Anda di halaman 1dari 8

KERTAS CADANGAN PENGELOLAAN KARNIVAL PPDa DAN 3K PERINGKAT DAERAH GOMBAK

KARNIVAL PENDIDIKAN PENCEGAHAN DADAH (PPDa)DAN 3K


PERINGKAT DAERAH GOMBAK, SELANGOR
DENGAN KERJASAMA PERSATUAN KEBAJIKAN AL AZIZ MALAYSIA DAN LEMBAGA
PROMOSI KESIHATAN MALAYSIA

1. PENDAHULUAN

Program Karnival Pendidikan Pencegahan Dadah merupakan salah satu program


anjuran Kementerian Pelajaran Malaysia yang dilaksanakan di peringkat sekolah,
daerah, negeri dan kebangsaan dalam usaha melahirkan pelajar yang berpengetahuan
dan berkemahiran menolak ancaman dadah dan gejala sosial yang lainnya.

Program ini adalah bertujuan untuk mengukuhkan lagi minda dan sikap anti dadah
melalui aktiviti persembahan karya kreatif murid di samping elemen-elemen lain seperti
motivasi dan aktiviti interaktif di tapak pameran. Di samping itu, ia juga bertujuan untuk
menyampaikan mesej dan informasi anti dadah kepada orang ramai melalui pelbagai
strategi media.

Bagi tahun 2011, pengisian program ini dimantapkan lagi selaras dengan matlamat
Pendidikan Pencegahan Dadah, Kementerian Pelajaran Malaysia ke arah
merealisasikan Sekolah Bebas Dadah Menjelang Tahun 2012 dan juga wawasan
kerajaan untuk mewujudkan Negara Bebas Dadah Menjelang Tahun 2015

2. RASIONAL

2.1 Pelajar merupakan aset dan sumber tenaga manusia untuk masa depan yang
perlu dibangunkan sesuai dengan kehendak dan keperluan negara

2.2 Pelajar adalah golongan yang mempunyai potensi untuk dibangunkan dan
dikembangkan diri mereka ke arah pembentukan anggota masyarakat yang
dinamik dan progresif.

2.3 Kekuatan dalaman para pelajar seperti daya juang , ketabahan dan keyakinan
diri serta daya saing boleh dipupuk secara positif dan rasional melalui Program
Pendidikan Pencegahan Dadah yang terancang dan bersepadu.

3. MATLAMAT

Matlamat Karnival Pendidikan Pencegahan Dadah Peringkat Daerah Gombak, bertujuan


untuk mengukuhkan lagi minda dan sikap anti dadah dan jauhi rokok dalam kalangan
murid melalui persembahan kepelbagaian bakat pelajar dan perkongsian maklumat dan
mesej anti dadah.

4. OBJEKTIF

4.1 Mempertingkatkan lagi pengetahuan dan kesedaran pelajar semua


peringkat tentang bahaya dadah.

4.2 Menggunakan seni dan aktiviti kesenian sebagai medium penyampaian


mesej pendidikan pencegahan dadah.

1
KERTAS CADANGAN PENGELOLAAN KARNIVAL PPDa DAN 3K PERINGKAT DAERAH GOMBAK

4.3 Mencungkil dan menyuburkan bakat serta potensi yang ada dalam
kalangan pelajar ke arah perkembangan yang lebih positif dan
membina.

5. TEMA KARNIVAL TAHUN 2011

1MALAYSIA MEMBANTERAS DADAH

6. TARIKH

06 APRIL 2011(RABU)

7. LOKASI

SK TAMAN DESA, RAWANG, SELANGOR.


SK TAMAN DESA (2) RAWANG, SELANGOR
SMK TAMAN DESA RAWANG , SELANGOR

8. AKTIVITI:

8.1 Nasyid Anti Dadah Sekolah Menengah

8.2 Boria Sekolah Rendah


.
8.3 Mendeklamasi Sajak Rendah dan Menengah
.
8.4 Melukis Poster Rendah dan Menengah Rendah

8.5 Dikir Barat Sekolah Menengah

8.6 Nasyid Sekolah Rendah

8.7 Melukis Banner

8.8 Persembahan Tarian Tradisi

9. PENDEKATAN PROGRAM

Program dijalankan dalam bentuk persembahan dan pertandingan pendidikan


pencegahan dadah dan menjauhi rokok. Bentuk persembahan dan pertandingan yang
akan dijalankan adalah seperti berikut:

9.1 Pertandingan Dikir Barat Antidadah


9.2 Pertandingan Nasyid Barat Antidadah
9.3 Pertandingan Boria Antidadah
9.4 Pertandingan Melukis Poster Antidadah
9.5 Pertandingan Deklamasi Sajak Antidadah
9.6 Persembahan Tarian Tradisi antara aktiviti menjauhi dadah
9.7 Persembahan Nyasid antara aktiviti menjauhi dadah

2
KERTAS CADANGAN PENGELOLAAN KARNIVAL PPDa DAN 3K PERINGKAT DAERAH GOMBAK

10. KUMPULAN SASARAN

10.1 pelajar yang berbakat sebagai peserta


10.2 pelajar lain sebagai pembantu dan penyokong
10.3 semua pelajar sebagai penonton atau audien dalaman
10.4 guru pembimbing sebagai jurulatih
10.5 guru lain sebagai pembantu pengurusan pasukan-pasukan dan jentera
pelaksana pengelola program
10.6 ibu bapa yang hadir mengiringi peserta
10.7 semua orang ramai yang hadir

11. BILANGAN PENYERTAAN SETIAP KONTINJEN SEKOLAH

BILANGAN PESERTA
BIL ACARA
SATU SEKOLAH

1 DIKIR BARAT 20
2 NASYID KONTEMPORARI(M) 20
3 NASYID KONTEMPORARI(R) 20
3 BORIA 15
4 MELUKIS POSTER (R) 1
5 MELUKIS POSTER (MR) 1
6 MELUKIS POSTER (MA) 1
7 SAJAK (R) 1
8 SAJAK (M) 1
9 MELUKIS BANNER 3
PERSEMBAHAN NYASID DAN
10 KOMPANG 20
PERSEMBAHAN SENAMROBIK
11 DENGAN LAGU DAN MUZIK 200
JUMLAH 80 X 100=8000

JUMLAH PESERTA BAGI 100 BUAH SEKOLAH


8000 Orang murid

12. PEMERINGKATAN PERTANDINGAN

12.1 Pertandingan peringkat Daerah Gombak .

13. IMPAK PROGRAM

13.1 Kajian menunjukkan pelajar yang terlibat secara langsung dalam program
Karnival Pendidikan Pencegahan Dadah didapati bebas daripada pengaruh

3
KERTAS CADANGAN PENGELOLAAN KARNIVAL PPDa DAN 3K PERINGKAT DAERAH GOMBAK

dadah. Ini membuktikan proses pembinaan sahsiah bebas dadah dalam


kalangan peserta pertandingan telah berjaya mencapai matlamatnya

13.2 Penilaian program yang dibuat oleh pelajar, guru dan ibu bapa menunjukkan
mereka memberi perhatian yang tinggi terhadap aktiviti ini. Di peringkat sekolah
daerah, negeri dan kebangsaan, aktiviti ini mempunyai rating yang tinggi dan
sentiasa menjadi fokus bagi kategori aktvitivi luar pelajar

13.3 Sekolah kebangsaan mempunyai jentera pelaksana aktiviti pertandingan


pendidikan pencegahan dadah yang berpengalaman dan dilaksanakan secara
terancang dalam takwim tahunan. Keadaan ini dimantapkan lagi dengan bantuan
bimbingan guru-guru terlatih yang berpengalaman dan bantuan pihak swasta,
NGO dan Lembaga Kesihatan Malaysia yang semakin prihatin.

13.4 Program ini telah berjaya mewujudkan persaingan yang sihat dalam kalangan
pelajar dan sekolah dalam pertandingan yang dijalankan. Konsep pertandingan
yang melahirkan pemenang yang akan dan aktiviti yang sihat untuk
mengukuhkan pekembangan kendiri pelajar dan mencabar mereka supaya
mencapai kejayaan yang lebih cemerlang.

13.5 Penerimaan masyarakat luar sekolah seperti ibu bapa , komuniti, pihak swasta,
dan NGO dalam program ini pada tahap yang cukup memberangsangkan. Ibu
bapa sering mengiringi pergerakan anak-anak mereka yang bertanding ke
peringkat yang lebih tinggi. Keadaan ini merupakan perkembangan yang sihat
kerana pelajar dapat merasakan penglibatan dan sokongan ibu bapa mereka
dalam perjuangan menentang dadah dan menjauhi rokok.

14. HARAPAN

Usaha membanteras ancaman dadah dan rokok melalui pendekatan


pencegahan adalah sangat penting dilaksanakan di semua peringkat. Justeru, program
ini adalah salah satu strategi Kementerian Pelajaran Malaysia dan Lembaga Kesihatan
Malaysia dalam usaha memberikan pencegahan awalan kepada murid dan juga
masyarakat amnya. Bagaimanapun program ini akan lebih berkesan sekiranya ia dapat
dijayakan dengan kerjasama dan sokongan pelbagai pihak sama ada dari Kementerian
Pelajaran Malaysia dan Lembaga Promosi Kesihatan Malaysia, mahu pun pihak
swasta dan badan NGO. Adalah menjadi harapan pihak pengelola agar program ini
dapat merealisasikan hasrat kerajaan mewujudkan Sekolah Bebas Dadah Menjelang
Tahun 2012 dan Negara Bebas Dadah Menjelang Tahun 2015 terutama sekali
dengan sokongan dan kerjasama daripada semua pihak.

4
KERTAS CADANGAN PENGELOLAAN KARNIVAL PPDa DAN 3K PERINGKAT DAERAH GOMBAK

JAWATANKUASA INDUK
KARNIVAL PENDIDIKAN PENCEGAHAN DADAH
PERINGKAT DAERAH GOMBAK, SELANGOR.

Penasihat

PN DAYANG FATIMAH BT ABG NARUDIN


Pegawai Pelajaran Daerah Gombak

Pengerusi

EN MOHD SUKRI BIN MANSOR


(PENOLONG PPD HEM)

Timbalan Pengerusi
En. Mohd Sehhuri b Sarip

Naib Pengerusi
Pengetua SMK Taman Desa
Guru Besar SK Taman Desa (2)

Ketua Penyelaras
EN MOHD NOR AZMI BIN DARNO

Setiausaha
EN MOHD GHAZALI BIN HAJI ANUAR
(PENYELARAS PPDa SK TMN DESA)

Pen. Setiausaha
PN SANIAH BT YAACOB
(Setiausaha PPDa SK Taman Desa

Bendahari
PN ZAHARAH BINTI ABDULLAH

AHLI JAWATANKUASA

GPK HEM SK TAMAN DESA


GPK HEM SK TAMAN DESA (2)
GPK HEM SMK TAMAN DESA
GURU PPDA SK TAMAN DESA
GURU PPDA SK TAMAN DESA (2)
GURU PPDA SMK TAMAN DESA
WAKIL LEMBAGA KESIHATAN MALAYSIA
AADK DAERAH GOMBAK
AL-AZIZ MALAYSIA

5
KERTAS CADANGAN PENGELOLAAN KARNIVAL PPDa DAN 3K PERINGKAT DAERAH GOMBAK

JAWATANKUASA PELAKSANA KARNIVAL PENDIDIKAN 2011

Pengerusi
EN MOHD SEHHURI B SARIP

Timbalan Pengerusi
EN ZULKIFLI B HJ SAEDUN

Naib Pengerusi
PN MIZAN BT BAKAR
PN SOHANA BT AHMAD
EN MAT YATIM B MAIDIN

Setiausaha
EN MOHD GHAZALI B HJ ANUAR

Penolong Setiausaha
PN ZAHARAH BT ABDULLAH

Bendahari
PN ZAHARAH BT ABDULLAH
PERSATUAN KEBAJIKAN AL AZIZ MALAYSIA
DAN LEMBAGA KESIHATAN MALAYSIA

AHLI JAWATANKUASA PELAKSANA

Ketua Penyelaras Pertandingan: En Mohd Ghazali B Hj Anuar

1) Pertandingan Dikir Barat


Penyelaras : Puan Noriyah Bt Ismail
AJK : SMK TAMAN DESA

2) Pertandingan Nasyid Kontemporari


Penyelaras : Encik Abdul Hadi B Mohd Nazir

3) Pertandingan Deklamasi Sajak


Penyelaras : Puan Siti Norleha Bt Ahmad

4) Pertandingan Melukis Poster Menengah dan Rendah


Penyelaras : Puan Siti Zahara Bt Muhamad

5) Pertandingan Boria Sekolah Rendah


Penyelaras : Encik Mohd Kamal B Abdul Karim

A) Jawatankuasa Persiapan Pertandingan

6
KERTAS CADANGAN PENGELOLAAN KARNIVAL PPDa DAN 3K PERINGKAT DAERAH GOMBAK

1) Jawatankuasa Persiapan Tempat


Penyelaras : En Mohd Haniff B Taib

2) Jawatankuasa Hadiah dan Cenderahati


Penyelaras : Puan Sarimah Bt Jusoh
Pn Zurana Bt Ahmad

3) Jawatankuasa Makanan Tetamu dan Urusetia


Penyelaras : Puan Siti Shamnah Bt Md Dom

4) Jawatankuasa Tajaan dan Kewangan


Penyelaras : Puan Zaharah Bt Abdullah

5) Jawatankuasa PA Sistem
Penyelaras : Pn Zaharah Bt Abdullah

6) Teknik dan Fotografi


Penyelaras : Encik Mohd Fairuz B Halim
En Rone Robert

7) Jawatankuasa Publisiti / Backdrop Dewan


Penyelaras : Puan Syahrul Bariah Bt Jamaludin
Pn Shahrul Bariah Bt Jamaluddin

8) Jawatankuasa Keselamatan
Penyelaras : Encik Rone Robert
EN Mohd Fairul B Abd Rahim

8) Jawatankuasa Buku Program


Penyelaras : Cik Farasuhaila Bt Abdullah

9) Juruacara Majlis Penutup


Penyelaras : Puan Nor Azizah Bt Amran

10) Pendaftaran Peserta


Penyelaras : Cik Rozila Bt Shaari

11) Penyambut Tetamu


Penyalaras : Puan Saniah Bt Yaacob

12) Dokumentasi dan Pelaporan


Penyelaras : Cik Farahsuhaila Bt Abdullah

13) Persembahan Tarian


Penyelaras : Pn Noriyah Bt Ismail

14) Senamrobik
Penyelaras : Pn Zurana Bt Ahmad

7
KERTAS CADANGAN PENGELOLAAN KARNIVAL PPDa DAN 3K PERINGKAT DAERAH GOMBAK

JADUAL

MASA 8.00 5.00 PETANG

8.00 - 8.30 PAGI PENDAFTARAN

8.30 PAGI - 12.00 TENGAH


PERTANDINGAN
HARI

12.00 - 2.00 PETANG REHAT

MAJLIS PERASMIAN
2.00 3.00 PETANG
PENUTUPAN

ACARA TEMPAT
DIKIR BARAT SMK TAMAN DESA
NASYID(R) SK TAMAN DESA 2
NASYID(M) SMK TAMAN DESA
BORIA SK TAMAN DESA
SAJAK (R) SK TAMAN DESA 2
SAJAK (M) SMK TAMAN DESA
PERSEMBAHAN SK TAMAN DESA
SK TAMAN DESA
MELUKIS POSTER SK TAMAN DESA 2
MELUKIS BANNER SMK TAMAN DESA
PENUTUP SK TAMAN DESA

DISEDIAKAN OLEH
EN MOHD GHAZALI B HJ ANUAR
PENYELARAS PPDa
SK TAMAN DESA

TEL: 017-6246714
EMAIL: baiworld65@yahoo.com.

Anda mungkin juga menyukai