Anda di halaman 1dari 1

Ayat penyata

-ialah ayat yang menyatakan atau memberi keterangan tentang sesuatu perkara atau hal.
Contoh:
1. Penduduk di kawasan itu bekerja sebagai petani.
2. Kebanyakan sungai di daerah itu telah tercemar.
3. Penyakit demam denggi merebak melalui gigitan nyamuk tiruk.
4. Kereta nasional telah berjaya menambat hati para pembeli.
5. Gunung berapi itu masih aktif.
Ayat tanya
-ialah ayat yang digunakan untuk menanyakan sesuatu perkara atau hal dan sebagainya. Ayat tanya ini ditandai
dengan tanda tanya/tanda soalan (?) di hujung ayatnya. Ayat tanya yang menggunakan kata tanya seperti apa,
bila, berapa, bagaimana, mana, kenapa, mengapa, siapa dan sebagainya.
Perhatikan ayat contoh di bawah ini:1. Siapakah olahraga sekolah kamu pada tahun ini?
2. Di manakah kamu meletakkan beg kamu tadi?
3. Kenapakah emak kamu bermasam muka sahaja?
4. Bagaimanakah kemalangan itu terjadi?
5. Berapakah bilangan peserta rombongan itu?
Dalam binaan ayat atau penulisan, kata tanya boleh disertai atau menerima kata penegas/partikel kah dengan
syarat kata tanya itu mestilah letaknya di bahagian hadapan ayat.
Contoh:
1. Bilakah air laut ini akan pasang semula?
2. Kenapakah kamu biarkan adik kamu ke bandar bersendirian?
3. Di manakah kemalangan ngeri itu berlaku?
4. Bagaimanakah keadaan pesakit jantung berlubang yang kamu lawati itu?
Ayat perintah
-ialah ayat yang berbentuk suruhan, larangan, silaan atau permintaan denagn tujuan menimbulkan sesuatu
tindakan.
Contoh:
1. Jangan bermain di tepi lombong tinggal itu.
2. Sila beredar dari sini dengan segera.
3. Tolong tutup pintu itu.
4. Biarkan dia duduk bersendirian di situ.
Ayat seruan
-ialah ayat yang digunakan untuk menggambarkan/melahirkan sesuatu keadaan perasaan seperti terkejut,
marah, mengejek, sakit, takut, dan sebagainya. Ayat seruan ini pada umumnya didahului oleh kata seru seperti
Ah, Amboi, Nah, Wah, Cis, dan sepertinya. Pada penghujung ayatnya pula ditandai dengan tanda seru (!).
Contoh:
1. Ah, aku tidak mahu mengikut kamu ke sana!
2. Wah, cantiknya bunga-bunga di taman ini!
3. Eh, ke manakah pula perginya kucing itu tadi!
4. Aduhai, malang sekali nasib Pak Ya!
5. Aduh, bisanya tikaman itu, Demang!
Pada umumnya, ayat seruan mengandungi kata seru yang diletakkan di awal ayat. Namun begitu, terdapat ayat
seruan yang tidak didahului oleh kata seruan.
Contoh:
1. Jangan tinggikan suara kamu!
2. Berambus engkau dari sini!
3. Usah tercegat di situ lagi!
4. Gemuknya badan kamu!

Anda mungkin juga menyukai