Anda di halaman 1dari 12

SURAT PERMOHONAN KERJA DAN RESUME

Kandungan Halaman

1. Pengenalan 2

2. Surat Permohonan Pekerjaan 2

2.1 Permulaan Surat 3

2.2 Isi 3

2.3 Penutup 4

3. Curriculum Vitae atau Resume 5

3.1 Format Resume 5

3.1.1 Tajuk

3.1.2 Kelayakan

3.1.3 Pengalaman Bekerja

3.1.4 Maklumat Peribadi

3.1.5 Perujuk

3.2 Jenis jenis resume 8

3.2.1 Resume Asas 8

3.2.2 Resume Kronologi 9

3.2.3 Resume yang ditulis mengikut fungsi


(functional resume) 9

3.2.4 Resume Profesion 10

1
SURAT PERMOHONAN KERJA & RESUME

Ikhtisar

Bab ini akan membincangkan tentang penulisan surat memohon pekerjaan


dan curriculum vitae atau resume. Anda akan mendapati satu atau lebih
resume yang bersesuaian dengan anda daripada 4 jenis resume yang akan
diterangkan. Oleh sebab matlamat menulis surat ini adalah untuk
mendapatkan pekerjaan yang dilamar, maka kejayaan pemohon bukanlah
setakat memiliki kelayakan yang diiklankan tetapi juga keupayaan mereka
menulis surat permohonan kerja yang berkesan dan meyakinkan bakal para
majikan. Selamat mencuba.

Objektif Modul

Pada akhir bab ini pelajar-pelajar dijangka

dapat menulis surat memohon pekerjaan sebagai mengiringi resume


yang dilampirkan.
dapat membezakan 4 jenis resume / curriculum vitae mengikut
kelayakan dan pengalaman bekerja yang dimiliki.
dapat menyiapkan resume yang baik supaya kelihatan menarik dan
persuasif sebagai usaha anda meyakinkan bakal majikan untuk
memilih anda ke sesi temuduga.

1. PENGENALAN

Sebagai usaha untuk mendapatkan pekerjaan yang dilamar,


seseorang pemohon bukan sahaja perlu memiliki kelayakan yang
sesuai untuk pekerjaan yang dipohon bahkan ia juga perlu memiliki
keupayaan menunjukkan kelayakannya itu dengan meyakinkan bakal
majikan. Ada 2 cara anda boleh memohon pekerjaan memohon
secara individu atau dengan cara menghantar surat permohonan
pekerjaan.

2. SURAT PERMOHONAN PEKERJAAN

Surat ini bolehlah diumpamakan sebagai surat jualan. Ia menjual


kelayakan anda, mendorong bakal majikan membaca resume yang
dikepilkan serta memujuknya memberikan anda peluang untuk
ditemuduga.

Surat ini harus memperlihatkan cita-cita dan hasrat anda serta dapat
menunjukkan dengan jelas bagaimana kelayakan dan pengalaman
yang anda miliki berkait dengan pekerjaan yang anda pohon. Yang
lebih utama lagi. surat tersebut mestilah menunjukkan bahawa anda
berkeupayaan melaksanakan dengan baik tugas yang diminta.

Baik resume atau surat permohonan kerja, surat berkenaan mestilah


disediakan dengan sempurna dan profesional kerana kedua-duanya
menjadi contoh pekerjaan anda. Cara menulisnya adalah seperti
berikut :

2
2.1 Permulaan Surat - Mulakan surat anda dengan menonjolkan
sikap
anda yang berorentasikan perkhidmatan iaitu dengan
menyebut apakah sumbangan anda kepada syarikat /
organisasi. Anda boleh menyebutnya dengan pelbagai cara
berikut. Misalnya ,

* Saya yakin bahawa kelayakan dan latihan profesional


yang saya terima dapat memenuhi keperluan jawatan
sebagai pelatih pengurusan seperti yang tuan iklankan
dalam akhbar The STAR kelmarin.

* Empat tahun pengajian saya di Universiti Utara Malaysia


di tambah lagi dengan 2 tahun pengalaman bekerja
sebagai penolong kepada pengurus personel dalam
Syarikat Sinar Ringgit Sdn. Bhd. telah memberi saya
keyakinan bahawa saya layak untuk memenuhi jawatan
Penolong Pengurus Personel seperti yang tuan iklankan
dalam akhbar NST kelmarin.

* Encik Vincent Tan dari Jabatan Akaun di tempat tuan


ada memberitahu saya bahawa syarikat tuan
memerlukan siswazah perakaunan. Saya percaya ijazah
perakaunan saya dari Universiti Islam Antarabangsa
layak untuk tuan pertimbangkan.

* Artikel terbitan akhbar the STAR bertarikh 12 Januari 2001


ada menyebut bahawa syarikat tuan sedang
berkembang maju dalam bidang teknologi maklumat.
Saya percaya bahawa dengan ijazah pengurusan
maklumat yang saya miliki ditambah pula dengan
pengalaman praktikal yang saya ada akan
membolehkan saya menjalankan tugas dengan baik
selaku jurutera jualan anak syarikat tuan itu.

Jangan pentingkan diri diri anda sahaja, seperti

* Saya berminat untuk memohon jawatan yang tuan


iklankan dalam akhbar the NST kelmarin. Saya tertarik
kepada gaji, faedah sampingan dan prospek kerjaya
yang tuan tawarkan. Sememangnya saya mencari
pekerjaan yang cerah masa depannya.

2.2 Isi surat - Ia harus membayangkan bahawa anda bukanlah


manusia hebat. Anda hanya perlu jujur dan realistik misalnya
jawatan sebagai Pembantu Peribadi kepada Pengerusi Syarikat
Timah Bhd. memerlukan budi bicara dan kebijaksanaan anda
apabila berhubung dengan orang ramai serta keupayaan kita
bekerja dalam keadaan tertekan.

3
Penyataan di atas lebih meyakinkan daripada menyebut cara
ini saya boleh melaksanakan segala tanggungjawab seperti
yang ada diiklankan itu kerana saya pernah bekerja sebagai
Pembantu Peribadi kepada Pengerusi Syarikat Timah Bhd.

2.3 Penutup Perenggan akhir bukanlah untuk merumus isi surat


sebaliknya anda haruslah menunjukkan minat anda untuk
menghadiri sesi temuduga tanpa memaksa atau meminta-
minta atau mengarahkan mereka berbuat demikian. Misalnya
Jika tuan bersetuju dengan kelayakan dan pengalaman saya,
silalah beritahu saya bilakah saya boleh ditemuduga. Tuan
boleh menghubungi saya di alamat di atas atau menelefon
saya pada nombor yang saya catatkan dalam resume saya
ini.

Contoh Surat Permohonan Pekerjaan daripada seorang graduan yang


mempunyai pengalaman bekerja.

Nama dan alamat Adam Idris


Penulis / pemohon 26, Taman Sentosa
80150, Johor Bahru
Johor

Tarikh 2 Januari 2000

Nama alamat penerima Pengurus Personel


(seperti dalam iklan) Techno Smart Surat Sdn. Bhd.
67, Taman Melaka Raya
75000, Melaka

Sapaan kehormat Tuan,

Nama jawatan yang Permohonan Untuk Jawatan Eksekutif Personel


dipohon
Pengajian dalam bidang pentadbiran dan 2 tahun
Pengalaman dan pengalaman bekerja di Bahagian Kontrak dan
kelayakan Bekalan, Jabatan Perbendaharaan melayakkan
pemohon saya untuk memohon jawatan di atas
seperti yang tuan iklankan alam akhbar NST
Punca iklan bertarikh 30/12/2000

Kursus ijazah yang saya miliki banyak memberikan


saya pengetahuan asas yang luas mengenai
pentadbiran. Pengkhususan saya dalam bidang
Psikologi dan Pentadbiran Awam telah memberikan
saya kefahaman yang luas mengenai aspek
kemanusiaan dalam pentadbiran.
Minat terhadap jawatan
yang dipohon dan Semasa bertugas di Jabatan Perbendaharaan,
kesediaan untuk tanggungjawab saya meliputi pelbagai bidang -
ditemuduga daripada menyediakan laporan kakitangan,
mengendalikan urusan personel, menganalisis
masalah, menetapkan matlamat, membuat

4
keputusan sehinggalah saya dilantik sebagai
Pengurus Perhubungan Awam. Pengalaman kerja
saya telah mengajar saya bagaimana untuk
berdepan dengan situasi yang memerlukan lagi
memalukan serta bagaimana mencipta hubungan
kerja yang harmoni dengan pelbagai manusia
yang mempunyai bermacam-macam minat dan
latarbelakang mereka.

Resume yang saya sertakan akan memberitahu


tuan lebih lanjut tentang kelayakan dan
pengalaman saya. Sila dial nombor 09-78774766
supaya dapat saya memberitahu tuan tentang
masa depan saya dengan Matsushita sebuah
syarikat terkemuka di Malaysia

Harap permohonan ini mendapat pertimbangan


tuan.

Terima kasih.
Lampiran
Yang benar,

Adam
ADAM IDRIS

Lamp.

3. RESUME

Resume atau dipanggil juga curiculum vitae(c.v),lembaran data atau


bio-data ialah maklumat ringkas, tepat tetapi padat berkenaan
kelulusan, pendidikan pengalaman pekerjaan, minat dan kebolehan
seseorang. Ia memberitahu bakal majikan akan siapa anda, apa yang
anda boleh lakukan, apa yang telah anda laksanakan dan apakah
objektif kerjaya anda sebagai pemohon.

Maklumat yang anda berikan haruslah mengandungi segala


keterangan yang dapat membantu anda mencapai objektif
menghantarnya iaitu untuk dipanggil dalam sesi temuduga, yang
demikian ia seharusnya dirancang dengan teliti, menarik dan
persuasif.

3.1 Format Resume

Lazimnya sesuatu resume mengandungi 5 bahagian iaitu tajuk,


kelayakan, pengalaman kerja, maklumat peribadi dan perujuk.

3.1.1 Tajuk ia harus mencatatkan nama, alamat dan nombor


telefon. Nyatakan juga objektif pekerjaan yang anda pohon.

5
Hanafiah Bin Abdul Rahman
34, Jalan Pintar
Taman Guru
01000 Kangar
Perlis
No. Telefon : 04-778865

Objektif pekerjaan : Jawatan perakaunan di firma terkemuka

3.1.2 Kelayakan ia ditulis mengikut kronologi dengan kelayakan


terakhir dicatat paling atas. Masukan sekali nama dan alamat
institusi, ijazah yang diterima dan kursus-kursus yang diambil
serta tahun ijazah tersebut dianugerahkan.

KELAYAKAN
1988 1991 Universiti Utara Malaysia
Sintok
06010 Jitra
Kedah

Ijazah Sarjana Muda


Pengurusan Perniagaan (dengan kepujian)

CGPA : 3.67 / 4.00


Kepujian : Senarai Dekan
Sejak Julai 1988

Aktiviti : Presiden kelab


Perakaunan 1989 1990

Kursus diambil: Hubungan Perniagaan


Antarabangsa, Pengurusan
Korporat, Undang-undang
Percukaian Malaysia, Perisian
Perakaunan Perniagaan,
Pengurusan Personel.

3.1.3 Pengalaman Pekerjaan

Nyatakan nama dan alamat majikan, tarikh bekerja, nama


pekerjaan dan tanggungjawab serta kemahiran dan
pencapaian anda dalam organisasi tersebut. Sekiranya
pemohon kurang mempunyai pengalaman pekerjaan, anda
boleh menyatakan pekerjaan sukarela yang anda laksanakan
sebaliknya jika anda mempunyai pengalaman yang sangat
luas, anda boleh menyenaraikan tanggungjawab anda itu
mengikut fungsi pekerjaan yang anda lakukan.

6
PENGALAMAN BEKERJA

1983 1984 Penolong Penyelia Stor


Pasaraya Alor Setar
05300 Alor Setar

Menyelenggara Inventori
Memesan bekalan
Menolong Penyelia memulakan Sistem Kawalan
Inventori dalam talian

1981 1982 Penyelia Jualan Sambilan


Sun Agency
05300 Alor Setar

Menghubungi pelanggan secara individu atau


melalui
telefon, mengemaskinikan Laporan Jualan
Mingguan,
membantu merancang strategi jualan mingguan.

2.1.4 Maklumat Peribadi - anda boleh masukkan maklumat seperti


tarikh lahir, taraf perkahwinan, kesihatan dan minat

DATA PERIBADI

Tarikh Lahir 21 Jun 1963


Bujang
5 6 60 kg
Kesihatan baik
Minat aktiviti luaran

3.1.5 Perujuk - masukkan nama dan alamat 2 orang perujuk yang


boleh menerangkan pengalaman, pendidikan atau perilaku
anda tetapi anda hendaklah mendapatkan persetujuan
mereka dahulu.

Profesor Ali bin Darus


Sekolah Bahasa dan Pemikiran Saintifik
Universiti Utara Malaysia
06010 Jitra
Kedah

7
3.2 Jenis jenis resume atau c.v.

Ada 4 jenis resume iaitu :

* Resume Asas
* Resume yang ditulis mengikut urutan masa atau resume
kronologi
* Resume yang ditulis mengikut fungsi (functional resume)
* Resume profesional

3.2.1 Resume Asas (Basic Resume)


Resume Asas sangat sesuai bagi lepasan sekolah / universiti
yang baru memasuki pasaran buruh. Ia juga sesuai bagi
mereka yang ingin mencari pekerjaan baru dan juga bagi
mereka yang kurang mempunyai pengalaman bekerja

Maznah bt. Harun


120 Jalan Sultanah
05350 Alor Setar
Kedah
Telefon : 04 - 713280

KELAYAKAN

1987 Universiti Utara Malaysia


Akan tamat pengajian pada bulan Disember 1991
dengan Ijazah Sarjana Muda Pentadbiran Awam.

CGPA : 3.56 / 4.00


Anugerah : Senarai Dekan, Semester Julai, 1990
Aktiviti kurikulum : Setiausaha Kelab Pentadbiran Awam,
Presiden Persatuan Debat dan
Kesusasteraan Inggeris
Kursus yang diambil : Isu-isu semasa dalam Perniagaan
dan Pencukaian.
Pengauditan,
Perakaunan Sektor Awam
Tingkah laku Organisasi,
Hubungan Perniagaan Antarabangsa,
Perhubungan Awam,
Perhubungan Industri.

PENGALAMAN BEKERJA

Jan 1983 - Sept. 1984


Penyelia Kawalan Mutu
Matsushita Electronics Bhd

Menyelia Kawalan Mutu


Mengemaskini Laporan Pengeluaran
Mengendalikan kursus latihan kawlan mutu
Merancang Jadual kerja

8
PERUJUK

Encik Allan Yap Dr. Zuraini Ramli


Pengurus Pengeluaran Sekolah Ekonomi
Pentadbiran Awam
Matsushita Electronics Bhd Universiti Utara
Malaysia
08000 Sungai Petani 06010 Jitra
Kedah Kedah

DATA 0PERIBADI

Lahir 24 May 1967


Bujang
Minat Berkhemah, tenis dan fiksyen Inggeris

Resume Asas

3.2.2 Resume Kronologi


Resume jenis ini lazimnya ditulis oleh pemohon-pemohon yang
sudah mempunyai pengalaman bekerja dan berhasrat untuk
memohon pekerjaan yang lebih baik. Dengan itu apa yang
hendak ditonjolkan ialah tanggungjawab, pencapaian dan
pengalaman bekerja mereka yang luas.

Copywriter
(January 1979 - September 1979)

Mereka bentuk susun atur untuk kempen pengiklana bagi pelanggan


seperti pemaju perumahan, penjual kereta dan peruncit fesyen.

KELAYAKAKAN

1978 Universal Machigan State


Sarjana Muda Komunikasi Massa

1974 Kolej TAN


Diploma Kewartawanan

3.2.3 Resume yang ditulis mengikut fungsi (functional resume)


Resume jenis ini biasanya ditulis oleh pemohon-pemohon yang
bekerja di bidang pengurusan, pengeluaran, pemasaran,
kewangan, penyelidikan, analisis sistem dan bidang-bidang lain
yang berkaitan. Tujuan utama ia ditulis ialah untuk menonjolkan
pengalaman bekerja pemohon tanpa menyebut nama syarikat
/ firma yang berkenaan. Ia ditulis sedemikian untuk
menjimatkan masa disebabkan kebanyakan majikan sering
mengenali syarikat-syarikat lain dalam industri yang sama.

9
Resume jenis ini juga lebih pendek daripada resume kronologi
disebabkan pengalaman bekerja. tanggungjawab dan
pencapaian di setiap syarikat / organisasi si pemohon bekerja
dahulu tidak ditulis berulang-ulang.

3.2.4 Resume professional


Ia ditulis oleh golongan professional yang berpengalaman luas
dan memiliki pengetahuan khusus untuk mengarah,
membimbing, menasihat malahan dapat memberi sumbangan
besar dalam industri ditempat ia bekerja. Apa yang perlu
ditonjolkan dalam resume jenis ini ialah kelayakan
akademiknya. Pengalaman kepakaranyan yang luas, bahan-
bahan penerbitan, persidangan dan kertas kerja yang
dibentangkannya serta sumbangan atau khidmat yang
berkaitan dengan profesionnya.

Resume professional biasanya ditulis oleh ahli akademik yang

(a) berhasrat untuk mengikuti di universiti-universiti lain


(b) menulis resume mereka untuk dipertimbangkan sebagai
pemeriksa luar atau konsultan
(c) mencari pekerjaan di pelbagai universiti, firma atau
syarikat
(d) sebab-sebab lain

Tan May Hwa


123 Jalan Clark
30300 Ipoh
Perak
Telefon : 06-652929

OBJEKTIF PEKERJAAN : Pengurus Pengguna atau Pengurus


Perhubungan
Awam dalam syarikat pengeluaran
barang-barang pengguna.

PENGALAMAN BEKERJA : Sinaran Consultancy Sdn. Bhd. Ipoh


Penyelaras Perhubungan Awam
(Oktober 1984 sekarang)
Pengarah Kreatif dan Ketua Projek
bagi 5 orang
pakar perhubungan awam. Memulakan
projek perhubungan awam bagi
menangani masalah-masalah khusus
seperti penolakan pengguna terhadap
produk baru dan hubungan media dalam
pertikaian industri.

Pakar Perhubungan Awam


(September 1979 Oktober 1984)

10
Mewujudkan program khusus untuk
perhubungan awam, menulis siaran akhbar
dan menulis bahan-bahan promosi untuk
firma-firma baru.

Copywriter
(January 1979 - September 1979)

Mereka bentuk susun atur untuk kempen


pengiklanan bagi pelanggan-pelanggan
seperti pemaju perumahan, penjual kereta
dan peruncit fesyen.

KELAYAKAN

1978 Michigan State University


Sarjana Muda Komunikasi Massa

1974 Kolej Tunku Abdul Rahman


Diploma Kewartawanan

Tan May Hwa


123 Jalan Clark
30300 Ipoh
Perak
Telefon : 06-652929

OBJEKTIF PEKERJAAN : Pengurus Pengguna atau Pengurus


Perhubungan Awam
dalam Syarikat pengeluaran barang-
barang
pengguna

RINGKASAN PENGALAMAN : Perhubungan Awam


BEKERJA Berkhidmat sebagai Pengarah kreatif dan
Ketua Pentadbir bagi sekumpulan 5 orang
pakar. Menyediakan program
perhubungan pengguna syarikat.

Perhubungan Media
Menerbitkan siaran akhbar dalam akhbar-
akhbar
tempatan dan luar negeri serta
menerbitkan rencana dalam majalah.
Menyediakan berita mingguan dan
rencana bagi siaran radio tempatan.
Mengendalikan program perniagaan di
radio tempatan

Pengurusan

11
Menyediakan belanjawan untuk
pengiklanan di radio / akhbar menyelaras
dan mengendalikan mesyuarat pengguna.

KELAYAKAN

1978 Michigan State University


Ijazah Sarjana Muda Komunikasi Massa

1974 Kolej Tunku Abdul Rahman


Diploma Kewartawanan

Resume yang ditulis mengikut fungsi

12

Anda mungkin juga menyukai