Anda di halaman 1dari 10

Tugasan Harian 1 langkah2 melahirkan masyarakat penyayang

Keluarga Bahagia Menjamin Masyarakat Penyayang

Satu hal yang menjadi keyakinan umum bahawa kebajikan seseorang insan
adalah berpunca daripada status kekeluargaan yang harmoni dan bahagia. Darinya
akan mewujudkan sebuah masyarakat yang berhemah tinggi yang akhirnya akan
membentuk satu sistem sosial yang mantap dan dapat menghadapi pelbagai arus
cabaran. Memandangkan betapa pentingnya institusi kekeluargaan dalam
pembentukan masyarakat yang berbudi dan berbudaya penyayang, maka
sewajarnya ia diberi perhatian utama. Justeru itu satu program khusus
diperkenalkan yang diberi nama 'RUMAHKU SYURGAKU'. Program ini dilaksanakan
dengan tujuan mewujudkan keluarga bahagia ke arah melahirkan masyarakat
penyayang dan bersatupadu selaras dengan ajaran Islam dan wawasan 2020.

Dengan mengetahui betapa pentingnya sebuah keluarga yang bahagia untuk


mewujudkan masyarakat penyayang, kita haruslah selalu mengamalkan nilai kasih
sayang terhadap keluarga. Kita patutlah mempunyai perasaan cinta yang
mendalam terhadap setiap anggota keluarga supaya konflik dan masalah tidak
wujud antara keluarga. Sehubungan dengan itu, keluarga bahagia dapatlah
wujudkan masyarakat penyayang. Kita juga harus mempunyai peka cinta yang
berkekalan sesama ahli keluarga supaya wujudnya keluarga bahagia. Dengan
adanya cinta yang berkekalan, keluarga itu akan menjadi lebih kukuh kerana saling
memahami antara satu sama lain.

Selain itu, nilai mengekalkan tradisi kekeluargaan juga harus diamalkan oleh
setiap anggota keluarga. Kita harus menerima ,menghormati dan mengamalkan
adat dan kepercayaan keluarga sendiri. Setiap agama dipercayai akan memberi
pengajaran kepada seseorang supaya tidak melakukan kegiatan tidak bermoral
atau keruntuhan akhlak. Dengan ini, masyarakat penyayang akan wujud. Kita juga
patutlah bertanggungjawab untuk mengekalkan tradisi yang diwarisi secara turun
temurun. Sesebuah keluarga bahagia akan wujud jika setiap anggota keluarga
mematuhi segala suruhan Tuhan.

Kesimpulannya, hubungan yang baik antara anggota keluarga amat


diperlukan untuk melahirkan sebuah keluarga yang bahagia. Dengan adanya
hubungan yang kukuh dan kasih sayang antara sesebuah keluarga, masyarakat
penyayang dapat diwujud.

(278) patah perkataan


Tugasan Harian 2 cara2 masyarakat dan kerajaan untuk memelihara dan
memulihara alam sekitar

Tanggungjawab kerajaan dan masyarakat untuk memelihara dan


memulihara alam sekitar

Alam semula jadi merupakan satu anugerah Tuhan yang amat besar dan
tidak ternilai kepada manusia sejagat. Pemuliharaan alam semula jadi merupakan
salah satu prinsip Pendekatan Islam Hadhari yang ingin dilestarikan supaya ianya
berada dalam keadaan amat selesa, cantik, dan indah seperti mana yang
disarankan oleh Islam. Selain daripada agama Islam, pemeliharaan alam semula
jadi juga amat dititikberatkan oleh agama-agama lain seperti Kristian dan Buddha.

Kerajaan dan masyarakat telah dipertanggungjawabkan untuk memelihara


dan memulihara alam sekitar. Sebagai seorang ahli masyarakat, nilai menyayangi
dan menghargai alam sekitar amat diperlu bagi memastikan kesinambungan
kehidupan manusia sejagat. Kita harus bertanggungjawab untuk memelihara alam
sekitar dengan mengelakkan pembaziran sumber alam. Misalnya, kita harus
rasional untuk mematikan peralatan elektrik apabila tidak digunakan untuk
menjimatkan sumber yang semakin berkurangan. Selain itu, kita juga harus
bersama memulihara alam sekitar supaya penggunaan alam dapat diguna pakai
sehingga generasi akan datang secara kualitatif dan kuantitatif. Contohnya, kita
harus bekerjasama menanam pokok-pokok di sekelilingi kawasan rumah supaya
kualiti udara dapat ditingkat semula dan secara tidak langsung menghijaukan bumi
kita.

Tambahan pula, kerajaan dan masyarakat harus mengamalkan nilai peka


terhadap isu-isu alam sekitar. Persoalan alam sekitar patut diprihatinkan supaya
langkah mengatasi masalah itu dapat diambil dan dilaksanakan secara berkesan.
Misalnya dalam konteks semasa, impak pencemaran alam sekitar sudah menjadi
global yang terserlah menerusi fenomena pemanasan suhu bumi, pencemaran
merentasi sempadan dan corak pengembelengan sumber tidak lestari. Jadi, pihak
kerajaan dan masyarakat haruslah rajin dan gigih berusaha untuk menyelesaikan
masalah-masalah ini seperti menyokong program ktiar semula yang dianjurkan oleh
kerajaan dan pihak swasta. Dengan ini, pencemaran darat akan ditangani secara
tidak langsung.

Konklusinya, setiap individu perlu bertanggungjawab untuk memelihara dan


memulihara alam sekitar yang dikurniakan oleh Tuhan. Segala tindakan yang
membawa kepada kerosakan dan kemusnahan alam semula jadi hendaklah
dihentikan segera.

(279) patah perkataan

Tugasan Harian 3

Menghormati Hak Wanita Tanggungjawab Bersama

Pepatah Melayu mengatakan Tangan yang menghayun buaian juga mampu


menggoncangkan dunia. Itulah senario sebenar wanita-wanita pada hari ini. Kini
wanita bukan lagi dianggap sebagai penghuni tetap ceruk dapur semata-mata
tetapi telah menjadi salah satu entiti penting dalam pembangunan negara.

Sehubungan dengan itu, setiap individu mesti menghormati hak wanita pada
bila-bila masa. Hak wanita patut dilindungi dengan membenarkan mereka
mendapat pendidikan dan pekerjaan, peluang kenaikan pangkat dan mendapat
perlindungan daripada keganasan. Tambahan pula, setiap individu harus
mengiktiraf hak wanita untuk melibatkan diri dalam mana mana bidang sahaja.
Sumbangan wanita tidak dapat diabaikan walaupun dalam bidang sukan, atlit-atlit
wanita bersama-sama atlit-atlit lelaki telah mengharumkan nama negara dalam
sukan renang. Misalnya puteri renang yang tidak asing lagi seperti Nurul Huda serta
Nicole David yang mengharumkan nama negara dalam sukan skuasy. Ini telah
mengambarkan wanita juga memberi sumbangan kepada Negara dan hak mereka
harus dihormati.

Di samping itu, setiap individu harus mengamalkan nilai keadilan terhadap


wanita dan lelaki. Wanita harus diberi tindakan dan keputusan yang saksama
setaraf dengan lelaki tidak kira dalam aspek pendidikan atau pekerjaan. Tokoh-
tokoh wanita yang melibatkan diri dalam bidang politik seperti seperti Datuk
Paduka Rafidah Aziz dan Datuk Siti Norma Yaacob telah membuktikan bahawa
wanita juga mampu melaksanakan tugas dan tanggungjawab dengan sempurna jika
dilayan adil serta diberi peluang. Sebenarnya, individu juga harus bertindak tidak
berat sebelah terhadap lelaki ataupun perempuan. Wanita yang dapat menerima
pendidikan yang sama dengan lelaki tidak hairan untuk menjawat jawatan penting
dalam syarikat-syarikat besar. Oleh itu, kita mesti mengiktiraf wanita sebagai
individu yang boleh memberi sumbangan kepada pembangunan negara sekiranya
diberi layanan yang tidak berat sebelah.

Kesimpulannya, setiap individu harus menghormati hak wanita dan


memberikan layanan secara adil kepada mereka. Dengan ini, wanita akan
berpeluang untuk memberi sumbangan kepada masyarakat serta Negara.

(287) patah perkataan

Tugasan Harian 4

Kepentingan amalan nilai amanah bagi setiap kakitangan kerajaan untuk


menangani masalah rasuah

Fenomena rasuah sering dikaitkan dengan istilah tumbuk rusuk atau makan
suap dan konotasi ini membawa maksud yang negatif kepada imej sesebuah
masyarakat itu. Semakin tinggi kadar rasuah di sesebuah negara itu maka semakin
rendahkan persepsi masyarakat luar terhada kemampuan rakyat negara terbabit
untuk melakukan sesuatu terutama dalam aspek ekonomi. Media massaa turut
menyiarkan pelbagai kes yang melibatkan pegawai kerajaan berprofil tinggi yang
terlibat dalam amalan rasuah ini sebagai bukti betapa masalah ini semakin menular
dalam masyarakat kita.

Sebenarnya, setiap kakitangan kerajaan harus mengamalkan nilai amanah


dalam menjalankan urusannya untuk menjamin kemajuan dan keamanan Negara.
Mereka harus mempunyai sikap bertanggungjawab yang kekal kerana mereka
diamanah untuk menguatkuasakan undang-undang dan menegakkan keadilan.
Tambahan pula, kakitangan kerajaan yang amanah dapat menimbulkan
kepercayaan rakyat terhadapnya. sesebuah Negara akan berkembang maju dan
mencapai keamanan jika wujudnya kepercayaan antara rakyat terhadap pihak
kerajaan. Oleh itu, amalan rasuah harus dibanteraskan kerana itu bukan sahaja
mengakibatkan rakyat hilang keyakinan terhadap kerajaan tetapi juga membentuk
masyarakat yang tidak sihat. Secara tidak langsung, imej Negara akan terjejas.

Di samping itu, setiap kakitangan kerajaan juga harus mengamalkan nilai


mematuhi peraturan dan undang-undang. Mereka yang sepatut menjadikan contoh
kepada rakyat malah telah mewujudkan masalah ketelusan sistem pentadbiran
kerajaan kita. Sehubungan dengan itu, masyarakat menganggap masalah rasuah ini
bermaharajalela kerana undang-undang yang longgar terutama dalam aspek
pemberian tender dan projek lain telah menyebabkan ramai pekerja awam
mengambil kesempatan daripada kelemahan itu untuk mengambil wang secara
haram ini. Hal ini telah membuktikan betapa pentingnya untuk seorang kakitangan
kerajaan untuk menerima dan memahuthi peraturan serta undang-undang Negara.

Konklusinya, kakitangan kerajaan harus berpegang teguh kepada amanah


serta mematuhi peraturaan dan undang-undang supaya masalah rasuah dapat
dibanteraskan.

(270) patah perkataan

Tugasan Harian 5

Kepentingan amalan saling menghormati dan bertolak ansur dalam


masyarakat majmuk

Masyarakat Semenanjung Malaysia khasnya dan Malaysia amnya selalu


dianggap sebagai sebuah masyarakat majmuk atau masyarakat berbilang kaum.
Tiga etnik terbesar ialah Melayu, Cina dan India yang mana mengamalkan
kebudayaan adat resam, agama dan bahasa masing-masing. Setiap kaum
mempunyai keperibadian budaya tersendiri yang dikekalkan. Tiga etnik ini bersatu
di atas satu ikatan kerakyatan dan di bawah sebuah pemerintahan demokrasi
beraja berperlembagaan dengan satu cara hidup yang dipersetujui bersama.

Sehubungan dengan itu, nilai toleransi mesti diamalkan oleh setiap


warganegara supaya keamanan dan keharmonian dalam negara tercapai. Dalam
masyarakat yang majmuk ini, sikap bertolak ansur sesama bangsa dan agama
yang berlainan amat dititikberatkan supaya pertelingkahan antara kaum tidak
wujud. Dengan ini, rakyat pelbagai kaum boleh bebas mengamalkan idea,
kebudayaan dan kepercayaan agama masing-masing dan pada masa yang sama
meletakkan kesetiaan mereka pada satu negara. Selain itu, setiap warganegara
harus bertanggungjawab untuk mengawal perkataan dan kelakuan diri pada bila-
bila masa supay tidak meyentuh isu sensitif seperti hak-hak dan kedudukan raja,
agama, kewarganegaraan dan hak-hak istimewa bumiputera. Inilah untuk menjamin
kesejahteraan Negara sejagat.

Tambahan pula, setiap warganegara harus selalu hidup bersama secara


aman. Masyarakat patut hidup berbaik-baik antara satu sama lain supaya Negara
kita dapat mencapai perpaduan kaum dan berkembang maju. Sesebuah Negara
yang menghadapi konflik dalaman akan menjejaskan status ekonomi dan tidak akan
mencapai kemajuan. Oleh itu, setiap kaum mesti mengutamakan kedaimaian dan
keharmonian hidup tanpa mengira agama, bangsa dan budaya. Rakyat perlulah
bersatu-padu supaya masyarakat majmuk diwajud seperti bak kata perkata
bersatu teguh, bercerai roboh.

Kesimpulannya, sebagai seorang rakyat yang cinta akan Negara, kita harus
selalu bertolak ansur dan menghormati sesama kaum supaya konflik dalaman tidak
wujud. Secara tidak langsung, rakyat yang
perpaduan merupakan aset sesebuah Negara untuk mencapai kemajuan.

(277) patah perkataan

Tugasan Harian 6

Hak Pengguna harus dilindungi oleh semua pihak

Orang ramai sebagai pengguna merupakan aset penting dalam menjayakan


wawasan negara. Bagi mencapai tujuan itu, pendidikan dalam bidang
kepenggunaan perlulah disemai dari peringkat kecil lagi. Dalam hal yang
sedemikian, sekolah merupakan sebuah institusi yang paling sesuai untuk mendidik
pelajar tentang pendidikan kepenggunaan. Walaupun pengguna mempunyai hak-
hak tertentu, namun hak-hak berkenaan bukanlah diperolehi secara otomatis.
Ramai pengguna yang kurang tahu atau kurang mengambil tahu akan hak-hak
mereka. Pengguna harus diberi kesedaran tentang hak mereka tertentu supaya
mereka dapat menuntut hak tersebut.
Semua pihak telah dipertanggungjawabkan untuk melindungi hak pengguna.
Kerajaan dan pihak swasta harus membela hak pengguna supaya hak mereka
terjamin. Misalnya, undang-undang telah digubal oleh dengan tujuan melindungi
hak-hak dan kepentingan pengguna. Manakala pendidikan dan kesedaran
kepenggunaan telah diberi oleh persatuan NGO serta pihak kerajaan kepada
kalangan pengguna. Selain itu, hak-hak pengguna harus dipelihara seperti hak
untuk mendapatkan keperluan asas, hak untuk membuat pilihan, hak untuk
mendapatkan maklumat, hak untuk menuntut pampasan, hak untuk mendapatkan
pendidikan kepenggunaan dan sebagainya. Sebagai contoh, penjual-penjual
diwajibkan menunjukkan tanda harga sebagai tanda pemeberitahuan kepada
pengguna.

Walau bagaimanapun, pengguna harus bersikap rasional apabila membeli


sesuatu barang atau perkhidmatan supaya dapat melindungi hak pengguna sendiri.
Mereka patut mengambil pertimbangan yang wajar tentang kualiti dan harga
sesuatu barang atau perkhidmatan sebelum membelinya. Sebagai misalan,
pengguna boleh membuat pembandingan harga terlebih dahulu sebelum membeli
sesuatu barang supaya inflasi barang tidak berlaku. Tambahan pula, pengguna
patut boleh berfikir supaya hak-hak mereka terjamin. Contohnya, pengguna berhak
mendapatkan maklumat lanjut tentang barang atau perkhidmatan itu jika maklumat
diberi tidak lengkap.

Keseluruhannya, semua pihak harus melindungi hak pengguna termasuk


pihak kerajaan, pihak swasta serta pengguna itu sendiri. Pengguna yang berilmu
dan rasional dapat membantu pengurangan permintaan di pasaran dan seterusnya
menstabilkan harga barangan atau perkhidmatan.

(283) patah perkataan

Tugasan Harian 7

Kebebasan bersuara sebagai hak rakyat dengan batasan tertentu

Malaysia terkenal sebagai salah sebuah negara yang mengamalkan


demokrasi secara meluas. Kebebasan bersuara adalah antara hak asasi manusia
yang maha penting dalam sesebuah negara demokrasi. Ia menjadi kayu ukur sama
ada demokrasi subur atau sebaliknya dalam negara tersebut. Namun, hak asasi ini
berbeza-beza interpretasinya mengikut kaca mata budaya dan agama sesebuah
masyarakat. 'Lain padang, lainlah belalangnya'. Di Malaysia kebebasan bersuara
didefinisikan oleh perlembagaan persekutuan dan dikawal oleh undang-undang
tertentu.

Setiap warganegara Malaysia mempunyai hak bagi kebebasan bersuara. Kita


ada kebebasan berucap seperti menyebarkan maklumat atau idea dengan medium
apa-apa sahaja. Walau bagaimanaupun, hak kebebasan bersuara tidak bersifat
mutlak di negara kita dan hak ini dihadkan dengan batasan tertentu. Misalnya, isu
sensitive seperti hak-hak dan kedudukan raja, agama, kewarganegaraan, dan hak-
hak Istimewa Bumiputera tidak dapat disentuh. Di samping itu, setiap warganegara
bebas mengeluarkan buah fikiran sendiri seperti pendapat, pembaharuan atau
kritikan dengan batasan tertentu. Sebagai contoh, hak untuk mendapatkan
kebebasan bersuara amat penting bagi media massa yang memainkan peranan
penting sebagai pendukung am kebebasan berpendapat bagi semua.

Selain itu, setiap warganegara harus bersikap kesederhanaan dalam


menggunakan hak kebebasan bersuaranya. Pertimbangan dan tindakan yang dibuat
patut bersifat tidak keterlaluan sama ada dalam pemikiran, pertuturan atau
pelakuan. Ini adalah untuk menjamin keharmonian dan kedamaian sesebuah negara
supaya pertelingkahan antara kaum tidak wujud. Tambahan pula, warganegara
patut bersikap kesederhanaan supaya tidak mengabaikan kepentingan diri dan
orang lain. Semasa mengeluarkan sesuatu pandangan, kita mesti
mempertimbangkan pihak lain supaya tidak akan menyentuh isu-isu sensitif yang
mungkin menjejaskan perpaduan negara kita.

Kesimpulannya, sebagai warganegara Malaysia kita mesti bersikap


kesederhanaan walaupun mempunyai kebebasan bersuara kerana kita berada
negara yang berbilang kaum. Dengan ini, kesejahteraan dan kedamaianan negara
akan tercapai.

(271) patah perkataan

Tugasan Harian 8 cara2 masyarakat utk mengekalkan keamanan Negara

Mengekalkan keamanan negara tanggungjawab bersama


Malaysia merupakan sebuah negara membangun yang mampu menikmati
keamanan dan kestabilan politik yang jarang ditemui di negara-negara lain.
Keadaan ini membolehkan ekonomi negara berkembang maju dan menyediakan
peluang pekerjaan yang luas dalam pelbagai sektor. Namun demikian, Malaysia
tetap menghadapi cabaran-cabaran dalam usaha mengekalkan keamanan negara
malah keaamanan sejagat.

Sebagai rakyat Malaysia, nilai cinta akan Negara harus sentiasa diamalkan.
Kita harus sentiasa mempunyai perasaan sayang akan negara dengan berusaha
untuk menepis segala ancaman dalaman dan luaran yang cuba menggugat
keamanan serta keharmonian negara. Misalnya, negara kita sedang menghadapi
ancaman najis dadah yang semakin menular dan meningkat saban tahun. Negara
bakal kehilangan tenaga kerja serta kepimpinan pelapis jika masalah ini berterusan
terjadi. Untuk mengawal ancaman ini menjadi kudis yang merebak, setiap anggota
masyarakat perlu mengambil kesedaran dan membantu kerajaan dalam menangani
permasalahan ini. Masyarakat harus sentiasa meletakkan kepentingan negara
melebihi kepentingan diri dengan menjauhi diri daripada dadah supaya peratusan
penagih tegar dapat diturunkan serta sekali gus mengekalkan keamanan negara.

Di samping itu, setiap warganegara harus saling


membantu dan bekerjasama supaya keamanan negara
tercapai. Sudah acapkali kita dengar tentang berita kes
jenayah yang dikaitkan dengan golongan remaja seperti
vandalisme, gengsterisme, dan buli. Kejadian ini telah
mengugat keamanan negara secara tidak langsung. Usaha
membina yang dilakukan pada setiap peringkat amat penting
untuk membanteraskan jenayah ini, misalnya ibu bapa
berperanan bagi mendidik dan menyampaikan ajaran agama
kepada anak mereka supaya mereka tidak akan terjebak ke
dalam kancah jenayah tersebut. Sebenarnya, usaha ini harus
dilakukan bersama antara semua pihak untuk mencapai
keamanan dan kesejahteraan negara. Pihak sekolah juga
dipertanggungjawabkan untuk menasihati pelajar agar tidak
terbabit dalam jenayah-jenayah itu di samping melahirkan
pelajar yang harga diri dan juga rasional.
Oleh itu, setiap rakyat Malaysia harus bertanggungjawab untuk mengekalkan
keamanan negara daripada anasir yang buruk. Kehidupan yang aman dan damai
merupakan teras kepada pembangunan negara yang maju.
(288) patah perkataan

Anda mungkin juga menyukai