Anda di halaman 1dari 4

Ringkasan Fakta Sejarah Radio dan Penyiaran di Malaya

Pertama sekali syukur kepada Allah S.W.T kerana telah memberi memberi
rezki dan rahmat kepada kita semua. Kajian dibuat oleh saudara Muhammad Pauzi
Abdul Latif mengenai Penggunaan Media Elektronik Bagi Pemuasan Di kalangan
Semelai membawa kepada penemuan sejarah mula nya bidang penyiaran dan
Radio Amatur.
Sejarahnya bermula pada tahun 1921 di mana beberapa orang Radio Amatur
termasuk A.L Birch adalah antara orang yang pertama memulakanya. Pada tahun
1923 A. L Birch menubuhkan Johore Wireless Society dan salepas penubuhan nya
kemudian barulah ujudnya beberapa persatuan lain. Pada ketika itu apa yang
dipancarkan ialah music, berita dll. Kuala Lumpur Amateur Wireless Society mula
membuat uji kaji pada November 1929 dan pada April 1930 ianya dengan rasminya
membuat pancaran secara regular pada setiap petang jam 6.30pm
Dalam tahun 1931 Kuala Lumpur Amateur Radio Society (KLARS) mendapat
pemancar baru Marconi S3A dari pihak kerajaan dan mula beroperasi May 1931.
Frequency yang di gunakan adalah di sekitar 4.000 MHz dan seterusnya dua tahun
kemuadian bertukar kepada 6.125 MHz dan setesyen pemancar tersebut beroperasi
di Bukit Petaling dimana sekarang ini diduduki oleh Telekom Malaysia (TM).
Selepas Jepun meletakan senjata pada April 1946. Tertubuhnya Malayan
Union pihak kerajaan menubuhkan Jabatan Penyiaran atau Radio Malaya.
RTM mula perkenalkan TV Hitam Putih pada 28 December 1963 dan orang
yang pertama tampil di TV ialah Raja Iskandar (9M2RI) ianya di rasmikan oleh
Tuanku Abdul Rahman pada jam 6.00pm bertarikh 28 Disember 1963 di pancarkan
dari studio sementara di Dewan Tuanku Abdul Rahman di Jalan Ampang. Kemudian
berkembanglah bahagian penyairan RTM dengan peralatan yang baru dan
penambahan alat pemancar. Pada 6 Oktober 1969 akhirnya operasi penyiaran
berpindah ke tempat yang sekarang ini ia itu Angkasapuri.
Pada tahun 1978 TV 2 mula beroperasi dan seterusnya pada 1978 TV Warna
mula diperkenalkan di Malaysia. Pada tahun 1971 sabah mula mendapat pancaran
TV nya dan seterusnya Sarawak pada tahun 1975.

Pada Jun 1983 sebuah setesyen TV swasta mula beroperasi ia itu TV3 yang
ketika itu dimiliki oleh Sistem Televisyen Malaysia Berhad.
Kesimpulan
Telah lama penulis mencari bahan-bahan rujukan dan fakta mengenai sejarah
Radio di Malaya. Semoga dengan adanya catatan ini dapat merungkai apa yang di
lakukan oleh Amatur Radio di sebelum tertubuhnya Radio Malaya dan seterusnya
RTM. Terima kasih di ucapkan kepada saudara Muhammad Pauzi, Pak Alex
(9M2RI). Fakta sejarah ini amat berguna kepada kita semua.

SEJARAH radio di Malaysia bermula pada 1921 apabila Al Birch, seorang


jurutera elektrik kerajaan Johor membawa set radio pertama ke negara ini.Beliau
kemudiannya menubuhkan Persatuan Wireless Johor yang memulakan siarannya
melalui gelombang 300 meter. Beliau kemudian menubuhkan persatuan serupa di
Pulau Pinang dan Persatuan Wireless Malaysia di Kuala Lumpur.
Pada 1930, Sir Earl daripada Lembaga Pelabuhan Singapura melancarkan
siaran gelombang pendek setiap dua minggu sama ada pada hari Ahad atau Rabu.
Usaha itu kemudian diteruskan oleh Persatuan Wireless Malaysia, yang
melancarkan siarannya dari Bukit Petaling, Kuala Lumpur melalui gelombang 325
meter. Ini diikuti usaha Sir Shenton Thomas yang membuka Studio Perbadanan
Penyiaran British dengan menggunakan pemancarnya di Caldecott Hill, Singapura
pada 11 Mac 1937. Seterusnya Perbadanan Penyiaran British Malaya diambil alih
oleh Negeri-Negeri Selat dan menjadi sebahagian daripada Kementerian
Penerangan British yang lebih dikenali dengan nama Perbadanan Penyiaran
Malaya.
Pada 1942, berikutan pendudukan Jepun di Tanah Melayu dan tamatnya era
pemerintahan Britian di Singapura, Jepun telah mengambil alih saluran radio sedia
ada dan memperkenalkan saluran radio di Pulau Pinang, Melaka, Kuala Lumpur,
Seremban dan Singapura untuk menyiarkan propaganda mereka. Bagaimanapun,
pada 1943, British kembali berkuasa dan mengambil allih semula stesen-stesen
radio tersebut.
Pada 1 April 1946, Jabatan Penyiaran ditubuhkan di Singapura.
Pembangunan perkhidmatan radio dilihat bertambah penting apabila darurat
diisytiharkan pada 1948. Pada awal 1950-an, penyiaran di Malaya beroperasi
sementara di Jalan Young, Kuala Lumpur (kini dikenali Jalan Cenderasari ) dan pada
1956 pula berpindah ke Rumah Persekutuan Kuala Lumpur. Di sini, bidang
penyiaran di Malaysia berkembang dan beberapa stesen radio kemudian diwujudkan
di seluruh Malaysia termasuk di Sabah dan Sarawak.
Pada tahun 1960, buat pertama kalinya iklan komersial disiarkan di radio dan
ia menjadi sumber pendapatan baharu kerajaan. Ketika Malaysia dibentuk pada 16
September 1963, juruhebah bertugas menggunakan "INILAH RADIO MALAYSIA"
dijadikan pengenalan oleh juruhebah bertugas ketika .

Bidang penyiaran membuka satu lagi lembaran dengan Angkasapuri yang


memulakan siarannya pada 6 Oktober 1969.
Radio dan televisyen kemudian bergabung di bawah Kementerian
Penerangan. Pertumbuhan saluran pertama, Rangkaian Satu, mengggalakkan
pembentukan saluran kedua pada 17 November 1969. Di Kompleks Angkasapuri,
pembangunan pesat berlaku di bidang penyiaran sama ada radio atau televisyen.
Rangkaian radio nasional bermula 24 jam untuk memberi perkhidmatan kepada
semua golongan pendengar,terutama yang bekerja malam.
Media elektronik adalah sumber penting menerima dan menyebarkan
maklumat kerana ia pantas, murah dan dapat disampaikan secara langsung kepada
pendengar. Oleh itu, RTM berpendapat wajar untuk meletakkan usaha
menyampaikan maklumat dan pada masa sama memberi hiburan digabungkan. Atas
kesedaran itu, maka pada 20 Jun 1975, lahirlah Radio Muzik. Industri penyiaran
Malaysia terus bergerak pantas seiring dengan perkembangan teknologi. RTM yang
pada peringkat awalnya memancarkan beberapa stesen kini mempunyai 34 stesen
radio.
Perkembangan Media baharu memberi impak yang besar kepada
penyebaran maklumat kepada khalayak. Menyedari hakikat ini RTM mengorak
langkah dengan memperkenalkan web streaming TV dan Radio seawal tahun 1996
lagi. Mulai tahun 2012 perkhidmatan ini diperluaskan dengan penggunaan mobile
streaming. Sehingga 2013 terdapat 4 stesen TV (TV1, TV2, TVi dan Muzik Aktif)
dan 9 stesen Radio (Nasionalfm, Minnalfm, Traxxfm, Klasik Nasional, Aifm, Asyikfm,
Muzikfm, Sarawak Waifm dan Sabah Vfm) dapat ditonton dan didengar melalui web
dan Mobile streaming.

Anda mungkin juga menyukai