Anda di halaman 1dari 2

Bismilahhiramannirahim

Datang bahtera dari Medan ,


Singgah sebentar di laluan Kerai,
Salam satu Malaysia saya hulurkan ,
Kepada warga dewan pembuka tirai.
Assalamualikum W.B.H
Yang dihormati Tuan Pengerusi Majlis ,barisan panel Hakim yang arif lagi
bijaksana yang sedang menjunjung mahkota keadilannya ,penjaga masa yang
sentiasa peka dengan detak jamnya, para perserta yang saya kagumi serta
hadirin dan hadirat yang saya hormati.
Hadirin dan hadirat yang dihormati
.....Dahulu, masalah sosial kurang diperkatakan dan menjadi buah mulut masyarakat. Kini,
masalah ini semakin menjadi duri dalam daging sehingga menimbulkan kegusaran hati
banyak pihak. Antara masalah sosial yang biasa menjadi paparan di dada-dada akhbar dan
kaca televisyen ialah gengsterisme, vandalisme, melepak, ponteng sekolah,dan akhir sekali
yang menjadi tumor terbesar dalam kalangan remaja iaitu Gejala Seks Bebas.Apa itu gejala
seks bebas?.Gejala Seks bebas ialah hubungan seks yang membabitkan pasangan yang
tiada ikatan perkahwinan atau zina termasuk dalam perbuatan keji yang melanggar hukum
agama.Selain perkataan seks bebas, seks rambang, seks luar nikah dan perbuatan
terlanjur turut membawa maksud yang sama.Secara hakikatnya semua itu adalah
perlakuan zina yang membawa maksud hubungan seksual yang tidak dibenarkan oleh
hukum syarak yakni diertikan sebagai persetubuhan luar nikah. . Persoalannya, apakah
peranan remaja dalam menangani Gejala Seks bebas ini daripada terus menjadi noda hitam
dalam masyarakat kita?
Hadirin yang dirahmati,
Mengikut definisi ahli-ahli sosiologi,seks haram atau seks bebas didefinisikan sebagai suatu
bentuk pergaulan antara individu yang belum bergelar suami dan isteri yang sah namun
telah terjebak dalam pergaulan intim yang dikongsi antara pasangan suami isteri.
Kesan yang ditanggung daripada gejala seks bebas ini adalah dalam tempoh yang sangat
lama atau lebih tepat lagi seumur hidup kalau tersilap langkah.Pernah mendengar kata-kata
yang berbunyi once you made a mistake there will be a bad consequence atau terjemahan
dalam bahasa melayu yang berbunyi Tersilap langkah buruk padahnyaPakar psikologi dan

sosiologi turut berpendapat, punca keruntuhan nilai kehidupan manusia ialah faktor
penyumbang utama kepada permasalahan sosial ini.
Hadirin yang dihormati,
Hadirin yang dikasihi,

Hadirin yang dirahmati,

Sekian, terima kasih.

Anda mungkin juga menyukai