Anda di halaman 1dari 2

TEKS PENGACARA MAJLIS PERHIMPUNAN

RASMI SEKOLAH

1. Beri arahan untuk murid diam, luruskan barisan dan bersedia.


2. Bismillahirahmanirrahim. Assalamualaikum w.b.t dan selamat
pagi.
Yang berusaha Tuan Guru Besar, En Shahrir Bin Hj Othman,
barisan kepimpinan pentadbir sekolah;
GPK Pentadbiran - Pn Norkhairi Binti Nawawi
GPK HEM - Pn Mahani Binti Sulaiman
GPK Kokurikulum - Pn Siti Ruhani Binti Abu Bakar
Yang dikasihi lagi disayangi, para pendidik dan rakan-rakan
pelajar sekalian.
3. Alhamdulillah, setinggi-tinggi kesyukuran kita panjatkan ke
hadrat Ilahi kerana dengan izinNya, maka dapat kita
berhimpun dan berkumpul pada pagi Isnin yang indah ini.

Bacaan Doa
4. Untuk memberkati perhimpunan kita pada pagi ini, saya
mempersilakan saudara ___________________ untuk melafazkan
doa.
5. Majlis mengucapkan terima kasih kepada saudara
_______________ atas bacaan doa sebentar tadi.

Nyanyian Lagu
6. Majlis diteruskan dengan nyanyian lagu Negaraku, lagu
Kebesaran Negeri Pahang dan lagu sekolah, Ilmu Kunci
Kesejahteraan. Semua guru dan murid diminta berdiri tegak
dan bersedia untuk menyanyi bersama dengan iringan muzik.
7. Terima kasih kepada guru-guru dan murid-murid atas
nyanyian sebentar tadi.

Laporan guru bertugas


8. Seterusnya, saya mempersilakan Encik/Puan _______________
untuk memberikan laporan bertugas mingguan.
9. Terima kasih diucapkan kepada Encik/Puan ______________ atas
laporan yang disampaikan tadi.

Ucapan guru (jika ada)


10. Seterusnya, saya mempersilakan mana-mana guru yang ingin
menyampaikan info/maklumat kepada murid-murid.
(Sekiranya ada)
11. Terima kasih diucapkan kepada Encik/Puan _________________.

Ucapan Guru besar/Pentadbir


12. Seterusnya, saya mempersilakan tuan guru besar/guru
penolong kanan pentadbiran/guru penolong kanan HEM/guru
penolong kanan kokurikulum untuk menyampaikan ucapan.
13. Saya bagi pihak majlis mengucapkan ribuan terima kasih atas
ucapan yang disampaikan oleh tuan guru besar/guru
penolong kanan sebentar tadi. Semoga nasihat, teguran,
amanat itu dapat kita jadikan panduan untuk merealisasikan
kecemerlangan.

Bacaan ikrar
14. Perhimpunan kita sampai ke penghujungnya. Murid-murid
diminta berdiri untuk bacaan ikrar.
15. Bacaan ikrar akan diketuai oleh saudara/saudari
______________________. Dipersilakan.

Bersurai
16. Murid-murid boleh bergerak ke kelas dalam keadaan berbaris
sambil bertasbih.

Anda mungkin juga menyukai