Anda di halaman 1dari 17

21

BAB 2
KATA KERJA
Kata kerja ialah golongan kata yang menjadi inti dalam frasa kerja, sama ada yang berlaku atau
dilakukan. Lazimnya kata kerja menunjukkan sesuatu perbuatan atau keadaan melakukan
sesuatu. Contohnya, berjalan, makan, menolak, dan dibuat. Kata kerja terbahagi kepada, kata
kerja transitif (perbuatan melampau) dan kata kerja tak transitif (perbuatan tidak melampau).

2.1 KATA KERJA TRANSITIF


2.1.1 Takrif/Definisi
Kata kerja transitif merupakan kata yang menjadi inti frasa kerja, sama ada yang berlaku (aktif)
atau dilakukan (pasif), contohnya menolak, ditolak, menjalankan, dijalankan, berjalan, makan,
dimakan, mempererat, dan dipererat. Kata kerja transitif memerlukan objek atau penyambut
yang terdiri daripada kata atau frasa nama selepas kata tersebut. Sesuatu ayat tidak lengkap
jika kata kerja transitif tidak diikuti oleh objek atau penyambut. Kata kerja transitif boleh
dipasifkan. Selain itu, objek atau penyambut selepas kata kerja transitif dapat ditentukan
dengan merujuk kamus untuk memastikan maksudnya.
Kata kerja transitif juga melibatkan segala perbuatan yang dilakukan oleh pembuatnya
kepada benda lain. Benda yang kena oleh perbuatan itu dipanggil penyambut atau objek. Ayat
yang menggunakan kata kerja transitif mesti mempunyai penyambut atau objek. Kata kerja ini
biasanya mempunyai imbuhan meN contohnya mengambil, memberikan, membaca,
menduduki, mempersilakan.
2.1.2 Kata Kerja Transitif Aktif
Kata kerja transitif aktif ialah kata kerja yang mesti disertai oleh objek, iaitu kata nama dan
ayatnya berbentuk aktif. Kata kerja transitif aktif menggunakan imbuhan meN (me, men, men ...
i, men ... kan, memper, memper ... i, dan memper ... kan). Kata kerja transitif juga dikatakan
perbuatan melampau, contohnya menendang, menulis, menampar, menumbuk, makan,
membersihkan, menganugerahi, menghidangi dan sebagainya.

Pembuat
(Frasa Nama)

Kata Kerja Transitif

Objek/Penyambut
(Frasa Nama)

Faiz

menendang

bola itu.

Kata kerja transitif aktif yang memberikan pengertian kausatif (penyebab)


Bahagian Satu: Morfologi

22
Ayat contoh: Amir memasukkan buah durian ke dalam bakul.
Kata kerja transitif aktif yang memberikan pengertian benefaktif (melakukan sesuatu untuk
manfaat orang lain)
Ayat contoh: Emilia membuatkan ayahnya kopi.
Kata kerja transitif aktif yang memberikan pengertian lokatif (unsur tempat)
Ayat contoh: Peserta ekspedisi itu sedang menuruni bukit.

2.2.2 Kata Kerja Transitif Pasif


Kata kerja transitif pasif ialah kata kerja yang disertai oleh objek, dan ayatnya berbentuk pasif.
Kata kerja transitif pasif selalunya menggunakan imbuhan di, di i, di kan, contohnya,
ditulis, ditampar, ditumbuk, disertai, dimakan, dan digalakkan.

Objek/Penyambut
Bola itu

Kata Kerja Transitif


ditendang oleh

Pembuat
Faiz.

2.2.3 Kesalahan Lazim


1
2
3
4
5

Mereka sering memotong di garisan berkembar dan di selekoh berbahaya.


Kerajaan boleh membantu mencari pasaran baru bagi keluaran pertanian.
Pelajar tidak suka akan guru yang mengajar dalam keadaan yang marah.
Masyarakat mengharapkan peniaga tidak menaikkan terlalu tinggi harga barangan.
Walaupun harga barang itu mahal, mereka tetap membeli.

Kerajaan akan menurunkan lagi kadar cukai pendapatan pada tahun hadapan.

2.2.4

Rumus Kata Kerja Transitif

1 Kata kerja transitif aktif memerlukan objek atau penyambut yang terdiri daripada
kata atau frasa nama selepas kata tersebut.
KKT
+
membeli

Objek/penyambut (frasa nama)


barang kemas

Bahagian Satu: Morfologi

23
Kata Kerja Transitif
Aktif

Objek/Penyambut
(Frasa Nama)

Seekor kucing

menangkap

tikus itu.

Seorang jurujual

menjual

barang itu

Pak Mahmud
Ayah

menambat
sedang membaca

kambing itu.
surat khabar

Pembuat
(Frasa Nama)

Sesuatu ayat tidak lengkap jika kata kerja transitif tidak diikuti oleh objek atau

penyambut.
Kata kerja transitif boleh dipasifkan.
Objek/penyambut (frasa nama)
Nasi ayam

Objek/Penyambut
(Frasa Nama)
Tikus itu
Barang itu
Kambing itu
Surat khabar
4

Kata Kerja Transitif (KKT)


Pasif
dimakan

Kata Kerja Transitif


Pasif
ditangkap oleh
dijual oleh
ditambat oleh
sedang dibaca oleh

Pembuat (Frasa
Nama)
seekor kucing.
seorang jurujual.
Pak Mahmud.
ayah.

Kata kerja transitif boleh diikuti oleh kata hubung komplemen (bahawa dan untuk)
Pengetua menerangkan bahawa masalah disiplin perlu diberikan perhatian oleh
semua pihak.

2.2.5 Latihan Pengukuhan


2.2.5.1 Mengenal pasti kesalahan
Kenal pasti kesalahan kata kerja transitif dengan objek atau penyambut yang berikut dengan
menggariskannya.
(i)
(ii)
(iii)
(iv)
(v)
(vi)
(vii)
(viii)

Lori tanah itu melanggar dengan sebuah kereta.


Penjenayah melakukan tanpa memikirkan akibatnya.
Dia memasukkan ke dalam sampul berdaftar.
Ibu bapa perlu memberi perhatian terhadap anak-anak.
Kita harus mengelakkan daripada menjadi mangsa ragut.
Doktor itu menjelaskan lagi punca penyakit kanser.
Dia memegang dengan erat tangan anaknya ketika melintas jalan.
Artis itu menyangkal tentang dakwaan negatif terhadapnya.

Bahagian Satu: Morfologi

24
(ix)
(x)

Petikan itu membincangkan tentang faktor kenaikan harga barang.


Penduduk kampung membantu menyelamatkan mangsa kebakaran itu.

2.2.5.2 Membetulkan Kesalahan


Betulkan kesalahan kata kerja transitif yang berikut.
(i)
(ii)
(iii)
(iv)
(v)
(vi)
(vii)
(viii)
(ix)
(x)

Kerajaan telah melulus projek itu.


Pekerja itu lakukan kerja yang berat.
Dia masukkan buah kelapa ke dalam bakul.
Kerajaan menggalak rakyat supaya berhemah di jalan raya .
Kita harus libatkan diri dalam aktiviti kemasyarakatan.
Doktor gigi tunjukan cara menggosok gigi dengan betul.
Kakak saya menanakkan nasi di dapur.
Artis itu pegang watak sebagai pengemis jalanan.
Guru menerang cara untuk menjawab soalan.
Ibu bapa perlu membimbing anak-anak.

2.2.5.3 Menentukan Ayat yang Betul atau Salah


Tandakan [ / ] bagi ayat yang menggunakan kata kerja transitif dengan objek atau penyambut
yang betul dan tanda [ X ] bagi penggunaan kata kerja transitif dengan objek atau penyambut
yang salah.
(i)
(ii)
(iii)
(iv)
(v)
(vi)
(vii)
(viii)
(ix)
(x)

Pihak berkuasa telah mengetatkan lagi kawalan di sempadan. [ ]


PTPTN akan menuntut bayaran balik pinjaman daripada pelajar. [ ]
Pemuda itu menceritakan kejadian yang dialaminya itu kepada kawannya.[
Wartawan itu melaporkan dari tempat kejadian tanah runtuh di
Hulu Langat.[ ]
Emak sedang menggoreng ikan bilis di dapur. [ ]
Halimah mengangkat dengan cermat gelas-gelas kaca itu. [ ]
Ayah memberikan adik wang belanja sekolah. [
]
Kawan saya memperoleh kejayaan dalam peperiksaan. [
]
Encik Nawawi memperbesar rumahnya. [ ]
Rencana akhbar itu menerangkan tentang kesan bencana tsunami. [
]

2.2 KATA KERJA TAK TRANSITIF (KKTT)


2.2.1 Takrif/Definisi
Kata kerja tak transitif (intransitif) ialah kata kerja yang sudah sempurna maknanya dan dapat
berdiri sendiri dalam ayat. Oleh itu, KKTT tidak memerlukan objek atau penyambut untuk
menyempurnakan maksudnya. KKTT tidak boleh dipasifkan.
KKTT boleh dikenal pasti melalui imbuhannya, contohnya seperti yang di bawah ini.
(i) Tanpa imbuhan (pulang, pergi, duduk, mati, tidur, balik)
(ii) meN-...
(mengalir, meletup, menangis, membisu)
(iii) ber-...
(berbicara, bercadang, berbincang, berkereta)
Bahagian Satu: Morfologi

25
(iv) ter-...
(v) ber-...-an
(vi) ber-...-kan

(terkeluar, terjatuh, terpelosok, tertarik)


(berguguran, bergandingan, berkibaran, bertaburan)
(berselimutkan, bersuamikan, beristerikan, berbantalkan)

KKTT terbahagi kepada dua iaitu;


(i)
KKTT tanpa pelengkap
(ii)
KKTT berpelengkap
2.2.1.1 KKTT Tanpa Pelengkap
Kata kerja yang boleh berdiri sendiri tanpa pelengkap.
Contoh:
(i)
(ii)
(iii)

Gadis itu asyik termenung.


Ayah dan ibu sedang berbicara.
Lori yang sarat dengan muatan batu itu terhumban.

KKTT di atas boleh diikuti oleh unsur keterangan yang berfungsi untuk memberikan
keterangan lanjut tentang ayat tersebut.
Contoh:
1. Si Dara asyik termenung di dalam kamar.
2. Hanif dan Nazimah sedang berbicara tentang pilihan raya.
3. Lori yang sarat dengan muatan batu itu terhumban ke dalam gaung yang dalam.
Kata kerja aktif tak transitif imbuhan me... tidak memerlukan penyambut atau objek, seperti
yang berikut.
1. Anak kecil itu menangis.
2. Suhu badannya semakin menaik.
3. Ombak memutih di pantai.
4. Harga barang menurun sejak akhir-akhir ini
5. Padi di sawah sedang menguning.
Kata kerja tak transitif dengan awalan teR- ialah kata kerja yang tidak memerlukan objek atau
penyambut sesudahnya, tetapi boleh diikuti oleh unsur keterangan, seperti yang berikut.
1.
2.
3.
4.
5.

Dia terjatuh dari atas pokok.


Ali terduduk setelah mendengar berita itu.
Pesakit itu terlantar di atas katil.
Murid-murid terdiam apabila dimarahi guru.
Pelajar itu tersandar di kerusi rotan.

2.2.1.2 KKTT Berpelengkap


Kata kerja yang mesti diikuti oleh pelengkap (terdiri daripada kata nama, kata adjektif dan kata
sendi nama) untuk menyempurnakan maksud ayat. Unsur pelengkap tidak sama dengan objek
atau penyambut kerana objek atau penyambut hadir selepas Kata Kerja Transitif yang boleh
mengalami proses pasif. Ayat yang mengandungi pelengkap tidak boleh dipasifkan.
Contoh:
Bahagian Satu: Morfologi

26
1.
2.
3.
4.
5.
6.

Keadaan banjir sudah beransur surut.


Pasaran saham di Malaysia sudah bertambah baik.
Pengemis itu tidur berbantalkan lengan.
Ying Ying bercita-cita untuk menjadi arkitek.
Cikgu Zakiah tinggal di Kepala Batas.
Hampir lima tahun Mak Limah menetap di kampung ini.

2.3 RUMUS
Struktur Frasa Kerja Tak Transitif
Kata bantu

KKTT

Kata Sendi

Frasa Nama

Sedang

bekerja

di

Pejabat

Ingin

berbincang

tentang

Perkara

Telah

terlupa

akan

nama rakannya

Sudah

bertambah

kukuh

Sudah

beransur

sembuh

Telah

bersuamikan

orang kaya

Telah

berpayungkan

daun pisang

2.3.1 Kesalahan-kesalahan Kata Kerja Tak Transitif


1.

Penggunaan Kata sendi nama selepas KKTT


Contoh ayat:
(a) Cik Min akan berjumpa Cikgu Zue. (X)
(b) Cik Min akan berjumpa dengan Cikgu Zue. ()

2.

Penggunaan Kata sendi nama selepas KKTT berimbuhan ber-...-kan


Contoh ayat:
(a)
(b)
(c)
(d)

3.

Penculik itu bersenjatakan dengan sebilah pisau. (X)


Penculik itu bersenjatakan sebilah pisau. ()
Mereka membuat keputusan berdasarkan kepada hujah tersebut. (X)
Mereka membuat keputusan berdasarkan hujah tersebut. (X)

Tidak meletakkan kata sendi nama selepas KKTT tanpa imbuhan.


Contoh ayat:
(a) Ayah tidak akan pulang rumah tengah hari ini. (X)
(b) Ayah tidak akan pulang ke rumah tengah hari ini. ()

4. Tidak meletakkan kata hubung selepas KKTT berimbuhan ber


(a) Peragut akan berusaha mendapatkan hasilnya
(b) Peragut akan berusaha untuk mendapatkan hasilnya.
(c) Mesyuarat itu berbincang perkara tersebut.(x)
(d) Mesyuarat itu berbincang tentang perkara tersebut.( )
Bahagian Satu: Morfologi

27
(e) Kumpulan kami berkata hal yang sama.(x)
(f) Kumpulan kami berkata mengenai hal yang sama.( )
(g) Mereka asyik bercerita kisah itu sahaja.(x)
(h) Mereka asyik bercerita tentang kisah itu sahaja.( )
5. Kata kerja tak transitif aktif selain kata kerja berapitan beR--kan atau kata kerja
menjadi mesti disisipkan dengan kata sendi apabila hendak meluaskan frasa tersebut
ataupun menerima kata adjektif selepasnya.
(a) Ahmad bermain-main adiknya (x)
(b) Ahmad bermain-main dengan adiknya ( )
6. Walau bagaimanapun kata nafi bukan boleh hadir sebagai penerang frasa kerja tak transitif
jika terdapat maklumat yang bertentangan.
(a) Mereka bukan bersedih ataupun bergembira (x)
(b) Mereka bukan bersedih tetapi bergembira ( )
2.4 RUMUS
Struktur Frasa Kerja Tak Transitif
Kata bantu

KKTT

Kata Sendi /
Adjektif

Frasa Nama

sedang

bekerja

di

pejabat

ingin

berbincang

tentang

perkara

telah

terlupa

akan

nama rakannya

sudah

bertambah

kukuh

sudah

beransur

sembuh

telah

bersuamikan

orang kaya

telah

berpayungkan

daun pisang

3.1 Kata Kerja Tak Transitif - Awalan beRbeR + Kata Sendi Nama + Kata Nama
Kata bantu

KKTT

Kata Sendi

Kata Nama

sedang

bekerja

di

pejabat

ingin

berbincang

tentang

perkara

3.2 Kata Kerja Tak Transitif- Apitan beR...kan


BeR...kan + Kata Nama
Kata bantu

KKTT

Kata Nama

telah

bersuamikan

orang kaya

telah

berpayungkan

daun pisang

Bahagian Satu: Morfologi

28
2.5

KESALAHAN KATA KERJA

2.5.1

PEMBENTUKAN FRASA KERJA

Frasa kerja aktif terbahagi kepada dua jenis iaitu:


i)
ii)

(i)

Frasa Kerja Transitif


Frasa Kerja Tak Transitif

Frasa Kerja Transitif


Frasa kerja transitif merupakan frasa kerja yang mengandungi kata kerja yang
menerima penyambut sesudahnya, iaitu objek. Objek ialah kata nama atau frasa nama
dan wajib hadir selepas kata kerja.

Ayat contoh:
Frasa Nama

Frasa Kerja Transitif


kata kerja transitif

kata nama(objek)

Ahmad

menendang

bola.

Ahmad

menendang

bola

(ii)

keterangan

di padang.
(Frasa Sendi Nama)

Frasa Kerja Tak Transitif

Frasa Kerja Tak Transitif ialah kata kerja yang tidak memerlukan objek sesudahnya. Frasa ini
dibahagikan kepada dua subgolongan, iaitu:
a.
b.

Kata kerja tak transitif tanpa pelengkap


Kata kerja tak transitif berpelengkap

Ayat contoh:
Frasa Nama

Frasa Kerja Tak Transitif


kata kerja tak transitif

keterangan

kata bantu
(a) Kanak-kanak itu

sedang

tidur.

(b) Kanak-kanak itu

sedang

tidur

Bahagian Satu: Morfologi

di anjung rumah.

29
(a) Hang Lekir

telah

bertikam.

(b) Hang Lekir

telah

bertikam

(a) Sampah sarap itu

terbakar.

(b) Sampah sarap


itu

terbakar

Dalam ayat-ayat di atas,

kata kerja

dengan lanun.

perlahan-lahan.

tidak memerlukan frasa nama sebagai objek,

namun unsur-unsur lain seperti kata bantu dan unsur keterangan boleh hadir bersamasamanya.
2.5.2

KESALAHAN dalam PEMBENTUKAN FRASA KERJA

Dalam pembentukan frasa kerja transitif dan frasa kerja tak transitif, terdapat beberapa bentuk
kesalahan yang sering dilakukan oleh murid tanpa disedari. Walaupun ayat-ayat dibina masih
dapat difahami, namun murid harus berhati-hati kerana kesalahan tatabahasa akan
menyebabkan ayat menjadi tidak gramatis.

(i)

Frasa Kerja Transitif yang meletakkan Keterangan ataupun Kata Sendi Nama
selepas Kata Kerja Transitif

Frasa kerja transitif memerlukan objek iaitu frasa nama untuk melengkapkan kata kerjanya.
Seterusnya, objek boleh diikuti oleh bahagian keterangan. Kesalahan yang dilakukan oleh
pengguna bahasa adalah dengan menyelitkan unsur keterangan yang bermula dengan kata
sendi nama sedangkan frasa kerja tidak boleh diselitkan apa-apa perkataan selain objek yang
terdiri daripada frasa nama.
Kesalahan contoh:
Frasa Nama

Frasa Kerja Transitif


frasa kerja
transitif

(i) Ibu

sedang

Bahagian Satu: Morfologi

kata sendi
nama
akan

kata nama
(objek)
permintaan

keterangan
untuk

membeli

kasut

30
menimbangkan

kakak

baharu.

(ii) Salmah

memberitahu

kepada

Masitah

bahawa dia lulus dalam


peperiksaannya.

(iii) Mereka

amat
berwaspada
sewaktu
menyiapkan

tentang

laporan

projek roket itu sebelum


hari pertandingan.

(iv) Kerajaan

meminta

supaya

doktordoktor
terlatih

pulang sebaik sahaja


mereka
menamatkan
pelajaran
di
luar
negara.

(v) Rosnah

menerangkan

daripada

cerita

yang telah dibacanya


kepada
rakanrakannya.

Keterangan kesalahan:
Dalam ayat-ayat di atas, terdapat kesalahan, namun kesalahan tersebut tidak begitu ketara.
o Dalam ayat 1, kata kerja transitif menimbangkan perlu diikuti oleh perkataan
o
o
o

permintaan kakak.
Dalam ayat 2, kata kerja transitif memberitahu perlu diikuti oleh perkataan Murad.
Dalam ayat 3, kata kerja transitif menyiapkan perlu diikuti oleh perkataan laporan.
Dalam ayat 4, kata kerja transitif meminta perlu diikuti oleh perkataan doktor-doktor

terlatih.
Dalam ayat 5, kata kerja transitif menerangkan perlu diikuti oleh perkataan cerita.

Ayat yang betul:


1.
Ibu sedang menimbangkan permintaan kakak untuk membeli kasut baharu.
2.
Salmah memberitahu Masitah bahawa dia telah lulus dalam peperiksaannya.
3.
Mereka amat berwaspada sewaktu menyiapkan laporan projek roket itu sebelum
hari pertandingan.
Kerajaan meminta doktor-doktor terlatih pulang sebaik sahaja mereka menamatkan
pelajaran di luar negara.
Rosnah menerangkan cerita yang telah dibacanya kepada rakan-rakannya.

4.
5.
(ii)

Menggugurkan Awalan Me- dan Mengekalkan Akhiran kan dalam Frasa Kerja
Transitif

Dalam frasa kerja transitif, awalan me mesti digunakan kecuali dalam beberapa perkataan
sahaja seperti makan dan minum. Pengguguran awalan me dan hanya meninggalkan
akhiran kan akan membentuk kesalahan yang tidak begitu ketara. Pelajar-pelajar seharusnya
tidak keliru dengan perkara ini.

Bahagian Satu: Morfologi

31
Kesalahan Contoh:

Frasa Nama

Frasa Kerja Transitif


akhiran kan

keterangan

(i) Puan Amirah

begitu sayangkan

anak gadisnya yang tunggal itu.

(ii) Faris

tidak gemarkan

mata pelajaran Matematik kerana dia


perlu membuat latih tubi yang
banyak.

(iii) Hanani

sangat sukakan

masakan rendang
dimasak oleh ibunya.

(iv) Setelah keluar


daripada pusat
pemulihan, Bahar

sungguh bencikan

dadah yang
kehidupannya.

(v) Setelah seminggu di


perantauan, Nani
berasa

amat rindukan

ibu bapa dan kampung halaman yang


ditinggalkannya.

telah

ayam

yang

merosakkan

Keterangan kesalahan:
Dalam ayat-ayat di atas, akhiran kan digunakan untuk mewakili kata bantu akan. Akhiran kan
menunjukkan kesalahan yang ketara dan kerap dilakukan oleh murid semasa mereka membina
ayat. Oleh itu, imbuhan apitan meN...i wajar digunakan untuk menjadikan ayat-ayat di atas lebih
gramatis.
Ayat yang betul:
1.
Puan Amirah begitu sayang akan anak gadisnya yang tunggal itu.
2.
Faris tidak gemar akan mata pelajaran matematik kerana dia perlu membuat latih
3.
4.

tubi yang banyak.


Hanani sangat suka akan masakan rendang ayam yang dimasak oleh ibunya.
Setelah keluar daripada pusat pemulihan, Bahar sungguh benci akan dadah yang

5.

telah merosakkan kehidupannya.


Setelah seminggu di perantauan, Nani berasa amat rindu akan ibu bapa dan
kampung halaman yang ditinggalkannya.

ataupun:
1.
Puan Amirah menyayangi anak gadisnya yang tunggal itu.
2.
Faris tidak menggemari mata pelajaran Matematik kerana dia perlu membuat
latih tubi yang banyak.
3.
Hanani menyukai masakan rendang ayam yang dimasak oleh ibunya.
4.
Setelah keluar daripada pusat pemulihan, Bahar membenci dadah yang telah
merosakkan kehidupannya.
Bahagian Satu: Morfologi

32
5.

Setelah seminggu di perantauan, Nani merindui ibu bapa dan kampung halaman
yang ditinggalkannya.
(iii)

Meletakkan atau Menambahkan Imbuhan untuk Menjadikan Perkataan tersebut


menjadi Kata Kerja Transitif.

Frasa kerja transitif memerlukan objek iaitu frasa nama untuk melengkapkan kata kerjanya.
Kesalahan yang dilakukan oleh pengguna bahasa adalah dengan memberikan atau
menambahkan imbuhan seolah-olah untuk menjadikannya sebagai kata kerja transitif.
Kesalahan contoh:
Frasa Nama

Frasa Kerja Transitif


Frasa kerja transitif

Kata nama
(objek)

keterangan

(i) Program Linus


diadakan untuk

membasmikan

buta huruf

dalam kalangan murid di


sekolah rendah.

(ii) Ibu bapa boleh

melatihkan

anak-anak

agar
belajar
sejak kecil.

(iii) Penemu duga itu


sedang

mengujikan

calon-calon
guru

dengan mengemukakan
soalan yang mencabar
minda.

(iv) Kanak-kanak
yang sedang
bermain itu

mengumpul

daun kering

untuk dibuang ke tempat


pembuangan sampah.

(v) Kerajaan
berusaha
untuk

menjana

pendapatan

penduduk kampung agar


lebih produktif.

mengaji

Keterangan kesalahan:
Dalam ayat-ayat di atas, terdapat kesalahan.
o Dalam ayat 1, kata kerja transitif membasmikan wajar digantikan dengan membasmi.
o Dalam ayat 2, kata kerja transitif melatihkan wajar digantikan dengan melatih.
o Dalam ayat 3, kata kerja transitif mengujikan wajar digantikan dengan menguji.
o Dalam ayat 4, kata kerja transitif mengumpul wajar digantikan dengan
o

mengumpulkan.
Dalam ayat 5, kata kerja transitif menjana wajar digantikan dengan menjanakan.

Ayat yang betul:

Bahagian Satu: Morfologi

33
1.
2.
3.
4.

Program Linus diadakan untuk membasmi buta huruf dalam kalangan murid di
sekolah rendah.
Ibu bapa boleh melatih anak-anak agar belajar mengaji sejak kecil.
Penemu duga itu sedang menguji calon-calon guru dengan mengemukakan
soalan
yang mencabar minda.
Kanak-kanak yang sedang bermain itu mengumpulkan daun-daun kering untuk

5.

dibuang ke tempat pembuangan sampah.


Kerajaan sedang berusaha untuk menjanakan pendapatan penduduk kampung
agar lebih produktif.

(iv)

Menggugurkan Frasa Sendi Nama Antara Kata Kerja Tak Transitif Dengan
Keterangan.
Frasa sendi nama diperlukan untuk menghubungkan frasa kerja tak transitif dengan
keterangan dalam pembentukan frasa kerja tak transitif. Tanpa frasa sendi nama, ayat
yang dibina akan membentuk kesalahan frasa kerja tak transitif. Apabila berlaku
pengguguran imbuhan pada kata kerja tak transitif, perkara ini akan menyebabkan
berlakunya kesalahan ayat.

Kesalahan Contoh:
Frasa Nama

Frasa Kerja Tak Transitif


Kata
Bantu

Kata kerja tak


transitif

Keterangan

akan

balik

kampung pada cuti sekolah akan


datang.

(ii) Johari

harus

berjumpa

kaunselor
untuk menyelesaikan
masalah rakan baiknya.

(iii) Murid itu

akan

lalu

jalan yang bertanah merah untuk ke


sekolah.

(iv) Kelihatan
sekawan
burung

telah

terbang

hendaklah

keluar

(i)
sekeluarga

(v) Kamu

Kami

sarang
malam.

apabila

hari

menjelang

pintu di sebelah kanan dewan ini.

Keterangan kesalahan:
Ayat-ayat di atas mengandungi kesalahan frasa kerja tak transitif yang menggugurkan kata
sendi nama dengan keterangan. Kewajarannya, frasa kerja tak transitif yang diperluas dengan
keterangan perlu menerima kata sendi nama. Kata kerja tak transitif dalam ayat-ayat tersebut

Bahagian Satu: Morfologi

34
ialah balik, berjumpa, lalu dan keluar. Selepas perkataan tersebut perlu diikuti oleh kata sendi
nama ke, dengan, di, ke dan ke.
Ayat yang betul:
1.
Kami sekeluarga akan balik ke kampung pada cuti sekolah akan datang.
2.
Johari harus berjumpa dengan kaunselor untuk menyelesaikan masalah rakan
3.
4.
5.

baiknya.
Murid itu akan lalu di jalan yang bertanah merah untuk ke sekolah.
Kelihatan sekawan burung telah terbang ke sarang apabila hari menjelang
malam.
Kamu hendaklah keluar ke pintu di sebelah kanan dewan ini.

(v)
Meletakkan Kata Sendi Nama Selepas Kata Kerja Tak transitif Apitan Ber....kan
Dalam binaan frasa kerja tak transitif, apitan ber....kan, pembentukan frasa kerja
tak transitif memerlukan kata nama sebagai pelengkap. Kesalahan frasa kerja tak transitif yang
sering dilakukan oleh murid-murid adalah dengan meletakkan kata sendi nama selepas apitan
ber...kan.
Kesalahan Contoh:
Frasa Nama

Frasa Kerja Tak Transitif


Kata Kerja Tak
Transitif Berapitan
ber...kan

Keterangan

(i) Pengemis tua itu

bertilamkan dengan

rumput.

(ii) Kami makan nasi

beralaskan dengan

tikar semasa berkelah.

(iii) Polis berjaya menangkap


penjenayah

berdasarkan akan

maklumat
daripada
penduduk kampung

(iv) Bunga telor yang digubah ibu

berbatangkan akan

saduran perak
sungguh cantik.

(v) Walaupun cuaca sejuk,


pengemis tua itu tidur

berselimutkan
dengan

embun.

Ayat yang betul:


1.
Pengemis tua itu bertilam dengan rumput.
2.
Kami makan nasi beralas dengan tikar semasa berkelah.
3.
Polis berjaya menangkap penjenayah berdasar akan
4.
5.

maklumat

yang

daripada

penduduk
kampung.
Bunga telor yang digubah ibu berbatang akan saduran perak yang sungguh cantik.
Walaupun cuaca sejuk, pengemis tua itu tidur berselimut dengan embun.

Bahagian Satu: Morfologi

35
ataupun:
1.
Pengemis tua itu bertilamkan rumput.
2.
Kami makan nasi beralaskan tikar semasa berkelah.
3.
Polis berjaya menangkap penjenayah berdasarkan maklumat daripada penduduk
4.
5.

kampung.
Bunga telor yang digubah ibu berbatangkan saduran perak yang sungguh cantik.
Walaupun cuaca sejuk, pengemis tua itu tidur berselimutkan embun.

(vi)

Meletakkan Objek (Kata Nama) Selepas Kata Kerja Tak transitif Awalan BeR-

Dalam binaan frasa kerja tak transitif, pembentukan frasa kata kerja tak transitif berawalan beRhanya menerima unsur keterangan sesudahnya. Kesalahan frasa kerja tak transitif yang sering
dilakukan oleh murid-murid adalah dengan meletakkan objek(kata nama) selepas kata kerja tak
transitif berawalan beR-.
Kesalahan Contoh:
Frasa Nama

Frasa Kerja Transitif


Kata Kerja Tak
Transitif Awalan
BeR-

Keterangan

(i) Mesyuarat pengawas


itu

berbincang

perkara yang berkaitan ponteng


sekolah.

(ii) Nenek asyik

bercerita

kisah dongeng Pak Kaduk.

berkata

hal keselamatan negara-negara


di Asia Tenggara.

(iv) Kakak

bertemu

kawannya di Pasar Raya Tesco.

(v) Pembahas itu

berhujah

tajuk yang bertemakan kesihatan.

(iii)
Setiausaha
ASEAN

Agung

Ayat yang betul:


1.
Mesyuarat pengawas itu berbincang tentang perkara yang berkaitan ponteng
2.
3.

sekolah.
Nenek asyik bercerita tentang kisah dongeng Pak Kaduk.
Setiausaha Agung ASEAN berkata mengenai hal keselamatan negara-negara di Asia

4.
5.

Tenggara.
Kakak bertemu dengan kawannya di Pasar Raya Tesco.
Pembahas itu berhujah tentang tajuk yang bertemakan kesihatan.

Bahagian Satu: Morfologi

36
(vii)

Meletakkan Kata Sendi Nama oleh Selepas Kata Kerja Transitif

berawalan

teRDalam binaan frasa kerja transitif, pembentukan frasa kata kerja transitif berawalan teRmemerlukan kata nama sebagai objek atau penyambut. Kesalahan frasa kerja transitif yang
sering dilakukan oleh murid-murid adalah dengan meletakkan kata sendi nama selepas kata
kerja transitif berawalan teR-.
Kesalahan Contoh:
Frasa Nama

Frasa Kerja Transitif


Kata kerja transitif
awalan teR-

Keterangan

(i) Maimunah tidak

termakan oleh

rendang daging yang pedas itu.

(ii) Siti

terambil oleh

pen mahal milik Vanitha.

(iii) Kami

ternampak oleh

seekor
rumah.

(iv) Datuk Mahadi

terbeli oleh

rantai berlian yang mahal itu.

(v) Cikgu Mahani tidak

terbaca oleh

novel agama yang tebal itu.

ular

sawa

di

depan

Ayat yang betul:


1.
Maimunah tidak termakan rendang daging yang pedas itu.
2.
Siti terambil pen mahal milik Vanitha.
3.
Kami ternampak seekor ular sawa di depan rumah.
4.
Dato Mahadi terbeli rantai berlian yang mahal itu.
5.
Cikgu Mahani tidak terbaca novel agama yang tebal itu.
(viii)

Meletakkan Kata Bantu akan Selepas Kata Kerja berawalan memper-

Kesalahan Contoh:
Frasa Nama

Frasa Kerja Transitif


Kata kerja transitif
berawalan memper-

Keterangan

(i) Pihak komunis

memperalat akan

penduduk kampung yang tinggal


di tepi hutan.

(ii) Pekerja hotel itu

memperkemas akan

bilik agar kelihatan bersih dan


rapi.

(iii) Kami

memperoleh akan

kejayaan

Bahagian Satu: Morfologi

setelah

belajar

37
bersungguh-sungguh.
(iv) Beberapa majikan
dikenal pasti

memperdaya akan

pendatang asing tanpa izin


dengan
mengambil
mereka
bekerja tanpa permit

(v) Panglima Hitam

memperhamba akan

dirinya kepada Raja Inderagiri.

Ayat yang betul:


1.
Pihak komunis memperalat penduduk kampung yang tinggal di tepi hutan.
2.
Pekerja hotel itu memperkemas bilik agar kelihatan bersih dan rapi.
3.
Kami memperoleh kejayaan setelah belajar bersungguh-sungguh.
4.
Beberapa majikan di kenal pasti memperdaya pendatang asing tanpa izin
dengan mengambil mereka bekerja tanpa permit.
5.
Panglima Hitam memperhamba dirinya kepada Raja Inderagiri.

Bahagian Satu: Morfologi

Anda mungkin juga menyukai