Anda di halaman 1dari 2

ULASAN ARTIKEL 1

PEMIKIRAN PENDIDIKAN MORAL ALBERT BANDURA


oleh: Qumruin NurulLaila
e -mail: rony99arka@gmail.com

Menurut Albert Bandura, proses perkembangan moral dan sosial siswa berkait rapat
dengan proses pembelajaran kerana ia dapat menentukan dan cara tingkah laku pelajar
sama ada selaras dengan norma masyarakat dan peraturan-peraturan setempat atau tidak.
Teori pembelajaran yang dikemukakan oleh Albert Bandura disebut sebagai teori
pembelajaran sosial kognitif kerana ia adalah pembelajaran melalui peniruan. Inti dari teori
pembelajaran sosial adalah pemodelan (modelling), dan permodelan ini merupakan salah
satu langkah paling penting dalam pembelajaran ini. Contohnya, pelajar memerhati apa yang
disampaikan oleh guru. Dalam hal ini, guru akan menjadi role model pelajar. Menurut
pandangan beliau, Teori Bandura adalah berdasarkan kepada 3 pandangan iaitu, individu
menjalani proses pembelajaran berdasarkan peniruan. Dalam hal ini, individu dikatakan
terpengaruh dengan tingkah laku ataupun perbuatan orang-orang yang berada di
sekelilingnya. Tingkah laku ini yang mana dipelajari dengan cara pengamatan dan
pemerhatian dan seterusnya akan disesuaikan dengan tingkah laku individu tersebut.
Seterusnya Bandura juga berpendapat bahawa terdapat hubungan yang erat antara pelajar
dengan individu di sekelilingnya. Hal ini juga menyumbang kepada berlakunya pembelajaran
individu tersebut. Akhir sekali, Bandura berpendapat bahawa hasil pembelajaran adalah kod
perilaku visual dan verbal yang diwujudkan dalam perilaku sehari-hari.

Teori Pembelajaran Bandura mempunyai 4 proses. Pertama, pemerhatian. Dalam


proses ini, organ deria digunakan untuk memberikan tumpuan kepada satu model ataupun
tingkah laku. Contohnya, suara guru di hadapan kelas memberikan penerangan. Dalam kes
ini, guru boleh menggunakan intonasi yang berbagai untuk menarik minat pelajar di dalam
kelas. Proses yang kedua ialah mengingati (retention phase). Dalam proses ini, informasi
akan disimpan dalam bentuk grafik, simbolik dan sebagainya bagi memudahkan pelajar
mengingat informasi yang dipelajari. Proses seterusnya ialah reproduksi yang mana segala
imej atau maklumat yang telah dipelajari disimpan dalam ingatan. Dalam proses
pembelajaran, murid seharusnya dapat menzahirkan semula tingkah laku yang ditirunya.
Contohnya, setelah proses tunjuk ajar yang lama dalam matapelajaran Pendidikan Moral di
sekolah, guru boleh menguji pelajarnya dengan memerhatikan tingkah laku seharian
mereka. Proses yang terakhir ialah peneguhan dan motivasi. Ini merupakan tahap dimana
proses berlakunya motivasi dan teguran oleh guru. Jika tingkah laku yang ditunjukkan adalah
memuaskan, maka pelajar haruslah diberikan motivasi dan ganjaran. Namun begitu, jika
pelajar menunjukkan tingkah laku yang negatif dan bertentangan dengan tingkah laku yang
diinginkan oleh guru, maka tingkah laku tersebut perlu ditegur dan diberikan dendaan.

Tuntasnya, Albert Bandura berpandangan bahawa guru merupakan role model yang
baik kepada pelajar. Hal ini kerana murid akan meniru tingkah laku atau teladan daripada
seorang guru. Dari segi masyarakat pula, Bandura bersetuju bahawa keluarga dan orang
sekeliling mempengaruhi tingkah laku dan pembentukan sosial dan moral seseorang pelajar.

Anda mungkin juga menyukai