Anda di halaman 1dari 5

9 SOALAN ASAS KEMAHIRAN PROSES SAINS(KPS) BAHAGIAN B

1. PEMERHATIAN
SOALAN:
-Apakah pemerhatian yang ditunjukkan dalam penyiasatan di atas?
-Apakah yang menyokong jawapan kamu dia atas?
CONTOH JAWAPAN:
-Gajah makan 50kg makanan sehari.
-Tumbuhan tersebut layu.
-Bilangan daun bertambah setiap hari.
-Pokok dalam pasu A lebih subur berbanding pokok dalam pasu B.
-Ikan dalam sangkar B lebaih besar saiz berbanding pokok dalam sangkar A.
2. INFERENS
SOALAN:
-Nyatakan sebab(inferens) berdasarkan penyiasatan di atas?
-Nyatakan sebab(inferens) tentang perubahan suhu air dalam penyiasatan di atas?
CONTOH JAWAPAN:
-Saiz gajah yang besar menyebabkan dia makan lebih banyak makanan sehari.
-Tumbuhan itu layu kerana tidak mendapat keperluan asas yang cukup.
-Kerana pokok tersebut mendapat keperluan asas yang cukup.
-kerana air tersebut dipanaskan.
-Pokok dalam pasu A lebih subur berbanding dalam pasu B kerana mendapat
keperluan asas yang cukup.
-Pokok dalam pasu B mati berbanding dalam pasu A kerana tidak mendapat cahaya
matahari.
-Saiz ikan dalam sangkar A lebih kecil berbanding dalam sangkar B kerana bersaing
untuk mendapat makanan.

3. HIPOTESIS
SOALAN:
1

-Apakah hubungan yang boleh dibuat berdasarkan penyiasatan di atas?


-Apakah hubungan di antara pembolehubah di manipulasi dan pembolehubah
bergerakbalas?
CONTOH JAWAPAN:
-Semakin tinggi struktur semakin kurang stabil struktur tersebut.
-Semakin meningkat bilangan takal maka semakin berkurang daya yang diperlukan
untuk mengangkat beban.
-Jika sesuatu bahan adalah berasid, maka ia akan berasa masam.
-Jika masa pemanasan air bertambah maka suhu air juga semakin bertambah.
4. KESIMPULAN
SOALAN:
-Apakah kesimpulan daripada penyiasatan di atas?
-Nyatakan kesimpulan berdasarkan keputusan penyiasatan di atas?
CONTOH JAWAPAN:
-Paku memerlukan kehadiran air dan udara untuk berkarat.
-Pengaratan berlaku sekiranya terdapat kehadiran air dan udara.
-Tumbuhan memerlukan air, cahaya matahari dan karbon dioksida untuk hidup.
-Semakin besar saiz haiwan maka semakin banyak makanan yang diperlukan dalam
sehari.
-Daya mengubah arah pergerakan objek.
-Daya mengubah bentuk objek.
-Luas tapak mempengaruhi kestabilan sesuatu struktur.

5. TUJUAN PENYIASATAN
SOALAN:
-Nyatakan tujuan penyiasatan di atas?
-Apakah tujuan penyiasatan dalam rajah di atas?
2

CONTOH JAWAPAN:
-Untuk menyiasat hubungan di antara (PM).. dengan ...(PB)
-Untuk menyiasat hubungan di antara ....(PM).. dan ..(PB)..
-Untuk menyiasat hubungan di antara luas permukaan dan masa yang diambil
untuk baju kering.
-Untuk menyiasat hubungan di antara tarikh takwin qamari dengan bentuk fasafasa bulan.
6. CORAK
SOALAN:
-Nyatakan corak?
-Apakah tujuan penyiasatan dalam rajah di atas?
CONTOH JAWAPAN:
-Untuk menyiasat hubungan di antara (PM).. dengan ...(PB)
-Untuk menyiasat hubungan di antara ....(PM).. dan ..(PB)..
-Untuk menyiasat hubungan di antara luas permukaan dan masa yang diambil
untuk baju kering.
-Untuk menyiasat hubungan di antara tarikh takwin qamari dengan bentuk fasafasa bulan.
7. RAMALKAN
SOALAN:
-Ramalkan apakah akan terjadi kepada paku dalam bikar B?
-Ramalkan suhu air pada minit ke-9?
CONTOH JAWAPAN:
-Paku tersebut tidak akan berkarat.
-85C.
-Tidak berubah warna.
-Tidak kelihatan
8. PEMBOLEHUBAH
i) DIMALARKAN
SOALAN:
-Nyatakan pembolehubah yang dimalarkan?
-Apakah pembolehubah yang ditetapkan(dimalarkan) dalam penyiasatan di atas?
CONTOH JAWAPAN:
3

-Saiz guli
-Bentuk struktur.
-Tinggi satah condong.
-luas tapak.
-luas permukaan.
ii) DIMANIPULASI
SOALAN:
-Nyatakan pembolehubah yang diubah(dimanipulasi)?
-Apakah pembolehubah yang diubah(dimanipulasi) dalam penyiasatan di atas?
CONTOH JAWAPAN:
-Saiz bola ping pong
-Tinggi kotak.
-Panjang satah condong.
-luas tapak.
-luas permukaan.
iii) BERGERAKBALAS
SOALAN:
-Nyatakan pembolehubah bergerakbalas?
-Apakah pembolehubah yang diperhatikan(bergerakbalas) dalam penyiasatan di
atas?
CONTOH JAWAPAN:
-Kelajuan pergerakan bola.
-Daya yang diperlukan untuk mengangkat beban.
-Masa yang diambil untuk kereta sampai ke destinasi.
-Masa yang diambil untuk tuala kering.
-Kaedah yang digunakan untuk mengangkat barang.
9. PERNYATAAN
SOALAN:
Daya yang diperlukan untuk
mengangkat beban bergantung
kepada bilangan takal.
Kekuatan sesuatu struktur
dipengaruhi oleh jenis bahan yang
digunakan.
CONTOH
JAWAPAN:

Luas tapak mempengaruhi


kestabilan sesuatu struktur.
Kelajuan seseorang berkaitrapat
dengan ketinggian seseorang.
4

-Semakin bertambah bilangan takal semakin kurang daya yang diperlukan untuk
mengankat beban.
-Semakin luas tapak semakin stabil sesuatu struktur.
-Semakin kerasa sesuatu bahan yang digunakan maka semakin kuat sesuatu
struktur tersebut.
-Semakin tinggi seseorang makan semakin bertambah kelajuannya.

Anda mungkin juga menyukai