aim ke
rumahnya. Teja dan Rafiq telah menunggu di rumah Sukma. Teja menanyakan
tentang Kelab WX2 kepada Sukma. Sukma menjelaskan bahawa keadaan kelab
tersebut berbeza dengan yang diceritakan oleh Alvin dan Jerry. Teja juga pernah
dua kali memasuki kelab tersebut. Dia ingin mendapatkan kepastian daripada
Sukma tentang ruang sepi kelab itu. Ruang sepi itu merupakan tempat yang
penting bagi kumpulan yang dianggotai Iskandar dan rakan-rakannya. Kewujudan
ruang sepi itu begitu menjadi tanda tanya kepada Sukma. Sedang mereka
berbincang, ibu Sukma balik ke rumah bersama-sama pemandu kereta mereka iaitu
Pak Rashid. Sukma meminta Teja membawa Aim ke biliknya. Rafiq meminta izin
pulang. Sukma berusaha membawa Teja dan Aim keluar dari biliknya tanpa
pengetahuan ibunya setelah mendapat pandangan daripada bapanya. Namun
begitu, apabila mendapati Aim tertidur di dalam biliknya, Sukma hanya meminta
Teja pulang dahulu. Sukma cuba mendapatkan penjelasan daripada Pak Rashid
tentang ibunya yang sering keluar pagi-pagi hari. Namun, Pak Rashid tidak
memberitahu apa-apa dan hanya meminta Sukma mencari jawapannya sendiri
tetapi dia sedia membantu.
Bab 13 Sabtu Petang
Selepas solat Asar, Sukma turun ke tingkat bawah untuk meninjau situasi sebelum
membawa Aim keluar dari biliknya. Ketika itu juga ibunya memanggil Sukma dan
menunjukkan buku yang dibelinya untuk Sukma. Buku itu menceritakan tentang
cara-cara menangani tekanan. Sukma tidak menyenangi cara ibunya yang
menyangka dia mengalami tekanan jiwa. Tuan Haji Syaqir cuba menenangkan
keadaan dengan menanyakan masalah Sukma dan meminta Sukma memohon maaf
kepada ibunya nanti. Sukma berjanji akan meminta maaf dengan ibunya atas
sikapnya tadi. Sukma lebih tertarik untuk berbincang dengan ayahya tentang
masalah remaja yang berlaku kini. Akan tetapi Tuan Haji Syaqir meminta Sukma
mendapatkan keterangan lanjut daripada Kak Ros. Sukma tahu ayahnya telah
melaksanakan pelbagai program kepada remaja di tempatnya namun begitu ada
yang tidak diketahui oleh Tuan Haji Syaqir tentang wujudnya ideologi yang
mempengaruhi pemikiran remaja tersebut.

Bab 14 Sabtu Malam


Aim membawa Sukma, Teja dan Rafiq ke rumahnya untuk bertemu dengan Abang
Aim. Menurut Rafiq, Abang Aim tinggal di sebuah pondok di belakang rumah Tuk
Siak. Ayah
Rafiq
telah
menawarkan
pekerjaan
kepadanya
tetapi
dia
menolaknya. Ketika Abang Aim berjumpa dengan ayah Rafiq, dia telah diberikan
wang sebanyak RM 500.00 walaupun Abang Aim menolak. Masyarakat di situ tidak
suka kepada Abang Aim kerana dikatakan menghidap AIDS. Abang Aim menasihati
Sukma supaya berhati-hati dan memintanya membongkar rahsia yang
menyelubungi rumahnya. Tiba-tiba, Iskandar datang untuk menjelaskan tentang
ruang sepi kepada Sukma. Sukma pula mendapatkan kepastian daripada Iskandar
tentang kehilangan Jerry. Iskandar sendiri tidak mengetahui ke mana Jerry
menghilang sebaliknya dia menerangkan kebebasan membuat pilihan dalam
hidup. Sukma beranggapan bahawa kebebasan memilih haruslah yang positif dan
bukannya yang menghancurkan hidup sendiri. Sukma meninggalkan rumah Abang
Aim dan menghantar Aim (kanak-kanak) ke rumah neneknya. Sukma meminta
maaf daripada nenek kerana terlambat menghantar Aim pulang. Nenek seorang
bidan dan pengasuh kepada Sukma pada masa lalu. Nenek menceritakan keadaan
kelahiran Sukma dan Puan Delia yang sakit dan dia sendiri menjaga Sukma selama
2 bulan. Nenek juga memberitahu tentang cucunya yang hampir seusia Sukma
meninggal dunia kerana demam panas. Sukma juga mendapati gambarnya yang
ketika berusia 4 bulan ada tergantung di rumah nenek itu. Semua yang diceritakan
oleh nenek dan jam 6:20 menjadi tanda tanya kepada Sukma.
Bab 15 Sabtu Malam yang Sama
Sukma terjumpa dengan Jerry yang kelihatan tidak terurus. Jerry tidak mahu Sukma
mencampuri urusan peribadinya kerana itu adalah pilihannya sendiri. Sukma dan
Rafiq memujuk Jerry supaya pulang ke pangkal jalan. Mereka membawa Jerry ke
dalam kereta. Jerry menangis atas kesilapan yang dilakukannya. Sukma memujuk
dan meminta Jerry menceritakan semua yang telah berlaku. Jerry hanya meminta
Rafiq dan Sukma menghantarnya pulang kerana dia telah lama meninggalkan
rumahnya. Selepas menghantar Jerry pulang, Sukma dan Rafiq pergi ke rumah
Abang Aim untuk mendapatkan penjelasan tentang Kelab WX2. Sukma telah
bersedia mendengar segala penjelasan daripada Abang Aim. Menurut Abang Aim,
dia tidak menyuruh nenek dan cucunya pergi ke rumah Sukma pada pukul 6:20 pagi
yang lalu. Ayah Sukma juga tidak tahu apa-apa yang telah berlaku. Anggota kelab
itu sangat ramai dan mereka sanggup berbuat apa-apa sahaja untuk memastikan
agenda dan perancangan mereka terhasil. Mereka sangat cekap sehingga boleh
menghilangkan segala bukti yang ada. Pengikut kumpulan ini juga terdiri daripada
80% remaja berusia antara 15 hingga 21 tahun. Mereka terdiri daripada pelajar
yang cemerlang. Mereka tidak mengganggu Sukma kerana menghormati ibunya

Puan Delia. Sukma pulang ke rumah dan diberitahu oleh ayahnya bahawa Kak Ros
ingin berjumpa dengannya. Sukma cuba mendapatkan sokongan serta pendapat
ayahnya tentang Kelab WX2. Dia berusaha meyakinkan ayahnya supaya mengambil
tindakan terhadap kelab itu dan ibunya Puan Delia. Iskandar tiba-tiba datang ke
rumah Sukma dan meminta Sukma tidak melakukan apa-apa kerana mereka ramai
serta berada di serata tempat. Menurut Iskandar, mereka membunuh secara
psikologi. Namun begitu, Sukma telah bertekad untuk melaporkan kepada Kak Ros
yang merupakan anggota polis. Dia juga meminta Kak Ros mendapatkan segala
maklumat tentang kegiatan kumpulan itu daripada Jerry dan Iskandar.
Bab 16 Ahad
Iskandar datang untuk berjumpa dengan Sukma tetapi telah didahului oleh Puan
Delia, ibu Sukma. Prasangka kepada ibunya semakin kuat kerana sikap ibunya yang
kelihatan seperti merahsiakan sesuatu. Nenek dan Aim (kanak-kanak) datang ke
rumah Sukma untuk menunjukkan kubur anaknya iaitu ayah Aim yang mati kerana
menanyakan kebenaran. Sukma cuba mendapatkan penjelasan daripada nenek
tentang ibunya yang terlibat dalam kumpulan tersebut. Titisan air mata nenek
seperti membenarkan apa-apa yang telah diterangkan oleh Abang Aim. Sukma
pulang ke rumah dan mendapati ibunya telah keluar dengan menggunakan kereta
ayahnya. Sukma mengajak Kak Ros ke Kelab WX2 dan meminta ayahnya
melaporkan kepada pihak berkuasa. Sukma menjelaskan segala yang telah berlaku
dan siapa ibunya yang sebenar kepada ayahnya.
Bab 17 Ahad Pagi
Pada pagi Ahad, Teja dan Rafiq telah menunggu Sukma di hadapan Kelab WX2. Kak
Ros dan Sukma serta rakan-rakannya telah memasuki premis Kelab WX2 tetapi
tidak menemui sebarang maklumat yang mencurigakan. Jerry telah datang untuk
berjumpa Sukma dan memberitahu bahawa dia bersama-sama keluarganya akan
pergi dari daerah itu, tetapi Sukma meminta Jerry memberi kerjasama dengan
membuat keterangan sebagai saksi nanti. Jerry menceritakan bahawa sasaran
kumpulan itu amat besar. Mereka mewujudkan fahaman baharu yang
bermatlamatkan kekuasaan. Setiap ahli kumpulan telah ditentukan pilihan,
kebebasan dan kehidupan yang bakal diperoleh oleh mereka. Mereka juga disuntik
dengan cecair yang berwarna merah yang dikenali sebagai Pati 1 bagi
memastikan aktiviti mempengaruhi pemikiran mereka lebih mudah dijalankan.
Menurut Jerry lagi, terdapat juga suntikan yang lain digunakan untuk mereka
bertindak lebih ganas kerana hilang kewarasan dan ditekan oleh depresi yang
keterlaluan. Suntikan ini diberi kepada mereka yang ingkar dan cuba membongkar
rahsia pergerakan mereka. Semua ini telah dialami oleh Abang Aim. Menurut Jerry
lagi, Kelab WX2 itu adalah ruang sepi dan bukan sekadar kelab hiburan sematamata.

Bab 18 Ahad Petang


Rafiq datang bertemu Sukma untuk memberitahu bahawa Iskandar telah memberi
maklumat tentang tempat kumpulan Kelab WX2 berkumpul iaitu di bangunan biru di
hujung daerah itu. Mereka akan memulakan aktiviti mereka pada malam itu di
bandar raya. Bilangan mereka sangat ramai. Mereka akan membuat rusuhan. Rafiq
telah melaporkan kepada Kak Ros tentang perancangan tersebut. Iskandar tibatiba datang dan memberitahu kepada Sukma bahawa dia telah sedar akan
kesilapan yang telah dilakukannya dan dia berjanji membantu Sukma
menyelesaikan masalah tersebut. Sukma menasihati Iskandar agar menghindari
aktivis seperti itu. Mereka meneruskan perancangan berdasarkan maklumat yang
diberi oleh Iskandar. Pihak berkuasa juga telah sampai ke tempat yang diberitahu.
Beberapa jam kemudian, pihak polis telah berjaya membuat tangkapan terhadap
ahli-ahli kumpulan tersebut.

Bab 19 Hari Ini


Sukma berasa bersalah kerana mengesyaki ibunya terlibat dalam kumpulan itu.
Sebenarnya, Puan Delia ialah perisik kerajaan yang menganggotai kumpulan WX2
untuk mengetahui dengan lebih mendalam teori dan pemikiran yang cuba
diserapkan oleh anasir yang menyerang secara senyap. Puan Delia telah tercedera
dan koma di hospital akibat terkena tembakan ahli kumpulan itu semasa operasi.

Anda mungkin juga menyukai