Anda di halaman 1dari 15

Tamadun China adalah sebuah tamadun yang lama bertahan, iaitu sejak 4000

tahun yang lalu, walaupun terpaksa menghadapi pelbagai rintangan dan


halangan disebabkan pencerobohan kuasa asing.
Sejarah Tamadun China bermula dengan lembah sungai. Di utara bermula
dengan Huang He (Sungai Kuning) Sekitar 39501700SM). Sungai ini mengalir
dari pergunungan Kun Lun ke Timur, merentasi Utara China sehingga ke Teluk
Bo-Hai, sepanjang 3,395 batu. Dibangunkan masyarakat tani semi tetap, pada
era Neolitik kebudayaan Yangshao. Tokoh terkenal Huang Ti (Maharaja Kuning
2000SM).
Di Tengah dan Selatan China, bermula dengan Sungai Yangtze, terpanjang di
China (3915 batu), mengalir dari Gunung Qinghai dan Tibet membelah ke
bahagian Timur China berakhir di Laut China Timur. Kesan kehidupan Neolitik
ditemui di wilayah Guangdong dan kesan kebudayaan Peng-Keng turut
dikenalpasti di Taiwan (5000-3000SM.).
SEJARAH RINGKAS TAMADUN CHINA
Sejarah perkembang tamadun China boleh dilihat dalam empat zaman:
- Zaman Pembinaan
- Zaman Keagungan
- Zaman Peralihan dan
- Zaman Moden
ZAMAN PEMBINAAN
Iaitu tahap awal pembinaan, muncul pelbagai dinasti (Dinasti Hsia-Chou- Hin),
muncul sistem politik monarki dan era feudalisme. Zaman Dinasti Chou timbul
peperangan akibat kelonggaran sistem pemerintahan yang memberi kuasa
kepada tuan-tuan tanah di wilayah masing-masing. Hasilnya muncul pelbagai
aliran seperti Konfusius, Taoisme dan Legalisme yang memberi sumbangan
besar kepada Tamadun China. Kemunculan Shih Hwang Ti (221-210SM.) China
dapat disatukan.
ZAMAN KEAGUNGAN
Bermula dengan zaman Dinasti Han (206SM-23M di Han-Barat dan 25-265M
Han-Timur), menguasai wilayah yang luas dan cekap mentadbir. Penduduk
seramai 60 juta. Dinasti ini berakhir dengan pemberontakan dalaman diikuti
zaman kekacauan selama 350 tahun, berlanjutan hingga zaman Dinasti Tang.
Dalam pada itu juga tamadun China turut menyaksikan kehadiran Pengaruh
Islam sebagaimanan direkodkan dalam Chinese Annals mengenai kisah orang

Arab dalam Dinasti Tang sekitar (618-907M.). Pelbagai bangsa yang beragama
Islam mendiami negara China seperti; Uighur, Kazakh, Dongxiang, Kirghis, Salar,
Tadjik, Uzbek, Tartar, dan Baoan. Rentetan daripada itu muncullah masyarakat
China Islam yang terdiri di kalangan kaum Hui.
Zaman Maharaja Yong Hui (651M), Dinasti Tang dicatatkan kehadiran utusan
Khalifah Saidina `Uthman bin `Affan ke Cangan/Xian. Hubungan diplomatik yang
dianggap paling menyerlah berlaku pada zaman Dinasti Yuan (1271-1368).

Kemuncak keemasan berlaku pada zaman Dinasti Ming (1368-1644). Menurut


catatan rasmi orang-orang China, hubungan antara Arab Parsi dengan China
melalui darat dan laut. Dikatakan kapal-kapal dagang China telah sampai ke
Teluk Parsi sejak abad ke-5 masehi lagi.
Saad bin Abi Waqas dikatakan pernah sampai ke China, diperkuatkan lagi
dengan kata-kata Saidina Umar r.a.: Tuntutlah ilmu walaupun di negeri China.
Panglima Islam Qutaybah bi Muslim dikatakan pernah menguasai Singkiang dan
mara ke Kansu. Pada tahun 713M. hubungan dengan Maharaja Hsuan turut
diadakan. Melihat kepada perkembangan sejarah berkenaan, menunjukkan
Islam datang ke China sejak zaman Rasulullah s.a.w. Lagi.
ZAMAN PERALIHAN
Bermula dengan pencerobohan orang Gasar. Pada pertengahan abad ke-13,
bahagian Utara China ditakluki oleh Monggol. Dinasti Song terpaksa berpindah
ke Selatan dan berakhir pada 1271M. Di bawah pimpinan seorang petani
Buddha Dinasti Ming kembali berkuasa. Namun pada tahun 1644, orang Manchu
pula menguasai sehingga kedatangan ancaman Barat pada abad ke-19.
ZAMAN MODEN
Tamadun China mengalami perubahan ketara sekitar 1839-1842, apabila China
dikalahkan oleh Barat dalam Perang Chandu. China diaibkan dengan syarat
perjanjian yang tidak adil menyentuh kedaulatan China. Dalam pada itu
pengaruh Barat mula meresap dan menghambat keluar amalan dan nilai tradisi
tempatan. Para intelektual China mula mengkagumi sistem demokrasi ala Barat
dan ideologi Komunis. Komunis berjaya menguasai China pada tahun 1949.
Ekoran daripada itu, cabaran terhadap nilai-nilai tradisional mula dirasakan,
pengaruh ideologi Barat mula tersebar. Pengaruh Marxisme oleh parti Komunis
China pimpinan Mao Zedong (1949-1976) mula membara. Implikasi daripada itu
beberapa perubahan mula berlaku

Tamadun China wujud sejak 5,000 tahun dahulu. Tamadun terawal dikesan di
lembangan Sungai Kuning. Budaya China terbentuk hasil daripada percampuran
berbagai elemen etnik
JATIDIRI MASYARAKAT CHINA
Kuat mempertahankan budaya nenek moyang. Menganggap diri mereka lebih
bertamadun daripada bangsa lain. Amat menghargai hasil minda (idea) orang
lain. Amat mengambil berat tentang sejarah dan budaya bangsa.
ETNIK-ETNIK CHINA
Terdapat lebih 54 kelompok etnik. Han adalah kumpulan etnik paling dominan.
Banyak etnik lain terasimilasi dalam etnik Han. Nama keluarga mengamabarkan
asal-usul mereka.
BUDAYA MASYARAKAT CHINA
Budaya adalah identiti masyarakat China. Setiap amalan mengambarkan
maknanya yang tersendiri. Amalan budaya dan pantang larang menjadi pengikat
persaudaraan orang China. Masyarakat China mempercayai kewujudan dan
peranan alam roh atau dewa-dewa.
SISTEM SOSIAL MASYARAKAT CHINA
Mementingkan hirarki sosial. Mengutamakan hubungan kekeluargaan.
Pematuhan dan Pengaplikasian norma sosial menjadi asas kepada kewujudan
keharmonian sosial. Prinsil Lima Hubungan (wu lun) adalah teras hubungan
sosial.
NILAI-NILAI DALAM PENDIDIKAN
Upacara budaya seperti perayaan disambut semua lapisan masyarakat.
Perayaan berperanan sebagai pengikat tali kekeluargaan. Amalan tradisi
dianggap sebagai jatidiri atau pengenalan orang China. Tanpa amalan tradisi
China mereka dianggap hilang nilai kechinaannya. Pendidikan dianggap penting
dalam mengekalkan masyarakat berilmu, beradat dan berperadapan.
KESIMPULAN
Negara dan bangsa China berjaya mengekalkan kelangsungan tamadunnya
dalam tempoh masa yang panjang kerana mereka kuat mempertahankan nilai
budaya mereka. Walaupun mereka pernah dijajah oleh bangsa bukan China,
tetapi keutuhan budaya China berjaya menchinakan bangsa yang menjajah
mereka.

SUMBANGAN TAMADUN CHINA


PENGENALAN
Tamadun china merupakan salah satu tamadun tertua di dunia. Sumbangan dan
pencapaiannya adalah setanding dengan tamadun dunia lain. Keunikan
Tamadun China ialah ketahananya sepanjang masa. Tamadun ini memiliki
sejarah yang panjang dan masih kekal sehingga sekarang.
Pengaruh tamadun China amat ketara dan telah dijadikan model bagi kerajaankerajaan seperti Jepun, Korea dan Vietnam. Penyebarannya berlaku secara
tidak langsung ke seluruh dunia, kewujudan China town di beberapa negara
maju membuktikannya. Budaya China dikagumi khususnya dalam bidang
perubatan, ilmu pengetahuan, penciptaan dan perkembangan teknologi serta
falsafahnya.

SENIBINA TEMBOK BESAR CHINA


Kubu China silam yang dibina sekitar 200 SM dan diperkukuh antara akhir abad
ke-14 sehingga permulaan abad ke-17, semasa Dinasti Ming. Ia dibina untuk
melindungi China daripada serangan puak Mongol dan puak Turkic. Bahagian
dalam tembok berisi tanah yang bercampur dengan batu-batan.
Bahagian atasnya dibuat jalan utama untuk pasukan berkuda Negeri China. Ia
lebih kukuh dan tahan lebih lama. Fungsi utama tembok ini ialah untuk menahan
serangan puak-puak nomad dari utara. Panjang tembok ini ialah 6,352 km,
daripada Shanhai Pass sehingga ke Teluk Bohai di sebelah timur yang terletak
berhampiran dengan sempadan China dan Manchuria, sehingga Lop Nur di
sebelah tenggara wilayah Xinjiang.

BAHAN PERCETAKAN KERTAS


Penciptaan mesin cetak telah berlaku pada zaman Dinasti Tang. Manakala
kertas dicipta lebih awal daripada penciptaan mesin cetak. Ia telah dicipta oleh
Cai Lun pada tahun 105. Ciptaan kertas dan mesin cetak seterusnya membawa
kepada perubahan kepada tamadun Barat kerana bermulanya Zaman Reformasi
di Eropah.

Kertas pertama di dunia


BAHAN API / MERCUN
Orang Cina juga merupakan pencipta serbuk peletup. Ia dimulai oleh pengikutpengikut Tao yang mencampurkan arang kayu dengan kalsium nitrat dan sulfur.
Perkara ini di sentuh dalam buku Taoisme yang melarang mencampurkan
bahan-bahan ini terutama menambah sebatian arsenium, kerana dikhuatiri akan
membawa kebakaran. Namun demikian bahan letupan yang mereka cipta hanya
digunakan untuk bunga api. Manakala hubungan China dengan kuasa asing
membawa kepada pengaruh penciptaan bahan peletup sebagai satu senjata.
KOMPAS
Penciptaan kompas awal berdasarkan ikan gabus yang menunjukkan arah utaraselatan yang diletakkan batu lod. Sebenarnya, tujuan utama penciptaan tersebut
adalah untuk keagamaan sahaja. Kompas pertama dicipta oleh penduduk China
diperbuat dari kayu dan sebatang sudu magnet.
PEPERIKSAAN AWAM CHINA
Matlamat utama pendidikan di China ialah lulus peperiksaan awam.
Sistem peperiksaan awam di China adalah yang tertua di China.
Terdiri daripada 3 tahap
- Hsiu Tai Setaraf dengan ijazah pertama
- Chun-Jen Setaraf dengan sarjana
- Chin Shih Setaraf dengan doktor falsafah
PERTANIAN
Kerbau digunakan untuk aktiviti penanaman padi, kuda sebagai binatang
tunggangan dan ikan mas dan anjing peking sebagai binatang belaan. Mereka
juga memelihara serangga berguna bagi menghasilkan lilin dan mengadakan
kawalan serangga perosak dengan menggantungkan sarang semut pada pokok
buah-buahan.
KOLAR KUDA
Kolar kuda merupakan sumbangan tamadun China yang direka untuk
membolehkan kuda menarik tenggala kayu, kereta kuda, kereta sorong berkuda
dan penyisir tanah.
SAINS DAN TEKNOLOGI
Sumbangan tamadun Islam terhadap tamadun China dalam sains dan teknologi
(ilmu pengetahuan):

- Bidang Perubatan
- Bidang Matematik
- Bidang Astronomi
- Fizik
- Biology
BIDANG PERUBATAN
Bermula sejak kurun ke-2 masihi. Karya perubatan yang terkenal. Inner Cannon
Rekod teori-teori perubatan China. Yellow Emperors Classic of Internal
Medicine Kelebihan akupunktur, herba, diet dan senaman. Treaties on Disease
Caused by Cold Factors Ditulis oleh Chang Chung Ching. Material Madica
Ditulis oleh Li Shih Chen merupakan ensiklopedia yang mengandungi hampir
2,000 jenis perubatan.
BIDANG MATEMATIK
Dua karya matematik yang terkenal
- Chou Pei Suan King Mengenai kelendar, cara tentukan masa melalui ayunan.
- Chiu Chan Suan Shu Mengandungi 9 bab mengenai ilmu kira-kira, ukuran
dan teori matematik.
Ahli matematik China yang terkenal
- Liu Hiu
- Li Zhi
- Li Shanlan
BIDANG ASTRONOMI
Pada dinasti Chou, pembuatan katalog bintang, kejadian gerhana, komet dan
penggunaan genomon serta clepsydra diaplikasikan.

ISLAM DI CHINA
- Sejarah Islam di China
o Teori Kedatangan Islam di China
o Perkembangan Islam di China
o Faktor Pemangkin Islamisasi
- Tokoh-tokoh Islam di China
- Sumbangan Islam di China
PENGENALAN
China adalah antara negara paling awal menerima kedatangan Islam. Islam
sampai ke negara itu melalui perjuangan dan usaha gigih sahabat Rasulullah.

Sumbangan Islam kepada peradaban China sangat besar dan tidak boleh
dipadamkan dari catatan sejarah.
TEORI KEDATANGAN ISLAM KE CHINA
1. Berlaku sejak Rasulullah s.a.w lagi. Ini berdasarkan catatan sejarah Dinasti
Sui (605-618M) dan Dinasti Tang (618-905M) bahawa telah ada kapal dagangan
China sampai di Teluk Parsi pada abad ke-5M dan telah ada penempatan orang
Arab di sekitar pelabuhan utama di China.
2. Islam telah diperkenalkan sejak zaman Rasulullah s.a.w. berdasarkan
pendapat yang menyatakan Saad bin Lubayd yang menyertai rombongan ke
Habsyah pada 619M telah berdakwah ke China pada 630/631M.
Beliau bersama sahabatnya yang dikenali sebagai Yusuf telah berdakwah di
Chuan Chow, Chang Chow dan Canton serta bertanggungjawab mendirikan
masjid Kwang Tah Se dan masjid Chee Lin Se.
3. Menurut rekod Sejarah Dinasti Tang, Islam dibawa ke China oleh pendakwah
yang diketuai oleh Saad bin Abi Waqas iaitu Panglima Perang Laut Islam
sewaktu pemerintahan Maharaja Yung-Wei dalam Dinasti Tang pada abad ke7M.
4. Terdapat pendapat yang menyatakan Islam dibawa ke China pada zaman Thai
Sung (627-655M) dan orang Islam yang pertama tiba di China ialah Abu Hamzah
Ibn Hamzah (anak kepada Hamzah bin Abi Talib, sepupu Rasulullah s.a.w).
Beliau bersama 3000 orang Muhajirin telah berhijrah ke China dan menetap di
kawasan San Gan Foo.
5. Menurut catatan rasmi Dinasti Tang (618-905M), Islam dibawa kira-kira pada
651/652M (kurun ke 7M) apabila satu utusan Islam yang dikirimkan oleh Khalifah
Othman b. Affan telah sampai ke Chang-an (kini Xian) ibu kota Dinasti Tang.
PERINGKAT PERKEMBANGAN

DINASTI SUNG (960-1279M)


Dinasti yang berjaya menyatukan kerajaan kecil di China. Aktiviti perdagangan
antara orang Arab dan Cina semakin meluas. Pedagang asing diberikan
perlindungan oleh pemerintah, dibenarkan berkampung dan bebas berdagang.
Ramai pedagang Islam datang dan ini meluaskan proses penyebaran Islam.

DINASTI YUAN (1127-1368M)


Didirikan oleh orang Monggol (diketuai oleh Genghis Khan). Zaman Kublai Khan,
kawasan selatan China pula tewas pada 1279M. Dinasti Yuan memerintah
seluruh China sehingga 1368M. Ramai ilmuwan dari Asia Barat datang
berkhidmat dengan kerajaan sebagai pentadbir, pakar kewangan, arkitek, ahli
sains dan matematik (mendapat kedudukan tinggi). Mempengaruhi penduduk
tempatan untuk masuk Islam.
DINASTI MING (1368-1644M)
Dinasti Islam yang terbesar dan terkenal. Pentadbiran oleh orang Cina Islam.
Merupakan kejayaan besar masyarakat Islam di China. Banyak masjid dibina.
Ramai orang Islam dilantik oleh kerajaan. Ilmu sains Islam bergiat cergas.
DINASTI CHING (1644- 1912M)
Ditadbir oleh orang Manchu. Kedudukan orang Islam tergugat. Diskriminasi
terhadap orang Islam, terutama yang bukan Cina. Berlaku reformasi yang
dilakukan oleh orang Islam menyebabkan berjuta rakyat Islam terbunuh
KERAJAAN REPUBLIK (1911 M)

1911M- Sun Yat Sen menubuhkan sebuah kerajaan republik.


Kerajaan ini membahagikan rakyat kepada 5 jenis
- Han (China)
- Man ( Manchu)
- Meng (Monggol)
- Hui (Islam)
- Tzang (Tibet)
Ini telah memperbaiki hubungan dan peluang penyebaran Islam.
Banyak sekolah dan organisasi Islam ditubuhkan, seperti:
- The Chinese Muslim Promotion Club
- Chinese Muslim Federation
REVOLUSI KEBUDAYAAN (1949- 1976 M)
- 1949M- China jatuh ke tangan komunis (pemimpin- Mao Zedong).
- Penduduk diseksa dan tertindas.
- Ideology Karl Marx dan Mao wajib dipelajari.
- Melarang semua bentuk agama dan fahaman.
- Masjid- masjid dikerahkan tutup dan dijadikan ladang babi.

- Imam dan guru- dipaksa menjadi penyelia kandang babi.


- 1976M- revolusi kebudayaan tamat (Mao Zedong mati).
- Islam bergiat kembali.

TOKOH-TOKOH ISLAM DI CHINA


LAKSAMANA CHENG HO
Ma San Pao (nama asal). Keturunan Sino Arab dari Yunnan. Menjadi laksamana
selama 30 tahun.
Misi- misi:
- 7 pelayaran- singgah di 30 negara Asia (termasuk Melaka) dan Afrika.
- Misi haji.
Sumbangan kepada kebudayaan Islam:
- Meletak batu asas pertukaran budaya di bumi Melayu.
- Memperluaskan budaya berdagang dan berlayar.
- Mencatat arah layar, mata angin, jarak perjalanan & tempat- tempat perhentian.
YUSOF MA ZHU (1640- 1711)
Dilahirkan di Yunnan.
Bergaul dengan ulama Islam (belajar sastera Arab dan Parsi).
Mengajar di Akademi Maharaja.
Membuat penyelidikan mengenai Islam.
Karya agung: Arah Islam (berkaitan sejarah, falsafah, Islamic law)

LIU ZHI (1665- 1745)


Dilahirkan di Nanjing.
Dikagumi oleh masyarakat Islam dan bukan Islam kerana pengetahuan Islam
yang luas.
Karya agung- Tian Fang Jian Li (Etika dalam Islam).
Kejayaan- berjaya memahami manusia dari perspektif Islam.
YUSOF MA DEXING (1794-1874)
Dikenali sebagai Ma Fuchu di Yunnan.
Tinggal di Arab- 8 tahun.
Terlibat dalam Pemberontakan Orang Islam (1862-1872- Yunnan).
Dibunuh oleh rejim Ching.
Terkenal kerana pengetahuan Islam dan kefasihan (bahasa Arab dan Parsi).

Karya agung:
Kitab Ajaran Suci (terjemahan Al-Quran, Nahu, Sarf)
Sumbangan kepada Kebudayaan Islam:
Menterjemahkan Al-Quran
Menulis buku- buku Islam (bahasa Arab dan Parsi)
SUMBANGAN ISLAM DI CHINA
ASTRONOMI
Pembinaan makmal kaji bintang (Dinasti Yuan).
Tokoh utama dalam ilmu astronomi Tcha-Ma-Lou-Tin (Jamaludin).
Beliau mencipta berbagai alat kaji bintang dan cuaca serta kalendar (takwim
Wan-nien-li). Dijadikan takwim rasmi kerajaan mulai 1265 hingga 1281 masihi.

MATEMATIK
Pada zaman Dinasti Tang dan Sung, masyarakat Islam memperkenalkan kaedah
pengiraan Arab (Xiyi Lishu), kaedah 60 darjah (Chiu Ji Li-Zaman Tang), algebra
dan trigonometri.

PELAYARAN
Orang Islam membantu perkembangan pembinaan kapal dan menggerakkan
usaha pelayaran.
Contoh: Cheng Ho mulakan pelayaran ke luar China.
Turut majukan bidang pelayaran terutama soal peralatan untuk berlayar seperti
kepakaran astronomi, kompas dan kaedah ukuran air.
PERUBATAN
Kaedah dan bahan perubatan Arab dibawa masuk dan digabungkan dengan ilmu
perubatan China.
Beberapa karya dihasilkan sebagai panduan.
Bahan perubatan dibawa masuk ke China pada zaman Dinasti Tang dan Dinasti
Sung.
PEMBINAAN
Menggabungkan elemen tempatan dan senibina Islam bertujuan untuk
penyesuaian keadaan di situ. Contoh: Masjid Niukie yang berusia 700 tahun dan
Masjid Huaje Lane di Sian (Xian).
KESIMPULAN

Kedatangan Islam ke China membuktikan agama suci ini bersifat sejagat.


Perdagangan dan politik merupakan faktor utama kemasukan Islam di China.
Masyarakat Islam China berjaya membuktikan sumbangan Islam kepada
kemajuan peradaban China.

INTERAKSI TAMADUN ISLAM TAMADUN CINA


- Rekod rasmi China bertarikh 638 M mencatatkan Kedah pernah jalin hubungan
diplomatik dgn China & para pedagang Kedah berdagang ke China
- Kedah - pusat perhentian utama bg sami Buddha dr China yg belayar melalui
Selat Melaka utk ke India sekitar tahun 250 M
- Zaman keagungan Kerajaan Melayu Melaka, hubungan diplomatik dgn China
penting agar Melaka selamat dr ancaman musuh
- Laksamana Cheng Ho bawa perutusan pengiktirafan Parameswara sbg
pemerintah kjn Melaka oleh Maharaja China
- Maharaja China hantar puterinya, Hang Li Po utk dikahwinkan dgn Sultan
Mansur Syah.
- Kelompok yg berasal drp keturunan para pengiring Puteri Hang Li Po lebih
dikenali sebagai Baba dan Nyonya @ Peranakan
- Awal abad ke-19 - setelah kedatangan kuasa British & penubuhan Negerinegeri Selat, berlaku pertambahan bilangan orang Cina - golongan peniaga yang
berjaya dan dikenali sbg Cina Selat @Straits Chinese
Kesan:
1. Penyebaran Agama
- Islam di Tanah Melayu di peringkat awalnya dikatakan dtg dari Tanah Besar
China ekoran hbg perdagangan
- Islam yg dtg melalui para pedagang dr Canton dan Hainan pada kurun ke-9
dibuktikan dgn penemuan batu bersurat di Campa bertarikh 1039, di Brunei
(1048), di Laren, Jawa (1082).
2. Warisan Cina Peranakan
- Dikenali sebagai Baba dan Nyonya.
- Kebudayaan mereka turut mempunyai unsur pengaruh kebudayaan Melayu.
- Bahasa Melayu Baba byk mengandungi perkatan Hokkien
- Cara masakan dipengaruhi oleh gaya masakan Melayu dan menjadi kebiasaan
bagi mereka makan guna tangan
- Pakaian kebaya dan kain sarong

3. Kebudayaan
- Pertukaran barangan sbg hadiah melalui misi diplomatik perkenalkan pelbagai
tekstil (kain) dari negara China seperti kain sutera dan kain kapas, barangan
porselin, tembikar dan logam, serta makanan seperti kicap, taugeh dan tauhu.
- Adat memberi ang pau yang bermaksud sampul merah
4. Perubatan dan Teknologi
- Rawatan akupuntur dan herba bertujuan menseimbangkan yin dan yang
- Perubatan herba Cina yang jumlahnya melebihi 1,000 jenis mengubat penyakit
seperti asma, anemia dan kanser.
- Teh Cina ataupun green tea
- Teknologi - perlombongan, pertanian dan pertukangan
- Teknologi baru seperti penghasilan barangan termasuklah gula, kertas, kain,
bahan letupan, lilin

Kemasukan Islam di China


Terdapat catatan mengatakan kapal-kapal China telah pun berlabuh di teluk
Parsidan berdagang di Pelabuhan Sirah pada 5 Masihi. Peluasan kawasan Islam
itu berlaku ketika d i z a m a n k h a l i f a h AL - W a l i d b i n Ab d u l M a l i k .
Panglima Islam yang bertanggungjawabmenyebarkan Islam ke
Tim ur hingga ke sempadan negara China adalah Qutaibah
b i n Muslim. Akibat daripada penguasaan Islam ke timur dan kekalahan
tentera China di sungai Talas maka ini telah menghalang kerajaan China
pada ketika di bawah Dinasti Tang daripada m e n g e k a l k a n k u a s a d i As i a
Ten g a h . O r a n g i s l a m ya n g p e r t a m a t i b a d i a r a b i a l a h
u t u s a n Khalifah Uthman ibn Affan. baginda telah menghantar Saad bin Abi
Waqqas melawat negeriChina pada tahun 651 M (29Hijrah) untuk
menyampaikan dakwah kepada Maharaja China.Hasil daripada lawatan tersebut,
maharaja China telah mengarahkan pembinaanM a s j i d y a n g b e s a r d a n
indah di Bandar Canton atau kini dikenali sebagai Guangzhou.
(Abdur- Rauf, 1994).. Berdasarkan sumber dari China, Maharaja Tang II
telah menghantar utusan kepada Nabi Muhammad SAW untuk
menghantar pendakwah ke negara tersebut. N a b i t e l a h m e n ya m b u t
baik dengan menghantar tiga orang pendakwah. Dua
d a r i p a d a pendakwah itu meninggal dunia semasa perjalanan yang amat jauh,
dan hanya seorang sahaja yang selamat sampai ke China. Maharaja
tersebut telah membina sebuah masjid untuknya. Bermula dari itu beliau
mula menyebarkan Islam di negeri China. ( Jameel Abdullah, present Islamic
world, part 2, p.in Saudi Arabia, page. 495, in Arabic) .Pada zaman maharaja Hsu
Tang telah berlaku satu pemberontakan
untuk menjatuhkannya.Jadi,beliau meminta pertolongan dari Khalifah
Abassiah untuk mengatasimasalah tersebut.Sehubungan itu,Khalifah

Abassiah,Khalifah Al-Mansour telah menghantar 4000 orang untuk


menjalankan misi tersebut dan Berjaya.Namun,tentera-tentera
tersebutdiminta untuk tinggal disitu dan berkahwin dengan penduduk tempatan.
Hasilnya,berlakulahislamisasi di kawasan tersebut
3.3 Pertembungan Tamadun Islam dan China
1.Pendidikan
Dinasti Tang, Dinasti Sung dan terutamanya Dinasti Yuan melahirkan
ramai tokoh Islamt e r k e n a l ya n g m e n g a m a l k a n b u d a y a C h i n a d a n
kesetiaan terhadap negeri China tanpa b e r b e l a h b a h a g i .
S a l a h sa t u n ya i a l a h Mu h a m m a d Pa o Sh a o Yi.H a s i l
I s l a m i s a s i d i China,wujud pengajian agama di masjid dan sekolah
bagi menyebarkan lagi dakwah islamdisitu.
2 . F a l s a f a h
Pada Dinasti Manchou,lahirnya ramai falsafah islam dari China yang
terkenal.Antaranyaialaah Ma Ming Loong,Sheikh Wang Tai Yu dan Pu
Sung Ling. Pu Sung Ling menuliscerita Liao Chai yang bermaksud rumah
yang tidak dikehendaki atau rumah perbualan.Cerita Liao Chai dianggap
setaraf dengan cerita Arab; Seribu Satu Malam. Pu Sung Lingdianggap sebagai
salah seorang penulis besar China. Syed Omar Shamsuddin, putera HsienYang
dinasti Yuan merupakan orang yang membuat lukisan Yin dan Yang.
3.Negarawan dan Ketenteraan.
Telah lahir juga ramai tokoh-tokoh Negara dan ketenteraan islam ketika ini.
Antaranya:
Takutur Khan Merupakan cucu kepada Jeneral Jengis Khan.
Laksamana Cheng Ho Nama sebenarnya ialah Muhammad Ma Ho
yang berasal dari Yunan.
Jeneral Omar Pai Chung - Merupakan Marshal tentera 4 bintang.

Laksaman Cheng Hoo


Nama asal Cheng Ho ialah Ma Sanbao. Cheng Ho yang nama aslinya adalah
MaH e d a l a m B a h a s a A r a b a d a l a h M u h a m m a d S i d d i q .
B e l i a u d i l a h i r k a n d a l a m s e b u a h keluarga Etnik Hui yang
menganut agama Islam di Yunnan, barat daya China. Datuk
dan bapanya telah menunaikan fardu haji ke Mekah. Mereka mengetahui
keadaan di luar negaradan suka menjelajah.Semasa berusia 10 tahun, Ma
Sanbao dirampas oleh pasukan pengawal maharajalalu dibawa ke Nanjing,
lantaran itu beliau telah dilantik sebagai sida dalam istana maharaja.Ma Sanbao
yang cergas dan pandai telah disukai oleh maharaja dan dianugerahi nama
ChengHo oleh maharaja.Semasa Cheng Ho berusia 34 tahun, Maharaja Zhu Di

mengambil keputusan untuk menghantar armada bagi melaksanakan


pelayaran besar-besaran ke pelbagai negara di Asia dan Afrika untuk
menjalinkan hubungan persahabatan dengan negara-negara di kawasan
itu.Baginda menitahkan Cheng Ho memimpin pelayaran kapal
"Baochuan" yang digunakandalam pelayaran Cheng Ho ialah dibuat di
Nanjing. Kalau dikira berdasarkan panjang batangkemudi terseubt, maka kapal
"Baochuan" armada Cheng Ho yang paling besar telah mencatat l e b i h s e r i b u
tan, ini merupakan kapal yang paling besar di dunia pada masa
itu.ArmadaC h e n g H o t e r d i r i d a r i p a d a b e b e r a p a p u l u h k a p a l
y a n g b e r b e z a - b e z a s a i z n y a . J u m l a h keseluruhan pegawai,
pedagang dan anak kapal armada Cheng Ho mencatat lebih 20
ribuorang.Pelayaran Laksamana Cheng Ho ke negara-negara Asia dan Afrika itu
telah meluaskan pandangan rakyat China dan meningkatkan pengetahuan
geografi rakyat China. Pelayaran itu juga telah meningkatkan petukaran,
persefahaman dan perdagangan antara rakyat China dengan rakyat
pelbagai negara Asia dan Afrika. Pelayaran Laksamana Cheng Ho lebih
awalseparuh abad daripada Comumbus, pelayar yang terkenal di dunia.Misi
pelayaran Laksamana Cheng Ho ialah : -(1) Mengukuhkan perhubungan
persahabatan antara Negara Cina dengan Negara-negara di Asia
Tenggara, Lautan India, Benua Arab/Parsi dan Afrika Timur.(2) Menunjukkan
kekuatan Negara Cina serta mewujudkan pendamaian antara satu samalain.(3)
Memajukan perdagangan antarabangsa.(4) Memperkenalkan hasil pengeluaran
tempatan.(5) Menjamin keselamatan pedagang Maritim.Disamping itu
Laksamana Cheng Ho juga menjalankan kegiatan dakwahnya
denganmenyebarkan Agama Islam di Nusantara seperti Empayar
Serivijaya, Majapahit, Melaka,Terengganu, Fo-Lo-Ann, Kedah dan lainlain, dimana sebelum ini dipengaruhi oleh agamaHindu/Buddha.Raja
Parameswara dari Melaka adalah raja Melaka pertama yang
memeluk agama Islam atas ajakan Laksamana Cheng Ho. Sejak itu
Parameswara mengganti namanyamenjadi Sultan Iskandar Syah dan mengubah
Melaka dari kerajaan Hindu menjadi kesultananIslam.Cheng Ho juga dikenal
sangat peduli dengan kemakmuran masjid. Tahun 1413, diamerenovasi Masjid
Qinging (timur laut Kabupaten Xian). Tahun 1430, ia membaiki MasjidS a n S a n
d i N a n j i n g y a n g r o s a k k e r a n a t e r b a k a r. P e m b a i k a n m a s j i d
m e n d a p a t b a n t u a n langsung dari kaisar. Pada ekspedisi terakhir (14311433), ia sempat menunaikan ibadah haji sebagai pelengkap menjadi
seorang Muslim sejati. Sebagai seorang Muslim, ia juga lalu
m e n g a n d a l i k a n d i p l o m a s i d a m a i d a l a m s e t i a p p e l a ya r a n n y a .
C h e n g H o w a f a t d i L a u t a n Hindia di selatan Pulau Sri Lanka pada tahun
1432. Sebelum wafat dia berpesan, agar kalaudia mati, jenazahnya harus
ditenggelamkan ke dasar laut sebelum matahari terbenam.Kerana sakit Cheng

Ho akhirnya wafat dengan tasbih yang jatuh dari tangannya dengan


mengucapkan kata La Ilaha illallah. Semua orang menangisi kepergiannya.
Hidupnya bagai sebuah legenda. Namun menurut sejarawan China, tak ada
anak buah Cheng Ho yang berani membenamkan jenazahnya ke dasar
laut seperti permintaannya. Jenazahnya dibawa pulang ke Nanjing dan
dia dimakamkan di depan sebuah masjid dengan sebuah
upacarakebesaran militer yang dihadiri oleh Kaisar Ming yang baru yang
menggantikan Kaisar YongLe.
3.4 Iktibar
Kesimpulannya, sumbangan ilmuan islam dalam tamadun cina yelah
memberiiktibar yang banyak dan meluas. Sebagai contoh, kesan
daripada kedatangan LaksamanaC h e n g H o s e b a g a i p e n g a n u t
agama Islam dan telah memberi pengaruh yang kuat
dalamagama Islam di tamadun Cina. Dalam zaman Dinasti
Yu a n , p e n d a t a n g - p e n d a t a n g I s l a m kebanyakannya menggunakan
nama keluarga orang-orang Han yang bukan Islam seperti C h a u ,
Chien, Sun, Lee dan sebahagiannya menggunakan nama
asal mereka.
Ramainegarawan Cina dan tentera Cina adalah beragama Islam dan ini
merupakan contoh terbaik bagi membuktikan kesan daripada
pengislaman panglima-panglima perang kerajaan pada zaman tamadun
cina.Antara sumbangan yang boleh dijadikan iktibar kepada tamadun cina ialah
melalui pelayaran. Contohnya, ramai anak kapal Laksamana Cheng ho
telah memeluk agama Islam dan mereka dapat mendalami agama islam
dengan sebaiknya. Selain itu, pedagang asing telah menyebabkan ajaran
agama islam tersebar luas dengan ramai pendakwah ke China
melaluil a u t d a n m e n y e b a r k a n I s l a m d i B a n d a r - b a n d a r
s e p e r t i S h a n g h a i , G u a n g z h o u , d a n sebagainya.Seterusnya,
maharaja dapat menerima kebaikan agama islam dan
tertarik kedatangan pendakwah islam yang menyebarkan agama Islam
di tamadun Cina. Ini akanmemberi kesan kepada penduduk tamadun cina
kerana penduduk akan patuh dan mencontohi perbuataan tentang ajaran Islam.

Anda mungkin juga menyukai