Anda di halaman 1dari 11

SSF 2014 RESEARCH METHOD

PERSEPSI PELAJAR TENTANG JENAYAH TERHADAP HAIWAN


PELIHARAAN DI MALAYSIA
STUDENT PERCEPTION
ANIMAL BY IN MALAYSIA

ON

NAMA: EMMANUEL BERNARD


NO MATRIX: 41115

VIOLENCE

AGAINST

PET

PENGENALAN
Pada masa kini, sering terpapar di media elektronik dan media massa mengenai jenayah terhadap
haiwan peliharaan seperti anjing dan kucing . Kejadian ini yang melibatkan jenayah seperti
penderaan fizikal dan emosi terhadap haiwan. Sebagai contoh, anjing didera sehingga mati oleh
tuannya ataupun anak anjing dibunuh di depan mata ibu anjing sebagai bentuk penderaan emosi.
Jenayah terhadap haiwan sebenarnya boleh dilakukan oleh pelbagai lapisan masyarakat dari usia
muda sehinggalah ke usia tua. Menurut hak asasi haiwan, haiwan merupakan hidupan yang
sewajarnya diberi perlindungan dan kasih sayang oleh manusia kerana haiwan juga merupakan
ciptaan Tuhan yang mampu untuk merasai kesakitan sekiranya disakiti. Seperti mana seseorang
manusia itu menjaga anaknya dengan baik, begitulah juga haiwan seharusnya diperlakukan.
Namun begitu, terdapat juga sesetengah pihak yang menafikan hak ke atas haiwan terutamanya
haiwan peliharaan dengan melakukan pelbagai jenayah seperti memukul, menendang ataupun
membunuh haiwan tersebut. Dari sudut agama pula, semua agama turut melarang umatnya untuk
menganiayai dan mendatangkan kesakitan kepada haiwan, sebaliknya manusia seharusnya
melindungi dan menyayangi haiwan sebaik mungkin. Hal ini seterusnya bukan sahaja memberi
impak negatif terhadap haiwan peliharaan tersebut, malah memberi impak negatif terhadap
sahsiah seseorang tersebut terutamanya kanak-kanak yang melakukan jenayah terhadap haiwan.
Oleh itu, kajian ini diketengahkan untuk meninjau persepsi pelajar tentang jenayah terhadap
haiwan peliharaan di Malaysia.

PERNYATAAN MASALAH

Sebelum ini, telah banyak dilaporkan tentang jenayah terhadap haiwan. Terdahulu kes pukul yang
melibatkan seorang wanita dan tiga ekor kucing. Wanita tersebut telah menzalimi ketiga-tiga ekor
kucing tersebut dengan memukul menggunakan payung, menendang serta menyakiti haiwan yang
malang tersebut. Kemudiannya, laman sosial telah digemparkan dengan sebuah video yang
diviralkan dimana seorang lelaki menyeksa kucingnya dan membuang kucing tersebut ke dalam
mangkuk tandas sebelum menekan flush. Sementara itu, satu kes penderaan terhadap seekor
anjing jugadilaporkan dimana anjing tersebut cedera parah setelah dipukul dan dikelar dengan
objek tajam sehingga menyebabkan muncungnya pecah.

Rakyat Malaysia turut digemparkan dengan berita jenayah terhadap haiwan di Subang, Selangor
yang boleh dianggap sebagai kes penderaan terbesar dan paling teruk pernah berlaku di Malaysia.
Sejumlah 80 ekor anjing beserta beberapa ekor haiwan lain seperti kucing dan burung dikurung
di dalam sebuah banglo usang menyebabkan kebanyakkan daripada haiwan tersebut mengalami
kecederaan, lumpuh, buta, kekurangan zat dan tidak mempunyai sumber bekalan air yang bersih
sepanjang tempoh mereka dikurung dimana dipercayai dilakukan untuk tujuan pembiakan
(dipetik daripada Laman Web Forum Cari, 2015).Kajian di luar negara pula banyak mengaitkan
jenayah terhadap haiwan sebagai indikator kepada berlakunya jenayah terhadap manusia. Satu
kes telah didokumentasi mengenai seorang remaja bernama Luke Woodham yang telah
membunuh ibu kandungnya dan dua orang rakan sekolahnya pada tahun 1997 dimana beliau
dikatakan telah mendera dan membunuh anjing peliharaannya (Ascione, 1997).Seorang
pembunuh bersiri yang juga dikenali sebagai Boston Strangler, Albert De Salvo dikatakan telah
membunuh 13 orang wanita dimana beliau sebelum ini mempunyai sejarah menzalimi haiwan
seperti anjing dan kucing semasa di usia remaja (New York Times News, 1991).

SAMBUNGAN

Masyarakat Cina di daerah Yulin, China beranggapan penderaan haiwan peliharaan seperti anjing
adalah normal. Hal ini kerana, satu festival akan diadakan setiap tahun dimana ribuan anjing akan
dibunuh untuk dijadikan sumber makanan kepada penduduk Yulin dan juga pelancong yang
berkunjung ke daerah tersebut. Mereka mempercayai bahawa memakan daging anjing akan
mengelakkan mereka daripada terkena musibah. Bagi masyarakat Yulin, memakan daging anjing
merupakan warisan budaya mereka dan anjing adalah sama seperti haiwan ternakan seperti
lembu, kambing dan ayam yang sememangnya menjadi sumber konsumpsi manusia. Menurut
pihak FBI ((National Incident-Based Reporting System, 2016), keganasan terhadap haiwan adalah
salah satu indikator awal kepada keganasan terhadap manusia. Manakala pandangan daripada
seorang pakar forensik psikiatrik, Dr Gyzer (2004) berkata bahawa keganasan terhadap haiwan
adalah satu bentuk awal gangguan mental yang dikenali sebagai gangguan personaliti anti-sosial.

Renteten daripada kes-kes tersebut, banyak pihak menuding jari kepada pihak berkuasa.
Sungghupun terdapat undang-undang yang dikenakan terhadap pelaku salah haiwan, namun
hakikatnya, hal ini masih tidak dipandang serius. Hal ini juga menyebabkan pelbagai pandangan
dan andaian yang dibuat mengenai motif jenayah terhadap haiwan. Sekiranya jenayah terhadap
haiwan tidak dihentikan dengan segera, ini secara tidak langsung memberi implikasi negatif
terhadap sahsiah diri seseorang kerana seseorang yang menganiayai haiwan akan berani untuk
menganiayai manusia pula.

PERSOALAN KAJIAN
Melihat kepada pernyataan masalah, persoalan kajian yang akan diutarakan
dalam kajian ini terbahagi kepada tiga, iaitu apakah persepsi-persepsi yang
diutarakan oleh pelajar-pelajar Universiti Malaysia Sarawak mengenai
jenayah terhadap haiwan di Malaysia? Selain itu, persoalan kajian yang kedua
ialah adakah para pelajar peka terhadap jenayah yang berlaku ke atas
haiwan di Malaysia? Kemungkinan besar, terdapat sesetengah pelajar yang
tidak ambil tahu akan isu-isu penganiayaan haiwan.Persoalan yang
seterusnya pula ialah, apakah faktor-faktor dalaman dan luaran yang
mendorong seseorang itu untuk melakukan jenayah terhadap haiwan?

OBJEKTIF KAJIAN
Untuk memastikan kajian ini berjaya, beberapa objektif telah diketengahkan
sebagai panduan kepada kajian.
OBJEKTIF UMUM
Kajian ini dijalankan untuk meninjau persepsi pelajar-pelajar Universiti
Malaysia Sarawak mengenai jenayah terhadap haiwan di Malaysia.
OBJEKTIF KHUSUS
i.

Untuk mengenal pasti tahap kepekaan para pelajar Universiti Malaysia Sarawak
mengenai jenayah terhadap haiwan di Malaysia

ii.

Untuk mengenal pasti faktor dalaman dan luaran yang mendorong seseorang
itu untuk melakukan jenayah terhadap haiwan.

HIPOTESIS
Jenayah terhadap haiwan yang berlaku di luar negara telah menimbulkan pelbagai persepsi
seperti pihak FBI mengatakan bahawa jenayah terhadap haiwan merupakan salah satu indikator
kepada jenayah terhadap manusia, manakala pakar psikiatrik juga membuat persepsi bahawa
keganasan terhadap haiwan adalah satu bentuk gangguan mental. Kajian ini dijalankan untuk
mengkaji persepsi-persepsi pelajar di Universiti Malaysia Sarawak mengenai jenayah terhadap
haiwan samada mereka melihat jenayah terhadap haiwan sebagai satu tindakan yang harus
dibendung di samping secara tidak langsung meneliti dan mengenalpasti faktor dalaman dan
luaran yang mendorong kepada berlakunya jenayah terhadap haiwan di Malaysia.

HIPOTESIS NULL

Jenayah terhadap haiwan di Malaysia mencetuskan pelbagai persepsi


pelajar mengenai jenayah terhadap haiwan.
HIPOTESIS ALTERNATIF

Jenayah terhadap haiwan tidak mencetuskan persepsi pelajar mengenai


jenayah terhadap haiwan.

SKOP KAJIAN
Universiti Malaysia Sarawak sebagai kawasan kajian dan skop akan
tertumpu kepada pelajar-pelajar tahun satu sehingga tahun empat Fakulti
Sains Sosial. Hal ini kerana, penyelidik merasakan sebagai seorang pelajar
Sains Sosial, seseorang itu mampu untuk menjana pelbagai pandangan dan
boleh memberikan sumbangan kepada kajian.Kajian ini juga akan dijalankan
dalam tempoh sebulan untuk sesi pengumpulan data.

KEPENTINGAN KAJIAN
Kajian ini dilakukan agar dapat membantu beberapa pihak terutamanya kepada para pelajar,
ibubapa, pihak berkuasa dan masyarakat umum.

PELAJAR- peka terhadap kejadian jenayah terhadap haiwan dan boleh mengambil langkah melaporkan
kejadian jenayah terhadap haiwan disamping memberi pendedahan kepada para pelajar tentang segala
perbuatan yang boleh dianggap sebagai jenayah terhadap haiwan.

IBUBAPA- memberi ingatan dan panduan kepada mereka agar mereka dapat menunjukkan teladan
yang baik kepada anak-anak dengan tidak menganiayai haiwan dan menerapkan nilai cintakan haiwan
dalam diri anak mereka.

PIHAK BERKUASA- memberikan cadangan kepada pihak berkuasa agar dapat mengambil tindakan
yang sepatutnya khususnya dari segi pelaksanaan undang-undang terhadap pesalah laku haiwan.

MASYARAKAT UMUM- memberi kefahaman kepada masyarakat umum mengenai hak haiwan yang
seharusnya dilindungi dan memberi kesedaran tentang kesan-kesan jenayah terhadap haiwan kepada diri
seseorang itu.

LIMITASI KAJIAN
Kajian ini mempunyai beberapa batasan tertentu. Antara batasan tersebut adalah:
Kajian ini dijalankan di kawasan kampus Universiti Malaysia Sarawak tanpa
melibatkan mana-mana institusi pengajian tinggi di Malaysia. Batasan kedua pula ialah
kajian ini hanya melibatkan pelajar-pelajar dari Fakulti Sains Sosial Unimas tanpa
melibatkan peljar dari fakulti lain.

PERNYATAAN
KAJIAN(JUSTIFIKASI)

Sebagai seorang pelajar Sains Sosial, penyelidik merasakan pentingnya kajian ini untuk dilakukan
kerana haiwan juga merupakan hidupan di muka bumi yang sewajarnya menikmati kehidupan
dalam situasi yang aman. Oleh yang demikian, kajian ini secara tidak langsung menekankan
kepentingan hak haiwan yang seharusnya dipelihara. Selain itu, lazimnya, para penyelidik gemar
mengkaji perhubungan antara manusia dan manusia sahaja, dan untuk kajian ini, bukan sahaja
perhubungan antara manusia dan haiwan akan dikaji yang akan diterangkan secara terperinci
dalam kajian literatur, tetapi dalam waktu yang sama, kajian ini dapat mengkaji perlakuan
seseorang manusia itu terhadap haiwan dan juga sesama manusia.

Hasil dapatan daripada kajian ini yang berdasarkan objektif am iaitu, meninjau dan menganalisa
persepsi-persepsi para pelajar peringkat institut pengajian tinggi mengenai jenayah terhadap
haiwan dapat membantu penyelidik ataupun bakal penyelidik yang lain dalam kajian mereka
mengenai jenayah terhadap haiwan. Persepsi-persepsi yang telah dikenalpasti seterusnya
membantu dalam mencari jawapan kepada objektif khusus dalam kajian ini iaitu mengenal pasti
faktor dalaman dan luaran yang menyebabkan manusia melakukan jenayah terhadap haiwan.
Kejayaan kajian ini juga boleh membantu pihak-pihak yang berkenaan terutamanya dalam bidang
kriminologi di Malaysia, di mana negara Malaysia juga boleh mula untuk mengadaptasi langkah
yang dipratikkan oleh pihak FBI yang mula mengesan dan menyiasat jenayah terhadap haiwan
kerana dipercayai bahawa jenayah terhadap manusia ada perhubungannya dengan jenayah
terhadap haiwan

Anda mungkin juga menyukai