New Microsoft Office Word Document

Anda mungkin juga menyukai

Anda di halaman 1dari 4

KERTAS KERJA DASAR

MAJLIS SAMBUTAN MAULIDUR RASUL PERINGKAT


SEKOLAH
SKPK PRINCESS ELIZABETH, JOHOR BAHRU TAHUN
2016/1437H.
1. PENGENALAN
Pembinaaan modal insan yang seimbang dari aspek rohani dan
jasmani merupakan
matlamat utama Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Pelbagai program telah
disusun untuk
mencapai matlamat tersebut diperingkat sekolah. Justeru, pihak sekolah
di bawah
pengelolaan Kluster Kebitaraan Intelektual Ad-Din dan Panitia Pendidikan
Islam, SKPK
Princess Elizabeth, Johor Bahru dengan kerjasama Asrama dan Sekolah
Agama Puteri
Elizabeth, Johor Bahru telah berusaha mempelbagaikan aktiviti bercorak
kerohanian ke arah
mencapai matlamat Pendidikan Negara. Saban tahun pihak sekolah tidak akan
melepaskan
peluang untuk menganjurkan hari memperingati sirah junjungan besar kita Nabi
Muhammad
S.A.W. Pelajar akan didedahkan dengan perjuangan sirah Rasulullah serta
peribadi baginda
melalui pengisian yang bakal disertai agar ianya dapat diimplementasikan dalam
kehidupan
harian mereka.

2. MATLAMAT
Fokus utama pelaksanaan program ini berpaksikan
kepada matlamat:
1. Memperingati sejarah kerasulan Nabi Muhammad
S.A.W dan perjuangannya
dalam menegakkan syiar Islam.
2. Mengambil contoh teladan dari peristiwa yang
tersurat dan tersirat dari
sejarah kerasulan baginda.
3. OBJEKTIF
Program ini dilaksanakan bertujuan untuk:

1. Mengingati peristiwa Hari Keputeraan Junjungan


Mulia Rasul Al-Amin, Nabi
Muhammad S.A.W.
2. Memupuk semangat kerjasama di kalangan pelajar,
kakitangan sekolah,
guru-guru dan ibubapa.
3. Mengeratkan lagi hubungan silatulrahim di kalangan
warga sekolah dengan
ibubapa dan masyarakat setempat.
4. Mengambil pengajaran dan iktibar dari ceramah
yang akan disampaikan
seterusnya diamalkan dalam kehidupun seharian.
4.0 TARIKH PERLAKSANAAN PROGRAM
Tarikh : 20 Februari 2016 (Sabtu)
Masa : 8.00 Pagi 1.30 Petang
Tempat : Dewan Tun Sri Lanang, SKPK Princess
Elizabeth
5.0 KUMPULAN SASARAN
Majlis sambutan Maulidur Rasul ini diadakan saban
tahun di peringkat sekolah dan asrama
SKPK Princess Elizabeth Johor Bahru dengan kerjasama
Sekolah Agama Puteri Elizabeth
dan Persatuan Ibubapa dan Guru (PIBG). Sambutan ini
melibatkan semua pelajar sekolah
rendah dan sekolah menengah, kakitangan
sekolah, guru-guru, ibubapa pelajar serta
masyarakat setempat.

6.0 TENTATIF PROGRAM


- Seperti di dalam Lampiran 2.
7.0 JAWATANKUASA PELAKSANA
- Seperti di dalam Lampiran 3.
8.0 IMPLIKASI KEWANGAN
- Seperti di dalam Lampiran 4.
9.0 PENUTUP
Program ini diharap mampu menjana muridmurid ke arah pembangunan modal insan
termantap sejajar dengan matlamat Kementerian
Pelajaran Malaysia (KPM) serta untuk
membantu perkembangan potensi individu secara
menyeluruh berdasarkan jasmani, emosi,
rohani dan intelek. Diharapkan agar pelaksanaan
program seumpama ini memberi kesan
kepada murid-murid berkeperluan khas dalam
meningkatkan sahsiah diri amnya malah
terdidik untuk bersikap lebih bertanggungjawab untuk
memelihara dan menyayangi Islam
seperti yang diperintahkan oleh Allah S.W.T.
Disediakan oleh: Disemak oleh,
(MOHD ZAKI BIN HJ. MOHD NOOR) (AZMI BIN OTHMAN)
Setiausaha, Guru Penolong Kanan Kurikulum,
SKPK Princess Elizabeth, SKPK Princess Elizabeth,
Johor Bahru Johor Bahru
Disahkan oleh:

(MOHD DINI BIN KARIM)


Guru Besar
SKPK Princess Elizabeth,
Johor Bahru

Anda mungkin juga menyukai