Anda di halaman 1dari 3

.RaHSiA InDaH SoLaT LiMa WaKTu...jelas di mata, terang di hati...

Solat merupakan Rukun Islam yang kedua dan diwajibkan ke atas semua umat Islam.
Secara umumnya, solat memberikan satu takrif iaitu satu ibadat yang asasi dalam
perhubungan antara manusia dengan Allah S.W.T. Manusia dapat mengingati Allah, dapat
menghidupkan pengakuan iman secara amali atau perbuatan dan dalam hati, mengingati
Rasulullah S.A.W, kepada Al-Quran dan membawa manusia ke jalan yang lurus serta jalan
yang diberi petunjuk oleh Allah S.W.T.

Dalam kehidupan seharian, kita sebagai umat Islam wajib menunaikan kewajipan kepada
Allah S.W.T iaitu solat lima waktu. Bukan itu sahaja, dengan solat juga, kita dapat memohon
apa sahaja permintaan serta diampunkan segala dosa-dosa yang dilakukan. Sesungguhnya
Allah Maha Penyayang lagi Maha Mengasihani. Adakah kita pernah terfikir, perbuatan solat
yang kita lakukan setiap hari sebanyak lima waktu terdapat rahsia yang tersirat disebaliknya?
Setiap perbuatan solat yang kita lakukan lima waktu sehari memberi makna dan rahsia yang
tersendiri serta cukup indah. Dan saya yakin setiap apa yang Allah beri kepada hambanya
pasti mempunyai hikmah dan memberi kebaikan kepada kita semua.

Firman Allah S.W.T Dan mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan jalan sabar dan
mengerjakan solat (surah Al-Baqarah: 153)

Terdapat satu kisah Rasulullah ketika didatangi satu rombongan orang Yahudi ketika
baginda duduk bersama sahabat Muhajirin dan Ansar. Ali bin Abi Talib RA berkata:
sewaktu Rasulullah S.A.W duduk bersama sahabat Muhajirin dan Ansar, tiba-tiba datang satu
rombongan orang Yahudi lalu berkata: Ya Muhammad, kami hendak bertanya kepada kamu
kalimat yang diberikan oleh Allah kepada Nabi Musa AS yang tidak diberikan kecuali kepada
nabi utusan Allah atau malaikat muqarrab.
Lalu Rasulullah S.A.W bersabda: Silakan bertanya. Berkata orang Yahudi: Sila
terangkan kepada kami mengenai lima waktu yang diwajibkan oleh Allah ke atas umatmu.

Sabda Rasulullah S.A.W: Sembahyang Zuhur jika tergelincir matahari, maka


bertasbihlah segala sesuatu kepada tuhannya. Asar itu ialah saat ketika Nabi Adam AS
memakan buah khuldi. Maghrib itu adalah saat Allah S.W.T menerima taubat Naabi Adam
AS.

Maka setiap mukmin yang bersembahyang maghrib dengan ikhlas dan kemudian dia
berdoa meminta sesuatu kepada Allah S.W.T, maka pasti Dia akan menunaikan
permintaannya. Isyak ialah sembahyang yang dikerjakan oleh rasul sebelumku.Subuh adalah
sebelum terbit matahari. Ini kerana apabila matahari terbit, terbitnya di antara dua tanduk
syaitan.

Selepas orang Yahudi mendengar penjelasan Rasulullah S.A.W, mereka berkata:


Memang benar apa yang kamu katakana itu Muhammad. Katakanlah kepada kami apakah
pahala yang akan didapati oleh orang yang bersembahyang.

Rasulullah S.A.W bersabda: Jagalah waktu sembahyang terutama sembahyang yang


dipertengahan. Sembahyang Zuhur, pada saat itu nyalanya neraka jahanam. Orang mukmin
yang mengerjakan sembahyang pada ketika itu akan diharamkan ke atasanya wap api neraka
jahanam pada hari kiamat.

Sabda Rasulullah S.AW lagi: Manakala sembahyang Asar, adalah saat dimana Nabi
Adam AS memakan buah khuldi. Orang mukmin yang mengerjakan sembahyang Asar akan
diampunkan dosanya seperti bayi yang baru lahir.

Selepas itu, Rasulullah S.A.W membaca ayat yang bermaksud Jagalah waktu
sembahyang, terutama sekali sembahyang yang di pertengahan. Sembahyang Maghrib itu
adalah saat dimana taubat Nabi Adam AS diterima. Seorang mukmin yang ikhlas
mengerjakan sembahyang Maghrib kemudian meminta sesuatu daripada Allah S.W.T, maka
Allah S.W.T akan perkenankan.

Sabda Rasulullah S.A.W: Sembahyang Isyak (atamah). Katakan kubur itu adalah
sangat gelap dan begitu juga pada hari kiamat, maka seorang mukmin yang berjalan pada
waktu malam yang gelap untuk pergi menunaikan sembahyang Isyak berjemaah, Allah S.W.T
haramkan dirinya daripada terkena nyala api neraka dan diberikan kepadanya cahaya untuk
menyeberangi titian sirath.

Sabda Rasulullah S.A.W seterusnya: Sembahyang Subuh pula, seseorang mukmin


yang mengerjakan sembahyang Subuh selama 40 hari secara berjemaah, diberikan kepadanya
oleh Allah S.W.T dua kebebasan iaitu dibebaskan daripada api neraka dan dibebaskan
daripada nifaq (orang yang munafiq).

Begitulah kisah Rasulullah tentang kelebihan semua waktu solat; Zuhur, Asar, Maghrib,
Isyak dan Subuh. Selain itu , dalam setiap perbuatan solat juga mempunyai makna yang
tersirat. Perbuatan solat yang dimaksudkan adalah niat sembahyang, berdiri betul, Takbiratul
Ihram, Al-Fatihah, Ruku, Itidal, Sujud, Duduk antara dua sujud (awal), duduk antara dua
sujud (akhir), Tahiyat Akhir, Selawat ke atas Nabi S.A.W, Salam dan Tertib. Terdapat fadhilat
disebalik perbuatan solat antaranya:

- Niat sembahyang: sebenarnya memelihara taubat kita dari dunia hingga ke akhirat.
- Berdiri betul: fadhilatnya ketika mati dapat meluaskan tempat kita di dalam kubur.
- Takbiratul Ihram: fadhilatnya sebagai pelita yang menerangi kita di dalam kubur.
-Al-Fatihah: sebagai pakaian yang indah di dalam kubur.
- Ruku: sebagai tikar kita dalam kubur.
- Itidal: Akan memberi minuman air dari telaga Al-Kauthar ketika di dalam kubur.
- Sujud: memagar kita ketika menyeberangi titian siratulmustaqim.
- Duduk antara dua sujud (awal): akan menaung panji-panji nabi kita di dalam kubur.
-Duduk antara dua sujud (akhir): menjadi kenderaan ketika di padang Mahsyar.
- Tahiyat Akhir: sebagai penjawab bagi setiap soalan yang dikemukakan malaikat Mungkar
dan Nakir di dalam kubur.
- Selawat ke atas Nabi S.A.W: sebagai pendinding api neraka di dalam kubur.
-Salam: memelihara kita di dalam kubur.
- Tertib: akan pertemuan kita dengan Allah S.W.T.
Kesimpulannya, setiap apa yang diperintahkan oleh Allah kepada hambaNya sebenarnya
mempunyai hikmah yang tersendiri dan kadangkala kita sendiri tidak menyedarinya. Sebagai
umat Islam, kita perlu taat kepada perintah Allah dan menjalankan kewajipan sebagai
hambaNya dengan penuh ikhlas bagi mendapatkan ganjaran yang besar di dunia mahupun di
akhira

Anda mungkin juga menyukai