Anda di halaman 1dari 6

MARKAH:

UJIAN PERTENGAHAN TAHUN


BAHASA MELAYU TINGKATAN 2

NAMA: .

Cikgu Hakimah (BM


1. Dalam petikan ini, terdapat empat kesalahan bahasa. Gariskan
empat kesalahan Bahasa tersebut dan tulis jawapan pada ruang yang
disediakan, Anda tidak perlu menyalin petikan petikan itu semula.

Duli Yang Maha Mulia Sultan Pahang berkenan untuk

mencemar duli melawat mangsa banjir di beberapa kawasan pendalaman.

Dalam lawatan itu, baginda berucap agar pihak berkuasa tempatan

membantu semua mangsa-mangsa banjir yang menderita akibat dilanda

musibah dengan segera. Baginda yakin bahawa bantuan yang dihulurkan

kepada mangsa banjir akan dapat mengurangkan beban yang sedang

mereka tanggung. Sebelum berangkat pulang, baginda sempat beramah

mesra dengan mangsa banjir. Lawatan ini jelas menunjukkan sikap

baginda yang amat prihatin sekali kepada nasib rakyat negeri Pahang.

i. .
ii. .
iii. .
iv. .

(8 markah)
2. Dalam setiap ayat di bawah terdapat satu kesalahan ejaan.
Kenalpasti kesalahan tersebut dan gulis ejaaan yang betul pada ruang
jawapan yang disediakan. Anda tidak perlu menyalin ayat itu semula.

i. Kemudahan di stesen keretapi di negara kita sedang dinaik taraf


untuk memberikan keselesaan kepada pelancong domestik dan luar
negara.

ii. Manuskrip tulang belulang manusia pra-sejarah dan artifak


merupakan sumber sejarah yang sangat berharga bagi seseorang
ahli arkeologi.

iii. Encik Ismail meminta kontraktor yang berpengalaman luas itu


membina landskap di halaman rumahnya mengikut plan yang
ditetapkan.


(6 markah)

3. Baca ayat-ayat di bawah dengan teliti. Kemudian bina ayat tanya


dengan menggunakan kata tanya yang betul.

i. Kakitangan syarikat itu mendengar taklimat di dewan.

..

ii. Helmi memenangi pertandingan nyanyian lagu patriotik kerana


suaranya lunak.

iii. Pelajar-pelajar kolej itu menyertai bengkel penulisan kreatif di Dewan


Bahasa dan Pustaka.

iv. Pertandingan bola sepak peringkat Kluang berakhir semalam.

v. Harga semangguk laksa di kantin sekolah Ahmad ialah RM1.50.


(10 markah)

4. Lihat carta di bawah ini dengan teliti. Berdasarkan maklumat yang


terdapat dalam carta tersebut, tulis ulasan yang panjangnya hendaklah
antara 80 hingga 100 patah perkataan.

PUNCA-PUNCA JEREBU

Pembakaran secara terbuka


18% tanpa kawalan (18%)
20%
Pengeluaran asap yang tidak
terkawal dari kawasan
perindustrian (27%)
Pembakaran hutan secara
besar-besaran (35%)
Peningkatan jumlah
27% kenderaan di jalan raya (20%)
35%
(16 markah)

Anda mungkin juga menyukai