Anda di halaman 1dari 6

IKTIBAR PERISTIWA ISRA DAN MIKRAJ

! ..

Wahai hamba-hamba Allah ! Bertaqwalah sekalian kamu kepada Allah dengan


sebenar-benar taqwa. Dan Janganlah kamu mati melainkan dalam keadaan Islam.
Saya menyeru diri saya sendiri dan juga sidang Jumaat sekalian agar kita sama-
sama meningkatkan ketaqwaan kita kepada Allah dengan melakukan segala
suruhanNya dan menjauhi segala yang ditegahNya.

Sidang Jumaat yang dimuliakan Allah

Kita kini sedang berada di bulan Rejab yang telah mencatatkan suatu
peristiwa penting di mana pada tanggal 27 Rejab tahun kesebelas selepas daripada
kenabian Rasulullah s.a.w dan 2 tahun sebelum berlakunya hijrah nabi s.a.w
ke Madinah, telah berlaku peristiwa isra dan mikraj di mana ia merupakan satu bukti
tentang kebesaran, kekuasaan dan kehebatan Allah dalam memperjalankan diri
Rasulullah s.a.w dari Masjidil Haram, Mekah ke Masjidil Aqsa, Baitul Maqdis Palestin
dan seterusnya nabi di angkat ke langit untuk bertemu Allah dalam masa yang begitu
singkat.
Peristiwa ini telah membongkarkan tentang keimanan dan keyakinan umat
manusia terhadap kekuasaan Allah dan kebenaran kepada kenabian nabi
Muhammad s.a.w. Orang kafir sendiri menjadikan peristiwa Isra dan Mikraj ini
sebagai suatu pembohongan yang menambahkan lagi penolakan mereka terhadap
dakwah nabi.

Sidang Jumaat yang diberkati Allah,

Peristiwa Isra dan Mikraj berlaku selepas nabi diuji dengan kematian dua
orang yang paling rapat dan banyak membantu baginda dalam usaha menyebarkan
dakwah Islam iaitu isteri tercinta Siti Khadijah dan bapa saudaranya Abu Tolib.
Tekanan yang dihadapi selepas kematian kedua insan yang disayangi semakin
bertambah di mana jika kita perkirakan dari segi logik akal maka Islam pasti akan
terkubur tetapi kuasa Allah melebihi segala-galanya di mana selepas penolakan
dakwah oleh penduduk Taif, nabi telah dihiburkan dengan Isra dan Mikraj dan
seterusnya diizinkan untuk berhijrah ke Madinah sehingga membina Daulah Islamiah
yang telah mengubah kedudukan Islam daripada dihina kepada dipandang mulia,
daripada lemah kepada memerintah.

Sidang Jumaat yang dihormati sekalian,


Peristiwa Isra Mikraj berlaku di dua tempat utama di bumi sebelum nabi
dinaikkan ke sidratul muntaha iaitu bumi Mekah dan Palestin malah melalui ayat 1
surah Isra menjelaskan bagaimana Allah memberkati bumi isra dan sekitarnya.
Sehingga kini bumi Isra iaitu Baitul Maqdis, Palestin terus menjadi rebutan tiga
Renungilah firman Allah dalam ayat 286 penutup surah al-Baqarah yang
merupakan ayat yang diterima oleh nabi semasa bertemu Allah pada malam Isra
Mikraj selain daripada kewajipan solat lima waktu sehari semalam:

Maksudnya : Allah tidak membebankan seseorang melainkan apa yang terdaya


olehnya. Dia mendapat ganjaran kebaikan yang diusahakannya dan dia juga
menanggung dosa kejahatan yang dilakukannya. Wahai Tuhan kami ! Janganlah
Engkau mengirakan kami berdosa jika kami lupa atau kami tersalah. Wahai Tuhan
kami!Janganlah Engkau bebankan ke atas kami bebanan yang berat sebagaimana
yang telah Engkau bebankan kepada orang-orang yang terdahulu daripada kami.
Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau pikulkan ke atas kami apa yang kami tidak
terdaya memikulnya. Dan maafkanlah kesalahan kami serta ampunkanlah dosa kami
dan berilah rahmat kepada kami. Engkaulah Penolong kami, oleh itu bantulah kami
dalam mencapai kemenangan terhadap kaum-kaum yang kufur.

Isra Mikraj DiHayati, Solat DiHargai, Kemenangan DiRai







! ..


Wahai hamba-hamba Allah ! Bertaqwalah sekalian kamu kepada Allah dengan
sebenar-benar taqwa. Dan Janganlah kamu mati melainkan dalam keadaan Islam.
Saya menyeru diri saya sendiri dan juga sidang Jumaat sekalian agar kita
sama-sama meningkatkan ketaqwaan kita kepada Allah dengan melakukan
segala suruhanNya dan menjauhi segala yang ditegahNya.

Sidang Jumaat yang dihormati sekalian,


Renungilah firman Allah dalam ayat 1 surah al-Isra :




Maksudnya : Maha suci Allah yang memperjalankan hambaNya pada suatu
malam dari masjidil Haram ke masjid al-Aqsa yang telah Kami berkati
sekelilingnya agar Kami perlihatkan kepadanya sebahagian daripada tanda-tanda
(kebesaran) Kami. Sesungguhnya Dia adalah Maha Mendengar lagi Maha Melihat.
Setiap kali berada pada bulan Rejab maka kita tidak lekang daripada
memperkatakan tentang suatu peristiwa besar yang pernah berlaku pada tubuh
nabi Muhammad s.a.w iaitu peristiwa Isra Mikraj yang menguji tahap keimanan
manusia. Peristiwa yang hebat ini berlaku setelah tentangan terhadap dakwah
Islam semakin memuncak terutama dengan kematian isteri tercinta Siti Khadijah
yang selama ini banyak membantu nabi disamping kehilangan bapa saudaranya
Abu Tolib yang banyak memberi sokongan. Dakwah nabi mendapat tentangan
yang hebat dari permulaan daripada masyarakat Mekah yang keras ditambah
dengan penolakan oleh masyarakat Taif. Itu belum lagi berdepan dengan kuasa
besar Rom dan Parsi yang merupakan empayar terbesar pada masa itu. Namun
kesungguhan nabi Muhammad s.a.w dalam menyebarkan dakwa Islam tidak
terhenti malah pergantungan diri dengan Allah semakin kuat sehingga
berlakunya peristiwa Isra Mikraj yang menyaksikan nabi menjadi tetamu
Kerajaan Allah untuk menyaksikan alam nyata dan ghaib, alam bumi dan langit
yang membuktikan Kekuasaan Allah. Peristiwa ini mengajar bahawa tiada
kerajaan yang lebih kuat dan hebat mengatasi Kerajaan Allah. Tidak ada kerajaan
yang kekal memerintah kecuali Kerajaan Allah. Oleh itu setiap kerajaan yang ada
mesti tunduk patuh kepada Kerajaan Allah jika mahu selamat dan berjaya dunia
dan akhirat. Usah sombong takabbur bila diberi amanah untuk memegang kuasa
kerana ia boleh ditarik bila-bila masa oleh Allah. Jangan hilang rasa pergantungan
diri kepada Allah setiap masa dan tempat supaya bantuan dan pertolongan
daripada Allah sentiasa bersama kita

Sidang Jumaat yang diberkati Allah,


Firman Allah dalam ayat 46 surah al-Hajj:






Maksudnya : Oleh itu, bukankah ada baiknya mereka mengembara di muka bumi
supaya dengan melihat kesan-kesan yang tersebut mereka menjadi orang-
orang yang ada hati yang dengannya mereka dapat memahami, atau ada telinga
yang dengannya mereka dapat mendengar? (Tetapi kalaulah mereka
mengembara pun tidak juga berguna) kerana keadaan yang sebenarnya
bukanlah mata kepala yang buta, tetapi yang buta itu ialah mata hati yang ada di
dalam dada.
Sebelum dibawa dengan suatu perjalanan yang hebat maka dada nabi
Muhammad s.a.w telah dibelah untuk dibersihkan hati baginda yang mulia. Ia
mengajar kita bagaimana pentingnya pembersihan hati daripada sebarang unsur
syirik dan sifat mazmumah atau tercela daripada hati kita. Hati yang mati punca
utama kepada kerosakan akhlak di mana ia hanya mendengar tentang peristiwa
Isra Mikraj tetapi tidak mampu untuk dijadikan pengajaran. Begitu juga dengan
begitu banyak bencana alam seperti tsunami, gempa bumi, ribut taufan, angin
puting beliung yang banyak mengorbankan harta dan nyawa hanya dilihat biasa
saja tanpa diambil pengajaran berharga dalam memperbanyakkan lagi amalan
soleh disamping segera bertaubat atas dosa yang dilakukan.
Sempena berada pada hari Jumaat yang mulia ini marilah kita sama-sama
bermusabah menghitung diri kita terutama tahap kesihatan hati kita samada
sihat atau sakit. Imam Hasan Al-Basri pernah mengajarkan teknik bagi
menyemak kesihatan hati dengan katanya: Rasakanlah kemanisan dalam 3
perkara:[1] ketika melakukan solat, [2] ketika membaca al-Quran dan [3]ketika
berzikir. Jika engkau merasakan kemanisan dalam ibadat itu maka bergembiralah
kerana hatimu masih hidup dan sihat. Namun jika engkau tidak merasakan
kemanisan dalam ibadat maka ketahuilah bahawa pintu hatimu telah tertutup.
Ibrahim Al-Khawas pula mengajar kita tentang 5 cara untuk mengubat hati
iaitu : [1] Membaca al-Quran sambil memahami maknanya, [2] mengosongkan
perut, [3] solat malam, [4] berdoa pada waktu fajar dan [5] bergaul dengan
orang-orang soleh.
Jika kita tidak segera mengubati hati yang sakit, ia akan terus sakit. Suatu
hari nanti, iaboleh mati. Orang yang mati hati lebih berbahaya daripada mati
jasad. Sebab orang yang mati jasad boleh segera dikuburkan. Sedangkan orang
yang mati hati akan menjadi sampah masyarakat. Ia sangat mengganggu
kehidupan masyarakat, namun tidak boleh dibuang ataupun ditanam

Sidang Jumaat yang diberkati Allah,


Firman Allah dalam ayat 45 surah al-Ankabut:




Maksudnya : Bacalah serta ikutlah (wahai Muhammad) akan apa yang
diwahyukan kepadamu dari Al-Quran, dan dirikanlah sembahyang (dengan
tekun); sesungguhnya sembahyang itu mencegah dari perbuatan yang keji dan
mungkar; dan sesungguhnya mengingati Allah adalah lebih besar (faedahnya dan
kesannya); dan (ingatlah) Allah mengetahui akan apa yang kamu kerjakan.
Hadiah yang paling berharga yang dibawa pulang oleh nabi Muhammad
s.a.w dalam peristiwa Isra Mikraj ialah solat 5 waktu sehari semalam. Ia sebagai
bukti bahawa betapa pentingnya solat dalam kehidupan kita kerana solat banyak
memberi manfaat untuk dunia seperti adanya kajian sains yang menunjukkan
bagaimana solat yang sempurna mampu menajamkan otak, memperkuatkan
sistem otot dan fizikal tubuh, gerakan jantung lebih teratur, orang yang bersolat
jemaah mempunyai badan bertenaga dan lebih tenang, ubat mati pucuk
kalangan lelaki dan masalah kelamin kaum wanita serta seribu macam
lagi kebaikan. Apatah lagi kebaikan solat untuk agama dan akhirat kita. Solat 5
waktu merupakan ruang dalam kita berhubung dengan Allah ke arah
mendekatkan diri kepadaNya disamping menanam rasa taqwa di mana
semuanya ini boleh menghilangkan rasa takut dan begitu bergantung kepada
makhluk yang lain sehingga mengenepikan arahan dan larangan Allah, meyakini
bahawa hanya Allah yang Maha Besar sedangkan makhluk yang lain kerdil dan
hina. Bila perasaan ini berjaya dihasilkan daripada solat kita maka masalah
kerosakan akhlak dan jenayah dapat ditangani. Banyak berlakunya
masalah sosial dikeliling kita akibat daripada pengabaian solat walau pun ada
juga yang mempersoalkan bagaimana ramai juga yang sembahyang tapi turut
terlibat dengan masalah keruntuhan akhlak. Maka jawapan mudah ialah kualiti
solat yang tidak dijaga sehingga dirosakkan oleh hilangnya khusyu, riya dan
perkara yang menghilangkan ruh solat itu sendiri menyebabkan solat seseorang
tidak mampu menghalangnya daripada perkara mungkar. Ia ibarat manusia yang
bertubuh sasa tetapi tidak bernyawa sehingga dia tidak mampu menahan
serangan orang lain walau pun kanak-kanak kecil. Oleh itu bersungguhlah kita
dalam memastikan kualiti solat kita sentiasa ditingkatkan dari masa ke semasa
agar ia bukan sahaja diterima oleh Allah malah mampu menjadi perisai daripada
terlibat dengan perkara mungkar.

Sidang Jumaat yang diberkati Allah,


Firman Allah dalam ayat 59 surah Maryam:




Maksudnya : Kemudian mereka digantikan oleh keturunan-keturunan yang
mencuaikan sembahyang serta menurut hawa nafsu (dengan melakukan
maksiat); maka mereka akan menghadapi azab (dalam neraka),
Allah telah menjelaskan dalam al-Quran bagaimana akibat meninggalkan
solat membawa manusia kepada kerosakan akibat hawa nafsu menjadi ikutan
sehingga agama diketepikan. Nabi Muhammad s.a.w ketika saat hampir wafat
turut memberi wasiat penting agar menjaga solat. Oleh itu kita menyokong
penuh usaha dalam memastikan sebarang pengambilan pegawai baru kerajaan
serta kenaikan pangkat mesti daripada kalangan orang yang menjaga solat
kerana manusia yang takut kepada Allah pasti menjauhi amalan buruk seperti
pecah amanah dan rasuah. Ibubapa sendiri mesti memastikan diri sendiri dan
anak-anak menjaga solat. Begitu juga apabila memilih menantu mesti dipastikan
dahulu dari segi sembahyang bukan setakat tanya tentang pekerjaan dan gaji
bulanan
Kita juga mendesak agar suatu program khusus diatur bagi memberi
kesedaran dan keinsafan kepada rakyat yang meninggalkan solat seperti Kursus
Bina Tatanegara digunakan untuk melahirkan pegawai yang jaga solat bukan
mengapi-apikan sikap rasis perkauman sempit. Begitu juga Program Latihan
Khidmat Negara (PLKN) misalnya digunakan sebaik mungkin dalam melahirkan
generasi muda yang menjaga solat dan menutup aurat dengan sempurna
bukannya dijadikan pusat mengajar pergaulan bebas yang menambah masalah
akhlak yang sedia ada

Sidang Jumaat yang dirahmati Allah,


Firman Allah dalam ayat 74 surah an-Nisa :



Maksudnya : Oleh itu (orang beriman) yang mengutamakan kebahagiaan akhirat
daripada kesenangan dunia hendaklah mereka berperang pada jalan Allah. Dan
sesiapa yang berperang pada jalan Allah lalu dia gugur syahid atau beroleh
kemenangan maka Kami akan menganugerahkannya ganjaran pahala yang besar
Ketika membicarakan tentang peristiwa Isra Mikraj juga maka tidak
ketinggalan untuk kita mendoakan kemerdekaan bumi Isra Palestin daripada
cengkaman Yahudi. Kita pernah menyaksikan bagaimana kejayaan Salehuddin al-
Ayyubi dalam memerdekakan Masjid Aqsa daripada tentera Salib dengan
memastikan angkatan tenteranya daripada kalangan mereka yang menjaga solat
malam. Maka kita pada hari ini wajib memastikan Negara kita merdeka daripada
system yang bercanggah daripada Islam dan seterusnya memerdekakan bumi
Palestin dengan melahirkan generasi yang sentiasa menjaga solat. Mari kita
berusaha dalam memenuhkan ruang masjid dan surau dengan solat berjemaah
dan majlis ilmu terutama dari kalangan anak-anak muda bagi memastikan
kemenangan yang dijanjikan oleh Allah semakin dekat dan hampir. Inilah sumber
kekuatan kita di mana jika mencari dengan cara lain yang bercanggah dengan
Islam maka selagi itulah kita dihinakan dengan kekalahan dan kehinaan di dunia
akhirat. Jagalah solat dalam menjana kemenangan. Jagalah solat dalam meraih
kejayaan

Anda mungkin juga menyukai