Anda di halaman 1dari 4

ASEAN

1. Keanggotaan:
10 Negara Serantau

Negara-negara Asia Tenggara

2. Latar Belakang Penubuhan: Ditubuhkan pada 8


Ogos 1967 melalui Deklarasi Bangkok.
Matlamat ASEAN
1. Galakkan keamanan dan kestabilan politik
selaras dengan Piagam PBB
2. Mempercepatkan pertumbuhan ekonomi,
kemajuan sosial dan pembangunan kebudayaan.
3. Mengekalkan kestabilan politik di rantau Asia
Tenggara.
4. Meningkatkan taraf hidup penduduk melalui
kerjasama dalam bidang pertanian, perdagangan
dan perindustrian.
5. Memberi kerjasama dan membantu dalam
bentuk latihan dan penyelidikan.
6. Mengadakan perhubungan yang erat dengan
pertubuhan serantau dan antarabangsa.
Kerjasama Politik
1. Semua negara menghadapi cabaran: politik dan
dasar luar.
2. Wujud krisis kepimpinan di beberapa negara.
3. Konsep ZOPFAN (Zon Aman, Bebas dan
Berkecuali) diwujudkan melalui Deklarasi
Kuala Lumpur.(27 Nov 1971)
4. Matlamat ZOPFAN
Pertikaian diselesaikan secara aman

Tidak terlibat dalam pertikaian antara kuasa


besar
Menjamin keamanan dan kestabilan politik:
elak campur tangan pihak luar (cth: USA, Rusia dan
China)
Hak untuk menentukan pemerintahan sendiri

5. Kerjasama Politik:
Pengistiharan SEANWFZ (Zon Bebas Senjata
Nuklear)
Sidang Kemuncak ASEAN, 16 Disember 1987.

6. Matlamatnya:
Pendirian bersama, cth: Isu pencerobohan
Vietnam di Kampuchea (Tentera Vietnam harus
berundur dan rakyat Kampuchea diberi
peluang menentukan nasib,
Memastikan kawasan ASEAN bebas ancaman
senjata nuklear.
Kerjasama Ekonomi
1. Projek Bersama Perindustrian ASEAN:
Projek Baja Urea ASEAN (Indonesia dan
Malaysia)
Projek Vaksin Hepatitis B (Singapura)

Projek Fabrikasi Tembaga ASEAN (Filipina)

Projek perlombongan Garam Abu Soda (Thailand)

2. EAEC (Majlis Perundingan Ekonomi Asia


Timur)
Tujuan:

Sistem perdagangan dunia yang terbuka dan


bebas
Perdagangan antara anggota

Forum ekonomi

3. Belum dapat direalisasikan: wujud kerjasama


ASEAN dan 3(China, jepun dan Korea Selatan):
akan dibincangkan nanti.
Sosial dan Budaya
1. Kerjasama lain yang dibuat atas semangat
kerjasama ASEAN adalah dalam bidang
kebudayaan dan sosial.
2. Contoh: mengadakan festival kebudayaan dan
kesenian dengan menubuhkan Tabung
Kebudayaan ASEAN. Selain itu, pertukaran
rancangan televisyen dan radio dijalankan.
3. Sukan SEA juga diadakan untuk merapatkan
hubungan antara negara melalui semangat
kesukanan. Dalam bidang pelancongan,
kerjasama dijalinkan dengan mengadakan Tahun
Melawat ASEAN pada tahun 1992.

Soalan
1. ASEAN merupakan suatu penubuhan yang
dianggotai oleh negara-negara Asia Tenggara yang
ditubuhkan melalui Deklarasi Bangkok. Huraikan
matlamat penubuhan ASEAN.
2. Pada pendapat anda, apakah sumbangan ASEAN
melalui kerjasama politik kepada Malaysia.
3. Nyatakan isu-isu yang telah timbul antara
Malaysia dengan negara-negara ASEAN.
4. Pada pandangan anda, apakah cabaran yang
mungkin dihadapi oleh Malaysia melalui
kerjasama dengan ASEAN?

Anda mungkin juga menyukai