Anda di halaman 1dari 41

JENIS-JENIS JUALAN BARANG

PRINSIP BERKAITAN JUALAN BARANG


JENIS KONTRAK PRINSIP BERKAITAN
JUALAN BARANG JUALAN BARANG

Jualan mengikut Caveat Emptor (buyers


diskripsi beware)

Jualan mengikut Nemo Dat Quod Non


sampel Habet (no one can give
more than he own)
Jualan bukan pemilik
 Jualan barang dengan menyatakan perihal /diskripsi
/gambaran /ciri-ciri barang yang hendak di jual / dibeli

 Pembeli tidak melihat barang tetapi bergantung kepada


penjual untuk memberikan barang yang betul berdasarkan
diskripsi yang diberi

 Boleh berlaku dalam 2 situasi


a. Pembeli tidak melihat barang yang ingin dibeli tetapi
memberitahu penjual ciri-ciri barang yg ingin dibeli dan
meminta penjual memberikan barang yang sesuai dengan
ciri tersebut. Cth: pesanan di kaunter

b. Penjual menyatakan ciri-ciri barang dan pembeli


membuat tempahan berdasarkan penyataan penjual
tanpa melihat barang. Cth: pembelian melalui katalog /
online/iklan/jenama
 Sek 15 AJB - syarat tersirat dalam jualan barang melalui
deskripsi iaitu, barang yang dibekalkan haruslah secocok
dengan perihal yang dinyatakan dan mempunyai
kuantiti yg sama seperti pesanan

 Penjual mestilah membekalkan pembeli dengan barang


1. Jenisnya seperti diminta pembeli
2. Jumlahnya seperti diminta pembeli

 Penjual langgar syarat tersirat jika:


1. Barang yang dibekalkan oleh penjual tidak sama
dengan deskripsi yang diberi oleh pembeli tetapi cukup
jumlah seperti diminta
2. Barang yang dibekalkan oleh penjual sama (secocok)
dengan diskripsi tetapi tidak mencukupi jumlah yang
diminta oleh pembeli
 Nagurdas Purshotumdas lwn Mitsui Bussan Kaisa
Pembeli membeli bekalan tepung satu jenama secara
berterusan dari penjual. Satu ketika penjual membekalkan
tepung jenama lain. Pembeli membatalkan kontrak dan
menolak tepung tersebut kerana tidak memenuhi
perihalan tempahan

 Re Moore & Co lwn Landauer


Pembeli menempah 3100 kotak barang. Dlm setiap kotak
perlu ada 30 tin barang. Penjual membekalkan 3100 kotak
tetapi ada kotak yang hanya mengandungi 24 tin. Pembeli
boleh menolak barangan tersebut kerana tidak memenuhi
jumlah tempahan

 Associated Metal Smelters Ltd lwn Tham Chew Toh


Penjual telah memungkiri kontrak kerana gagal
membekalkan relau yang boleh mencapai suhu seperti
diminta oleh pembeli
Jualan barang dengan cara
1 memberitahu ciri-ciri barang yang
ingin dijual atau dibeli

Pelanggan tidak melihat barang yang


2 hendak dibeli

s. 15 AJB - Syarat
1. Kualiti barang sama seperti diskripsi
3 2. Jumlah barang sama seperti diminta
 Jualan yang dibuat selepas pembeli melihat sampel (contoh)
barangan yang hendak dibeli

 Pembeli tidak melihat barangan yang ingin dibeli. Hanya


melihat contoh barang dan membuat pembelian berdasarkan
contoh tersebut

 Contoh : tempahan kuih raya, beli baju dipasaraya, belian


barangan secara pukal

 Sek. 17(1) AJB – jualan sampel berlaku bila terdapat terma


yang jelas atau tersirat mengenainya di dalam kontrak –
(terma bahawa ia adalah sejenis jualan mengikut sampel)

 Apabila kontrak jualan menyatakan bahawa jualan itu adalah


secara sampel, ia akan dianggap jualan mengikut sampel
 Sekiranya tiada terma khas ini di dalam kontrak jualan,
maka ia bukan jualan mengikut sampel walaupun pembeli
membeli barang tersebut berdasarkan sampel yg telah
diberikan.

 Sek. 17(2) AJB – syarat tersirat kontrak mengikut sampel:


(pelanggaran salah satu syarat tersirat ini oleh penjual
membolehkan pembeli membatalkan pembelian)

1. Keseluruhan barang yang dibekalkan harus secocok dengan


sampel yang diberikan;
 barang yang diterima sama seperti sampel yang telah
diberikan.Sama dari segi kualiti, jenama, ciri-ciri
2. Pembeli berpeluang untuk membandingkan keseluruhan
barang yang diterima dengan sampel sebelum
penerimaan
 peluang untuk memeriksa barang yang diterima dan
membandingkan dengan sampel yang diberi
 Penjual mestilah memberi peluang kepada pembeli
untuk memeriksa barang yang diterima untuk
memastikan ia sama dengan sampel

3. Barang yang diterima haruslah bebas dari kecacatan


berkenaan kualiti dagang dimana kecacatan tersebut tidak
kelihatan kepada pemeriksaan munasabah ke atas sampel
 Barang yang dibekalkan mestilah sesuai dengan tujuan /
penggunaan barang itu
 Sekiranya kecacatan tersebut boleh dijumpai oleh
pembeli semasa membuat pemeriksaan tetapi pembeli
cuai ketika memeriksa dan tidak nampak, dia tidak
boleh membatalkan kontrak (kenapa tak periksa elok-
elok?)
 Drummmond lwn Van Ingen
Terdapat kecacatan yg tidak kelihatan pada kain yang
dibekalkan semasa pemeriksaan teliti yang dibuat oleh
pembeli. Kecacatan tersebut hanya kelihatan selepas
beberapa hari. Pembeli boleh menolak barang tersebut.

 Godley lwn Perry


Kanak-kanak membeli lastik. Semasa pembelian, penjual
mencuba lastik tersebut dan dapati tiada masalah. Selepas
menggunakan lastik, kanak-kanak tersebut cedera kerana
lastik patah. Penjual diputuskan bersalah kerana membuat
membekalkan barang yang tidak mempunyai mutu dagang
Jualan barang dengan cara
1 menunjukkan contoh barang kepada
pelanggan

s.17(1) AJB Kontrak jualan mesti


2 menyatakan ia jualan secara sampel

Syarat:
1. Barang sama seperti contoh
3 2. Pembeli berpeluang untuk periksa barang
sebelum terima
3. Barang bebas kecacatan mutu dagang –
(tidak ada kecacatan yang jelas / nampak)
 Tujuan jualan barang ialah untuk memindahkan hak milik
barangan dari penjual kepada pembeli

 S 14 ABJ: salah satu syarat tersirat dalam jualan barang


ialah, penjual mestilah mempunyai hak milik terhadap
barang yang ingin dijual

 S. 27 AJB - jika barang dijual oleh bukan pemilik tanpa


kebenaran pemilik, pembeli tidak akan memiliki hak yang
lebih dari penjual terhadap barang tersebut

 S. 27 AJB juga dikenali sebagai prinsip nemo dat quod non


habet (tiada siapa boleh memberi hak melebihi apa yang
dia miliki)
 Prinsip nemo dat menjelaskan bahawa
1. penjual tidak boleh menjual barang yang bukan
haknya
2. Penjual hanya boleh menjual setakat haknya sahaja

 Lim Chui Lai lwn Zeno Ltd


Seorang kontraktor dibekalkan barang oleh Zeno untuk
melaksanakan projek bagi MPPJ. Apabila projek
dibatalkan, kontraktor menjual barang itu kepada LCL.
Mahkamah memutuskan bahawa kontraktor tidak
berhak menjual barang tersebut kepada LCL kerana
barang tersebut masih dalam milikan Zeno
s.14 AJB – penjual mestilah
1 mempunyai hak milik ke atas barang
yang ingin dijual

s.27 AJB - pembeli tidak mendapat hak


2 yang lebih dari penjual jika penjual tiada
hak milik terhadap barang( prinsip nemo
dat)

Prinsip nemo dat quad non habet – tidak


3 boleh memberi hak yang lebih dari hak yang
dimiliki
Ali dan Aminah adalah sepasang suami isteri.
Mereka menempah set perabot dari kayu jati
berwarna kuning dari SF Furniture pada harga RM
12,000 berdasarkan katalog jualan yg dihantar
oleh SF Furniture. Mereka membayar deposit RM
6000. Semasa hari penghantaran, Ali dan Aminah
dapati perabot yg dihantar adalah set perabot
kayu getah berwarna kuning. Ali dan Aminah tidak
berpuas hati dan ingin membatalkan pembelian
dan menuntut deposit yg dibayar.
 Ali pergi ke Jaya Jusco untuk membeli
sepasang kemeja. Setelah Ali memilih kemeja
yang dikehendaki dari rak pameran, dia
meminta jurujual mengambil kemeja yang
baru dari stor. Selepas menerima kemeja yang
baharu dari jurujual, Ali terus membuat
bayaran tanpa memeriksa kemeja itu kerana
ingin segera pulang. Apabila sampai dirumah,
Ali dapati bahawa kemeja yg diberikan oleh
jurujual tersebut adalah satu saiz lebih kecil
dari saiz kemeja yang dilihatnya di rak. Ali
ingin memulangkan kemeja yang dibeli dan
menuntut wangnya kembali
 Prinsip Caveat Emptor (buyers beware) - Seorang pembeli
mestilah berhati-hati dan menggunakan kemahiran sendiri
dalam menilai kesesuaian dan kualiti barangan yang mahu
dibeli.

 Pembeli bertanggungjawab memastikan kualiti barang yang


ingin dibeli dan kesesuaian barang itu. Sekiranya dia cuai
maka dia perlu menanggung segala kerugian untuk
ketidaksesuaian atau kualiti barang yang dibelinya

 Sekiranya terdapat kecacatan yg jelas kepada barangan yg


dibekalkan dan pembeli tidak berhati2 semasa memeriksa
(masa memeriksa yg munasabah harus diberikan), penjual
tidak akan bertanggungjawab
 Cth: Ali hendak mengecat rumah. Dia bertanggungjawab
untuk memastikan cat yang dibeli sesuai dengan dinding
rumahnya

 Griffith lwn Peter Conway Rimmer


pembeli yang membeli kot bulu kambing tanpa
memaklumkan bahawa dia alah kepada bulu kambing tidak
layak mendapatkan pampasan kerana prinsip caveat emptor
mewajibkan pembeli berhati-hati semasa pembelian
 S.16 (1) AJB – undang-undang tidak mensyaratkan bahawa
barang yang dijual mestilah mempunyai kualiti dan
kelayakan yang sesuai dengan keperluan pembeli (caveat
emptor)

 Pengecualian daripada prinsip caveat emptor (situasi-


situasi di mana penjual bertanggungjawab memastikan
kualiti dan kesesuaian barang yang hendak dijual):

1. Pembeli bergantung kepada kepakaran penjual (S. 16


(1) (a))

2. Jualan barang mengikut diskripsi (s. 16(1) (b))


a. Pembeli bergantung kepada kepakaran penjual (S. 16 (1)
(a))
– syarat:
a. Pembeli bergantung kepada kepakaran penjual

b. Penjual biasa menjual barang yang ingin pembeli beli

c. Barang yang dibeli bukan dibawah paten atau tanda niaga

1. Pembeli bergantung kepada penjual untuk membekalkan


barang yang bersesuaian
 pembeli memberitahu barang yang ingin dibeli serta
tujuan pembelian dengan harapan penjual akan
membekalkan barang yang sesuai kepadanya
2. Barang yang dijual adalah barang yang biasa dijual oleh
penjual
 Penjual sudah biasa dengan barang yang dijual

sehingga dia tahu kualiti dan kesesuaian barang

3. Barang yang dijual bukan di bawah paten atau tanda


niaga
 Jika barang di bawah paten atau tanda niaga, penjual
mempunyai tanggungjawab memastikan barang itu
memenuhi spesifikasi dan kualiti seperti dipatenkan

- bila ini berlaku, wujudlah syarat tersirat di dalam kontrak


dimana sekiranya penjual membekalkan barang yang
tidak bersesuaian dengan penggunaan pembeli, penjual
harus bertanggungjawab.
- cth: Ali hendak mengecat dinding luar rumahnya. Dia
memberitahu penjual dia perlukan cat yang sesuai untuk
mengecat dinding luar rumah. Prinsip caveat emptor tidak
terpakai, penjual bertanggungjawab membekalkan Ali
dengan cat yang bersesuaian. Jika cat yang dibekalkan
tidak sesuai, Ali boleh membatalkan kontrak kerana
penjual telah melanggar s.16(1)(a).

- Khong Seng lwn Ng Teong Kiat Biscuit Factory


Pembeli membeli mentega untuk membuat biskut. Dia
memaklumkan penjual jenis biskut yang akan dibuat dan
minta mentega yang sesuai. Mentega yang dibekalkan tidak
sesuai dgn biskut tersebut. Pembeli layak mendapat
pampasan
b. Jualan barang mengikut diskripsi (s. 16(1) (b))
- s. 16(1)(b) – jika barang dibeli melalui jualan secara
diskripsi, terdapat syarat tersirat bahawa barang itu
mempunyai kualiti dagang kecuali pembeli telah
memeriksa barang dan mendapati kecacatan yang boleh
kelihatan

- Dalam jualan mengikut diskripsi, barang yang dibekalkan


mestilah mempunyai kualiti dagang

- Cth: Iklan tayar kereta menyatakan tayar itu sesuai


dengan jenis kereta tertentu. Akan wujud syarat bahawa
tayar itu sesuai digunakan untuk kereta yang disebut.

- Maksud kualiti dagang = Barang yang dibekalkan / dijual


haruslah bersesuaian dengan maksud atau tujuan ia dijual
- Barang tidak ada kecacatan yang boleh menghalang barang
itu dari digunakan seperti biasa

- Bagaimana untuk pastikan barang mempunyai kualiti dagang


= semasa pembeli memeriksa barang, pembeli tidak melihat
kecacatan boleh menyebabkan barang itu tidak boleh
digunakan

- Kalau pembeli tidak nampak sebarang kecacatan, tetapi


barang itu kemudiannya didapati tidak berkualiti, pembeli
boleh membatalkan belian atau menuntut gantirugi

- Kalau pembeli cuai dalam memeriksa atau tidak


menghiraukan kecacatan yang nampak, pembeli tidak boleh
membatalkan belian atau menuntut gantirugi
 Bristol Tramways lwn Fiat Motors
Barangan yang berkualiti dagang ialah barang yang
sekiranya diperiksa secara munasabah, tidak terdapat
kecacatan yang boleh menghalang penggunaannya

 Wilson lwn Ricket, Cockrall & Co Ltd


Pembeli membeli minyak jenama tertentu, apabila
digunakan minyak itu meletup. Mahkamah putuskan
bahawa minyak yang dibekalkan tidak berkualiti dagang

 Deutz Far East Ltd lwn Pacific Navigation Ltd


Alat2 ganti yang dibekalkan oleh penjual rosak dan
menyebabkan kerosakan kepada kapal. Pembeli berjaya
menuntut gantirugi
 “NO ONE CAN GIVE MORE THAN HE OWN” - Tidak ada siapa
boleh memberikan hak melebihi dari apa yang dimilikinya

 Penjual tidak boleh menjual apa yang bukan miliknya

 S.27 AJB – jika barang dijual oleh bukan pemilik tanpa


kebenaran pemilik, pembeli tidak akan memiliki hak yang
lebih dari penjual terhadap barang tersebut

 Penjual menjual barang yang bukan miliknya kepada


pembeli, akibatnya pembeli juga tidak akan mempunyai
hak milik terhadap barang yang dibeli
 Cth: penyewa rumah telah menjual rumah yang disewanya
kepada pembeli tanpa pengetahuan pemilik rumah.
Pembeli tidak akan mendapat hak ke atas rumah tersebut

 Cth: Penjual menjual barang yang diperolehi melalui


kontrak batal kepada pembeli. Pembeli tidak ada hak ke
atas barang itu kerana milikan asal penjual adalah tidak
sah

 Sekiranya penjual memiliki hak terhad terhadap barang,


dia hanya boleh menjual setakat haknya sahaja

 Bertujuan untuk melindungi pembeli dan pemilik sebenar


barang
 Pengecualian kepada prinsip nemo dat :
- situasi dimana penjual walaupun tiada hak ke
atas barang boleh menjual barang tersebut
kepada pembeli

- Dalam situasi 1-6, jualan barang adalah sah


walaupun jualan itu dilakukan oleh bukan
pemilik

1. Estopel
2. Jualan oleh wakil / ajen dagang
3. Jualan oleh pemilik bersama
4. Jualan dibawah kontrak boleh batal
5. Jualan barang di dalam milikan penjual
6. Jualan barang di dalam milikan pembeli
JUALAN SECARA ESTOPPEL / SEKATAN
 Pemilik sebenar melalui perbuatan /kata-katanya
menyebabkan pembeli percaya bahawa penjual
mempunyai kuasa untuk menjual barang itu,

 Apabila pembeli membeli dengan kepercayaan penjual


adalah pemilik barang, pemilik sebenar dihalang dari
menafikan bahawa penjual tidak ada kuasa utk menjual
barang itu.

 Syarikat Batu Sinar Bhd & Ors lwn UMBC Finance Bhd &
Ors
UMBC membeli traktor dari penjual tetapi tidak
mendaftarkan hakmilik traktor atas namanya. Syarikat
Supreme Leasing beli traktor yang sama dari penjual dan
sewakan kepada Plf. Kegagalan UMBC mendaftarkan hak
milik ke atas traktor itu, menyebabkan UMBC dihalang
daripada menafikan hak milik Supreme Leasing.
JUALAN OLEH WAKIL / EJEN DAGANG
 Jualan oleh wakil pemilik barang atau ejen kepada
pemilik barang

 Wakil / ejen menjual bagi pihak pemilik

 S.2 : Ejen Perdagangan - Wakil yang mempunyai kuasa


untuk menjual barang , menghantar barang untuk dijual,
membeli barang / meminjam wang dengan menggunakan
wang sbg sekuriti
 Cth: broker, pelelong, peniaga kereta terpakai

 Proviso S.27 - Apabila wakil perdagangan diberi izin oleh


pemilik untuk menyimpan barang/ dokumen hak milik
barang itu, dan wakil itu telah menjual barang itu dalam
urusan kerjanya, penjualan itu dianggap sah seolah-olah
dia telah diberikan kuasa untuk menjual.
 Syaratnya;
1. Penjual adalah wakil / ejen dagang kepada pemilik
barang
2. Barang / dokumen hak milik barang ada pada wakil /
ejen dagang
3. Wakil / ejen dagang menyimpan barang / dokumen
hak milik dengan izin pemilik sebenar
4. Aktiviti jual beli adalah dalam tugas biasa wakil /
ejen dagang itu
5. Pembeli memberi dengan suci hati dan percaya
bahawa wakil / ejen dagang itu ada hak untuk
menjual

Folkes lwn King


Folkes menyerahkan keretanya kepada seorang ejen
perdagangan untuk dijual pada harga tidak kurang 575
pound. Ejen menjual pada 340 pound kepada King
kemudian melarikan diri. Folkes menuntut keretanya
kembali. Mahkamah memutuskan bahawa jualan tersebut
adalah sah kerana Folkes telah memberi keizinan kepada
ejen untuk menjual dan King membeli secara suci hati
JUALAN OLEH PEMILIK BERSAMA
 S.28 AJB – Apabila penjual adalah pemilik bersama barang
dan menjual barang yang berada dalam simpanannya
kepada pembeli yang membeli secara suci hati tanpa
mengetahui bahawa penjual tidak ada hak untuk menjual

 Jualan oleh seorang pemilik bersama adalah sah bila:


1. Penjual adalah salah seorang pemilik barang
2. Barang berada dalam simpanan penjual dengan
kebenaran pemilik yang lain
3. Pembeli membeli dengan suci hati tanpa mengetahui
bahawa penjual tidak mempunyai hak mutlak kepada
barang tersebut

 Pemilik bersama maksudnya barang tersebut dimiliki oleh


orang lain juga selain dari penjual. Cth: sebuah rumah
boleh dimiliki bersama oleh suami dan isteri
JUALAN OLEH PEMILIK BERSAMA
 Cth: sebuah tv yang dibeli oleh Ali, Bakar dan Rahman
yang tinggal serumah dikatakan sebagai dimiliki bersama
Oleh itu mereka bertiga dianggap sbg pemilik bersama. Ali
yg kesempitan wang telah menjual tv itu kepada Abu. Abu
membeli tv tersebut tanpa mengetahui bahawa tv
tersebut bukan milik Ali seorang atau sekiranya Abu tahu
tv itu milik bersama, Abu tidak mengetahui Ali tidak
mendapat kebenaran daripada Bakar dan Rahman untuk
menjual tv tersebut.
JUALAN DI BAWAH KONTRAK BOLEH BATAL
 S.29 AJB - jika penjual memperoleh milikan barang
melalui kontrak boleh batal (dibawah seksyen 19 dan 20
Akta Kontrak), tetapi kontrak itu tidak dibatalkan pada
masa jualan itu dibuat.

 Syarat:
1. Penjual memilik barang tersebut melalui kontrak boleh
batal
2. Semasa penjual menjual barang itu, kontrak boleh batal
yang dimetrai oleh penjual tidak dibatalkan
3. Pembeli membeli dengan suci hati dan tanpa
pengetahuan penjual akan kecacatan hak milik penjual

 Jual beli barang adalah sah dan pembeli mempunyai hak


terhadap barang yang dibeli
 Car and Universal Finance Co Ltd lwn Caldwell
C menjual kereta Jaguar kepada A. A membayar dengan cek
yang tidak boleh ditunaikan. C terus membuat laporan polis
mengenai fraud A. Malangnya kereta itu telah dijual oleh A
kepada Ptf yang membeli secara suci hati. C menuntut
keretanya dari Ptf. Mahkamah memutuskan bahawa
memandangkan C telah membatalkan kontraknya dengan A
dengan segera selepas mengetahui A melakukan frod,
jualan kereta kepada Ptf adalah tidak sah
JUALAN BARANG DALAM MILIKAN PENJUAL
 S.30(1) Apabila penjual menjual barang yang sama kepada
pembeli kedua

 Syarat:
1. Penjual menjual barang kepada pembeli pertama
2. Barang yang telah dijual masih berada dalam simpanan
penjual (walaupun telah dijual kepada pembeli pertama)
3. Barang yang sama dijual sekali lagi kepada pembeli
kedua oleh penjual
4. Pembeli kedua membeli secara suci hati tanpa
mengetahui penjualan pertama
 Pacific Motors Auctions Pty Ltd lwn Motors Credits Ltd
Plf menyerahkan beberapa kereta kepada wakil
jualannya.Kereta masih berada dalam simpanan wakil jualan
walaupun kuasa menjual telah dibatalkan. Wakil jualan
menjual kereta kepada pihak Def walaupun kuasa
menjualnya telah dibatalkan. Mahkamah memutuskan
penjualan itu masih sah bagi melindungi pembeli yang tidak
bersalah.
JUALAN BARANG DALAM MILIKAN PEMBELI
 S.30(2) – Apabila pembeli menjual barang yang dibelinya
kepada pihak ke3

 Syarat:
1. Pembeli membeli barang tetapi kontrak pembelian
belum sempurna
2. Barang / dokumen milikan berada bersama pembeli
3. Pembeli menjual kepada pihak ke3
4. Pihak ke3 membeli dengan suci hati tanpa mengetahui
bahawa kontrak pembelian asal belum sempurna

 Pihak ketiga mendapat hak milik ke atas barang yang


dibeli dari pembeli itu
 Newton Wembley Ltd lwn Williams
 Plf menjual kereta kepada A, bayaran dibuat
menggunakan cek. Mereka bersetuju bahawa hak milik
hanya berpindah apabila cek ditunaikan. Plf mendapati
bahawa cek itu tidak boleh ditunaikan. A telah menjual
kereta itu kepada B. B menjual kepada Def tanpa
mengetahui kedudukan sebenar. Plf menuntut kereta
daripada Def. Mahkamah memutuskan bahawa Def
memiliki milikan yang sah kerana B memiliki kereta itu
secara sah dari A.
1.Seorang peniaga tidak mempunyai
tanggungjawab untuk memastikan barang yang
dijual sesuai dengan keperluan pembeli kecuali
dalam 2 situasi. Huraikan penyataan di atas
dengan merujuk kepada Akta Jualan Barang dan
kes berkaitan

2. Seorang pembeli yang membeli secara suci hati


akan mendapat milikan terhadap barang yang
dibeli walaupun barang itu menjadi hak milik
penjual melalui kontrak boleh batal. Huraikan
penyataan di atas dengan merujuk kepada Akta
Jualan Barang dan kes berkaitan,
Sarah dan Fatimah merupakan rakan kongsi yang menjalankan
perniagaan membuat kek. Baru baru ini mereka terlibat dalam
beberapa masalah berkaitan undang-undang:

Seorang jurujual telah berjaya memujuk Sarah untuk membeli


dulang pembakar jenama Coral buatan China. Brosure jualan
pinggan itu menyatakan dulang itu selamat digunakan di dalam
oven, tidak mudah pecah dan lebih ringan dari jenama terkenal.
Selepas menerima dulang itu melalui pos, Sarah menggunakannya
untuk membakar kek di dalam oven. Malangnya dulang itu meletup
dan menyebabkan ovennya rosak.

Fatimah telah membeli sebuah motosikal daripada Syarikat Jaya


yang merupakan mengedar motosikal Honda tanpa mengetahui
bahawa Honda telah menamatkan kontrak ejensi dengan syarikat
itu. Honda menuntut agar Fatimah mengembalikan motosikal yang
dibelinya atas alasan Syarikat Jaya tidak mempunyai hak untuk
menjual motosikal tersebut

Anda mungkin juga menyukai