Anda di halaman 1dari 3

Punca gout antaranya ialah:

1. Tidak cukup minum air sehari iaitu kurang dari 2L sehari

2. Gemar sangat makan kacang tanah, kacang putih dan kacang bergaram

3. Gemar makan buah-buahan jeruk

4. Gemar makan mee segera

5. Gemar dan kerap mengambil Nescafe, air sunquick, oren squash dan segala minuman
berperisa

6. Gemar dan kerap makan mi kuning dan roti canai.

7. Gemar dan kerap minum teh kedai

8. Gemar dan kerap makan cokelat dan Milo dan segala sejenisnya

9. Gemar dan kerap ambil durian, rambutan, ciku, mangga siam, mata kucing siam dan longan
dgn kuantiti yg banyak.

10. Gemar dan kerap makan jambu dan tembikai termasuk tembikai susu

11. Kerap dan banyak mengambil kerang, ketam, udang dan sotong serta telur masin

12. Kerap dan banyak makan buah oren seperti oren sunkist, air limau seperti air teh O limau.

13. Kerap dan banyak mengambil kordial SUNQUICK serta kordial lainnya

14. Terlalu kerap makan makan kari

15. Tidak suka makan sayur terutama sayuran pahit.

16. Stress yg tak terkawal.

17. Kerap mengambil ubat pain killer

18. Gemar makan dan kerap fastfood seperti burger dsbnya

19. Penggambilan ubat supplement yang bermacam.

Cadangan untuk melegakan kesakitan

Peredaran darah di sekitar sendi yang tidak dapat bergerak boleh diperbaiki melalui mandi air
suam. Perbuatan ini melegakan bengkak dan mengurangkan penghabluran asid urik.
Pastikanlah bahawa kawasan itu kering sebelum mengenakan pakaian. Pendekatan yang akal
untuk merawat bengkak dan keradangan biasa adalah untuk menggunakan pek ais.
Bagaimanapun, oleh sebab penghabluran asid urik dipercepat oleh suhu rendah, penggunaan
pek ais hanya akan memburukkan keadaan ini. Oleh itu, seseorang harus membuat sebaliknya
dan merawat gout dengan kehangatan.

Berbekam dan bekam lintah ternyata antara salah satu alternatif selain ubatan moden yang
digunakan untuk menghilangkan serta mencegah penyakit gout. Keberkesanan bekam lintah
dalam menyembuh penyakit ini adalah kerana wujudnya hirudin (pencair darah) dalam air liur
lintah itu sendiri.

Makanan atau amalan yang perlu diamalkan selalu diantaranya ialah:

1. Minum air masak / suam dengan banyak terutama sekali bila masuk tidur. Lebih elok lagi
sampai perlu bangun tidur pukul 3 pagi kerana perlu kencing

2. Amalkan minum teh misai kucing 2 uncang sehari.

3. Makan peria dan peria katak

4. Sawi pahit, kacang botor, kacang panjang, kailan

5. Susu tepung (bukan anelene, HL atau low fat)

6. Minyak zaitun. Satu sudu besar sehari adalah amalan yang disarankan

7. Ulam seperti ulam raja, pucuk gajus, pegaga dsb

8. Buah Delima

9. Epal hijau 2 biji seminggu

10. Burung seperti burung puyuh dan merpati

11. Daging itik, rusa, pelanduk, landak, arnab dan sebagainya

12. Garam kasar menggantikan garam halus

13. Berendam dalam air panas pada paras pinggang selama 20 minit selepas minum segelas
air suam (dalam besen atau pun tab mandi) atau SPA.

14. Makan lebih banyak sayur-sayuran

15. amalkan permakanan Cendawan/GANODERMA

16. Acai Berry


17. Penggambilan HABBATUSSAUDA

18. Minum air kelapa dara 1 sudu besar sehari atau 2 kali sehari. Sekiranya sudah mengambil
minyak zaitun, tidak perlulah lagi mengambil minyak kelapa dara ini. Sekiranya sudah
mengambil minyak kelapa dara, tidak perlulah lagi mengambil minyak zaitun.

Rawatan Tradisional

1) Rebus kulit kentang dengan air untuk menjadikannya ekstrak kulit kentang. Minum air
rebusan itu @ ekstrak kulit kentang.

2) Ambil anak pokok durian beserta akarnya sekali. Kemudian rebuskannya (buat sup)
bersama dengan kaki ayam (bukan ayam kampung). Sup itu diminum dan kaki ayam itu
dimakan. Cara tradisional ini adalah antara cara yang paling berkesan dalam merawat
penyakit gout.

3) Ambil sekeping kaktus dan kupas kulitnya. Bungkus isi kaktus yang diperolehi dengan
daun pisang lalu dipanaskan atas api sederhana besar selama lima minit. Sejukkan sedikit dan
tampalkan pada bahagian yang sakit. Amalkan setiap hari.

Penyakit gout adalah rahmat dari Ilahi. Orang yang sihat memanjang sampai tua selalunya
susah untuk mengingati Allah. Penyakit ini mudah-mudahan menjadi kafarah untuk menebus
segala dosa-dosa lalu seperti dijanjikan Allah. Gout macam rambut yang bertukar menjadi
putih sebagai amaran dari Allah bahawasanya kita makhluk Allah akan dipanggil
mengadapNya dan masanya sudah semakin hampir.

Anda mungkin juga menyukai