Anda di halaman 1dari 14

TAHAP PENGUASAAN KEMAHIRAN BAHASA ARAB PELAJAR KELAS BAHASA

ARAB DI MASJID-MASJID DI MALAYSIA


MOHAMAD ROFIAN ISMAIL
AHMAD REDZAUDIN GHAZALI
MOHD NOOR HUSIN PhD
SAUPI MAN PhD
KHAIRATUL AKMAR ABDUL LATIF PhD
Jabatan Pengajian Bahasa & Linguistik Arab Fakulti Pengajian Peradaban Islam
Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor, Bangi, Selangor.

ABSTRAK
Kajian ini dilakukan bertujuan menganalisis tahap penguasaan kemahiran bahasa Arab dalam
kalangan pelajar di masjid di Malaysia. Sebanyak 177 orang responden daripada pelajar kelas
bahasa Arab di masjid-masjid mengikut zon-zon di Malaysia dipilih sebagai sample kajian. Data
yang diperolehi di analisis menggunakan perisian Statistical Package for the Social Science
(SPSS) versi 22.0. Kaedah analisis deskriptif mudah iaitu skor min analysis di gunakan untuk
memperoleh dapatan kajian. Dapatan kajian jelas menunjukkan bahawa bahawa penguasaan
kemahiran bahasa Arab pelajar di Masjid dalam tiga kemahiran utama berada pada interpretasi
min yang sederhana iaitu kemahiran membaca dalam bahasa Arab (min=2.75), Kemahiran
menulis dalam bahasa Arab (min=2.67), dan Kemahiran mendengar dalam bahasa Arab
(min=2.64). Manakala interpretasi min bagi item Kemahiran bercakap dalam bahasa Arab pula
berada pada tahap yang rendah (min=2.14). Secara umumnya, kemahiran bahasa Arab pelajar
berada pada tahap yang memuaskan melainkan kemahiran bercakap. Penyelidik menyarankan
agar di buat penilaian penambahbaikan secara berterusan terhadap beberapa aspek utama
pengajaran seperti modul dan kaedah pengajaran yang memfokuskan kepada kemahirankemahiran bahasa terutama kemahiran bercakap.

1. Latar Belakang Kajian


Pengajaran dan pembelajaran bahasa Arab di Masjid telah lama mula bertapak di
Malaysia. Banyak masjid-masjid di negeri-negeri di Malaysia menganjurkan kursus-kursus
pengajian bahasa Arab di masjid yang melibatkan penyertaan paling ramai dalam kalangan
pelajar yang berusia.
Berdasarkan kepada pemerhatian penyelidik yang terlibat secara langsung dalam
pengajran bahasa Arab di masjid, didapati penguasaan kemahiran- kemahiran bahasa dalam
kalangan pelajar adalah berbeza dan tidak sama. Terdapat dalam kalangan mereka yang begitu
meminati bahasa Arab namun kesukaran menguasai asas kemahiran bahasa sangat terserlah.
Mereka sukar memahami bentuk dan jenis perkataan dan membezakanya. Terdapat juga masalah
berkaitan kemahiran awal dalam menyebut dan membunyikan huruf, begitu juga dengan
kemahiran asas menulis. Walaupun demikian, masih ada juga golongan pelajar yang
berkebolehan dalam menguasai kemahiran-kemahiran asas tersebut.
Melihat kepada situasi ini, penyelidik merasakan perlunya kepada kajian tentang
kemahiran bahasa Arab dalam kalangan pelajar di masjid bagi meninjau dan melihat tahap
penguasaan mereka dalam kemahiran bahasa Arab.
2. Objektif Kajian
Objektif kajian antara lain dapat digariskan sebagai:
i. Mengenalpasti tahap penguasaan kemahiran bahasa dalam kalangan pelajar yang
mempelajari bahasa Arab di Masjid.
ii. Mencadangkan penyelesaian berdasarkan dapatan kajian yang diperolehi melalui analisis
tahap penguasaan kemahiran bahasa Arab pelajar di masjid.
3. Soalan Kajian
Kajian ini akan memastikan persoalan berikut terjawab:
i. Apakah tahap penguasaan kemahiran bahasa dalam kalangan pelajar yang mempelajari
bahasa Arab di Masjid?
ii. Apakah cadangan dan resolusi yang terbaik hasil daripada analisis tahap penguasaan
kemahiran bahasa Arab pelajar di masjid?
4. Perbincangan Literatur Kajian
Secara umumnya, perbincangan dan perbahasan berkaitan sorotan literatur dalam kajian
ini terbahagi kepada dua bahagian iaitu kupasan isu tentang kemahiran mendengar dan bertutur,
manakala bahagian kedua berkaitan dengan kemahiran membaca dan menulis. Berikut dijelaskan
bahagian-bahagian tersebut.

4.1

Kemahiran Mendengar dan Bertutur

Kemahiran mendengar merupakan kemahiran asas dalam proses mempelajari bahasa .


Seseorang pelajar yang mempunyai kemahiran ini dengan baik, kebiasaannya, dapat memahami
maksud serta membuat tafsiran daripada apa yang telah didengarinya . Nik Mohd Rahimi (2005)
berpendapat latihan kemahiran mendengar hendaklah dijadikan asas penggabungjalinan antara
satu kemahiran dengan kemahiran berbahasa yang lain. Namun, berdasarkan kajian beliau,
teknik pengajaran kemahiran mendengar bahasa Arab inilah yang sering diabaikan dan tidak
ditekankan dalam konteks pengajaran bahasa Arab sebagai bahasa kedua di Malaysia. Kenneth
Beare (2009) berpendapat bahawa pengajaran kemahiran mendengar merupakan salah satu tugas
yang paling berat kepada para pendidik atau guru. Ini adalah kerana kemahiran mendengar yang
berjaya adalah memerlukan masa dan penumpuan serta latihan yang banyak.
Dalam pengajaran bahasa Arab, kemahiran mendengar ini amat penting. Dengan
kemahiran mendengar, pelajar dapat memahami sesuatu yang didengar dengan betul dan jelas.
Kemampuan mendengar yang baik akan membantu mereka menghasilkan pertuturan yang baik.
Proses pengajaran untuk mendapatkan kemahiran mendengar ini lazimnya melalui suara guru di
dalam kelas. Justeru, kemahiran mendengar merupakan kemahiran asas dalam proses
mempelajari bahasa yang diwajibkan ke atas para pelajar (Ibtisam & Zamri, 2012).
Kemahiran mendengar amat penting dalam kehidupan kita. Mendengar merupakan metod
pertama insan dalam proses berkomunikasi. Pemerolehan perkataan-perkataan, susunan
ungkapan dan ayat boleh diperolehi melalui kemahiran mendengar. Kemampuan membezakan
suara-suara dan makhraj huruf adalah syarat utama dalam mempelajari kemahiran mendengar.
Pengajaran kemahiran mendengar ini perlu melihat beberapa perkara:
a) Tahap pelajar (peringkat asas, pertengahan atau lanjutan)
b) Objektif pengajaran yang bersesuaian dengan perlaksanaannya.
c) Situasi dan kemampuan melaksanakan kemahiran mendengar dengan menggunakan
BBM.
Antara objektif istima dan contoh pelaksanaanya:
a) Objektif pembelajaran: Pelajar dapat mengetahui/ menangkap/ memperolehi isi-isi
penting dalam komunikasi. Berikut di nyatakan cadangan pelaksanaan:
i.
Pelajar mendengar perbualan antara beberapa orang individu yang telah
dirakamkan.
ii.
Guru menulis nama-nama individu yang terlibat di papan tulis.
iii.
Guru meminta pelajar cuba menyebut sedapat mungkin peristiwa/perkara yang
didengari.
iv. Guru sekali lagi meminta pelajar menyebut peristiwa yang berlaku mengikut
turutan.
v. Pelajar diminta menyatakan perasaan mereka ketika mendengar rakaman
perbualan Arab tersebut.
b) Objektif: Pelajar mampu mengingati dan menyebut apa yang diperdengarkan kepada
mereka. Berikut di nyatakan cara pelaksanaan :

i.
ii.
iii.
iv.

Guru menjemput beberapa pekerja (dari sektor pentadbiran atau wakil institusi)
yang terdiri dari penutur bahasa Arab sebagai bahasa pertama atau orang yang
fasih dalam bahasa Arab.
Tetamu tersebut akan menceritakan skop pekerjaan dan tanggungjawapnyanya
menggunakan bahasa Arab di hadapan pelajar-pelajar di dalam kelas.
Pelajar akan bercakap dan berbual dengan tetamu tersebut.
Guru akan berbincang dengan pelajar segala yang mereka dapat melalui perbualan
mereka dengan tetamu tersebut selepas tempoh seminggu.

Mempelbagaikan aktiviti dan latihan kemahiran mendengar, antaranya:


a) Latihan yang bersifat menyeluruh dalam semua kemahiran. Seseorang pelajar tidak akan
bercakap melainkan setelah diperdengarkan sesuatu kepadanya, tidak akan membaca jika
tidak dituturkan kepadanya, tidak akan menulis kecuali setelah dia membacanya.
b) Kemahiran mendengar dan membaca. Pelajar mendengar soalan yang dikemukakan,
sambil membaca pilihan jawapan yang terdapat dihadapannya.
c) Imlak (diktasi) dan mendengar. Diktasi berperanan penting dalam membina kemahiran
mendengar bagi satu-satu bahasa. Pelajar mendengar beberapa perkataan dan ungkapan
sambil cuba mengingati bentuk-bentuk huruf tersebut seterusnya dia menterjemahkannya
dalam bentuk perkataan.
Menurut Al-Naqah, Mahmud Kamil (1985), prosedur langkah-langkah pengajaran bagi
kaedah kemahiran mendengar ialah :
a) Guru memperdengarkan model bahasa iaitu dialog atau struktur ayat kepada pelajar
dengan menggunakan intonasi yang betul. Bacaan ini dilakukan oleh guru sendiri atau
melalui pita rakaman.
b) Pelajar hanya mendengar model bahasa pada bacaan pertama dan mereka tidak
dibenarkan melihat teks tulisan.
c) Pada bacaan kali kedua, pelajar dibenarkan melihat teks tulisan sambil mendengar bacaan
guru.
d) Pada bacaan kali ketiga,pelajar mendengar tanpa melihat teks tulisan.
e) Pada bacaaan kali keempat, pelajar beramai-amai diminta mengajuk bacaan guru tanpa
menggunakan teks tulisan.
f) Pelajar kemudiannya dibahagikan kepada beberapa kumpulan kecil untuk mengajuk
bacaan guru tanpa menggunakan teks tulisan.
g) Guru memilih beberapa pelajar untuk mengajuk bacaannya secara individu tanpa melihat
teks tulisan.
h) Setelah guru berkeyakinan bahawa pelajar telah dapat mendengar dan menyebut dialog
atau struktur ayat dengan betul tanpa teks tulisan, barulah guru itu boleh menyoal soalansoalan kefahaman yang mudah kepada pelajar tanpa melihat kepada teks tulisan.
i) Akhirnya guru boleh membenarkan pelajar-pelajarnya melihat teks tulisan dan melatih
kemahiran membaca dan menulis.
Kemahiran bertutur ialah satu aspek pengajaran dan pembelajaran bahasa yang amat
penting dan utama. Ia adalah kemahiran asas yang perlu dikuasai oleh seseorang pelajar sebelum
mempelajari kemahiran-kemahiran lain seperti kemahiran membaca dan menulis.

Taimah (t.t.) mencadangkan antara panduan dalam pengajaran kemahiran bertutur:


i. Guru perlu mengurangkan percakapan dan memberi arahan di dalam kelas
kemahiran bertutur namun sebaliknya pelajar perlu memperbanyakkan bertutur
bahasa Arab.
ii. Pelajar perlu memahami apa yang dituturkannya iaitulah dengan cara meminta
pelajar bercakap sesuatu tajuk yang dialaminya atau berdasarkan kepada
pengalamannya.
iii. Guru tidak membangkang atau memotong percakapan ketika pelajar bertutur
bahasa Arab serta memperbanyakkan pembetulan ketika pelajar bertutur bahasa
Arab. Adalah satu kebiasaan sekiranya penutur bahasa Arab sebagai bahasa kedua
berasa lemah dalam mengeluarkan kata-kata dan menyusun ayat bahasa Arab dengan
sempurna. Namun perasaan ini akan bertambah sekiranya percakapan mereka sering
dipotong oleh guru. Pembetulan kesalahan pelajar perlu dilihat dari dua segi: a)
Sekiranya kesalahan pertuturan bahasa Arab pelajar boleh merosakkan makna ayat,
maka guru perlu memperbetulkan kesalahan pertuturan pelajar. Namun jika
kesalahan bahasa itu tidak merosakkan makna serta masih dapat menyampaikan
maksud percakapan, maka kesalahan itu perlu diabaikan.
iv. Guru perlu mengajar kemahiran bertutur mengikut tahap pelajar. Pelajar peringkat
asas: percakapan dilakukan melalui proses soal jawab (guru menyoal pelajar
menjawab samada soalan berkaitan dengan teks yang dipelajari atau tentang satu-satu
situasi), atau menghafaz sebahagian dialog. Pelajar peringkat pertengahan:
kemahiran bertutur dilatih melalui aktiviti permainan, perbincangan dua hala, pelajar
menceritakan pengalaman yang mereka alami, ulang cerita perkara yang mereka lihat
atau dengar dari tv atau radio.
4.2

Kemahiran Membaca dan Menulis

Membaca merupakan salah satu sumber pengetahuan dan asas pembentukan diri ke arah
memperoleh ilmu pengetahuan. Tujuan membaca bagi memahami teks yang dibaca dan
kandungan teks memberi makna kepada pembaca (Yahya 2005). Keupayaan membaca
merupakan suatu kemahiran yang amat bernilai dan merupakan proses yang dinamik, iaitu
memerlukan komunikasi yang aktif dan bermakna antara pembaca dengan penulis. Membaca
juga dikatakan sebagai keupayaan seseorang mengecam bentuk visual dan menghubungkan
antara bentuk dengan bunyi dan melalui pengalaman serta berupaya mentafsirkan maksudnya.
Pemahaman bacaan bergantung pada gabungan dari segi pengetahuan bahasa, gaya kognitif, dan
pengalaman membaca.
Ringkasnya, membaca ialah menyuarakan isi dan fikiran yang tertulis dan memahami
kandungannya. Menurut Taimah (t.t), latihan kemahiran mendengar bahasa Arab sebagai bahasa
asing atau bahasa kedua perlu diajar secara berasingan sebelum diikuti dengan latihan kemahiran
berbahasa yang lain seperti latihan kemahiran bertutur, latihan membaca dan latihan menulis. Ini
bermakna kemahiran mendengar merupakan kemahiran asas yang perlu diajarkan dan dipelajari
oleh para pelajar bermula pada peringkat permulaan pembelajaran bahasa mereka.
Proses membaca menurut Taimah (t.t) ialah suatu proses pengecaman, pemahaman,
kritikan dan tindak balas yang merupakan suatu aktiviti akal fikiran yang memerlukan

penglibatan setiap aspek personaliti seseorang pembaca. Sehubungan itu, kepentingan


penguasaan kemahiran ini telah menjadikan kefahaman bacaan sebagai satu aspek pelajaran yang
wajib bagi pelajaran bahasa Arab di semua peringkat pengajian. Oleh itu, berdasarkan teori
Taimah (t.t) menunjukkan bahawa aktiviti membaca merupakan salah satu kemahiran bahasa
yang penting untuk dikuasai samada dalam bahasa ibunda atau bahasa kedua. Tidak lengkap
mempelajari sesuatu bahasa itu melainkan ia dapat menguasai kemahiran membaca bahasa yang
dipelajarinya. Malah dalam konteks pembelajaran bahasa Arab sebagai bahasa asing atau kedua
di Malaysia, boleh dianggap kemahiran membaca adalah objektif utama yang perlu dikuasai
memandangkan kemahiran-kemahiran lain kurang dipraktikkan secara meluas (Nik Rahimi,
1998).
Menurut Maimun (t.t) pengajaran membaca adalah satu kemahiran penerimaan di mana
pelajar menerima teks dan memecahkan makna-maknanya. Ini kerana dalam pengajaran dan
pembelajaran bahasa, kemahiran membaca ini merupakan kemahiran yang penting di samping
kemahiran mendengar, bertutur dan menulis. Antara tujuan pengajaran kemahiran membaca
adalah mengajar pelajar membaca bahasa Arab dengan mudah dan santai dengan memahami
maknanya secara langsung tanpa terhenti pada perkataan dan ungkapan tanpa bantuan kamus
ketika membaca. Terdapat empat tahap dalam kemahiran membaca iaitu:
a) Tahap pertama - Memperkenalkan dan menyebut melalui frasa-frasa yang asas
dalam perbualan dan pelajar mampu menyebut dengan sendiri. Antara aktiviti
yang sesuai denagn tahap ini adalah memperkenalkan huruf-huruf hijaiyyah dan
mengulanginya sehingga pelajar biasa dengan huruf tersebut. Melambatkan
sebutan huruf-huruf yang susah dan berat sebutannya. Akhirnya menguji pelajar
untuk membaca secara bunyi bagi simbol tulisan dan memahami maknanya.
b) Tahap kedua - Memahamkan bahan bacaan secara mendalam sedikit dengan
memperkenalkan perbendaharaan kata baru. Walaubagaimanapun, harus
menggunakan tajuk-tajuk yang mudah dan terpilih dalam linkungan suasana
sebenar pelajar.
c) Tahap ketiga - Pembelajaran kemahiran membaca yang sebenar dengan
diperkenalkan jenis-jenis bacaan; bacaan intensif dan bacaan umum.
d) Tahap keempat - Pembacaan yang lebih meluas dan berfokus tentang pemikiran
dan peradaban. Pada peringkat ini, diperkenalkan bacaan secara terang dan
senyap.
Oleh itu, berdasarkan tahap kemahiran membaca yang dijelaskan di sini, menunjukkan
bahawa pengajaran kemahiran membaca adalah berperingkat agar dapat sampai kepada bacaan
yang memberi faedah kepada pelajar. Sehubungan itu, dalam kaedah pengajaran membaca
menurut Taimah(t.t) dibahagikan kepada dua iaitu; kaedah deduktif yang dimulakan dengan
diperkenalkan huruf dan bunyi huruf tersebut dan kaedah induktif yang dimulakan terus dengan
memperkenalkan perkataan dan ayat.
Sementara itu, kemahiran menulis merupakan suatu budaya intelek yang saling
melengkapi antara kemahiran membaca dengan menulis. Keupayaan menulis merupakan proses
penyaluran maklumat yang bersifat mekanikal dan disalurkan secara bersistem iaitu mengambil
kira matlamat, penggunaan bahasa, audiens, dan gaya penulisan. Sehubungan itu, keupayaan
membaca dan menulis merupakan suatu kemahiran yang menjadi punca atau asas dalam proses

pengajaran dan pembelajaran yang berkesan dalam pelbagai disiplin ilmu di semua peringkat
pengajian. Pencapaian dan kebolehan yang tinggi dalam kemahiran membaca dan menulis pasti
dapat meningkatkan penguasaan pembelajaran dan mata pelajaran tertentu.
Manakala antara sebahagian daripada objektif aktiviti kemahiran bahasa yang
dilaksanakan dalam pengajaran kemahiran menulis adalah:
i.
Menulis perkataan yang dilihat di papan tulis atau di dalam buku dengan
penulisan yang betul.
ii.
Mengetahui cara menulis perkataan mengikut jenis dan bentuk yang pelbagai iaitu
perkataan awal, tengah dan akhir.
iii.
Menulis dengan betul bermula dari kanan ke kiri.
iv. Menulis perkataan dengan huruf terpisah dan bersambung.
v. Tulisan yang jelas.
vi.
Menjaga asas tatabahasa penulisan.
vii.
Menjaga keseragaman dan peraturan dalam penulisan ayat.
viii.
Mementingkan penggunaan jenis-jenis penulisan bahasa Arab.
ix.
Menjaga ciri-ciri penulisan bahasa Arab seperti al-mad, al-tanwin ,al-ta marbutah
dan maftuhah dan lain-lain.
x.
Meringkaskan tajuk atau bahan bacaan dengan gaya penulisan yang betul.
xi.
Menggunakan isi-isi penting pada setiap perenggan menggunakan mufradat dan
uslub yang sesuai.
xii.
Menulis dengan cepat dan betul.
Kemahiran menulis ini boleh dibahagikan kepada tiga bidang utama, iaitu tulisan huruf,
khat atau menulis perkataan dan karangan. Mempelajari tulisan huruf boleh dibahagikan kepada
tiga bahagian utama. Pertama tulisan secara pindah, iaitu pelajar diajar menulis huruf bahasa
Arab yang diberi petikannya kepada mereka. Berdasarkan kepada keratan petikan ini pelajar
menyalin semula ayat yang terdapat dalam petikan tersebut. Tujuan utama ialah bagi
memperbaiki kemampuan pelajar untuk menulis huruf perkataan Arab.
Bahagian kedua ialah tulisan Pandang-Tulis. Dimaksudkan di sini ialah tulisan yang
berbentuk lihat teks kemudian menulis semula atau melihat kepada petikan kemudian menulis
semula seperti yang dibaca oleh guru.
Bahagian ke tiga ialah Tulisan Ujian yang berasaskan kepada tiga kemampuan asas yang
terdiri daripada kemampuan mendengar, kemampuan mengingati dan kemampuan meletakkan
bahan pendengaran dalam bentuk penulisan.
Oleh itu, berdasarkan langkah-langkah yang dicadangkan di atas melalui aktiviti
kemahiran berbahasa samada kemahiran membaca atau kemahiran menulis, ada tiga peringkat
dalam kedua-dua kemahiran ini iaitu peringkat permulaan,pertengahan dan lanjutan. Setiap
peringkat ini diperkenalkan mengikut kesesuaian tahap pelajar untuk menerima dan
mengaplikasi bahasa yang diperolehi.

5. Metodologi Kajian
Kajian ini merupakan kajian berbentuk kuatitatif. Sebanyak 177 orang responden
daripada pelajar kelas bahasa Arab di masjid-masjid mengikut zon-zon di Malaysia dipilih
sebagai sample kajian. Satu set soal selidik telah diagihkan kepada responden kajian yang
mengandungi variable-variable yang berkaitan dengan objektif kajian. Data yang diperoleh
melalui soal selidik dianalisis dengan menggunakan perisian Statistical Package for the Social
Science (SPSS) versi 22.0. Data-data daripada borang soal selidik telah dianalisis dan
dibentangkan menggunakan kaedah analisis diskriptif mudah iaitu kekerapan peratusan dan skor
min analysis. Untuk itu, pengkaji memilih interpretasi skor min yang bersumberkan Alias Baba
(1999) semasa membuat analisis dan ia adalah seperti dalam Jadual 1.0 di bawah.
Jadual 1.0 Interpretasi Skor Purata Ke dalam 5 tahap (Skala likert 5)
Julat
Tahap Skor Min
1.00 1.80
Sangat Rendah
1.81 2.60
Rendah
2.61 3.40
Sederhana
3.41 4.20
Tinggi
4.21 5.00
Sangat Tinggi
Sumber: Alias Baba (1999)

6. Analisis Kajian
Analisis berkaitan dengan kekerapan peratusan dan juga skor min bagi item-item
berkaitan tahap penguasaan kemahiran bahasa Arab dalam kalangan pelajar kelas bahasa Arab di
masjid boleh dirujuk kepada jadual-jadual di bawah.
Jadual 6.1: Kemahiran membaca dalam bahasa Arab
Status
Kekerapan
Sangat Lemah
20
Lemah
44
Sederhana
75
Baik
36
Sangat Baik
2
Jumlah
177

Peratusan
11.3
24.9
42.4
20.3
1.1
100.0

Jadual 6.1 menunjukkan taburan item penguasaan kemahiran membaca dalam bahasa
Arab. Seramai 20 (11.3%) orang responden berada pada tahap sangat lemah, 44 (24.9%) orang
lemah dalam kemahiran ini, 75 (42.4%) orang berada pada tahap sederhana, 36 (20.3%) orang
berada pada tahap yang baik dan hanya 2 (1.1%) responden berjaya menguasai kemahiran ini
pada tahap sangat baik.

Jadual 6.2: Kemahiran menulis dalam bahasa Arab


Status
Kekerapan
Sangat Lemah
26
Lemah
37
Sederhana
84
Baik
29
Sangat Baik
1
Jumlah
177

Peratusan
14.7
20.9
47.5
16.4
.6
100.0

Jadual 6.2 menunjukkan taburan item penguasaan kemahiran menulis dalam bahasa Arab.
Seramai 26 (14.7%) orang responden sangat lemah dalam kemahiran menulis, 37 (20.9%) orang
responden berada pada tahap yang lemah, 84 (47.5%) orang responden adalah sederhana, 29
(16.4%) orang responden adalah baik dan hanya seorang (0.6%) sahaja yang mewakili responden
berada pada tahap yang sangat baik.
Jadual 6.3: Kemahiran mendengar dalam bahasa Arab
Status
Kekerapan
Sangat Lemah
24
Lemah
45
Sederhana
81
Baik
24
Sangat Baik
3
Jumlah
177

Peratusan
13.6
25.4
45.8
13.6
1.7
100.0

Jadual 6.3 menunjukkan taburan item penguasaan kemahiran mendengar dalam bahasa
Arab. Seramai 24 (13.6%) orang responden sangat lemah menguasai kemahiran mendengar,
45(25.4%) orang berada pada tahap yang lemah, 81 (45.8%) orang menguasainya pada tahap
sederhana, 24(13.6%) orang mempunyai penguasaan kemahiran mendengar yang baik, 3 (1.7%)
orang berada pada tahap yang sangat baik.
Jadual 6.4: Kemahiran bercakap dalam bahasa Arab
Status
Kekerapan
Sangat Lemah
42
Lemah
75
Sederhana
54
Baik
6
Jumlah
177

Peratusan
23.7
42.4
30.5
3.4
100.0

Jadual 6.4 menunjukkan taburan item kemahiran bercakap dalam bahasa Arab. Seramai
42 (23.7%) orang responden berada pada tahap penguasaan yang sangat lemah, 75 (42.4%)
orang adalah lemah, 54 (30.5%) orang menguasai kemahiran ini pada tahap sederhana, 6 (3.4%)
orang berada pada tahap yang baik.

Jadual 6.5 : Min Tahap Penguasaan Kemahiran Bahasa Arab Dalam Kalangan Pelajar
Kelas Bahasa Arab di Masjid
ITEM

MIN

SISIHAN

INTERPRETASI

PIAWAI

Kemahiran membaca dalam bahasa Arab


Kemahiran menulis dalam bahasa Arab
Kemahiran mendengar dalam bahasa Arab
Kemahiran bercakap dalam bahasa Arab

2.75
2.67
2.64
2.14

.945
.938
.937
.814

Sederhana
Sederhana
Sederhana
Rendah

Jadual 6.5 menunjukkan min keseluruhan domain kajian berkaitan penguasaan kemahiran
pelajar kelas bahasa Arab di Masjid berdasarkan perspektif masing-masing. Secara umumnya,
dapatan kajian menunjukkan bahawa penguasaan kemahiran bahasa Arab pelajar di Masjid
dalam tiga kemahiran utama berada pada interpretasi min yang sederhana iaitu kemahiran
membaca dalam bahasa Arab (min=2.75), Kemahiran menulis dalam bahasa Arab (min=2.67),
dan Kemahiran mendengar dalam bahasa Arab (min=2.64). Manakala interpretasi min bagi item
Kemahiran bercakap dalam bahasa Arab pula berada pada tahap yang rendah (min=2.14).
DAPATAN KAJIAN
Berdasarkan dapatan dan analisis di atas, kajian ini merumuskan dapatan tersebut
mengikut susunan item masing-masing seperti berikut:
Item 1 : Kemahiran membaca dalam bahasa Arab
Secara umumnya, berdasarkan kepada dapatan yang diperolehi, pelajar yang mempelajari
bahasa Arab di Masjid seluruh Malaysia telah berjaya menguasai kemahiran membaca pada
tahap yang sederhana. Dapatan kajian menunjukkan interpretasi min pada item ini berada pada
tahap yang sederhana (2.75). Dapatan jelas menunjukkan bahawa pelajar perlu lebih berusaha
dalam meningkatkan penguasaan dalam kemahiran membaca agar mencapai tahap yang lebih
baik. Faktor-faktor lain yang terlibat dalam proses pengajaran dan pembelajaran seperti tenaga
pengajar, modul, kemudahan pembelajaran perlu di beri perhatian (Tamam Timbang et. al, 2011).
Item 2 : Kemahiran menulis dalam bahasa Arab
Dapatan menunjukkan penguasaan pelajar dalam kemahiran menulis bahasa Arab di
masjid-masjid Malaysia berada pada tahap sederhana. interpretasi min pada item ini berada pada
tahap yang sederhana (2.67). menurut Hashim Othman, (2005) kemahiran menulis merupakan
kemahiran berbahasa tertinggi dan berada pada peringkat terakhir mengikut susunan kemahiran
bahasa yang perlu di kuasai pelajar yang mempelajari samada bahasa ibunda mahupun bahasa
asing. Namun penguasaan pelajar dalam kemahiran menulis berdasarkan dapatan ini jelas
menunjukkan bahawa mereka perlu meningkatkan motivasi dan semangat dalam membuat

latihan penulisan dan mempraktikkannya secara berterusan. kajian Samah (2012) mendapati
pelajar mampu menguasai kemahiran menulis bahasa Arab sekiranya mereka terus berlatih dan
membuat latih tubi dengan bimbangan guru.
Item 3 : Kemahiran mendengar dalam bahasa Arab
Skor min yang dipeolehi pada item ini ialah pada tahap sederhana iaitu 2.64. Ini
menandakan penguasaan pelajar yang mempelajari Bahasa Arab di masjid seluruh Malaysia
adalah memuaskan. Justeru, Penambahbaikan kearah meningkatkan penguasaan pelajar dalam
kemahiran ini perlu dilakukan segera agar mencapai tahap yang tinggi. Cadangan berkaitan
teknik pengajaran yang berkesan dan motivasi serta penekanan terhadap kepentingan kemahiran
mendengar sepatutnya di utamakan. Ibtisam bt Abdullah & Zamri bin Ahmad, (2012) dalam
kajiannya menyatakan teknik pengajaran kemahiran mendengar yang berkesan adalah yang
meliputi pelbagai aktiviti yang interaktif dari sumber multimedia. Ia bermula dengan mendengar
teks yang mudah, pelbagai aktiviti menarik yang mana penumpuan lebih utama kepada proses
pembelajaran dari hasil produk. Manakala Nik Rahimi (2005) menegaskan bahawa kemahiran
mendengar adalah salah satu daripada komponen pembelajaran bahasa bersama dengan
kemahiran bertutur, membaca dan menulis. Walaupun begitu, dalam konteks pengajaran,
kemahiran mendengar tidak begitu diberi penekanan hingga menyebabkan pelajar-pelajar tidak
menyedari kepentingan kemahiran mendengar kepada mereka. Implikasinya, pelajar-pelajar
tidak begitu berkeyakinan untuk berinteraksi.
Item 4 : Kemahiran bercakap dalam bahasa Arab
Hasil dari analisis di atas, didapati pelajar sememangnya menghadapi kesukaran dan
kepayahan untuk menguasai kemahiran bertutur dalam bahasa Arab. Skor min pada item yang ke
empat ini menunjukkan jumlah sebanyak 2.14 dan di kategorikan pada tahap yang rendah.
Kemahiran bertutur biasanya menuntut pelajar menguasai ilmu Nahu dan Soraf. Berdasarkan
kajian Adnan dan Muhammad Firdaus, (2014) menunjukkan seramai 94% daripada keseluruhan
responden bersetuju mengenai punca utama kekangan berbahasa Arab dalam kalangan pelajar ini
berlaku kerana mereka kurang menguasai nahu serta sarf berbanding dengan faktor-faktor yang
lain. Kajian ini di sokong oleh Mat Taib Pa (2008) bahawa sejak dahulu lagi penguasaan
kemahiran bertutur bahasa Arab dalam kalangan pelajar amat lemah, walau pun mereka daripada
bidang pengkhususan bahasa itu sendiri. Kelemahan mereka tertumpu kepada penguasaan
perbendaharaan kata, morfologi, sintaksis dan gaya bahasa. Justeru, mereka akan hilang
keyakinan untuk menuturkan bahasa ini dengan sebaiknya.
CADANGAN DAN PENYELESAIAN
Setelah di analisis data dan dibincangkan dapatan kajian, pengkaji ingin mengemukakan
beberapa solusi dan cadangan ke arah penyelesaian berkaitan tahap penguasaan kemahiran
bahasa Arab dalam kalangan pelajar kelas bahasa Arab di Masjid di Malaysia . Setiap butiran
cadangan dan solusi tersebut adalah sebagaimana beikut :
1. Kemahiran membaca perlu diperkasakan dalam modul pembelajaran bahasa Arab di
Masjid. Kaedah pengajaran yang memberi fokus kepada penggunaan kosa kata harian

dalam teks bacaan perlu di utamakan memandangkan kebanyakan pelajar yang


mempelajari bahasa Arab di masjid terdiri daripada golongan yang berusia dan kanakkanak. Justeru, Kandungan modul dan objektif modul haruslah lebih menjurus kepada
kemahiran membaca begitu juga dengan kemahiran-kemahiran lain agar mereka dapat
meningkatkan kemahiran membaca ke tahap yang lebih baik. Menurut Nik Mohd
Rahimi (1998), kemahiran membaca adalah antara objektif utama yang perlu dikuasai
dalam konteks pembelajaran bahasa Arab sebagai bahasa asing atau kedua di Malaysia
memandangkan kemahiran-kemahiran lain kurang dapat dipraktikkan secara meluas.
2. Memandangkan terdapat golongan pelajar yang mempelajari bahasa Arab di Masjid tidak
mempunyai asas dalam bahasa Arab, maka kemahiran menulis bersifat mekanis perlulah
di utamakan sebelum beralih fokus kepada penulisan mentalis (Sharifah Saad, Siti
Hazlifah Hilaluddin, 2012). Latihan penulisan bermula dari huruf-huruf hijaiyyah
sehingga kepada penulisan ayat mudah mestilah diperbanyakkan dan bersifat latih tubi
dengan bimbingan dan tunjuk ajar yang berterusan daripada tenaga pengajar.
3. Kemahiran bertutur sangat sukar dikuasai pelajar memandangkan kemahiran ini
memerlukan aplikasi dan praktis yang berterusan. Sueraya Che Haron (2010) dalam tesis
doktor falsafahnya Understanding Arabic speaking skill learning strategies among
selected Malay learners menyebut bahawa pelajar pelajar yang ingin menguasai
pertuturan bahasa Arab, mereka mesti menguasainya terlebih dahulu di dalam kelas. ini
merujuk kepada strategi semulajadi atau usaha sendiri pelajar untuk meningkatkan
kemahiran bertutur mereka seperti mengumpul perbendaharaan kata yang baru,
mengesan kesalahan tatabahasa dalam pertuturan pensyarah, meniru sebutan perkataan
Arab, membandingkan perbezaan ungkapan bahasa Arab yang diucapkan oleh guru yang
berbeza negara seperti Arab, Melayu dan mereka yang lahir di Timur Tengah.
4. Aspek sebutan, perbendaharaan kata dan kaedah tatabahasa perlu dijadikan kandungan
modul pembelajaran seterusnya di ajar dengan baik kepada pelajar agar mereka dapat
meningkatkan kemahiran bertutur. Mahmud Kamil al-Naqah, (1985) menyebut bahawa,
terdapat beberapa aspek dalam kemahiran bertutur atau berkomunikasi dalam bahasa
Arab yang perlu diberi penekanan iaitu, aspek sebutan, perbendaharaan kata dan kaedah
tatabahasa.
5. Kemahiran berkomunikasi perlu diterapkan oleh guru ke dalam diri pelajar semasa
mempelajari bahasa Arab di masjid. Kemahiran ini dapat mengurangkan kesalahan dalam
sebutan pelajar. Menurut Kamaruddin Hj Hussin, (1999), kesalahan dalam sebutan
kebiasaannya berlaku kepada para pelajar bahasa kedua atau bahasa asing kerana
dipengaruhi oleh bahasa ibunda. Manakala Mahmud Kamil al-Naqah, pula menyatakan
bahawa pelajar dapat mengatasi halangan berkomunikasi apabila pelajar mencapai dua
kemahiran iaitu mendengar dan membaca, kerana kedua-dua kemahiran ini membantu
pelajar menambah kosa kata dan membimbing mereka menggunakannya dalam konteks
ayat yang betul.
PENUTUP
kajian yang telah dijalankan ini sedikit sebanyak telah membantu pengkaji memperoleh
gambaran umum berkaitan kebolehan dan penguasaan pelajar yang mempelajari kemahiran

kemahiran bahasa di masjid. Kemahiran mendengar, bertutur, membaca dan menulis mestilah di
ajar secara seimbang agar pencapaian dan penguasaan berbahasa pelajar dapat di perbaiki dan
pertingkatkan kearah yang paling baik. Peranan guru, modul, pengurusan masjid dan juga pelajar
memang tidak dapat dinafikan dalam memastikan penguasaan pelajar dalam empat kemahiran
bahasa Arab dapat dikuasai. Beberapa saranan ke arah penyelesaian telah dikemukakan dengan
harapan agar pelajar yang mempelajari bahasa Arab di Masjid dapat menguasai kemahiran
bahasa Arab dengan baik. Sesungguhnya, kejayaan itu tidak dapat direalisasikan sehinggalah
semua pihak yang terlibat dan berkepentingan mengambil jalan penyelesaian secara rasional,
profesional dan berkesan.

RUJUKAN
Adnan Mat Ali dan Muhammad Firdaus Hj Abdul Manaf. (2014). kekangan bertutur dalam
bahasa Arab di kalangan pelajar BASL. Prosoding of International Research Management
and Innovation Conference 2014 (IRMIC2014), RMC KUIS. 584-599.
Al-Naqah, Mahmud Kamil. (1985). Talim al-Lughah al-Arabiyyah Linnatiqina Biha, Universiti
Ummul Qura, Saudi.
Hashim Othman (2005). Penilaian tahap penguasaan kemahiran menulis dalam bahasa melayu
murid sekolah kebangsaan kebolehpercayaan instrument, Kertas kerja Persidangan
Serantau Pendidikan Bahasa Melayu bertema Merekayasa Pendidikan Bahasa Melayu
untuk Mendepani Cabaran Semasa anjuran bersama. Pusat Pengajian Ilmu Pendidikan &
Pusat Seni, USM, dan Dewan Bahasa dan Pustaka Wilayah Utara.1-15.
Ibtisam Abdullah dan Zamri Ahmad. (2012). Pengajaran kemahiran mendengar bahasa arab
sebagai bahasa kedua Isu-isu pembelajaran bahasa Arab. Persidangan Kebangsaan
Pengajaran Dan Pembelajaran Bahasa Arab 2012 (PKEBAR12), 2012, 7581.
Kamarudin Hj. Husin. (1986). Kaedah pengajaran dan pembelajaran bahasa. Subang Jaya:
Sarjana.
Kamarudin Hj Husin. (1999). Pengajaran Lisan: Kemahiran Mendengar dan Bertutur, Kuala
Lumpur: Kumpulan Budiman Sdn. Bhd.
Kenneth Beare. (2009). The Challenge of Teaching Listening Skills. Dicapai pada 29 September
2016 daripada http://esl.about.com/cs/teachlistening/a/a-tlisten.htm.
Maimun Aqsa Lubis. ( 2007). Turuq tadris al-lughah al-arabiyyah Wa Idad Duruusiha Fi
Maliziya. Fakulti Pendidikan UKM

Mat Taib Pa. 2008. Isu-isu pengajaran bahasa dan kesusasteraan Arab di institut pengajian tinggi.
Prosiding Seminar Pengajaran Bahasa dan Kesusasteraan Arab di Institut Pengajian Tinggi
Malaysia. Jabatan Bahasa Arab dan Tamadun Islam, FPI UKM.
Nik Mohd Rahimi. 1998. Bahasa Arab untuk kemahiran komunikasi: Satu kajian tentang
perlaksanaannya dan cabaran pengajaran dan pembelajaran di abad Ke-21. Prosiding
Seminar Isu-isu Pendidikan Negara. Fakulti Pendidikan, Universiti Kebangsaan Malaysia.
Nik Mohd Rahimi. 2003. Pengajaran kemahiran mendengar Bahasa Arab: Antara tradisi dan
inovasi. Prosiding Wacana Pendidikan Islam (siri 3), p. 200-213.
Nik Mohd. Rahimi Nik Yusoff. 2005. Penilaian Kemahiran Mendengar dalam Kurikulum Bahasa
Arab Komunikasi. Tesis Doktor Falsafah: Universiti Kebangsaan Malaysia.
Rosni Samah. (2012). Isu-isu pembelajaran bahasa Arab. Persidangan Kebangsaan Pengajaran
Dan Pembelajaran Bahasa Arab 2012 (PKEBAR12), 2012, 286300.
Samah, R. (2012). Pembinaan Ayat Bahasa Arab Dalam Kalangan Lepasan Sekolah Menengah
Agama Arabic Sentences Construction Among The Islamic Religious School Graduates.
GEMA Online Journal of Language Studies, 12, 555569.
Sharifah Saad, Siti Hazlifah Hilaluddin (2012). Penggunaan Buku Garis Empat Dengan Kaedah
Line And Space Secara Bimbingan Individu Bagi Meningkatkan Kekemasan Tulisan
Kanak-Kanak Prasekolah. Prosiding Seminar Penyelidikan Tindakan PISMP, 3(5)
Sueraya Che Haron. 2010. Understanding Arabic-Speaking Skill Learning Strategies Among
Selected Malay Learners. Tesis Doktor Falsafah: UIAM.
Ta'emah, Rushdee. (t.t). Al-Marja fi Talim al-Lughat al- Arabiyyah li al-Natiqin bi Lughat
Ukhra. Vol. 2, Makkah: Jami at Umm al-Qura.
Yahya Othman. (2005). Trend dalam Pengajaran Bahasa Melayu. Kuantan: PTS Profesional.

Anda mungkin juga menyukai