Anda di halaman 1dari 6

LAPORAN

LAWATAN SAMBIL BELAJAR KE KUALA LUMPUR


UNIT PENGAWAS SK SUNGAI MANGGIS
1.0 TAJUK PROGRAM
Lawatan sambil belajar ke Kuala Lumpur
2.0 TEMPOH PELAKSANAAN
Tarikh
: 04 Oktober 2016 (Selasa)
3.0 TEMPAT
PLANETARIUM
MUZIUM POLIS
GALERI SRI PERDANA
4.0 OBJEKTIF
1. Memberi pendedahan kepada peserta tentang sifat pemimpin
2. Memberi pendedahan cara memperuntukan masa yang berkualiti dengan
pengisian yang sesuai.
3. Memantapkan diri murid untuk lebih bersedia ke arah yang lebih mantap
dan berkeyakinan
4. Memotivasikan diri murid untuk lebih semangat juang dalam tugasan
yang diberi

5.0

AJK PELAKSANA

PENASIHAT
MANGGIS)

EN SARJANI B SHARIF (GURU BESAR SK SUNGAI

PENGERUSI

EN RUMAIZI B AHMAD (PK HEM SK SUNGAI MANGGIS)

SETIAUSAHA

PN ISNIZA BT SUHADAK (GURU PENGAWAS)

BENDAHARI

PN SITI FADILAH BT HJ SAION

AJK

EN MOHD TARMIZI B HADIRIN

JAWATANKUASA KERJA
URUSAN BAS

PN ISNIZA BT SUHADAK

SIJIL PENGHARGAAN
/ SAGUHATI

EN MOHD TARMIZI B HADIRIN

MAKANAN
6.0

PN SITI FADILAH BT HJ SAION

AKTIVITI PELAKSANAAN

8.00 Pagi

BERTOLAK DARI SK SUNGAI MANGGIS

9.30 Pagi

PLANETARIUM NEGARA

11.30 Pagi

BERTOLAK KE MUZIUM POLIS

12.00 Tengah hari

MAKAN TENGAH HARI / SOLAT ZUHUR

2.00 Petang

MUZIUM POLIS

3.30 Petang

GALERI SRI PERDANA

4.30 Petang

BERTOLAK BALIK KE SK SUNGAI MANGGIS

7.0

KUMPULAN SASARAN

40 orang Pengawas Tahun 4,5 dan 6


8.0

LAPORAN

Pengawas- pengawas SK Sungai Manggis telah mengadakan lawatan sambil


belajar ke Kuala Lumpur. Seramai 40 orang murid yang terdiri daripada
pengawas Tahun 4, 5 dan 6 serta 4 orang guru pengiring. Murid-murid
berkumpul di kantin SK Sungai Manggis.Taklimat ringkas telah disampaikan oleh
Puan Isniza binti Suhadak mengenai disiplin dan kumpulan yang telah
dibahagikan.
Para peserta lawatan menaiki bas dan bertolak ke destinasi pada pukul 8.00
pagi. Mereka menikmati sarapan pagi roti dan air

di dalam bas. Tepat pada

pukul 10.00, kami sampai di Planetarium. Kelewatan ini disebabkan kesesakan


jalanraya ketika itu. Kami disambut oleh wakil Planetarium dan beliau
menerangkan serba ringkas peraturan semasa sesi lawatan. Kami melawat
keseluruhan tempat pameran dan juga menyaksikan tayangan di dalam bilik
tayangan di situ.
Selesai sahaja lawatan ke Planetarium, kami bertolak ke Muzium Polis.
Sebelum memasuki Muzium Polis, kami menikmati makan tengah hari di Masjid

Negara terlebih dahulu dan menunaikan solat Zuhur di sana. Tepat pukul 2 kami
terus melawat Muzium Polis dengan disajikan dengan tayangan tentang sejarah
polis. Seterusnya kami melihat galeri yang ada di sana.Banyak sejarah dan
peralatan

berkaitan

polis

dapat

disaksikan

dan

kami

juga

berpeluang

menunggang kenderaan seperti basikal lama dan motosikal polis yang ada di
situ.
Pada pukul 3.30 petang pula, kami telah dibawa ke Galeri Sri Perdana iaitu
kediaman rasmi bekas Perdana Menteri Malaysia keempat, Tun Dr. Mahathir
Mohamad. Galeri ini diwujudkan bagi memperingati dan mengenang jasa beliau.
Di sini terdapat ruang-ruang penting da nada yang telah diubahsuai untuk
pameran.Kami

dapat

melihat

sendiri

dan

menghayati

sumbangan

dan

perjuangan beliau menerusi bahan-bahan yang dipamerkan.


Usai sahaja melawat Galeri Sri Perdana iaitu pada pukul 4.30, kami bertolak
balik ke Sekolah Kebangsaan Sungai Manggis. Walaupun dalam kepenatan,
tetapi kami amat berpuas hati dan sangat gembira dengan lawatan ini.Kami tiba
di sekolah pada pukul 5.45 petang dan pulang ke rumah masing-masing setelah
dijemput oleh ibu bapa.
.
9.0
PENUTUP
Menerusi lawatan ini murid-murid dapat menimba ilmu yang banyak seperti
planet-planet yang ada serta kepentingannya kepada manusia. Murid-murid
juga dapat melihat bagaimana angkasawan pergi ke angkasa dan pengorbanan
yang mereka lakukan terhadap negara. Selain itu, murid-murid juga dapat
mengetahui betapa pentingnya anggota polis di dalam negara kita dan
menghargai jasa pemimpin negara seperti Tun Dr. Mahathir Mohamad.
10.0

LAMPIRAN

Lampiran 1 :

Nama-nama murid-murid dan guru.

Lampiran 2 :

Gambar semasa lawatan

Disediakan oleh :

..
Setiausaha Unit Pengawas
Sekolah Kebangsaan Sungai Manggis

LAMPI
RAN 1

LAMPI
RAN 2

Anda mungkin juga menyukai