Anda di halaman 1dari 1

ESEI RINGKAS

Kumpulan kami telah menyedia dan mengaturkan sebuah permainan yang diberi
nama Soccer Spain. Permainan Soccer Spain ini akan diajalankan di gelanggang
badminton yang berada di dalam sebuah gymnasium. Manakala kategorinya pula ialah
2X2 lelaki, 2X2 perempuan, 3X3 lelaki, 3X3 perempuan dan 3X3 campuran. Oleh
kerana bilangan pesertanya yang kurang maka permainan ini akan dijalankan selama
sembilan minit yang mana empat minit separuh masa pertama, satu minit masa rehat,
dan empat minit lagi separuh masa kedua. Bilangan peserta yang akan terlibat dengan
permainan ini akan bergantung dengan kategori-kategori yang telah ditetapkan. Cara
pemarkahan bagi permainan ini adalah sama dengan permainan bola sepak yang mana
satu jaringan gol akan dikira sebagai satu mata. Sekiranya kedua-kedua pemain
mendapat markah atau bilangan mata yang sama setelah permainan tamat maka,
penalti akan diadakan.

Anda mungkin juga menyukai