Anda di halaman 1dari 6

PROSES KIMPALAN ARKA

(i)

Bersih dan tandakan pada permukaan benda kerja yang akan dikimpal.

(ii)

Rapatkan bendakerja dengan pengapit yang sesuai.

(iii)

Pilih elektrod yang sesuai.

(iv) Laraskan arus dan voltan mengikut saiz elektrod.


(v)

Ketuk atau guriskan elektrod ke permukaan plat yang akan dikimpal.

(vi) Buat kimpalan bintik untuk memegang objek yang hendak dikimpal.
(vii)

Mulakan kimpalan dengan mengekalkan jarak yang sesuai hingga selesai.

(viii)

Biarkan benda kerja sejuk.

(ix) Keluarkan jermang daripada benda kerja.

PROSES KIMPALAN GAS


(i)

Bersih dan tandakan pada permukaan bendakerja yang akan dikimpal.

(ii)

Rapatkan bendakerja dengan pengapit yang sesuai.

(iii) Nyalakan penyumpit gas sehingga mendapat bentuk api yang sesuai.
(iv) Halakan penyumpit gas ke bahagian yang hendak dikimpal sehingga lebur.
(v)

Letakan rod pengisi ke bahagian bendakerja yang lebur itu.

(vi) Gerakkan rod pengimpal dan penyumpit gas serentak disepanjang bahagian yang hendak dikimpal.
(vii)

Biarkan benda kerja sejuk.

(viii)

Keluarkan jermang daripada benda kerja.

PROSES BOLT DAN NAT


(i)

Tentukan kedudukan pusat lubang gerudi.

(ii)

Tanda pusat pada benda kerja yang akan digerudi menggunakan penebuk pusat.

(iii) Gerudi lubang bendakerja dengan saiz yang sesuai.


(iv) Masukkan bolt ke dalam lubang bendakerja yang disediakan.
(v)

Ketatkan bolt dan nat menggunakan dua spanar yang sama saiz dengan bolt dan nat.

bendakerja - mungkin dua bahan yang berlainan (nyatakan nama bahan semasa menjawab soalan)

PROSES MERIVET POP


(i)

Tandakan kedudukan lubang pada kepingan benda kerja.

(ii)

Rapatkan kedua-dua kepingan bendakerja

(iii) Gerudi lubang pada kedua-dua bahagian bendakerja.


(iv) Pasangkan rivet pada alat perivet pop
(v)

Halakan alat perivet ke bendakerja untuk memasukkan rivet ke dalam lubang yang disediakan.

(vi) Rapatkan rivet pada lubang sehingga muncung alat perivet rapat ke permukaan bendakerja.
(vii)

Hujung rivet akan terputus menandakan proses selesai.

PROSES MEMATERI
(i)

Bersihkan permukaan bendakerja.

(ii)

Sapukan fluks pada bahagian yang hendak dipateri.

(iii)

Apitkan bendakerja dan panaskan kepala alat pateri.

(iv)

Bersihkan kepala alat pateri .

(v)

Celupkan kepala alat pateri ke dalam fluks dan letakkan logam pengisi
dihujungnya.

(vi)

Letakkan logam pengisi dikedua-dua bahagian yang hendak disambung


menggunakan alat pateri.

(vii)

Gerakkan alat pateri yang masih panas disepanjang permukaan yang bertemu

(vii)

Biarkan sambungan itu sejuk sebelum pengapit ditanggalkan

PROSES MELOYANG
(i)

Bersihkan permukaan bendakerja.

(ii)

Rapatkan bahagian yang hendak disambung.

(iii)

Sapukan bahan lakur pada bahagian yang hendak diloyang.

(iv)

Halakan logam pengisi dan panaskan ke bahagian yang hendak diloyang.

(v)

Panaskan logam pengisi hingga cair dibahagian yang hendak diloyang.

(vi)

Gerakkan logam pengisi dan sumpitan api disepanjang bahagian yang hendak
disambung.

(vii)

Biarkan bendakerja sejuk.

PROSES TUANGAN PASIR


(i)

Sediakan corak.

(ii)

Letakkan acuan di atas plat rata.

(iii)

Letakkan corak ke dalam kotak acuan.

(iv)

Isikan pasir di sekeliling corak dalam kotak acuan sehingga penuh.

(v)

Terbalikkan kotak acuan.

(vi)

Tanggalkan corak.

(vii)

Ulangi langkah (ii) hingga (v) bagi kotak acuan yang kedua.

(viii)

Sediakan dua lubang untuk lubang penaik dan spru pada kotak acuan yang
kedua.

(ix)

Cantumkan kedua-dua bahagian kotak acuan.

(x)

Tuangkan logam lebur melalui spru hingga penuh.

(xi)

Biarkan logam sejuk dan mengeras.

PROSES TUANGAN LILIN


(i)

Sediakan acuan logam asas.

(ii)

Suntik lilin cair ke dalam acuan.

(iii)

Pasangkan spru pada corak lilin.

(iv)

Masukkan corak ke dalam kotak acuan

(v)

Tuangkan bahan campuran seramik ke dalam kotak acuan dan biarkan


mengeras.

(vi)

Panaskan kotak acuan sehingga lilin cair dan mengalir keluar.

(vii)

Tuangkan logam lebur ke dalam spru sehingga memenuhi semua rongga corak
lilin.

(viii)

Pecahkan kotak acuan seramik setelah logam mengeras.

(ix)

Keluarkan produk yang dikehendaki.

PROSES TUANGAN ACUAN


(i)

Pasangkan acuan pada mesin acuan

(ii)

Leburkan logam

(iii)

Tuangkan logam lebur ke dalam bekas suntikan

(iv)

Pelocok ditolak bagi menyuntik logam lebur ke dalam acuan.

(v)

Acuan dibuka setelah logam lebur mengeras.

(vi)

Produk terhasil.

PROSES MEMBENANG DALAM


(i)

Tanda menggunakan penebuk pusat.

(ii)

Gerudi lubang dengan menggunakan mata gerudi yang bersaiz ......

(iii)

Pilih pengulir dalam tirus yang bersaiz ..... dan pasangkan pada perengkoh.

(iv)

Putar perengkoh mengikut arah pusingan jam sebanyak setengah hingga satu
pusingan.

(v)

Putar perengkoh mengikut arah lawan jam sebanyak suku hingga setengah
pusingan

(vi)

Ulang langkah (iv) dan (v) hingga siap.

(vii)

Tukar pengulir dalam palam dan ulang langkah (iv) dan (v) hingga siap.

(viii)

Tukar pengulir dalam bottoming dan ulang langkah (iv) dan (v) hingga siap.

*... Ikut saiz yang diberi

PENGACUAN TIUP
(i)

Buka acuan dan tiub plastik lembut dimasukkan

(ii)

Tutup acuan sehingga bahagian hujung tiup di apit rapat

(iii)

Udara panas ditiupkan dan tiub plastik akan mengembang

(iv)

Tiub plastik mengembang sehingga ke dinding acuan

(v)

Dinding acuan akan menyejuk menyebabkan produk yang terhasil mengeras

(vi)

Acuan dibuka, produk dikeluarkan.

PEMBENTUKAN VAKUM
(i)

Kepingan plastik haba diletakkan di atas acuan

(ii)

Kepingan plastik itu dipanaskan ke suhu 55 o C - 90 o C

(iii)

Apabila plastik telah lembut udara dari bawah acuan disedut keluar melalui
saluran vakum

(iv)

Kepingan plastik itu akan terbentuk mengikut bentuk acuan.

(v)

Apabila sejuk produk dikeluarkan

Anda mungkin juga menyukai