Anda di halaman 1dari 4

1.

0 PENGENALAN

1.1 ePangkat adalah aplikasi dalam talian (online) yang berintegrasi dan
komprehensif bagi membolehkan pengguna memohon dan
memproses sesuatu urusan pemangkuan dan kenaikan pangkat bagi
Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (PPP) dan Anggota Kumpulan
Sokongan (AKS) di bawah Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM).

1.2 ePANGKAT dibina untuk menangani isu kelewatan dan pertindihan


urusan kenaikan pangkat. Masalah ini berpunca daripada maklumat
perakuan pemangkuan / kenaikan pangkat yang tidak lengkap, tidak
tepat, tidak kemas kini, tidak teratur dan tidak sistematik meliputi
semua peringkat di KPM.

1.3 ePANGKAT disiapkan secara berfasa. Namun begitu, fasa yang


sedia untuk dilaksanakan mulai Mei 2011 ialah aliran proses urusan
kenaikan pangkat secara Time-Based.

1.4 Oleh itu, Panduan Pengguna ini disediakan adalah sebagai rujukan
dan penerangan langkah-langkah yang perlu diikuti bagi menggunakan
ePANGKAT.

2.0 OBJEKTIF

ePANGKAT dibina bagi memenuhi objektif berikut:

2.1 Membolehkan perancangan urusan pemangkuan / kenaikan pangkat


dilaksanakan dengan cepat dan tepat pada waktunya;

2.2 Mengautomasikan semua proses urusan pemangkuan/ kenaikan


pangkat;

2.3 Memupuk rasa tanggungjawab untuk mengemas kini dan


melengkapkan data-data naik pangkat dari setiap peringkat; dan

2.4 Menyediakan satu sistem maklumat kenaikan pangkat yang fleksibel


dan terkini bagi memenuhi keperluan warga Kementerian Pelajaran
Malaysia dan stakeholders.

3.0 CIRI-CIRI

Panduan Pengguna ePANGKAT


Versi Pertama : April 2011
Tarikh Kemas kini: 30 April 2011 1
Rajah di bawah menunjukkan ciri-ciri ePANGKAT.

4.0 FAEDAH

Pengguna ePANGKAT akan memperolehi faedah seperti berikut:

4.1 Menyelesaikan masalah kelewatan urusan kenaikan pangkat;

4.2 Mengurangkan beban memproses perakuan secara manual;

4.3 Memastikan data-data perakuan tepat, lengkap, teratur dan


sistematik;dan

4.4 Membolehkan pengguna menyemak status kenaikan pangkat secara


online.

5.0 MODUL ePANGKAT

Senarai Modul ePANGKAT dan pengguna adalah seperti berikut:

Panduan Pengguna ePANGKAT


Versi Pertama : April 2011
Tarikh Kemas kini: 30 April 2011 2
Bil Modul / Fungsi Pengguna

1. PENTADBIR Pegawai BPSM


Daftar Pengguna
Senarai Pengguna
Audit Trail

2. IKLAN Pegawai BPSM, BPSH, JNJK


Daftar Iklan dan UPSM
Senarai Iklan

3. PERMOHONAN PPP dan AKS


Maklumat Peribadi
Senarai Iklan
Semakan Status Permohonan
Semakan Syarat Umum

4. GURU BESAR/ PENGETUA / Pengetua dan Guru Besar di


KETUA BAHAGIAN sekolah atau Penyelia di JPN,
Senarai Iklan Time-Based PPD, Bahagian, IPG, IAB dan KM
Senarai Iklan
Laporan

5. KETUA JABATAN Pengarah JPN / Bahagian /


Penyedia Senarai Iklan Institusi
Penyemak - Senarai Iklan
Pengesah Senarai Iklan
Laporan

6. BPSM Pegawai BPSM


Semak Perakuan
Perakuan SPRM
Perakuan JPA

7. SEMAKAN Urus setia Kenaikan Pangkat di


Semakan Calon Melalui Kad JPN / Bahagian / Institusi
Pengenalan
Semakan Calon Melalui Nama
Semakan Melalui Kod Sekolah
Tambah maklumat guru baru

6.0 LANGKAH-LANGKAH PENGGUNAAN ePANGKAT

Panduan Pengguna ePANGKAT


Versi Pertama : April 2011
Tarikh Kemas kini: 30 April 2011 3
6.1 Pengguna dapat melaksanakan proses-proses di dalam ePANGKAT
dengan mengikuti langkah-langkah seperti di LAMPIRAN A.

7.0 PENUTUP

7.1 ePANGKAT dijangka akan dapat menyelesaikan masalah kelewatan


dan membantu kelancaran memproses urusan pemangkuan / kenaikan
pangkat. Ini secara tidak langsung meningkatkan kecekapan dan
keberkesanan penyampaian bagi urusan pemangkuan / kenaikan
pangkat di KPM.

7.2 Sebarang maklumat lanjut mengenai ePANGKAT bolehlah diperolehi


melalui saluran berikut:

Panduan Pengguna ePANGKAT


Versi Pertama : April 2011
Tarikh Kemas kini: 30 April 2011 4

Anda mungkin juga menyukai