Anda di halaman 1dari 6

Hadirin yang dimuliakan,

Majlis akan bermula sebentar lagi, untuk itu tuan-tuan dan puan-puan serta hadirin sekalian, diminta
mengambil tempat di dalam dewan.

Bagi melancarkan perjalanan majlis saya bagi pihak majlis meminta kerjasama tuan-tuan dan puan-
puan supaya mematikan telefon bimbit atau menetapkannya kepada mod senyap. Tuan-tuan dan puan-
puan juga diminta mengikuti program ini sehingga ke akhir majlis.

Terima kasih atas kerjasama semua.

Ketibaan Perasmi

Mengumumkan ketibaan tetamu kehormat Yang Berhormat Dato Sri Ismail Sabri bin Yaakob,
menteri kemajuan luar Bandar dan wilayah merangkap ahli parlimen Bera dengan diiringi oleh Yang
Berbahagia senator Dato Goonasekaran pegawai khas menteri besar Pahang merangkap pengerusi
badan perhubungan Pahang, serta En.Krishnan pengerusi persatuan kuil sri supamaniar aalayam
kemayan dan dif-dif jemputan. Dipersilakan mengambil tempat.

Biji selasih boleh dimakan


Menjadi perisa sedap terperi
Selamat datang kami ucapkan
Semoga majlis tambah berseri

Majlis dimulakan dengan Nyanyian Lagu Negaraku. Dif-dif kehormat dan para hadirin diminta berdiri.
...................................(Lagu Negaraku)

Terima kasih, semua hadirin dijemput duduk.


Yang Berhormat DATO, SRI ISMAIL SABRI BIN YAAKOB
MENTERI KEMAJUAN LUAR BANDAR DAN WILAYAH
MERANGKAP AHLI PARLIMEN BERA

Yang Berbahagia Senator Datok goonasegaran


pegawai Khas Menteri besar pahang
merangkap pengerusi badan perhubungan MIC Pahang

Yang Berusaha En.Krishnan


Pengerusi persatuan kuil sri sri subramaniar aalayam, kemayan.

Ketua-ketua cawangan mic

Pengerusi-pengerusi persatuan NGO

Dif-dif jemputan

Peserta-peserta Pertandingan Pesta Pongal

Dan hadirin sekalian

Selamat datang ke :

Program PESTA PONGAL 2017 ini.

Sarung ketupat berisi inti


Dibawa budak sambil berlari
Kehadiran semua sangat dihargai
Moga Majlis bertambah seri

Terlebih dahulu kami ingin mengucapkan terima kasih kepada tuhan kerana dengan limpah dan
kurniaNya maka kita dapat bersama-sama berhimpun pada pagi ini untuk menjayakan program ini.

Ucapan selamat datang dan ribuan terima kasih diucapkan kepada semua hadirin sekalian kerana sudi
menghadirkan diri ke program ini terutamanya kepada Yang berbahagia Dato Sri Ismail Sabri Bin
Yaakob kerana sudi meluangkan masa menghadirkan diri ke majlis Pesta Pongal ini. Ucapan terima
kasih juga kepada semua peserta yang telah mengambil bahagian dalam pertandingan -pertandingan
seperti memecah belon, kerusi muzik, memukul uri, menguncam thoranam, ikat bunga dan memasak
pongal.

Hadirin yang dimuliakan,

Untuk makluman Yang berhormat dato sri Perkataan (Pongal) adalah masa menuai
menandakan masa untuk orang Tamil tuai hasil tanaman dan disambut pada permulaan bulan Thai
() mengikut kalendar Tamil. Ada juga kelompok yang menganggap Pongal sebagai tarikh tahun
baru. Perayaan Pongal biasanya diraikan setiap pertengahan bulan Januari bagi meraikan Uttarayan
iaitu pergerakan matahari menuju ke utara oleh penganut agama Hindu. Perayaan ini disambut
selama tiga hari berturut-turut dan merupakan acara terbesar selepas sambutan Deepavali dan
Thaipusam.

Perayaan Pongal juga dianggap sebagai hari kesyukuran kepada Tuhan kerana memberi rezeki
untuk memperoleh makanan dan air yang cukup, tempat tinggal yang sempurna dan keluarga yang
bahagia dan juga membantu mengeratkan hubungan kekeluargaan di antara ahli keluarga dan
komuniti setempat.

Tanppa melengahkan masa lagi Majlis dengan segala hormatnya menjemput Yang Berbahagia senator
dato goonasekaran Raya untuk menyampaikan ucapan . dengan segala hormatnya dipersilakan.

************

Majlis mengucapkan jutaan terima kasih kepada Yang Berbahagia senator dato goonasekaran atas
ucapan tersebut.

Untuk makluman Yang berhormat Dato Sri, persatuan kuil telah merancang dan mengambil inisiatif
untuk membina 5 buah rumah dalam kawasan kuil untuk disewakan bagi mendapatkan sedikit
pendapatan melalui itu bagi menambungk kos perbelanjaan tahunan yang mencecah RM 30 ribu
setahun. Kami berharap yang berhormat dapat membantu kami dalam usaha tersebut.

Kalau tuan pikat kenari,


Jangan patahkan batang jerami;
Kepada tuan sembah diberi,
Mohon rasmikan majlis kami.

Majlis menjemput Yang berhormat Dato Sri Ismail Sabri diiringi oleh Dato Goonasekaran dan en.
Krishnan ke pentas untuk mengalungkan bunga malai dan ponnadi kepada yang berhomat .

Dengan segala hormatnya dipersilakan.

Majlis seterusnya mempersilakan Yang berhormat Dato Sri Ismail Sabri Bin Yaakob, Menteri
Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah untuk menyampaikan ucapan dan seterusnya merasmikan
Program Pesta Pongal 2017 ini.
Dengan segala hormatnya mempersilakan.

***********(Ucapan Perasmi)

Majlis merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada Yang berhormat
Dato Sri atas ucapan dan perasmian majlis itu tadi.

Majlis diteruskan dengan penyampaian cederahati,

Untuk itu, majlis menjemput En.Krishnan , Pengerusi kuil sri subramaniam aalayam dengan diiringi
oleh Yang Berbahagia senator dato Goonasekaran naik ke pentas bagi menyempurnakannya.

Sebagai tanda terima kasih kami,


Majlis menjemput Yang berhormat Dato Sri bagi menerima cederahati. Dipersilakan.

Penutup

Ribuan terima kasih di ucapkan kepada En.Krishnan dan Dato Goonasekaran atas kesudian
meyampaikan cederahati.

Hadirin yang dihormati....

Sampailah masanya yang menanti nanti, iaitu penyampainan hadiah kepada pemenang-pemnenang
pertandingan yang telah diadakan tadi.

Majis dengan hormatnya menjemput _______________________________ untuk menyampaikan


hadiah kepada pemenang pemenangnya. Dipersilakan.

Pecah belon = 1)________________________ 2) _______________ 3) _________________


4) _________________ 5 ________________ 6)_______________7) _______________
8)_________________ 9) __________________ 10) _____________________

Menganyam thoranam
1) __________________ 2)_______________________ 3)____________________
4)_________________ 5) _____________________

Mengikat bunga
1) _______________2)________________ 3)____________________ 4)________________
5)_________________

Kerusi muzik
1) ______________________ 2)____________________ 3)___________________
4)__________________ 5)____________________

Memukul uri

1)______________________ 2) __________________ 3)___________________

Pertandingan Pongal.

1 11
2 12
3 13
4 14
5 15
6 16
7 17
8 18
9 19
10 20

Ucapan Penangguhan (ragunathan)

____________

Sekian sahaja untuk kali ini. Mohon maaf dari saya sekiranya ada terkasar bahasa, terlanjur bicara
sepanjang mengendalikan majlis sebentar tadi. Sesungguhnya, yang terbaik itu datangnya daripada
tuhan yang kekurangan itu adalah kelemahan saya.

Di atas dahan burung tempua,


Melihat rusa tepi perigi;
Salam perpisahan untuk semua,
Di lain masa bersua lagi.

Rumpun nipah tepi telaga,


Diambil orang buat nira;
Hidangan di meja sudah tersedia,
Sebelum pulang jemput semua menjamu selera.
Sekian, tarima kasih.....
selamat sejahtera.

Sebelum pulang,
Dijemput semua peserta dan hadirin untuk menjamu selera.

Anda mungkin juga menyukai