Anda di halaman 1dari 60

Find Us on

Only You My Law

Home
Introduction
Notes
Subject
Assesment
Gallery
Survey
Contact Us
Topik 5: Undang-Undang Jualan Barang-barang

UNDANG-UNDANG JUALAN BARANG-BARANG

PENGENALAN

Undang-undang jualan barang-barang di Malaysia Barat


ditadbirkan oleh Akta Jualan Barangan 1957 (AJB
1957).

Sabah dan Sarawak masih menerima pakai prinsip


undang-undang Inggeris yang berkaitan dengan jualan
barang-barang melalui penguatkuasaan S.5(2) Akta
Undang-undang Sivil 1956.

DEFINISI TERMA-TERMA PENTING

Barang
S.2 AJB 1957: Barang = Setiap jenis harta alih selain
daripada tuntutan boleh dakwa dan wang; dan
termasuklah stok dan saham, tanaman yang hidup,
rumput dan benda-benda yang bercantum kepada tanah
atau membentuk sebahagian daripada tanah yang
diakui keras sebelum jualan atau di bawah kontrak
jualan.

Setiap jenis harta alih adalah barang.


Hak untuk mendakwa atas apa jua sebab tidak dianggap
barang kerana tidak mempunyai sifat fizikal yang nyata.
Wang bukan barang kerana dalam kontrak jualan
barangan, wang berfungsi sebagai balasan daripada
pihak pembeli atas kesediaan pihak penjual untuk
memindah milikkan barangan kepadanya.
Tanah yang merupakan harta tak alih tidak termasuk
dalam definisi barang.
Rumput / tanah, jika telah diasingkan dari tempat
asalnya, akan dianggap sebagai barang.
Pokok membentuk sebahagian daripada tanah, tetapi
balak adalah barang kerana telah diasingkan daripada
tanah.

Pengkelasan barang-barang

S.6(1) AJB 1957: Barang-barang dapat dikelaskan


kepada 2 jenis iaitu:

i. barang sedia ada

ii. barang hadapan


Barang sedia ada = Barang yang sudahpun dimiliki /
disimpan oleh penjual.

S.2 AJB 1957: Barang-barang hadapan = Barang-


barang untuk dikilangkan / dihasilkan / diperolehi oleh
penjual selepas kontrak jualan dibuat.
Contoh: Satu persetujuan untuk menjual sebuah
komputer tertentu model EX-2100 yang akan dihasilkan
oleh penjual adalah contoh jualan barang masa
hadapan. Model komputer itu masih belum pernah
dikeluarkan lagi dan akan dikeluarkan.

Barang sedia ada boleh jadi

i. barang tertentu
ii. barang yang belum ditentukan

S.2 AJB 1957: Barang-barang tertentu = Barang-


barang yang dikenalpasti dan dipersetujui pada masa
suatu kontrak jualan dibuat.

Contoh: Puan Mary telah datang sendiri ke kedai Ah


Chong untuk membeli 7 botol cuka. Dia telah melihat
sendiri Ah Chong memilih 7 botol cuka lalu
meletakkannya di atas meja semasa Puan Mary
membuat bayaran. 7 botol cuka itu merupakan barang
tertentu.

Barang yang belum ditentukan = Barang yang belum


dikenalpasti ketika kontrak dibuat tetapi hanya diketahui
setelah kontrak dilaksanakan atau barang yang dikenali
dengan deskripsi sahaja

Contoh: Puan Kay membuat pesanan menerusi telefon


kepada Ah Loh untuk menghantar 6 botol kicap ke
rumahnya dengan segera. Ini adalah kontrak jualan
berasaskan deskripsi.

Kontrak jualan barang-barang

S.4(1) AJB 1957: Kontrak jualan barang-barang =


Kontrak yang mana penjual memindah milik, atau
bersetuju untuk memindah milik hak terhadap barangan
itu kepada pembeli dengan balasan yang disebut harga.

Kontrak jualan barang-barang boleh dalam bentuk

i. jualan /
ii. perjanjian untuk menjual

S.4(2) AJB 1957: Suatu kontrak jualan boleh jadi


mutlak atau bersyarat.

S.4(3) AJB 1957: Jualan berlaku apabila hak milik ke


atas barangan dipindahkan daripada penjual kepada
pembeli tetapi perjanjian untuk menjual berlaku apabila
hak milik ke atas barangan hanya akan berpindah pada
suatu masa hadapan / setelah sesuatu syarat dipenuhi.

S.4(4) AJB 1957: Persetujuan untuk menjual akan


menjadi jualan apabila masa yang ditentukan telahpun
luput / syarat-syarat telahpun dipatuhi.
Kes: Lee lwn Griffin

Blackburn J: Ujian yang boleh dipakai untuk


menentukan sama ada satu kontrak itu kontrak jualan
barang atau kontrak upah ialah tujuan kontrak itu. Jika
tujuannya ialah memindahkan hak milik, ia adalah satu
kontrak jualan. Dalam kes ini, barang jualan adalah dua
set gigi palsu. Mahkamah memutuskan ia adalah satu
kontrak jualan.

Harga

S.2 AJB 1957: Harga = Balasan wang bagi suatu


jualan barang-barang.

Jika balasan bagi jualan itu bukan dalam bentuk wang,


maka kontrak itu dinamakan sebagai kontrak pertukaran
dan bukan kontrak jualan.

Sekiranya balasan yang diberikan sebahagiannya adalah


wang dan sebahagiannya lagi adalah barang, seperti
menukarkan kereta lama dengan kereta baru (lazimnya
disertai dengan wang), ia boleh dianggap sebagai
kontrak jualan barang-barang sekiranya nilai wang lebih
tinggi daripada nilai barangan yang ditukarkan.
PENENTUAN HARGA

S.9(1) AJB 1957: Harga dalam suatu kontrak jualan


boleh ditetapkan oleh kontrak / boleh ditinggalkan untuk
ditetapkan dalam cara yang dipersetujui / boleh
ditentukan melalui perjalanan urusan antara pihak-
pihak.

S.9(2) AJB 1957: Jika harga tidak ditetapkan menurut


peruntukan yang terdahulu, pembeli hendaklah
membayar kepada penjual suatu harga yang
berpatutan. Harga yang berpatutan merupakan
persoalan fakta dan bergantung kepada hal keadaan
setiap kes yang tertentu.

TERMA-TERMA KONTRAK JUALAN BARANG-


BARANG

S.12(2) AJB 1957: Syarat = Suatu janji yang penting


kepada maksud utama kontrak. Jika syarat dilanggar
oleh mana-mana pihak dalam kontrak jualan, ia akan
memberi hak kepada pihak yang terkilan untuk menolak
kontrak tersebut.

S.12(3) AJB 1957: Waranti = Suatu janji kolateral


kepada maksud utama kontrak. Pelanggaran waranti
hanya memberi hak kepada pihak yang terkilan untuk
menuntut ganti rugi tetapi tiada hak untuk menolak
barang-barang / menganggap kontrak sebagai
ditamatkan.

S.13(1) AJB 1957: Pihak yang terkilan boleh memilih


untuk menganggap kemungkiran syarat sebagai suatu
kemungkiran waranti sahaja.

S.13(2) AJB 1957: Pelanggaran syarat boleh dianggap


sebagai pelanggaran waranti dengan syarat

i. kontrak itu tidak boleh diasingkan dan


pembeli telahpun menerima barang-barang tersebut /
sebahagian daripadanya /
ii. barang itu barang tertentu dan hak milik
telahpun diserahkan kepada pembeli

Apabila syarat dianggap sebagai waranti, pembeli hanya


boleh menuntut ganti rugi sahaja tetapi tidak sehingga
membatalkan kontrak tersebut.

Terma-terma tersirat

1. Syarat tersirat mengenai hak milik

S.14(a) AJB 1957: Dalam suatu kontrak jualan,


melainkan hal keadaan kontrak adalah bertujuan
menunjukkan niat yang berlainan, terdapat suatu syarat
tersirat di pihak penjual, bahawa dalam suatu kes
jualan, dia mempunyai hak untuk menjual barang-
barang dan bahawa dalam kes suatu persetujuan untuk
menjual, dia akan mempunyai hak untuk menjual
barang-barang pada masa bila milikan itu berpindah.

Syarat tersirat dalam kontrak jualan: Penjual


mempunyai hak milik yang sah terhadap barangan yang
dijual.
Syarat tersirat dalam perjanjian untuk menjual: Penjual
akan mempunyai hak milik yang sah terhadap barangan
pada masa barang itu akan berpindah kepada pembeli.

Sekiranya penjual itu tidak mempunyai hak milik ke atas


barangan yang dijualnya, dia dianggap telah melanggar
syarat tersirat seperti yang diperuntukkan di bawah
S.14(a) AJB 1957.

Kes: Rowland lwn Divall

Rowland membeli sebuah kereta daripada Divall dan


menggunakannya selama beberapa bulan. Rowland
kemudiannya mendapati bahawa Divall tidak
mempunyai hak milik yang sah terhadap kereta tersebut
dan beliau terpaksa menyerahkan kembali kereta itu
kepada tuan punya yang sah. Rowland memohon untuk
menamatkan kontrak dan menuntut agar wang yang
yang telah dibayar kepada Divall dikembalikan
sepenuhnya.

KM: Rowland berhak mendapat kembali wang itu


meskipun dia telah menggunakan kereta tersebut
selama 4 bulan.

Pelanggaran S.14(a) AJB 1957 memberikan hak


kepada pihak pembeli untuk menamatkan kontrak
(S.12(2) AJB 1957).

2. Syarat tersirat mengenai jualan


mengikut perihalan / deskripsi
Penjualan secara deskripsi / perihalan berlaku apabila
pembeli tidak melihat barangan sebenar dan sekadar
bergantung kepada deskripsi yang diberikan oleh
penjual.

Contoh:

i. Apabila pembeli membuat pesanan barang


berpandukan katalog / iklan di akhbar / melalui internet.
ii. Apabila A pergi ke butik B dan menyatakan
hasratnya untuk membeli sepasang baju kurung
daripada kain sutera korea.

S.15 AJB 1957: Jika terdapat suatu kontrak untuk


menjual barang-barang melalui perihalan, terdapat
suatu syarat tersirat bahawa barangan sebenar yang
dijual hendaklah bersamaan / bertepatan dengan
deskripsi yang diberikan.

Kegagalan penjual untuk menyediakan barangan


sebenar yang secocok dengan apa yang telah
diperihalkan sama ada oleh penjual itu sendiri / oleh
pembeli, akan memberi hak kepada pihak pembeli untuk
menolak kontrak tersebut (S.12(2) AJB 1957).

Kes: Nagurdas Purshotumdas & Co lwn Mitsui


Bussan Kaisha Ltd

Pembeli telah membuat pesanan sejumlah kuantiti


tepung dan didapati bahawa tepung itu tidak
mempunyai jenama seperti yang diperihalkan.
KM: Barang jualan itu tidak bertepatan dengan deskripsi
yang telah diberi.

Kes: Moore & Co lwn Landauer & Co

Pembeli berkontrak untuk mendapatkan bekalan buah-


buahan yang ditinkan daripada penjual. Mengikut
perjanjian, tin buah-buahan tersebut akan dihantar
dalam sebuah bekas yang mengandungi 30 tin setiap
satu. Apabila barangan itu dihantar, pembeli mendapati
sebahagian bekas mengandungi 30 tin manakala
sebahagian bekas pula hanya mengandungi 24 tin.

KM: Oleh kerana barangan yang dihantar tidak menepati


deskripsi yang diberikan semasa tempahan dibuat,
pembeli berhak menolak keseluruhan barangan
tersebut.

Kes: Beale lwn Taylor

Penjual telah mengiklankan keretanya sebagai Herald


Convertible, putih, tahun 1961. Pembeli memeriksa
kereta tersebut sebelum membelinya. Selepas itu dia
mendapati bahawa kereta itu sebenarnya bukan model
1961. Hanya bahagian belakang kereta itu sahaja model
1961, manaka;a bahagian hadapannya ialah dari model
lebih lama.

KM: Walaupun dalam kes ini pembeli telah melihat


kereta itu sendiri, penjual dianggap telah melanggar
syarat tersirat mengenai deskripsi kerana pembeli masih
bergantung kepada deskripsi yang diberikan oleh
penjual sewaktu membuat keputusan untuk membeli.
Pembeli berhak menamatkan kontrak.

S.15 AJB 1957: Jika jualan dilakukan melalui sampel


dan perihalan, barangan sebenar mestilah sama dengan
deskripsi yang diberikan dan sampel yang telah
ditunjukka

3. Syarat tersirat mengenai mutu /


kesesuaian

Caveat emptor = pembeli harus berjaga-jaga.

Prinsip caveat emptor: Adalah menjadi tanggungjawab


seseorang pembeli untuk berhati-hati semasa membeli
sesuatu barang. Pembeli dikehendaki memeriksa dan
memastikan bahawa barangan yang hendak dibelinya
itu tidak mengandungi sebarang kecacatan dan
menepati citarasanya. Jika pembeli tidak berbuat
demikian, dia mestilah menanggung riiskonya dan tidak
boleh menyalahkan pihak penjual.

Prinsip caveat emptor ditegaskan lagi dalam S.16(1)


AJB 1957.

S.16(1) AJB 1957: Sekiranya sesuatu barangan yang


dijual itu tidak bersesuaian dengan kehendak pembeli
atau tidak bermutu, pembeli tiada hak untuk mendakwa
pihak penjual atas pelanggaran syarat kerana syarat
sedemikian tidak wujud.
Pengecualian kepada prinsip caveat emptor / S.16(1)
AJB 1957:

(1) S.16(1)(a) AJB 1957: Barang itu


hendaklah sesuai / memenuhi maksud pembeli
itu

Syarat-syarat yang mesti dipatuhi:-

i. Pembeli mestilah telah memberitahu


kepada penjual sama ada secara nyata / tersirat,
mengenai maksud / tujuan dia mengkehendaki sesuatu
barangan itu.
Jika kelazimannya barangan itu hanya mempunyai satu
kegunaan, maka terdapat pemberitahuan tersirat
mengenai tujuan barang itu dibeli.

= Pemberitahuan tidak perlu kerana penjual dianggap


sudah sedia maklum maksud pembelian tersebut.

Kes: Griffith lwn Peter Conway Ltd

Seorang wanita telah membeli sepasang pakaian yang


diperbuat daripda tweed, iaitu sejenis bahan untuk
membuat pakaian. Wanita itu sebenarnya alah kepada
bahan tersebut dan setelah memakainya dia mengalami
gatal kulit.

KM: Memandangkan keadaan alah itu tidak diberitahu


kepada penjual dan bahan itu secara umumnya sesuai
bagi orang ramai, tidak berlaku pelanggaran syarat
tersirat mengenai kesesuaian maksud.
Kes: Priest lwn Last

Plaintif telah membeli bekas air panas daripada


defendan. Beberapa hari kemudian, ketika isteri plaintif
sedang menggunakan bekas itu, ia tiba-tiba meletup
lalu mencederakannya.

KM: Oleh kerana tujuan kegunaan botol itu hanyalah


satu, maka syarat pemberitahuan maksud telah
dipenuhi.

ii. Pembeli bergantung kepada kepakaran dan


penghakiman penjual.

Kes: Baldry lwn Marshall

Pembeli meminta pendapat penjual mengenai kereta


yang sesuai digunakan untuk bersiar-siar. Penjual
mencadangkan kereta daripada jenama Bugatti dan
pembeli bersetuju membelinya. Pembeli kemudiannya
mendapati bahawa kereta tersebut tidak sesuai
digunakan untuk melancong.

KM: Tindakan pembeli membeli kereta yang dijual


mengikut jenama itu tidaklah bermakna bahawa pembeli
tidak bergantung kepada kemahiran penjual dalam
memilih kereta yang sesuai. Daripada bukti yang ada,
pembeli sememangnya menunjukkan
kebergantungannya kepada kemahiran penjual dalam
membuat pemilihan. Penjual telah melanggar syarat
tersirat mengenai kesesuaian maksud.
Kes: Medicon Plastic Industries Sdn Bhd lwn
Syarikat Sdn Bhd

Plaintif membeli sejenis mesin acuan dan pengawal


suhu untuk membuat botol-botol plastik daripada
defendan. Plaintif mendakwa kedua-duanya tidak
bersesuaian dengan tujuan ia dikehendaki tetapi
defendan menyatakan, oleh kerana barangan itu dijual
mengikut paten atau jenama, bukan menjadi
tanggungjawab penjual untuk memastikan bahawa
barangan tersebut bersesuaian dengan kehendak
pembeli. Tambahan pula, plaintif tidak menunjukkan
yang dia bergantung kepada kepakaran defendan ketika
membuat pembelian.

Kes: Griffith lwn Peter Conway Ltd

Seorang wanita telah membeli sepasang pakaian yang


diperbuat daripda tweed, iaitu sejenis bahan untuk
membuat pakaian. Wanita itu sebenarnya alah kepada
bahan tersebut dan setelah memakainya dia mengalami
gatal kulit.

KM: Memandangkan keadaan alah itu tidak diberitahu


kepada penjual dan bahan itu secara umumnya sesuai
bagi orang ramai, tidak berlaku pelanggaran syarat
tersirat mengenai kesesuaian maksud. Kegagalan
pembeli mendedahkan tentang masalah kulit yang
dihidapinya kepada penjual menunjukkan bahawa dia
tidak bergantung langsung kepada kepakaran dan
perhitungan penjual dalam memilih pakaian, sebaliknya
hanya bergantung kepada pengetahuannya sendiri.

Kes: Khong Seng lwn Ng Teong Kiat Biscuit


Factory Ltd.

Plaintif telah membekalkan 219 tin lelemak kepada


defendan pada tahun1961 dengan harga RM13.50 setin.
Plaintif menuntut bayaran sebanyak RM2956.50 iaitu
harga tin-tin lelemak yang dibekalkan. Defendan
menafikan tanggungan dan mendakwa mereka hanya
memesan 100 tin dan 119 tin lagi itu adalah bekalan
berlebihan yang yang tidak dipesan. Defendan
mendakwa lelemak yang dibekalkan itu tidak sesuai
untuk membuat biskut, sedangkan plaintif telah
memberi jaminan lisan bahawa ia sesuai untuk
membuat biskut dan bebas daripada sebarang
kecacatan. Defendan menggunakan 15 tin sahaja untuk
membuat biskut dan biskut-biskut yang dihasilkan itu
tidak terjual.

KM: Plaintif telah melakukan pelanggaran syarat tersirat


berkenaan kesesuaian barang bagi maksud.

Kes: Deutz Far East (Pte) Ltd lwn Pacific


Navigation Co Pte Ltd

Plaintif merupakan pembuat dan pembekal enjin dan


alat-alat ganti kapal Deutz. Plaintif telah menuntut
harga alat-alat yang telah dibekalkan untuk enjin utama
kapal defendan. Defendan mendakwa bahawa terdapat
kecacatan pada alat ganti itu kerana springnya bersaiz
besar dan tidak sepadan dengan enjin tersebut.
Akibatnya, enjin kapal itu semakin rosak teruk dan
terpaksa diperbaiki dengan kos yang lebih tinggi.
Defendan seterusnya mendakwa bahawa alat yang
dibekalkan oleh plaintif adalah tidak sesuai bagi
kegunaannya dan tidak berkualiti dagangan.

KM: Defendan telah bergantung sepenuhnya kepada


plaintif sebagai pembekal untuk membekalkannya alat
ganti yang sepatutnya boleh digunakan oleh enjin kapal
itu. Plaintif telah melanggar syarat tersirat bahawa
barang mestilah sesuai untuk kegunaan.

iv. Barang itu adalah daripada jenis yang biasa


dibekalkan oleh penjual.

Kes: Ashington Piggeries lwn Christopher Hill Ltd

Penjual adalah seorang pembekal makanan binatang


mink. Beliau tidak pernah menjual makanan binatang
tersebut daripada jenama X.

KM: Walaupun penjual tersebut tidak pernah menjual


makanan binatang itu daripada jenama berkenaan,
menjual makanan binatang adalah urusan biasa
perniagaan beliau. Penjual termasuk dalam kategori ini.

v. Sekiranya barang itu merupakan barang


tertentu, maka ia tidak dibeli mengikut paten / jenama.

Jika barang itu dijual mengikut paten / jenama, syarat


tersirat mengenai kesesuaian tidak terpakai. Bagi
barang yang dijual mengikut paten, tanggungjawab
untuk memastikan bahawa barangan itu bersesuaian
atau tidak, terletak kepada pemegang paten dan
bukannya penjual.

Kes: Baldry lwn Marshall

Pembeli meminta pendapat penjual mengenai kereta


yang sesuai digunakan untuk bersiar-siar. Penjual
mencadangkan kereta daripada jenama Bugatti dan
pembeli bersetuju membelinya. Pembeli kemudiannya
mendapati bahawa kereta tersebut tidak sesuai
digunakan untuk melancong.

KM: Tindakan pembeli membeli kereta yang dijual


mengikut jenama itu tidaklah bermakna bahawa pembeli
tidak bergantung kepada kemahiran penjual dalam
memilih kereta yang sesuai. Daripada bukti yang ada,
pembeli sememangnya menunjukkan
kebergantungannya kepada kemahiran penjual dalam
membuat pemilihan. Penjual telah melanggar syarat
tersirat mengenai kesesuaian maksud.

(2) S.16(1)(b) AJB 1957: Barangan itu


hendaklah mempunyai kualiti boleh dagang

Syarat-syarat yang mesti dipatuhi:

i. Pembeli membeli barangan itu secara


deskripsi; dan
ii. Barangan itu dibeli daripada penjual yang
biasa menjual barangan itu.

Kes: Bristol Tramways Co lwn Fiat Motors Ltd.

Sesuatu barangan itu dikatakan mempunyai kualiti boleh


dagang sekiranya barangan itu adalah sedemikian mutu
dan dalam sedemikian keadaan hinggakan seseorang
yang munasabah, bertindak secara munasabah akan,
setelah memeriksa barangan itu secukupnya,
menerimanya sebagai memenuhi tawarannya untuk
membeli.

Kualiti boleh dagang = Sesuatu barangan itu


haruslah memiliki kualiti / kebaikan yang sesuai untuk
didagangkan, iaitu tidak terdapat padanya sebarang
kecacatan yang membuatkannya tidak sesuai untuk
dijual.

Kes: Wilson lwn Ricket, Cockerall & Co Ltd

Seorang wanita memesan minyak pembakar atas nama


perniagaannya Coalite. Barangan itu telah dikirimkan
tetapi satu letupan telah berlaku di tempat pembakar
api.

KM: Kiriman barangan itu pada keseluruhannya tidak


bermutu perniagaan. Ia mempunyai kecacatan yang
menjadikannya tidak layak untuk pembakaran.
Kes: David Jones lwn Willis [1934]

KM: Sepasang kasut yang dipakai tetapi tercabut


tumitnya ketika dipakai untuk kali yang ketiga dianggap
tidak berkualiti dagangan.

Kes: Deutz Far East (Pte) Ltd lwn Pacific


Navigation Co Pte Ltd

Plaintif merupakan pembuat dan pembekal enjin dan


alat-alat ganti kapal Deutz. Plaintif telah menuntut
harga alat-alat yang telah dibekalkan untuk enjin utama
kapal defendan. Defendan mendakwa bahawa terdapat
kecacatan pada alat ganti itu kerana springnya bersaiz
besar dan tidak sepadan dengan enjin tersebut.
Akibatnya, enjin kapal itu semakin rosak teruk dan
terpaksa diperbaiki dengan kos yang lebih tinggi.
Defendan seterusnya mendakwa bahawa alat yang
dibekalkan oleh plaintif adalah tidak sesuai bagi
kegunaannya dan tidak berkualiti dagangan.

KM: Plaintif telah memungkiri S.16(1)(b) berkaitan


dengan kualiti boleh dagang memandangkan alat-alat
yang dibekalkannya tidak boleh digunakan malah
mendatangkan kerosakan yang lebih serius kepada enjin
kapal itu.

Kes: Seng Hin lwn Arathoon Sons Ltd

Penjual telah menjual 10 tan tepung ubi kayu jenama


Gold Medal. Penjual tidak mengetahui tujuan tepung
itu dibeli dan tidak dimaklumkan bahawa tepung itu
akan dieksport ke Jerman. Penjual telah menandakan
karung-karung yang mengandungi tepung itu dengan
tulisan Cina dakwat merah. Dakwat merah itu telah
meresap ke dalam karung menyebabkan sebahagian
tepung itu bertukar warna. Ketika tiba di Jerman,
tepung itu telah diisytiharkan sebagai tidak sesuai untuk
dimakan oleh manusia.

KM: Pihak pembeli gagal membuktikan bahawa tepung


itu tidak berkualiti boleh dagang. Walaupun tidak berada
dalam keadaan baik, tepung itu masih boleh dijual
sebagai kanji.

Kes: Grant lwn Australian Knitting Mills Ltd

Seorang pembeli telah membeli pakaian dalam yang


mengandungi campuran sulfat. Pembeli yang memakai
pakaian dalam tersebut tanpa terlebih dahulu
mencucinya, telah mengalami sakit kulit (dermatitis).

KM: Pakaian dalam tersebut tidak bermutu dagangan


walaupun penjual mengatakan bahawa sulfat itu boleh
hilang sekiranya pembeli mencucinya terlebih dahulu
sebelum memakainya. Pembeli tidak semestinya boleh
dianggap membasuh kesemua pakaian yang baru dibeli.
Mahkamah mengandaikan sudah termaklum bahawa
setiap pengilang / penjual akan menggunakan
kepakaran yang munasabah dalam penyediaan
barangan keluarannya dan pengguna boleh bergantung
kepada andaian tersebut.
4. Syarat tersirat berkenaan jualan
mengikut sampel / contoh

Jualan mengikut sampel adalah suatu jualan yang mana


pembeli membeli berdasarkan sampel yang ditunjukkan
oleh pihak penjual.

S.17(1) AJB 1957: Suatu kontrak jualan ialah suatu


kontrak untuk menjual melalui sampel jika terdapat
terma yang jelas / tersirat mengenainya dalam kontrak.

S.17(2) AJB 1957: Sekiranya jualan dibuat secara


sampel, syarat-syarat tersirat berikut adalah terpakai:

(a) Keseluruhan barangan sebenar mestilah


bersamaan dengan sampel dari segi mutu.

Kes: E & S Ruben Ltd lwn Faire Bros & Co Ltd

Sejenis kain Linatex telah dijual dalam keadaan


berkedut-kedut, sedangkan sampel yang ditunjukkan
sebelumnya adalah licin dan lembut. Penjual
mengatakan bahawa kain tersebut boleh menjadi licin
dan lembut seperti sampel yang ditunjukkan apabila
digosok.

KM: Oleh kerana barangan jualan sebenar tidak sama


dengan sampel yang ditunjukkan, penjual telah
melanggar syarat tersirat mengenai jualan secara
sampel. Pembeli berhak membuat tuntutan.

Kes: Lau Yaw Seng lwn Cooperativa Ceramica


DImola

Barangan yang dibekalkan adalah rendah dari segi


kualitinya dengan sampel yang telah ditunjukkan.

KM: Pembeli wajar menolak barangan tersebut dan


menolak untuk membuat bayaran kepada defendan.

(b) Pembeli hendaklah mempunyai peluang


yang munasabah untuk membandingkan keseluruhan
barangan dengan sampel sebelum membuat
penerimaan.

Kes: Polenghi Brothers lwn Dried Milk Co Ltd

Penjual menjual susu tepung kepada pembeli dan


mengkehendaki pembeli membuat pembayaran sebaik
sahaja barangan tiba sama ada dihantar melalui kapal /
kereta api dan dokumen yang berkaitan diserahkan
kepada pembeli. Pembeli enggan membayar apabila
barangan tiba dan dokumen berkenaan diserahkan
kepadanya atas alasan dia berhak untuk memastikan
barangan yang dihantar itu sama dengan sampel
terlebih dahulu.

KM: Pembeli mesti diberi peluang yang munasabah


untuk melakukan perbandingan tersebut.
Memandangkan keseluruhan barangan sebenar mestilah
sama dengan sampel yang ditunjukkan, maka sekiranya
terdapat kecacatan pada sebahagian barangan itu
sahaja, pembeli boleh memilih untuk menerima
kesemuanya dan menuntut ganti rugi bagi bahagian
yang cacat / kurang baik atau menolak kesemua
barangan tersebut.

(c) Barangan itu hendaklah terpelihara daripada


sebarang kecacatan yang boleh menjadikannya tidak
bermutu dagangan, yang mana kecacatan tersebut tidak
kelihatan semasa pemeriksaan munasabah ke atas
sampel itu.

Kes: Drummond lwn Van Ingen

Kain yang dibekalkan oleh penjual adalah sama dan


serupa dengan sampel yang dilihat sebelumnya. Walau
bagaimanapun terdapat sedikit kecacatan yang tidak
ketara, yang tidak dapat dilihat dengan pemeriksaan
biasa / munasabah ke atas kain tersebut.

KM: Penjual telah memungkiri syarat tersirat berkenaan


jualan mengikut sampel / contoh.

Kes: Godley lwn Perry

Sebelah mata seorang kanak-kanak telah menjadi buta


kerana lastik yang dibeli daripada seorang penjual patah
semasa beliau menggunakannya. Lastik itu dibeli oleh
penjual secara sampel daripada seorang pemborong,
yang mana penjual tersebut telah menguji sampel lastik
itu dengan menarik talinya.

KM: Walaupun penjual telah membuat pemeriksaan


yang munasabah ke atas lastik tersebut, kecacatannya
masih belum ketara atau belum dapat didedahkan pada
waktu pemeriksaan itu. Pemborong telah pecah kontrak
kerana tidak mematuhi syarat tersirat berkenaan jualan
mengikut sampel / contoh.

5. Waranti tersirat mengenai milikan aman


barangan

S.14(b) AJB 1957: Dalam suatu kontrak jualan,


melainkan hal keadaan kontrak adalah bertujuan
menunjukkan niat yang berlainan, terdapat suatu
waranti tersirat bahawa pembeli hendaklah mempunyai
dan menikmati milikan aman barang-barang itu.

S.12(3) AJB 1957: Pelanggaran waranti hanya


memberi hak kepada pihak yang terkilan untuk
menuntut ganti rugi tetapi tiada hak untuk menolak
barang-barang / menganggap kontrak sebagai
ditamatkan.

Kes: Heng Long Motor Co lwn Osman Bin Abdullah

Osman telah membeli sebuah van daripada Heng Long


Motor Co secara sewa beli. Osman berjaya
menyelesaikan keseluruhan ansuran sewa beli van itu
dan buku pendaftaran van itu diserahkan kepadanya.
Van tersebut telah dirampas oleh pihak Kastam dan
Eksais DiRaja kerana dipercayai terlibat dalam satu
penyiasatan kes. Osman dan syarikat kewangan itu
mendakwa Heng Long atas kemungkiran waranti
berdasarkan S.14(b).

KM: Oleh kerana Heng Long gagal mematuhi waranti


tersirat mengenai milikan aman barangan, Osman dan
syarikat kewangan tersebut berhak mendapat bayaran
ganti rugi.

Kes: Microbeads A. G lwn Vinhurst Road Marking


Ltd

Penjual telah menjual sejenis mesin kepada pembeli.


Tanpa pengetahuan penjual, semasa penjualan
dilaksanakan, terdapat pihak ketiga yang sedang dalam
proses mendapatkan hak paten ke atas mesin yang
sejenis dengan yang dijual olehnya. Pihak ketiga
kemudiannya telah mendakwa pembeli atas alasan
mereka adalah pemegang paten mesin tersebut dan
pembeli telah menggunakannya tanpa izin mereka.
Pembeli mendakwa penjual telah melanggar syarat
tersirat mengenai hak milik dan waranti tersirat
mengenai milikan aman barangan.

KM: Penjual mempunyai hak untuk menjual mesin


tersebut kerana sewaktu penjualan dilakukan, pihak
ketiga masih dalam proses untuk mendapatkan hak
paten tersebut. Pihak ketiga hanya mendapat hak untuk
menguatkuasakan paten itu selepas urus niaga di antara
penjual dan pembeli selesai. Penjual telah melanggar
waranti tersirat mengenai milikan aman barangan
kerana menjadi tanggungjawab penjual untuk
memastikan pembeli akan dapat menikmati penggunaan
barangan secara aman pada masa depan.

6. Waranti tersirat bahawa barangan


bebas daripada sebarang gadaian / bebanan

S.14(c) AJB 1957: Dalam suatu kontrak jualan,


melainkan hal keadaan kontrak adalah bertujuan
menunjukkan niat yang berlainan, terdapat suatu
waranti tersirat bahawa barangan yang dijual hendaklah
bebas daripada sebarang gadaian / bebanan yang
memihak kepada mana-mana pihak ketiga yang tidak
diketahui oleh pembeli sebelum / pada masa kontrak
ditandatangani.

S.12(3) AJB 1957: Pelanggaran waranti hanya


memberi hak kepada pihak yang terkilan untuk
menuntut ganti rugi tetapi tiada hak untuk menolak
barang-barang / menganggap kontrak sebagai
ditamatkan.

Kes: Steinke lwn Edwards

Defendan telah membeli kereta daripada B yang


kemudian menjualkannya kepada plaintif. Tanpa
pengetahuan semua pihak yang terbabit, cukai jualan
atas kereta tersebut masih belum dijelaskan oleh pemilik
kereta terdahulu iaitu A. Oleh itu, kereta berkenaan
telah dirampas oleh pihak berkuasa. Plaintif terpaksa
membayar cukai tersebut untuk mendapatkan semula
kereta itu.

KM: Berlaku pelanggaran waranti tersirat bahawa


barangan adalah bebas daripada sebarang gadaian /
bebanan. Oleh itu, plaintif berhak mendapatkan kembali
sejumlah wang yang telah dibayar kepada pihak
berkuasa daripada defendan, yang kemudiannya boleh
menuntut daripada B, yang juga boleh menuntut
daripada A.

7. Terma tersirat berhubung dengan masa


pembayaran

S.11 AJB 1957: Melainkan suatu niat lain didapati


daripada terma kontrak, janji mengenai masa bayaran
adalah tidak dianggap menjadi asas kontrak jualan.
Sama ada apa-apa janji lain mengenai masa menjadi
asas kontrak . tidak bergantung kepada terma kontrak.

Terma mengenai masa pembayaran harga tidak menjadi


asas bagi kontrak jualan barang melainkan ada
peruntukan sebaliknya dalam kontrak tersebut.

Setiap pihak yang berkontrak (penjual dan pembeli),


bebas membuat penentuan sama ada masa adalah
penting dan mesti dipatuhi ataupun sebaliknya.

Sekiranya pembeli gagal menjelaskan bayaran pada


tarikh yang telah dipersetujui, maka ia tidaklah secara
automatik membolehkan penjual membatalkan kontrak
itu melainkan terdapat terma tertentu di dalam kontrak
yang membolehkan dia berbuat demikian.

Contoh:

P. Din (penjual) telah bersetuju dengan Yon (pembeli),


bahawa Yon perlu menjelaskan bayaran bagi maksud
pembelian barangan tertentu pada 1/11/2009. Jika Yon
gagal membuat bayaran pada tarikh itu, P. Din tidak
boleh mengambil tindakan membatalkan kontrak kecuali
terdapat peruntukan sebaliknya dalam kontrak antara
mereka yang menyatakan bahawa P. Din berhak
melakukan sedemikian (iaitu tarikh pembayaran adalah
penting bagi maksud kontrak itu).

Kes: Bunge lwn Tradax Export

KM: Masa penghantaran adalah prima facie bagi dasar


kontrak. Pembeli berhak untuk menolak penghantaran
barangan yang lewat diterimanya dan juga boleh
mendapatkan kembali harga barangan yang telah
dibayar di samping mempunyai hak untuk menuntut
ganti rugi atas kerugian dalam rundingan.

Kes: Harrington lwn Browne

KM: Dalam transaksi perdagangan yang melibatkan


ternakan, masa penyerahan yang menjadi dasar kontrak
adalah sangat penting. Penjual ternakan hendaklah
menghimpunkan binatang dan masalah yang timbul
adalah meletakkan sekumpulan binatang itu bersama
pada masa apabila pembeli hendak menerima
penyerahan binatang itu.
KONSEP HAK MILIK (OWNERSHIP) DAN
PEMEGANGAN (POSSESSION)

Contoh: Semasa Joji berada di luar negara kerana


melanjutkan pelajarannya, keretanya disimpan dan
dijaga oleh adiknya Fira. Hak milik kereta itu ada pada
Joji, tetapi pemegangannya ada di tangan Fira.

PEMINDAHAN HAK MILIK DALAM BARANGAN

Semasa kontrak jualan berlaku, adalah penting untuk


memastikan saat dan ketika hak milik barangan itu
berpindah daripada penjual kepada pembeli.

Ini kerana, risiko terhadap barangan itu berpindah pada


saat yang sama dengan pemindahan hak milik.

Saat berlakunya pemindahan hak milik adalah berbeza


bagi barangan yang belum dikenalpasti dan barangan
yang sudah dikenal pasti.

1. Pemindahan hak milik dalam barangan


yang belum dikenal pasti

S.18 AJB 1957: Jika terdapat suatu kontrak bagi


jualan barang-barang yang tidak ditentukan, tiada
milikan dalam barang-barang itu dipindahkan kepada
pembeli melainkan dan sehingga barang-barang itu
ditentukan.

Bagi kontrak jualan barangan yang belum dikenal pasti,


hak milik dalam barangan itu tidak akan berpindah
kepada pembeli kecuali apabila barangan itu telah
dikenalpasti.

Kes: Re RC Goldcorp Exchange Ltd

Pembeli membeli sejumlah kuantiti jongkong emas


daripada RC Goldcorp Exchange Ltd (RCG) untuk
dihantar serah pada masa akan datang. Telah
dipersetujui bahawa jongkong-jongkong emas itu
hendaklah disimpan dengan baik oleh RCG. Jongkong-
jongkong itu disimpan bersama-sama dengan jongkong-
jongkong emas yang dibeli oleh pembeli-pembeli lain.
Pembeli dalam kes ini diberi hak untuk mengarahkan
RCG membuat hantar serahan pada bila-bila masa yang
dikehendaki pembeli. RCG kemudiannya diisytiharkan
bankrap dan pembeli menuntut jongkong-jongkong
emas yang telah dibeli itu.

KM: Pembeli gagal dalam tuntutannya kerana jongkong-


jongkong emas itu merupakan barangan yang belum
dikenal pasti kerana ia masih belum diasingkan daripada
longgokan jongkong emas yang terdapat dalam stor
RCG. Justeru, hak milik ke atas jongkong emas itu
masih belum berpindah kepada pembeli.

2. Pemindahan hak milik dalam barangan yang


telah dikenal pasti

S.19 AJB 1957: Pemindahan hak milik berlaku pada


masa dan ketika yang dihasratkan oleh kedua-dua pihak
yang berkontrak. Hasrat pihak-pihak ini ditentukan
dengan melihat kepada terma-terma kontrak yang telah
dipersetujui, kelakuan pihak-pihak dan hal keadaan
sesuatu kes itu.

Contoh:

K bersetuju untuk membekalkan P 2000 kilogram


tepung gandum cap Piala pada harga RM0.50 sekilo.
Kedua-dua pihak bersetuju dalam prjanjian mereka
bahawa pemindahan hak milik hanya akan berlaku
apabila keseluruhan harga tepung gandum itu dibayar.
Selagi harga tepung gandum itu tidak habis dibayar, hak
milik tidak akan berpindah kepada P walaupun hantar
serahan telah dilakukan.

Sekiranya tiada peruntukan yang menyatakan


sedemikian, S.20 hingga S.22 AJB 1957 akan
terpakai.

(i) Barangan yang telah dikenal pasti dan


berada dalam keadaan boleh hantar
serah.

S.20 AJB 1957: Jika kontrak itu adalah suatu kontrak


jualan barangan yang telah dikenal pasti dan berada
dalam keadaan boleh dihantar serah, hak milik dalam
barangan itu berpindah kepada pembeli semasa kontrak
dibuat, tidak kira sama ada masa pembayaran harganya
atau masa untuk penghantarserahan atau kedua-
duanya ditangguh.
S.2 AJB 1957: Barang-barang adalah dikatakan dalam
keadaan yang boleh diserah apabila ianya dalam
keadaan di mana pembeli terikat di bawah undang-
undang untuk membawanya pulang.

Barang dikatakan berada dalam keadaan boleh dihantar


serah apabila tiada apa-apa lagi yang perlu dilakukan ke
atas barangan tersebut bagi tujuan menyediakannya
dalam keadaan terserah. Pembeli adalah terikat untuk
menerima penyerahan / mengambil milikan di bawah
kontrak jualan berkenaan.

Contoh:

R telah membeli satu set sofa di Kedai Perabot M pada


harga RM2000. R meminta supaya penjual berkenaan
menghantar set tersebut ke rumahnya dan berjanji akan
membayar baki harga perabot berkenaan selepas
barangan dihantar. Tiada sebarang peruntukan dalam
perjanjian antara mereka menyatakan secara khusus
mengenai saat berlakunya pemindahan hak milik ke atas
set sofa itu. Set sofa itu pula merupakan barangan yang
telah dikenal pasti dan berada dalam keadaan boleh
hantar serah. Justeru, hak milik berpindah kepada R
semasa kontrak jualan berlaku walaupun harga masih
belum dibayar sepenuhnya dan hantar serahan masih
belum dilakukan.

Kes: Guthrie Sdn Bhd lwn Trans-Malaysian


Leasing Corpn. Sdn Bhd.
D, pembeli telah membeli 2 buah kenderaan daripada A
Sdn Bhd. D kemudiannya menyewakan kedua-dua
kenderaan itu kepada B Sdn Bhd. P, pembekal tunggal
kenderaan jenis itu, enggan membekalkan kedua-dua
kenderaan itu kepada D atas alasan bahawa mereka
belum dibayar dan berdasarkan hak lien penjual yang
belum dibayar. D membuat tuntutan terhadap P untuk
mendapatkan kenderaan-kenderaan itu.

KM: Mengikut keadaan kes tersebut, nyata kedua-dua


pihak berhasrat supaya pemilikan barangan itu
berpindah pada masa kontrak dibuat.

Kes: Underwood Ltd lwn Burgh Castle Brick and


Cement Syndicate

Penjual menjual jentera seberat 30 tan yang melekat


secara tetap di lantai kilangnya. Bagi tujuan
penyerahan, jentera itu perlu ditanggalkan dari lantai
kilang dan dinaikkan ke atas gerabak kereta api. Jentera
itu rosak sewaktu kerja-kerja ini dilakukan. Pembeli
enggan menerima penyerahan. Penjual mendakwa atas
alas an hak milik ke atas jentera tersebut telahpun
berpindah dan pembeli mestilah menjelaskan harga
jentera itu.

KM: Oleh kerana jentera itu telahpun rosak apabila tiba


ke tangan pembeli, jentera itu tidak berada dalam
keadaan boleh hantar serah. Justeru, hak milik tidak
berpindah kepada pembeli dan masih kekal pada
penjual.
(ii) Barangan yang telah dikenal pasti tetapi
tidak berada dalam keadaan boleh hantar serah.

S.21 AJB 1957: Apabila berlaku kontrak jualan


barangan yang telah dikenal pasti tetapi penjual perlu
melakukan sesuatu untuk menjadikan barangan itu
berada dalam keadaan boleh dihantar serah, hak milik
dalam barangan itu tidak akan berpindah kecuali
sesuatu itu dilakukan dan pembeli mengetahui
tentangnya.

Contoh:

B bersetuju untuk membeli sebuah motosikal terpakai


daripada G pada harga RM2,000. Walau bagaimanapun,
B telah meminta G supaya membetulkan terlebih dahulu
paip ekzosnya yang longgar sebelum beliau mengambil
serahan. Dalam kes ini, pemindahan hak milik hanya
akan berlaku setelah G membetulkan ekzos berkenaan
dan memberitahu B mengenainya.

Kes: Chop Why Joo Hak Lee lwn Official Assignee

Perayu menjual 102 beg lada pada harga 99.25 sen


sepikul. Beg-beg lada itu telah disimpan di gudang X
setelah diturunkan dari kapal perayu. Malangnya, X
telah dijatuhkan hukuman bankrap dan hartanya
termasuklah beg-beg lada apellan yang berada
digudangnya telah diambil alih oleh Official Assignee.
Perayu menuntut beg-beg lada itu diserahkan
kepadanya semula atas alasan hak milik masih kekal
padanya kerana lada-ladam itu belum diperiksa oleh
merinyu kerajaan bagi tujuan menentukan tahap
kelembapannya sebelum satu sijil pengesahan boleh
dikeluarkan.

KM: Memandangkan pemeriksaan itu belum dilakukan,


hak milik tidak berpindah kepada pembeli. Justeru,
perayu berhak mendapatkan kembali beg-beg lada
berkenaan.

(iii) Barangan yang telah dikenal pasti dan


berada dalam keadaan boleh hantar serah tetapi
harga belum ditentukan.

S.22 AJB 1957: Sekiranya berlaku kontrak jualan


barangan yang telah dikenal pasti dan sedia boleh
dihantar serah tetapi pihak penjual harus menimbang,
menyukat, menguji atau melakukan perbuatan-
perbuatan lain bagi maksud menentukan harganya, hak
milik dalam barangan itu tidak akan berpindah kecuali
perbuatan-perbuatan itu telah dilakukan dan pembeli
diberitahu mengenainya.

Contoh:
M bersetuju untuk menjual satu tong beras kepada S
pada harga RM1.60 sekilo. Untuk menentukan harga
keseluruhan beras tersebut, M perlu menimbang /
menyukat kesemua beras yang terdapat dalam tong itu
terlebih dahulu. Hanya setelah jumlah kilogram
diketahui, barulah pengiraan harga dapat dilakukan. Di
sini, selagi penjual tidak menimbang dan mengira harga
sebenar beras berkenaan dan pembeli masih belum
diberitahu tentangnya, tiada pemindahan hak milik
berlaku.

Kes: Chop Why Joo Hak Lee lwn Official Assignee

Fakta kes.

KM: Memandangkan pemeriksaan itu belum dilakukan,


hak milik tidak berpindah kepada pembeli. Justeru,
perayu berhak mendapatkan kembali beg-beg lada
berkenaan. Lada-lada tersebut tidak boleh ditimbang
dan harganya tidak dapat ditentukan selagi pemeriksaan
merinyu tidak dilakukan. Oleh itu, hak milik tidak
berpindah selagi semua perkara itu belum dilakukan.

3. Pemindahan hak milik dalam barangan yang


dihantar atas persetujuan atau untuk dijual atau
dikembalikan

S.24(a) AJB 1957: Jika barangan dihantar serah


kepada pembeli atas persetujuan atau untuk dijual /
dikembalikan, hak milik hanya akan berpindah kepada
pembeli apabila pembeli menyatakan persetujuannya /
penerimaannya / melakukan apa-apa tindakan yang
melambangkan penerimaannya.

Kes: Kirkham lwn Attenborough

Plaintif telah menyerahkan barangan kemas kepada X


atas urus niaga untuk dijual / dikembalikan. X,
walaupun tidak menyatakan penerimaannya, telah
menggadaikan barangan kemas tersebut kepada
defendan.

KM: Perbuatan menggadaikan barangan kemas itu oleh


X menunjukkan bahawa X bersetuju untuk membelinya.
Justeru, hak milik berpindah kepada X dan kemudiannya
berpindah kepada defendan.

S.24(b) AJB 1957: Hak milik akan berpindah kepada


pembeli jika dia tidak menunjukkan persetujuan /
penerimaannya tetapi menyimpan barangan tersebut
tanpa memberi sebarang notis penolakan, maka jika
suatu masa telah ditetapkan bagi pemulangan barangan
itu, atas keluputan masa itu dan jika tiada masa
ditetapkan, atas luputnya masa yang munasabah.

Kes: Poole lwn Smiths Car Sales (Balham) Ltd

Seorang peniaga kereta kereta telah membekalkan dua


buah kereta atas jualan atau pemulangan kepada
Smiths Car Sales (Balham) Ltd (SCSB) yang juga
seorang peniaga kereta. Salah satu kereta telah dijual
tetapi kereta yang tidak dijual telah dikembalikan oleh
SCSB kira-kira tiga bulan kemudian dalam keadaan yang
teruk dan akibatnya peniaga pertama telah enggan
menerima kereta itu dan menuntut harga kereta itu.

KM: Masa yang munasabah telah tamat dan kereta itu


masih tidak dikembalikan. Oleh itu, harta dipindah milik
kepada SCSB yang sepatutnya membayar harga kereta
tersebut.
PEMINDAHAN RISIKO

S.26 AJB 1957: Melainkan sebaliknya dipersetujui,


risiko terhadap barangan masih terletak pada penjual
selagi hak milik dalam barangan itu tidak berpindah
kepada pembeli. Apabila hak milik berpindah, risiko juga
berpindah kepada pembeli tidak kira sama ada hantar
serahan telah dilakukan ataupun tidak. Jika hantar
serahan lewat disebabkan oleh salah laku penjual /
pembeli, maka risikonya terletak pada pihak yang
melakukan salah laku tersebut dan dia dikehendaki
menanggung kerugian yang berlaku akibat salah
lakunya itu.

Contoh:

A bersetuju membeli sebuah motosikal terpakai


daripada B pada harga RM3,000. A meminta supaya B
menggantikan terlebih dahulu kedua-dua tayar
motosikal berkenaan. Apabila kedua-dua tayar tersebut
telah diganti, B memberitahu A mengenainya. Kedua-
dua pihak bersetuju hantar serahan akan dibuat pada
hari Selasa. Walau bagaimanapun, pada hari Rabu,
motosikal itu masih tidak dihantar serah kepada A.
Sementara itu, bengkel B telah dicerobohi pencuri dan
motosikal A telah dibawa lari oleh pencuri berkenaan.
Apabila tayar diganti dan A diberitahu mengenainya, hak
milik dan risiko berpindah kepada A berdasarkan S.21.
Kecurian motosikal berkenaan berpunca daripada
kelewatan menghantar serah oleh B. Mengikut S.26,
risiko dan kerugian ke atas motosikal itu ditanggung
oleh B.

Kes: Demby Hamilton & Co Ltd lwn Barden

Penjual bersetuju menjual 30 tan jus epal yang mana


hantar serahan dibuat pada setiap minggu. Hantar
serahan dijangka selesai pada Februari 1946 tetapi pada
Disember 1945, pembeli telah meminta penjual
menangguhkan hantar serahan. Penjual patuh dan
kemudiannya menghantar semula pada Januari dan
April 1946. Selepas itu pembeli tidak dapat menerima
hantar serahan lagi sehinggalah November 1946 yang
mana baki jus yang ada tidak lagi berada dalam
keadaan baik.

KM: Kerugian yang dialami adalah berpunca daripada


pihak pembeli. Hantar serahan lewat disebabkan
kesalahan pembeli mengarahkan penangguhan
tersebut. Justeru, risiko terletak pada pembeli dan
pembeli dikehendaki menanggung kerugian berkenaan.

Dalam urus niaga untuk dijual / dikembalikan, risiko


berada pada penjual sehinggalah hak milik dalam
barangan berpindah kepada pembeli melainkan jika
kerosakan / kemusnahan barangan itu disebabkan oleh
kecuaian pihak pembeli.
PEMINDAHAN HAK MILIK DALAM BARANGAN
OLEH PENJUAL BUKAN PEMILIK DAN
PENGECUALIANNYA

S.27 AJB 1957: Secara amnya, apabila seseorang


pembeli membeli barangan daripada seorang penjual
yang bukan pemilik sebenar, pembeli tidak boleh
memperolehi hak yang lebih baik daripada hak yang ada
pada penjual tersebut.

Kaedah am ini menegaskan kedudukan common law


yang terkandung dalam maxim:

nemo dat quod non habet = Tiada siapa yang boleh


memberi hak yang lebih baik daripada apa yang dia
sendiri miliki.

Kes: Lim Chui Lai lwn Zeno Ltd

Seorang kontraktor telah ditugaskan membina


pembentungan bagi pihak berkuasa Petaling Jaya.
Untuk tujuan tersebut, kontraktor itu telah
mendapatkan bekalan bahan-bahan pembinaan
daripada Zeno Ltd. Walau bagaimanapun, disebabkan
oleh masalah tertentu, pihak berkuasa kemudiannya
telah membatalkan kontrak dengan kontraktor tersebut.
Dengan pembatalan ini, Zeno Ltd menuntut daripada
pihak berkuasa bahawa barang-barang yang ada di
tempat pembinaan adalah kepunyaan mereka. Apabila
Zeno Ltd cuba menjual barang-barang itu, didapati
barang-barang tersebut telah dijual oleh kontraktor
berkenaan kepada Lim Chui Lai. Lim Chui Lai merayu
dalam tuntutan hak milik ke atas barangan tersebut.

KM: Kontraktor tersebut hanyalah penerima / baili dan


bukannya pemilik barangan itu semasa menjualnya
kepada Lim Chui Lai. Oleh kerana dia tidak mempunyai
hak ke atas barangan / kuasa untuk menjual barangan
itu, maka dia tidak boleh memindah milik apa-apa hak
kepada Lim Chui.

Kaedah am di bawah S.27 AJB 1957 tertakluk kepada


beberapa pengecualian:-

1. Estopel / persekatan
2. Jualan oleh wakil perdagangan
3. Jualan oleh pemilik bersama
4. Jualan oleh pemilik boleh batal
5. Jualan barangan yang masih dalam
pegangan penjual
6. Jualan oleh pembeli yang memegang
barangan / dokumen hak milik barangan

Dalam keadaan-keadaan di atas, walaupun penjual


bukan pemilik sebenar barangan, pembeli masih boleh
mendapat hak milik yang sempurna ke atas barangan
yang dibeli itu.

1. Estopel / persekatan
S.27 AJB 1957: Apabila pemilik sebenar melalui
tingkah lakunya sendiri memberi gambaran kepada
pembeli bahawa orang yang menjual barangan itu
mempunyai kuasa / diberi keizinan untuk berbuat
demikian, pemilik sebenar disekat daripada menafikan
bahawa penjual itu mempunyai kuasa / diberi izin
menjual barangan berkenaan kepada pembeli.

Kes: Syarikat Batu Sinar Bhd & Ors lwn UMBC


Finance Berhad & Ors

Sebuah syarikat pajakan, Supreme Leasing telah


membeli sebuah traktor pada 18 Julai 1984 daripada
seorang penjual traktor. Kad pendaftaran mengesahkan
hak milik traktor itu dituntut oleh Supreme Leasing.
Supreme Leasing kemudiannya telah menyewakan
traktor berkenaan kepada Syarikat Batu Sinar yang
merupakan plaintif pertama dalam kes ini.Di luar
pengetahuan pihak-pihak berkenaan, pada 25 Februari
1984, traktor yang sama sebenarnya telah dijual kepada
UMBC Finance yang kemudiannya telah menyewakan
traktor itu kepada defendan kedua dalam kes ini.
Semasa traktor itu dibeli oleh UMBC, tidak ada kad
pendaftaran bagi traktor itu dan trakor itu juga telah
ditinggalkan dalam pegangan penjual traktor. Apabila
defendan kedua menghilangkan diri kerana tidak
menjelaskan ansuran sewaan, UMBC Finance cuba
menjejakinya tetapi kemudiannya menemui traktor
tersebut berada dalam pegangan Syarikat Batu Sinar.
KM: Kegagalan UMBC mendaftarkan tuntutan hak milik
mereka terhadap traktor itu, telah memberi gambaran
kepada Supreme Leasing bahawa traktor itu bebas
daripada sebarang tuntutan oleh mana-mana pihak.
Oleh yang demikian, UMBC disekat daripada menafikan
bahawa penjual itu berhak menjual traktor tersebut
kepada orang lain. Justeru, Supreme Leasing mendapat
hak yang sempurna ke atas traktor berkenaan.

Kes: N. Z. Securities & Finance Ltd lwn Wrightcars


Ltd

A bersetuju menjual kereta kepada B yang membelinya


melalui pembayaran cek. Mereka telah bersetuju
bahawa pemindahan hak milik kenderaan tidak akan
berlaku sehinggalah bayaran diterima. B kemudiannya
telah menjual kereta itu kepada C. Sebelum jualan itu
selesai, C telah menghubungi pejabat A bagi
memastikan kedudukan kereta itu dan dia telah
diberitahu bahawa B telahpun melangsaikan
pembayaran kereta itu. A kemudiannya mendapati
bahawa cek B itu tidak laku lalu membuat milikan
semula terhadap kereta itu.

KM: A telah disekat daripada menafikan kewujudan


kuasa B untuk menjual kerana ketika C menghubungi
pejabat A, dia telah diberitahu bahawa segala bayaran
telah dijelaskan. Oleh yang demikian, hakmilik
berpindah kepada C secara sah.

2. Jualan oleh wakil perdagangan


S.27 AJB 1957: Apabila seseorang wakil perdagangan
diberi keizinan untuk menyimpan sesuatu barangan /
dokumen hak milik barangan berkenaan oleh
pemiliknya, dan wakil itu menjualnya dalam perjalanan
biasa kerjanya sebagai wakil, penjualan itu adalah sah
seolah-olah wakil itu diberi kuasa secara nyata untuk
berbuat demikian oleh pemiliknya. Pembeli akan
mendapat hak milik yang sempurna ke atas barangan
itu dengan syarat pembeli membeli dengan iktikad baik
tanpa mengetahui bahawa hakikatnya wakil itu tidak
mempunyai kuasa untuk menjual. Pembeli tidak akan
mendapat hak milik yang sah sekiranya pembeli
mengetahui bahawa wakil itu sebenarnya tidak ada
kuasa untuk melakukan penjualan.

S.2 AJB 1957: Agen persaudagaran / wakil


perdagangan = Seseorang yang kelazimannya
mempunyai kuasa sama ada untuk menjual barangan,
mengkonsain barangan bagi tujuan penjualan, membeli
barangan / mendapatkan wang atas jaminan bagi
barangan, bagi pihak orang yang diwakilinya.

Contoh-contoh wakil perdagangan:

i. Broker
ii. Pelelong
iii. Peniaga kereta terpakai

Dokumen milikan kepada barang-barang termasuklah


bil muatan, waran limbungan, sijil penjaga gudang, sijil
pendermaga, resit kereta api, waran / perintah untuk
menyerahkan barang-barang dan apa-apa dokumen lain
yang digunakan dalam perjalanan biasa urusan sebagai
bukti milikan / kawalan bagi barang-barang / pemberian
kuasa / bertujuan untuk memberi kuasa, sama ada
melalui pengendorsan / melalui penyerahan, pemilik
dokumen untuk dipindahkan / atau penerimaan barang-
barang yang dengan itu diwakili.

Syarat-syarat jualan oleh wakil perdagangan:

(a) Penjual itu mestilah seorang wakil


perdagangan sebagaimana yang ditakrifkan.
(b) Barang / dokumen hak milik mestilah
berada dalam milikan / simpanan wakil perdagangan
ketika penjualan berlaku.
(c) Penyimpanan barang / dokumen itu
mestilah atas keizinan pemilik sebenar.
(d) Penjualan itu mesti dilakukan ketika dalam
perjalanan biasa kerjanya sebagai wakil perdagangan.
(e) Pembeli mestilah bertindak secara suci hati
dan jujur

Kes: Lowther lwn Harris

L, pemilik tapestry, telah menyerahkan tapestry tersebut


kepada P bagi tujuan penjualan. P memiliki kedainya
sendiri, mengeluarkan resit dan cek atas nama
perniagaannya sendiri. Walaupun beliau tiada hak
menyempurnakan penjualan tanpa keizinan L, P telah
menjualkan tapestry itu kepada H. L kemudiannya
membuat tuntutan ke atas H.

KM: H memperolehi hak milik yang sempurna ke atas


tapestry tersebut kerana P memenuhi syarat sebagai
seorang wakil perdagangan. Justeru, L gagal dalam
tuntutannya.

Kes: Folkes lwn King

F telah mengarahkan H, seorang wakil perdagangan,


untuk menjual keretanya pada harga tidak kurang
daripada 575. Tanpa mematuhi arahan F, H telah
menjual kereta itu dengan harga 340 kepada K, yang
membelinya dengan iktikad baik, tanpa mengetahui
ketiadaan kuasa H untuk menjual pada harga
berkenaan. H menghilangkan diri bersama-sama dengan
wang itu dan kini F membuat tuntutan terhadap K untuk
mendapatkan kembali kereta tersebut.

KM: Memandangkan H memegang kereta itu dengan


keizinan F bagi tujuan penjualan dan K pula membeli
dengan iktikad baik, maka K mendapat hak milik yang
sah. Oleh itu, F tidak berhak menuntut kereta itu
daripada K.

Kes: Oppenheimer lwn Attenborough & Son

Attenborough, seorang pengedar berlian, telah


membenarkan seorang pengedar berlian yang lain
mengambil sebahagian berliannya untuk dijual kepada
pelanggan. Walau bagaimanpun, agen itu (pengedar
berlian) telah menggunakan berlian itu bagi
mendapatkan pinjaman.

KM: Pemberi pinjaman itu mendapat hak milik ke atas


berlian tanpa mengira sama ada agen itu mempunyai
kuasa untuk membuat gadaian terhadap berlian itu
ataupun tidak. Mahkamah juga berpendapat dalam
perjalanan urusan biasa bermaksud wakil perdagangan
itu mestilah bertindak / bekerja dalam masa bekerjanya,
di tempat yang sepatutnya dia menjalankan perniagaan
itu dan dalam tindakannya itu, pihak ketiga (pembeli)
tidak mempunyai apa-apa syak wasangka terhadap
tindakannya yang boleh dianggap sebagai tidak
mempunyai kuasa.

Kes: Pearson lwn Rose & Young

Mahkamah berpendapat, persoalan yang lebih penting


adalah sama ada barang itu berada dalam simpanan
wakil perdagangan dengan mendapat keizinan
pemiliknya yang sebenar terlebih dahulu dan bukannya
persoalan sama ada wakil perdagangan itu mendapat
pemilikan secara menipu / sebaliknya

3. Jualan oleh pemilik bersama

S.28 AJB 1957: Sekiranya sesuatu barangan itu


dimiliki secara bersama oleh beberapa orang, jika salah
seorang daripada pemilik bersama ini menjual
keseluruhan barangan itu (iaitu bahagian miliknya dan
juga bahagian pemilik-pemilik lain) kepada pembeli,
pembeli boleh memperolehi hak milik sempurna ke atas
barangan itu walaupun pemilik atau pemilik-pemilik
yang lain tidak memberi kuasa / izinnya, dengan syarat:

i. barang itu disimpan keseluruhannya oleh


pemilik yang menjual dengan izin pemilik atau pemilik-
pemilik yang lain; dan
ii. pembeli bertindak dengan iktikad baik tanpa
mengetahui bahawa penjual tidak mempunyai kuasa
sepenuhnya untuk menjual barangan itu.

Contoh:

R dan S memiliki secara bersama sebuah komputer riba.


Memandangkan R telahpun menamatkan pengajiannya
di universiti dan tidak begitu memerlukan komputer
tersebut, beliau bersetuju komputer itu disimpan dan
digunakan oleh S yang masih berada dalam tahun akhir
pengajian. S kemudiannya menjual komputer berkenaan
kepada F yang tidak mengetahui bahawa komputer itu
adalah milik bersama R dan S. Di sini penjualan yang
dilakukan oleh S itu adalah sah kerana memenuhi
kedua-dua syarat yang dinyatakan di atas, walaupun R
tidak mengetahuinya dan tidak pernah memberi
keizinan kepada S untuk menjualnya. Justeru, F boleh
mendapat hak milik yang sempurna ke atas komputer
tersebut sungguhpun S tidak mempunyai kuasa penuh
untuk berbuat demikian.

4. Jualan oleh pemilik boleh batal

S.29 AJB 1957: Sekiranya penjual barangan telah


mendapat milikan terhadap sesuatu barang melalui
kontrak boleh batal di bawah S.19 / S.20 A. K. 1950,
tetapi kontrak itu masih belum dibatalkan pada masa
jualan, maka pembeli akan mendapat hak milik yang
sah terhadap barang itu, dengan syarat dia membelinya
dengan suci hati tanpa mengetahui apa-apa kecacatan
terhadap hak milik itu.

Sekiranya seorang penjual yang memiliki hak milik boleh


batal telah menjual barangan kepada seorang pembeli
yang tidak mengetahui kecacatan pada hak milik penjual
itu, pembeli boleh mendapatkan hak milik yang
sempurna jika pada ketika kontrak jualan itu dibuat,
pemilik sebenar masih belum mengambil apa-apa
langkah untuk membatalkan hak milik penjual.

Sekiranya sewaktu penjualan dilakukan, hak milik


penjual telahpun dibatalkan oleh pemilik sebenar,
pembeli tidak akan mendapat hak milik yang sempurna
ke atas barangan yang dibeli dan pemilik sebenar
berhak mendapatkan kembali barangannya itu.

Kes: Car & Universal Finance Co Ltd lwn Caldwell

A, seorang pelicik telah berjaya memperdaya C untuk


menjual kereta Jaguarnya. A memberi C sebuah kereta
lain dan cek sebagai balasan. Cek itu sebenarnya tidak
laku. C lantas membuat laporan polis dan meminta
pihak polis mendapatkan kembali kereta Jaguar
berkenaan. Setelah berpindah tangan beberapa kali,
kereta itu akhirnya dibeli oleh Car & Universal Finance
yang membelinya dengan iktikad baik.

KM: Tindakan C membuat laporan polis menunjukkan


bahawa C telah membatalkan kontrak itu dengan
segera. Oleh yang demikian, Car & Universal Finance
tidak memperolehi hak milik yang sempurna kerana hak
milik A telahpun dibatalkan sewaktu penjualan
seterusnya dilakukan oleh A.

5. Jualan barangan yang masih dalam


pegangan penjual

S.30(1) AJB 1957: Jika selepas kontrak jualan dibuat,


barang yang dijual masih lagi berada dalam milikan
penjual, penjual atau wakil perdagangannya menjual
kali yang kedua barang yang sama kepada pembeli
kedua, pembeli kedua boleh mendapat hak milik yang
sempurna jika dia membeli dengan iktikad baik tanpa
mengetahui bahawa barangan tersebut hakikatnya
telahpun dijual kepada orang lain.

= Sekiranya sesuatu barang itu masih lagi bersama


penjual walaupun jualan telahpun dilaksanakan dan
penjual itu telah menjualnya (kali yang kedua) kepada
pihak ketiga, maka pihak ketiga akan mendapat hak
milik secara sah terhadap barangan itu sekiranya dia
membelinya secara suci hati tanpa mengetahui
kecacatan hak milik itu.

Syarat-syarat pemakaian S.30(1) AJB 1957:

(a) Penjual telahpun menjual barang itu dan


hak milik telah dilepaskan kepada pembeli pertama.
(b) Selepas jualan, barang / dokumen hak milik
masih di dalam simpanan penjual.
(c) Barang itu telah dihantar / dipindahkan
kepada pembeli kedua sama ada oleh penjual / agen
penjual dengan kebenarannya.
(d) Pembeli kedua membeli secara suci hati
tanpa mengetahui penjualan yang pertama.

Pembeli pertama akan kehilangan hak miliknya, tetapi


dia masih boleh membuat tuntutan ganti rugi terhadap
penjual atas kegagalan penjual menyediakan barangan
yang telah dipersetujui di bawah kontrak jualan itu.

Kes: Pacific Motor Auctions Pty Ltd lwn Motor


Credits (Hire Finance) Ltd

Plaintif telah membeli beberapa buah kereta daripada


Motordom yang merupakan agen penjual kereta, bagi
tujuan menyewakannya kepada pelanggan-pelanggan
Motordom atas urusan sewa-beli. Kereta-kereta itu terus
berada dalam pegangan Motordom yang bertindak
sebagai baili dengan kuasa untuk menjual. Plaintif
kemudiannya membatalkan kuasa Motordom tersebut
tetapi pada hari yang sama Motordom telah menjual
sebahagian daripada kereta-kereta berkenaan kepada
defendan yang membeli dengan iktikad baik. Plaintif
menuntut kereta-kereta itu dikembalikan kepadanya dan
sejumlah ganti rugi.

KM: Tuntutan plaintif gagal kerana defendan


memperolehi hak milik sempurna memandangkan
kereta-kereta itu ditinggalkan dalam pegangan
Motordom secara berterusan.

6. Jualan oleh pembeli yang memegang


barangan / dokumen hak milik barangan
S.30(2) AJB 1957: Pembeli yang telah membeli
barang-barang / bersetuju membeli barang-barang,
memperoleh milikan barang-barang / dokumen hak milik
dengan persetujuan penjual, boleh memindahkan hak
milik yang sempurna dengan syarat pembeli kedua
membeli dengan iktikad baik tanpa mngetahui
kedudukan sebenar.

= Jika pembeli, setelah membeli / bersetuju untuk


membeli sesuatu barang, mendapat persetujuan penjual
untuk menyimpan barang itu / dokumen hak miliknya
dan dia kemudiannya telah menjual pula kepada pihak
ketiga yang membelinya secara suci hati, maka pihak
ketiga itu berhak mendapat hak milik terhadap barang
itu, walaupun pada hakikatnya pembeli itu sendiri masih
belum mendapat hak milik terhadap barangan itu.

Kes: Newtons of Wembley Ltd lwn Williams

Plaintif telah menjual kereta kepada A yang membuat


bayaran dengan cek. Walaupun A dibenarkan
mengambil kereta itu, telah dipersetujui bahawa ha
milik ke atas kereta itu tidak akan berpindah sehingga
cek ditunaikan. Cek itu tidak dapat ditunaikan tetapi A
telah menjual semula kereta itu kepada B yang tidak
mengetahui tentang perkara sebenar. B kemudiannya
menjual kereta tersebut kepada defendan. Plaintif
menuntut defendan memulangkan kereta itu kepada
mereka.
KM: Oleh kerana A memegang kereta itu dengan
persetujuan plaintif, apabila A menjualkannya kepada B
yang seterusnya memindahmilikkannya kepada
defendan, defendan mendapat hak milik yang sah
terhadap kereta tersebut.

Kes: Dujardin lwn Beadman

Pembeli bersetuju untuk membeli sebuah kereta


daripada seorang penjual. Penjual itu mengetahui
bahawa pembeli berkenaan akan menjual semula kereta
tersebut kepada pembeli lain. Untuk tujuan
menunjukkan kereta tersebut kepada pembeli kedua,
penjual bersetuju menyerahkan kereta itu bersama-
sama dengan dokumen pendaftarannya kepada pembeli
pertama. Pembeli pertama itu walau bagaimanapun
telah menjual kereta itu terus kepada pembeli kedua
tersebut yang membeli tanpa mengetahui perkara
sebenar.

KM: Memandangkan pembeli pertama mendapat


pegangan kereta itu dan dokumen pendaftarannya
dengan izin penjual, pembeli pertama boleh
memindahkan hak milik yang sempurna kepada pembeli
kedua yang telah membeli dengan iktikad baik.

Walaupun penjual yang terkilan tidak berhak


mendapatkan kembali barang daripada pembeli kedua,
penjual masih boleh membuat tuntutan ke atas pembeli
pertama supaya menjelaskan harga barang berkenaan
ataupun menuntut ganti rugi daripadanya.
PELAKSANAAN KONTRAK

Pelaksanaan kontrak = penyerahan barangan oleh


penjual dan penerimaan barangan serta pembayaran
harga oleh pembeli.

Penyerahan

S.31 AJB 1957: Adalah menjadi kewajipan penjual


menghantar barangan itu dan pembeli membayar
harganya mengikut terma-terma kontrak yang telah
mereka persetujui bersama.

S.32 AJB 1957: Melainkan sebaliknya dipersetujui,


penyerahan barangan dan pembayaran harganya adalah
syarat-syarat yang bersama. Penjual hendaklah bersedia
dan sanggup menyerahkan barangan itu dan pembeli
hendaklah bersedia menerima dan membayar harganya.

S.33 AJB 1957: Cara penyerahan barang-barang


terpulang kepada pihak-pihak yang berkontrak untuk
menentukannya.

S.35 AJB 1957: Penjual juga tidak terikat untuk


menyerahkan barang-barang sehingga pembeli meminta
hantar serahan dilakukan, melainkan terdapat
peruntukan yang menyatakan sebaliknya dalam kontrak
antara mereka.

Tempat penyerahan

S.36(1) AJB 1957: Sama ada pembeli yang harus


mengambil barangan itu daripada penjual / penjual
yang harus menghantarnya kepada pembeli bergantung
kepada apa yang dipersetujui oleh kedua-dua pihak
dalam kontrak mereka. Jika kontrak tidak menyentuh
perkara-perkara ini, maka kaedah yang terpakai adalah:

i. Barangan yang dijual hendaklah dihantar


serah di tempat barangan itu berada semasa kontrak
dibuat.
ii. Barangan yang dijanjikan untuk dijual
hendaklah dihantar serah di tempat barangan itu berada
semasa perjanjian untuk menjual dibuat / jika belum
lagi wujud, di tempat barangan itu dikilang / dihasilkan.

Masa penyerahan

S.36(2) AJB 1957: Sekiranya di bawah kontrak jualan


barangan, penjual terikat untuk menghantar barang-
barang kepada pembeli, tetapi masa penghantarannya
tidak ditetapkan, maka penjual mesti menghantarnya
dalam tempoh yang munasabah.

S.36(4) AJB 1957: Tuntutan penyerahan juga


haruslah dibuat pada masa yang munasabah dan masa
yang munasabah itu adalah suatu persoalan fakta.
Kos penyerahan

S.36(5) AJB 1957: Melainkan sebaliknya dipersetujui,


kos untuk menyediakan barangan itu supaya berada
dalam keadaan boleh dihantar serah hendaklah
ditanggung oleh pihak penjual.

Salah hantar

S.37(1) AJB 1957: Sekiranya penjual menghantar


serah kepada pembeli kuantiti barangan yang kurang
daripada apa yang dikontrakkan, pembeli berhak
menolak kesemua barangan tersebut. Jika pembeli
menerima barangan itu, dia dikehendaki membayar
harga barangan tersebut pada kadar kontrak.

S.37(2) AJB 1957: Jika kuantiti barangan yang


dihantar serah lebih daripada jumlah yang dikontrakkan,
pembeli boleh menerima jumlah yang dikontrakkan dan
menolak bakinya. Jika pembeli menerima kesemua
barangan yang dihantar serah, maka dia harus
membayar harga barangan tersebut pada kadar
kontrak.

S.37(3) AJB 1957: Jika penjual menghantar serah


kepada pembeli barangan yang dikontrakkan bercampur
dengan barangan yang berlainan perihalan yang tidak
termasuk dalam kontrak, pembeli berhak menerima
barangan yang menurut kontrak dan menolak yang
selainnya, ataupun boleh menolak kesemua barangan
tersebut.
S.37(4) AJB 1957: Prinsip-prinsip di atas tertakluk
kepada apa-apa amalan perniagaan, perjanjian khas /
perjalanan urusan antara pihak-pihak yang berkontrak.

Penyerahan secara ansuran / berperingkat

S.38(1) AJB 1957: Melainkan dipersetujui oleh pihak-


pihak, pembeli adalah tidak terikat untuk menerima
serahan barangan yang dibuat secara ansuran.

S.38(2) AJB 1957: Jika terdapat kontrak bagi jualan


barangan yang memerlukan serahan secara ansuran
yang ditetapkan dan yang dibayar secara berasingan,
dan penjual gagal membuat penyerahan sekali atau
lebih ansuran, atau pembeli gagal mengambil barangan
itu, atau gagal membayar satu atau lebih ansuran,
perkara ini merupakan persoalan tafsiran, iaitu sama
ada kemungkiran berkenaan boleh menamatkan
keseluruhan kontrak / pelanggaran kontrak secara
terasing yang membolehkan suatu tuntutan pampasan
tetapi bukan hak untuk menganggap kontrak itu sebagai
ditamatkan.

Penerimaan

S.41(1) AJB 1957: Sekiranya barangan yang dihantar


serah tidak pernah diperiksa oleh pembeli, pembeli tidak
boleh dianggap sebagai telah menerima melainkan
sehingga pembeli diberi peluang yang munasabah untuk
melakukan pemeriksaan bagi memastikan barangan itu
menepati apa yang dikontrakkan.
S.42 AJB 1957: Pembeli dianggap menerima barangan
apabila dia memberitahu penjual bahawa dia
menerimanya, atau apabila barangan itu diserahkan
kepadanya, dia melakukan apa-apa perbuatan yang
tidak konsisten dengan hak milik penjual, atau apabila
dia menyimpan barangan itu sehingga tamat tempoh
yang munasabah tanpa memberitahu penjual bahawa
dia menolaknya.

Implikasi kemusnahan barangan

S.7 AJB 1957: Jika terdapat suatu kontrak bagi


penjualan barang-barang khusus, kontrak itu tidak sah
jika barang-barang itu tanpa pengetahuan penjual telah,
pada masa kontrak itu dibuat, musnah atau menjadi
rosak sehingga tidak dapat dijelaskan tentang
perihalnya dalam kontrak itu.

S.8 AJB 1957: Jika terdapat suatu perjanjian untuk


menjual suatu barang-barang khusus dan yang
kemudiannya barang-barang itu, tanpa apa-apa
kesilapan pada pihak penjual atau pembeli, musnah
atau menjadi rosak sehingga tidak dapat dijelaskan
perihalnya dalam perjanjian itu, sebelum risikonya
berpindah kepada pembeli, perjanjian itu adalah
terbatal.

Kes: Couturier lwn Hastie

Dua pihak telah mengikat kontrak penjualan jagung.


Kedua-dua pihak menyangkakan pada masa membuat
kontrak itu, jagung-jagung tersebut berada dalam
pelayaran dari Salonica ke England. Tanpa diketahui
oleh mereka, beberapa hari sebelum kontrak terbentuk,
jagung-jagung tersebut telah dijual oleh ketua kapal di
Pelabuhan Tunis memandangkan jagung-jagung itu
mula rosak akibat disimpan di tempat yang panas.

KM: Kontrak tersebut tidak sah kerana mereka telah


khilaf tentang kewujudan perkara kontrak itu.

Lien = Hak penjual tak berbayar untuk terus


menyimpan barang yang ada dalam milikannya
sehinggalah dia menerima harga barang itu daripada
pembeli.

2. Hak penahanan dalam transit (S.46 AJB


1957)

Boleh digunakan hanya apabila pembeli menjadi tidak


solven dan pada ketika itu barang sudah tidak ada lagi
dalam milikan penjual.

Penahanan boleh dibuat dengan 2 cara:

i. Mengambil semula barang itu secara fizikal


ii. Dengan memberi notis kepada pengangkut
/ baili di mana barang itu berada tentang tindakannya
menahan barang itu. Apabila pengangkut / baili
menerima notis itu, dia dikehendaki menyerahkan
barang itu kepada penjual atau kepada pihak lain
mengikut arahan penjual.
3. Hak menjual semula (S.46 AJB 1957)

Jika penjual menjual barang itu kepada pihak ketiga


yang membelinya dengan ikhlas, pembeli baru ini boleh
mendapat hak milik yang sempurna.

4. Hak penjual untuk menuntut harga


barangan dan menuntut ganti rugi

i. S.55 AJB 1957: Penjual boleh membawa


tindakan bagi mendapatkan harga barangan itu; atau

ii. S.56 AJB 1957: Penjual boleh membawa


tindakan bagi menuntut ganti rugi kerana pembeli
enggan menerima barang tersebut.

Hak pembeli yang tidak dihantar serah barangan

1. Pembeli boleh menuntut ganti rugi


(S.57 AJB 1957)

2. Pembeli boleh memohon arahan


pelaksanaan spesifik (S.58 AJB 1957)
2015 Commercial
Law. All rights Reserved. Home | Introduction |
Politeknik Kota Bharu, Contact Us
Malaysia

Anda mungkin juga menyukai