Anda di halaman 1dari 19

6.

KEWANGAN: MATEMATIK KEWANGAN

Pengenalan
Analisis tentang nilai masa wang perlu dibuat kerana penyediaannya membantu
perniagaan membuat keputusan belajawan modal syarikat. Nilai bagi RM1 sekarang
boleh menjadi lebih besar daripada nilai RM pada tahun-tahun akan datang kerana nilai
wang mempunyai kecenderung untuk susut atau merosot mengikut masa. Dalam topik
ini akan dibincangkan konsep dengan contoh-contoh bagi Nilai Masa Wang, Konsep kadar
faedah dan dividen, Konsep nilai masa depan (FV), Konsep nilai masa kini (PV), Aliran tunai
anuiti, Konsep nilai masa depan anuiti (FVA), Konsep nilai masa kini anuiti (PVA), Nilai kini bagi
perpetuiti, Aliran tunai tidak sama dan Pelunasan pinjaman.

Objektif
Pada akhir pembelajaran pelajar akan dapat:
1. memahami konsep-konsep dalam nilai masa wang
2. mengira nilai masa wang

6.1. Nilai Masa Wang

Salah satu konsep paling asas (dan penting) dalam analisis pelaburan ialah nilai masa
wang. Ia membentuk asas celik kewangan dan menjadi asas untuk memahami penilaian
dan pelaburan.

Warren Buffett, salah seorang pelabur paling berjaya sehingga kini, amat mempercayai
nilai masa wang, lebih gemar memilih untuk melaburkan semula wang yang dijana
daripada perniagaan daripada menggunakannya untuk membayar dividen kepada
pemegang saham syarikatnya. Dengan cara ini, wang itu terus berkembang. Begitu juga,
nilai pelaburannya akan berganda mengikut masa, sama seperti bagaimana bakteria
membiak, dan kesannya, pulangan akan datang meningkat lebih tinggi. Inilah yang
dikatakan kuasa masa terhadap nilai wang.

Apabila Buffett menerajui syarikat pelaburannya, Bershire Hathaway pada tahun 1964,
nilai bukunya hanyalah $19.46 dan nilai intrinsiknya lebih rendah lagi. Hari ini, nilai
bukunya bagi sesaham lebih daripada $20,000 manakala nilai intrinsiknya pula jauh lebih
tinggi. Kadar pertumbuhan nilai buku sesaham dalam tempoh ini melebihi 25% yang
terkompaun secara tahunan. Sesiapa yang membeli saham Bershire pada tahun 1964
menjadi kaya hari ini!

6.2. Konsep kadar faedah dan dividen

Konsep kadar faedah: Faedah boleh dikatakan sebagai pulangan kepada wang yang
dipinjamkan. Apabila kita meminjamkan wang kita kepada seseorang, kita
menjangkakan wang yang dipulangkan balik akan berserta dengan lebihan. Kadar
lebihan ini bergantung kepada tujuan penggunaan, risiko dan kadar inflasi. Secara
ringkasnya lebihan (faedah) ini adalah sebagai gantirugi kerana kita melupakan
kesenangan penggunaan wang tersebut terhadap kita pada masa kini.

1
Konsep dividen: Adalah pengagihan sebahagian keuntungan perniagaan (syarikat
sendirian berhad) kepada pemegang saham berdasarkan peratusan saham yang dimiliki

6.3. Konsep nilai masa depan (FV)

Nilai jumlah kini, contohnya RM100 pada masa depan diperoleh melalui faedah
terkompaun bagi satu tempoh masa. Apabila bercakap mengenai faedah terkompaun,
yang dimaksudkan ialah jumlah yang diperoleh daripada deposit tertentu (faedah)
menjadi sebahagian daripada jumlah prinsipal pada penghujung tempoh yang telah
ditentukan. Jumlah prinsipal ini ialah jumlah wang yang kemudiannya akan dibayar
faedah. Bezakan ini dengan faedah biasa, yang faedahnya akan hanya dibayar atas
jumlah prinsipal sahaja.

Contoh
Jumlah prinsipal sebanyak RM100 dimasukkan ke dalam akaun bank memperoleh
faedah 8% setahun selama dua tahun.

Faedah Ringkas: Jumlah faedah ke atas RM100 pada akhir tempoh dua tahun ialah
sebanyak RM16, iaitu RM8 pada akhir tahun pertama dicampurkan RM8 pada
penghujung tahun kedua. Oleh itu, nilai masa depan RM100 pada akhir tahun pertama
ialah RM108, dan RM116 pada akhir tahun kedua

Sekarang Tahun 1 Tahun 2

PV = RM100 RM100 + 8 = RM108 RM108 + 8 = RM116

Faedah terkompaun: Jumlah faedah yang diperoleh pada akhir dua tahun itu adalah
sebanyak RM16.64 iaitu RM8 pada akhir tahun pertama, dicampurkan dengan RM8.64 pada
tahun kedua. Perbezaan faedah bagi tahun kedua ialah disebabkan faedah 8% dikenakan ke
atas prinsipal (RM100) dan faedah yang diperoleh pada tahun pertama (RM8). Oleh itu, nilai
masa depan bagi RM100 ialah RM116.64, jika faedah terkompaun diaplikasikan.

Sekarang Tahun 1 Tahun 2

PV = RM100 RM100 +1.08 = RM108 RM108 + 1.08 = RM116.64

Berdasarkan senario ini, tidak sukar memahami mengapa satu pelaburan kecil yang dibuat
pada hari ini, boleh menjadi satu pulangan yang banyak pada masa akan datang, disebabkan
kuasa faedah terkompaun dan masa. Pengiraan umum yang boleh digunakan untuk
menentukan nilai masa depan sesuatu jumlah pada akhir suatu tempoh tertentu ialah:

FVn = PV x (1 + r)

2
Penunjuk,

FVn = nilai masa depan

PV = nilai kini,
r = kadar faedah, dan
n = tempoh dalam bilangan tahun.

Daripada contoh di atas, nilai masa depan dikira seperti berikut:

FV = RM100 x (1 + 0.08) = RM100 x 1.1664 = RM116.64.

Kita boleh juga menggunakan jadual faktor faedah nilai masa depan (FVIF) lihat Jadual A-1
dalam Lampiran, untuk mendapatkan nilai masa depan bagi satu jumlah kini. Formula untuk
itu ialah:

FVn= PV x FVIF (r%, n)

Penunjuk,
FVn = nilai masa depan,
PV = nilai kini,
FVIF (r%, n) = faktor faedah nilai masa depan, untuk kadar faedah, r% dan bilangan tempoh,
n.

Daripada jadual FVIF, kita perlu lebih dahulu menentukan faktor untuk FVIF (r%, n); dalam
contoh yang diberikan, r = 8%, dan n = 2. Oleh itu, lihat kolum (8%), persilangan dengan
barisan (n = 2) ialah 1.166.

Dengan menggunakan faktor ini, kita mengira FV sebagai:

FV = 100 x 1.166 = RM116.60

Langkah seterusnya ialah mencari bagaimana nilai masa depan pelaburan RM100 yang
dibuat pada hari ini boleh ditingkatkan. Cara paling ketara ialah berupaya untuk
mendapatkan kadar faedah yang lebih tinggi, katakanlah 10% setahun dan bukannya 8%.

Nilai masa depan RM100 sekiranya faedah terkompaun ialah sebanyak 8%

untuk dua tahun: RM116.64
Nilai masa depan RM100 sekiranya faedah terkompaun ialah sebanyak 10%
untuk dua tahun: RM121

Walau bagaimanapun, kita juga boleh mendapat pulangan yang tinggi jika faedahnya
terkompaun lebih kerap daripada hanya sekali setahun (yang lazimnya dilakukan oleh
institusi kewangan). Melalui perolehan faedah yang dibayar dua kali setahun (setiap
separuh tahun) atau tiga kali setahun (setiap suku tahun), nilai masa depan RM100 yang
dimiliki itu akan meningkat lebih tinggi.

3
Dengan kadar faedah 8% untuk dua tahun, nilai masa depan RM100 ialah RM116.64 (di
mana faedah dikompaunkan setiap tahun) nilai masa depan RM100 pada akhir tempoh
yang sama, adalah sebanyak RM116.99 (jika pengkompaunan dibuat dua kali setahun) dan
RM117.17 (jika pengkompaunan dibuat setiap suku tahun).

Nilai masa depan RM100 pada kadar 8% - terkompaun pada kekerapan yang berbeza

Setiap Separuh
Akhir Tahun Tahunan Setiap Suku Tahun
Tahun
1 108.00 108.16 108.24
>2 116.64 116.99 117.17

Satu cara lagi bagaimana nilai masa depan wang RM100 boleh ditingkatkan ialah dengan
menyimpan wang itu di bank bagi satu tempoh yang lebih lama (iaitu dengan melanjutkan
tempoh, n dalam pengiraan ini). Contohnya, RM100 yang dikompaunkan pada kadar yang
sama iaitu 8% tetapi untuk satu tempoh yang lebih panjang, akan menghasilkan pulangan
yang lebih tinggi untuk tempoh empat tahun, nilai masa depan ialah RM136, manakala
bagi tempoh enam tahun, nilai masa depannya ialah RM158.70.

Nilai masa depan RM100 pada kadar 8% - terkompaun untuk tempoh

2 tahun RM116.64
4 tahun RM136.00
6 tahun RM158.70

Perkaitan nilai masa depan (iaitu nilai pada kadar faedah dan tempoh yang berbeza) boleh
dilihat melalui carta yang berikut.

Perkaitan nilai masa depan

FV bagi 20%
RM100 15%
10%

5%

Masa

4
Daripada carta di atas, kita dapat melihat yang berikut:

Nilai masa depan RM100 meningkat mengikut masa, selari dengan peningkatan
kadar faedah.
Pada kadar faedah yang sama (katakan, pada kadar 5%) nilai masa depan
RM100 meningkat sambil tempoh masa juga meningkat.

6.4. Konsep nilai masa kini (PV)

Selalunya, elok jika dipastikan nilai masa kini (sekarang) bagi jumlah masa depan wang.
Nilai kini ialah nilai ringgit kini bagi satu jumlah masa depan, atau dengan kata lain, ia
merupakan jumlah yang perlu dilaburkan sekarang pada satu kadar faedah tertentu dalam
satu tempoh tertentu bagi menyamai jumlah masa akan datang. Proses mencari nilai kini
disebut sebagai pendiskaunan, dan sebenarnya adalah kebalikan bagi faedah
pengkompaunan. Proses ini ialah ciri utama dalam penilaian aset kewangan, contohnya,
dalam menentukan nilai saham menggunakan analisis aliran tunai terdiskaun (DCF).

Pada dasarnya, nilai kini digunakan untuk menjawab soalan, Jika saya boleh mendapatkan
satu kadar pulangan tertentu, (katakan, r%) bagi wang saya, apakah jumlah paling banyak
yang harus saya bayar bagi berpeluang menerima sejumlah wang (katakan, FVn ringgit),
pada masa depan (katakan, tempoh n dari hari ini)? Pendiskaunan bukan mencari nilai
masa depan ringgit kini yang dilaburkan pada kadar faedah tertentu, sebaliknya
pendiskaunan menentukan nilai kini bagi satu jumlah masa depan, dengan andaian bahawa
pembuat keputusan itu berpeluang memperoleh sesuatu kadar pulangan, r% atas wang
tersebut. Kadar pulangan ini biasanya disebut sebagai kadar faedah, kadar diskaun, kadar
pulangan yang diperlukan, kos modal atau kos melepas.

Contoh
Anda berpeluang mendapat RM100, dua tahun dari sekarang. Apakah jumlah paling banyak
yang anda perlu bayar, sekiranya anda boleh mendapat, katakan 6%, daripada pelaburan
anda?

Untuk menjawabnya, kita perlu menentukan berapa ringgit perlu dilaburkan pada kadar 6%
hari ini (terkompaun sekali setahun) untuk mendapat RM100 dalam masa dua tahun. Kita
gunakan PV sebagai nilai kini, yang tidak diketahui jumlahnya, dan dengan menggunakan
persamaan nilai masa depan, contoh ini boleh dikira seperti yang berikut:

PV x (1.06) = RM100

5
Dengan menyusun semula persamaan bagi mendapatkan jumlah PV, kita dapati jawapannya
ialah RM89 (atau, RM100 dibahagi dengan 1.1236). Dengan kata lain, nilai kini sebanyak
RM100 yang akan diterima dua tahun dari sekarang dengan peluang mendapat faedah
sebanyak 6% ialah bersamaan dengan RM89 pada hari ini.

Sekarang Tahun 1 Tahun 2

PV = RM89 FV2 = RM100

RM89 sekarang bersamaan dengan RM100, jika kita boleh mendapat pulangan
sebanyak 6% bagi tempoh dua tahun (terkompaun secara tahunan).

Sebagaimana yang ditunjukkan dalam contoh di atas, kita boleh mendapatkan nilai kini
dengan menyusun semula persamaan nilai masa depan. Oleh itu, persamaan nilai kini boleh
dinyatakan begini:

PV = FVn / (1 + r)

Dan, untuk itu, nilai kini dalam contoh ini dikira seperti di bawah:

PV = RM100 / (1 + 0.06) = RM89

Bagaimana nilai kini bagi sejumlah wang pada masa depan (FVn), katakanlah RM100, boleh
ditingkatkan?

Caranya:

1) Dengan menurunkan kadar faedah yang digunakan, nilai kini bagi satu jumlah masa depan boleh
ditingkatkan. Dalam contoh di sini, jika kadar faedah yang digunakan ialah 5% (bukannya 6%),
maka nilai kini bagi RM100 yang akan diterima dalam masa dua tahun lagi ialah sebanyak
RM90.70 dan bukannya RM89. Ini dikira dengan cara RM100 dibahagi dengan (1.05).

2) Nilai kini RM100 yang akan diterima akan menjadi lebih tinggi jika tempohnya dipendekkan.
Dengan andaian kadar faedah tetap sama, (iaitu 6%), PV bagi RM100 yang akan diterima dalam
masa satu tahun dari sekarang ialah sebanyak RM94.33, iaitu lebih tinggi berbanding bagi
tempoh dua tahun (RM89). Ini boleh dikira dengan cara RM100 dibahagi dengan (1.06).

6
Perkaitan nilai kini (iaitu pada kadar faedah dan tempoh yang berbeza) boleh dilihat melalui
carta yang berikut.

Perkaitan nilai kini (pada kadar faedah dan tempoh yang berbeza)

PV bagi 0%
RM100
5%

10%

15%

20%

Masa

Daripada carta di atas, kita boleh melihat perkara berikut:

Nilai kini bagi RM100 turun mengikut masa, sambil kadar faedah meningkat.

Pada kadar faedah yang sama (katakan, 5%) nilai kini bagi RM100 menurun

ketika tempoh masa meningkat.

Sama dengan pengiraan nilai masa depan, nilai kini bagi satu jumlah boleh juga
ditentukan menggunakan jadual faktor, dikenali sebagai jadual faktor faedah nilai kini
(PVIF) lihat Jadual A-3 dalam Lampiran.

Jumlah nilai kini boleh dikira seperti berikut:

PV = FVn x PVIF (r%, n)

Penunjuk,

PV = nilai kini,
FVn = nilai masa depan,
PVIF (r%, n) = faktor faedah nilai kini, bagi kadar faedah, r% dan bilangan tempoh, n.

Daripada jadual PVIF, pertama sekali perlu dipastikan faktor bagi PVIF (r%, n); dalam
contoh di sini, r =6%, dan n = 2. Oleh itu, lihat kolum (6%), persilangan dengan barisan (n
=2) ialah 0.89. Menggunakan faktor ini, kita boleh mengira PV sebagai:

PV = 100 x 0.89 = RM89

7
6.5. Aliran tunai anuiti
Anuiti
Dalam bahagian sebelum ini, kita telah melihat konsep nilai kini dan nilai masa
depan, yang membabitkan satu jumlah tunggal. Contohnya ialah nilai masa depan
bagi RM100yang akan diterima dalam tempoh dua tahun dari hari ini terkompaun
pada kadar 8% atau nilai kini RM100 dalam masa dua tahun, didiskaun pada 6%.
Selain itu, penting juga melihat kepada situasi yang membabitkan lebih daripada
jumlah tunggal. Contohnya, bagaimana hendak menentukan nilai kini RM100 yang
akan diterima pada akhir tahun pertama, dan RM100 yang akan diterima pada akhir
tahun kedua, dengan mengambil kira kesan nilai masa wang? Jumlah sama (RM100)
yang akan diterima bagi setiap tempoh dikenali sebagai anuiti, iaitu aliran tunai
yang sama dan berkala.

Penting untuk memahami asas nilai masa wang, seperti pengkompaunan,

pendiskaunan dan anuiti, kerana ada banyak pengaplikasian yang menggunakan
konsep ini dalam hal-hal kewangan. Dan, sebahagian daripada pengaplikasian ini
adalah yang selalu kita temui dalam kehidupan harian, contohnya, dalam
memastikan jumlah deposit yang diperlukan untuk menghimpunkan satu jumlah
masa depan yang diperlukan (simpanan sebagai persediaan bersara) nilai masa
depan anuiti, atau dalam pengiraan pelunasan pinjaman bagi sewa beli rumah nilai
masa kini anuiti. Contoh lain termasuklah pengiraan nilai masa depan simpanan yang
dibuat dalam simpanan tetap.

6.6. Konsep nilai masa depan anuiti (FVA)

Contoh nilai masa depan anuiti
Nilai masa depan sesuatu anuiti (FVA) boleh juga ditentukan melalui pengkompaunan
bayaran secara berasingan. Sebagai contoh, nilai masa depan RM100 yang akan diterima
pada penghujung tahun pertama dan RM100 yang akan diterima pada penghujung
tahun kedua, boleh digambarkan seperti yang berikut:

Dengan mengandaikan dalam contoh ini, bahawa kadar faedah ialah 8%, nilai masa
depan anuiti boleh dikira seperti yang berikut:

FVA = RM100 x (1.08) + RM100

= RM208

8
Sebagai alternatif, kita boleh menggunakan jadual anuiti faktor faedah nilai masa depan
(FVIFA) Jadual A-2 dalam Lampiran, untuk menentukan nilai masa depan bagi anuiti di
atas.

Nilai masa depan sesuatu anuiti boleh dikira menggunakan formula yang berikut:

FVA = PMT x FVIFA (r%, n)

Penunjuk,

FVA = anuiti nilai masa depan,

PMT = bayaran sama,
faktor faedah nilai masa depan anuiti, bagi kadar faedah, r% dan
FVIFA (r%, n) =
bilangan tempoh, n.

Daripada jadual FVIFA, pertama sekali perlu ditentukan faktor bagi FVIFA (r%, n); dalam
contoh di sini, r = 8%, dan n = 2. Oleh itu, lihat kolum (8%), persilangan dengan barisan (n =
2) ialah 2.08. Menggunakan faktor ini, kita boleh mengira FVA sebagai:

FVA = 100 x 2.08 = RM208

6.7. Konsep nilai masa kini anuiti (PVA)

Contoh nilai kini bagi anuiti 1

Nilai kini bagi sesuatu anuiti (PVA), RM100 yang akan diterima pada akhir tahun
pertama, dan RM100 yang akan diterima pada tahun kedua, boleh ditentukan melalui
pendiskaunan jumlah secara berasingan, pada kadar faedah yang bersesuaian.

Andaian bahawa bayaran dilakukan pada penghujung tempoh. Bayaran yang sepatutnya
diberi pada awal tempoh dikenali sebagai anuiti awal tempoh.

Sekarang Tahun 1 Tahun 2

PVA RM100 RM100

Dalam contoh ini, jika kita mengandaikan bahawa kadar faedah ialah 6%, maka nilai kini
aliran tunai boleh dikira seperti yang berikut:

PVA = [RM100 / (1.06) ] + [ RM100 / (1.06)]

= RM94.33 + 89.0
= RM183.33

9
Bagi memudahkan pengiraan, kita boleh juga menggunakan jadual anuiti faktor faedah
masa kini (PVIFA) lihat Jadual A-4 dalam Lampiran.

Nilai kini anuiti boleh dikira menggunakan formula yang berikut:

PVA = PMT x PVIFA (r%, n)

Penunjuk,

PVA = nilai kini anuiti,

PMT = bayaran sama,
faktor faedah nilai kini anuiti, bagi kadar faedah, r% dan
PVIFA (r%, n) =
bilangan tempoh, n.

Daripada jadual PVIFA, pertama sekali perlu dipastikan faktor bagi PVIFA (r%, n); dalam
contoh di sini, r =6%, dan n = 2. Oleh itu, lihat kolum (6%), persilangan dengan barisan (n
= 2) ialah 1.833. Menggunakan faktor ini, kita boleh mengira PVA seperti ini:

PVA = 100 x 1.833 = RM183.3

6.8. Nilai kini bagi perpetuiti

Bayaran anuiti yang tiada tempoh matang iaitu siri bayaran secara berterusan
adalah dipanggil perpetuiti. Contohnya saham keutamaan yang mempunyai
tempoh matang infiniti, bayaran dividennya adalah dinamakan bayaran perpetuiti.
Contoh:
Nilai kini bagi RM100 dibayar secara berterusan selama-lamanya setiap tahun.
Faedah yang diberikan adalah 8% setahun.

Rumus:
PVA perpetuiti = PMT/r

Dimana:
PVA perpetuiti = nilai kini perpetuiti
PMT = bayaran perpetuiti
R = kadar faedah bagi setiap bayaran

Cara pengiraan:

PVA perpetuiti = RM100/0.08

= RM1,250.00

6.9. Aliran tunai tidak sama

Aliran tunai masuk secara amalannya bukanlah sentiasa sama atau seragam setiap
bulan. Bagi pelaburan yang menghasilkan aliran tunai tidak sama, tempoh bayaran

10
balik akan dihitung dengan menjumlahkan aliran tunai masuk sehingga menyamai
jumlah pelaburan awal projek. Dalam keadaan tertentu, hayat sesuatu projek boleh
juga mempengaruhi kos penyelenggaraan. Contohnya, semakin lama tempoh
projek, semakin meningkat kos penyelenggaraan yang boleh menyebabkan aliran
tunai masuk menurun dari tahun ke tahun. Contoh aliran tunai tidak sama bagi
sesuatu projek adalah yang berikut:

RM120,000 RM70,000 RM50,000 RM40,000 RM20,000 RM5,000

0 1 2 3 4 5 Masa

Merujuk garis masa di atas, sekiranya projek melibatkan aliran tunai yang tidak
sama setiap tahun contohnya untuk tujuan pelaburan, pengiraan tempoh bayaran
balik akan dibuat secara terkumpul. dengan pelaburan asal berjumlah RM120,000,
syarikat akan menerima Rm 70,000 pada tahun 1, RM50,00 pada tahun ke-2 dan
seterusnya. Aliran wang tunai masuk adalah berkurangan mengikut tahun kerana
kadar diskaun digunakan sehingga nilai kini bersih menjadi sifar. Bagi menentukan
kadar diskauan, jadual faktor diskaun digunakan.
Contoh pengiraan:
Syarikat Nanimaju becadang untuk memilih satu projek pelaburan yang melibatkan
wang RM30,000. Tempoh bayaran balik maksimum adalah lima tahun. Aliran tunai
projek X, Y dan Z adalah seperti berikut:

Tahun Projek X Projek Y Projek Z

1 RM3,000 RM4,000 RM5,500
2 RM3,000 RM4,000 RM4,500
3 RM3,000 RM10,000 RM6,000
4 RM3,000 RM12,000 RM12,000
5 RM3,000 RM 12,000 RM14,000

Tempoh balik bagi Projek X, Y dan Z.adalah:

Projek X:
Aliran tunai masuk projek A adalah seragam setiap tahun. Jadi tempoh bayaran balik
adalah:
Pelaburan awal = RM30,000 = 10 tahun
Aliran tunai tahunan RM RM3,000

Projek Y dan Z pula menghasilkan aliran tunai tidak seragam. Oleh itu aliran tunai
terkumpul perlu dihitung seperti berikut:

Tahun Projek Y Projek Z

Aliran Tunai Aliran Aliran Aliran
Masuk Tunai Tunai Tunai

11
Terkumpul Masuk Terkumpul
1 RM4,000 RM4,000 RM5,500 RM5,500
2 RM4,000 RM8,000 RM4,500 RM10,000
3 RM10,000 RM18,000 RM6,000 RM16,000
4 RM12,000 RM30,000 RM12,000 RM28,000
5 RM 12,000 RM42,000 RM14,000 RM42,000

Projek Y dan Projek Z pula menghasilkan aliran tunai yang tidak seragam. Oleh itu,
tempoh bayaran balik adalah:

Bagi Projek Y, tempoh bayaran balik adalah empat tahun. Aliran tunai terkumpul
pada tahun ke-4 adalah RM30,000 iaitu menyamai pelaburan awal Projek Y
sebanyak RM30,000.

Bagi Projek Z, tempoh bayaran balik adalah melebihi tahun ke-4 tetapi kurang
daripada tahun ke-5. Aliran tunai terkumpul pada tahun ke-4 adalah RM28,000 iaitu
kurang RM2,000 daripada pelaburan awal. Oleh itu, jumlah kurangan RM2,000
diperlukan untuk mencukupkan kos pelaburan awal supaya menyamai RM20,000.
Jadi, tempoh bayar balik projek Y dikira seperti berikut:
4 tahun + RM2,000 x 12 bulan = 4 tahun 2 bulan
RM12,000

Tempoh bayaran balik bagi Projek Z adalah 4 tahun 2 bulan manakala Projek Y
adalah 4 tahun. Oleh yang demikian, Projek Y akan dipilih kerana tempoh bayaran
balik adalah paling kurang iaitu hanya 4 tahun berbanding Projek Z iaitu 4 tahun 2
bulan.

6.10. Pelunasan pinjaman

Rumusan

Penting untuk memahami asas nilai masa wang, seperti pengkompaunan, pendiskaunan dan
anuiti, kerana ada banyak pengaplikasian yang menggunakan konsep ini dalam hal-hal
kewangan. Dan, sebahagian daripada pengaplikasian ini adalah yang selalu kita temui dalam
kehidupan harian, contohnya, dalam memastikan jumlah deposit yang diperlukan untuk
menghimpunkan satu jumlah masa depan yang diperlukan (simpanan sebagai persediaan
bersara) nilai masa depan anuiti, atau dalam pengiraan pelunasan pinjaman bagi sewa beli
rumah nilai masa kini anuiti. Contoh lain termasuklah pengiraan nilai masa depan
simpanan yang dibuat dalam simpanan tetap.

12
Ringkasan - Nilai Masa Wang

Salah satu konsep paling asas (dan penting) dalam menganalisis pelaburan ialah konsep nilai
masa wang.

Nilai jumlah kini pada masa depan, ditemui dengan pengaplikasian faedah kompaun (atau
pengkompaunan) mengikut masa, dikenali sebagai nilai masa depan.

Nilai masa depan bagi sesuatu pelaburan, boleh ditingkatkan dengan:

1) memperoleh kadar faedah lebih tinggi; dan/atau
2) melabur bagi satu tempoh yang lebih lama.

Pengkompaunan yang lebih kerap, contohnya setiap suku tahun dan bukannya setahun
sekali, boleh juga meningkatkan nilai masa depan bagi sesuatu jumlah.

Nilai kini ialah nilai masa kini ringgit bagi sesuatu jumlah masa depan, dan ditemui melalui
proses yang dikenali sebagai pendiskaunan.

Nilai kini bagi sesuatu jumlah masa depan boleh ditingkatkan melalui 1) merendahkan kadar
faedah yang diperoleh;
2) dan/atau memendekkan tempoh masa.

Anuiti ialah aliran tunai yang sama dan berkala.

Nilai kini dan nilai masa depan bagi sesuatu anuiti boleh ditentukan menggunakan jadual
faktor faedah masing-masing (PVIFA dan FVIFA).

Konsep anuiti penting dalam celik kewangan kerana kita akan menemuinya ketika membuat
simpanan persaraan, dan pelunasan pinjaman perumahan.

Latihan:

1. Jika anda melabur RM4000 dalam akaun tetap pada hari ini,

berapakah baki akaun anda 4 tahun akan datang berdasarkan situasi berikut:

i. 4 % faedah tahunan dikompaunkan setiap hari.

ii 4% faedah tahunan dikompaunkan setiap bulan.

iii. 4 % faedah tahunan dikompaunkan setahun dua kali.

iv. 4 % faedah tahunan dikompaunkan setiap tahun.

vi. 4 % faedah tahunan dikompaunkan tiga bulan sekali.

13
2. Jika Encik Johny akan ingin membeli sebuah rumah 20 tahun daripada sekarang. Nilai
rumah berkenaan dijangka akan meningkat menjadi RM300,000 pada tahun berkenaan.
Bagi langkah awal, Encik Johny menyimpan sebahagian wang gajinya setahun dalam akaun
simpanan. Dianggarkan pihak bank akan menawarkan faedah 6% setahun. Berapakah
jumlah simpanan yang akan diperolehi ketika bersara kelak?

Rujukan:

Horne, J.C. V. 2000. Asas Pengurusan Kewangan, Dewan Bahasa Pustaka, Kuala Lumpur.

K.K. 2001. Matematik Kewangan, Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur

Lau. T.K., Phang, Y. N., Wee, K.K.2012, Business Mathematics for UiTM, Forth Edition, Oxford Fajar,
Shah Alam.

Sabri Hussin. 2005. Pengurusan Perniagaan, Jilid 2, Cengage Learning Asia Pte.Ltd.

http://kingofformulas.com/

http://hoileongchan.blogspot.com/2012/11/mathematical-tables.html

www.cengage.com/resource_uploads/downloads/0324597703_222122.xls

14
Lampiran

Nilai masa depan menggunakan formula berikut: FVn= PV x FVIF (r%, n)

Nilai masa depan [Future value interest factor of $1 per period at i% for n periods, FVIF(i,n)]

Period 1% 2% 3% 4% 5% 6% 7% 8% 9% 10% 11% 12% 13% 14% 15% 16% 17% 18% 19% 20%

1 1.0100 1.0200 1.0300 1.0400 1.0500 1.0600 1.0700 1.0800 1.0900 1.1000 1.1100 1.1200 1.1300 1.1400 1.1500 1.1600 1.1700 1.1800 1.1900 1.2000

2 1.0201 1.0404 1.0609 1.0816 1.1025 1.1236 1.1449 1.1664 1.1881 1.2100 1.2321 1.2544 1.2769 1.2996 1.3225 1.3456 1.3689 1.3924 1.4161 1.4400

3 1.0303 1.0612 1.0927 1.1249 1.1576 1.1910 1.2250 1.2597 1.2950 1.3310 1.3676 1.4049 1.4429 1.4815 1.5209 1.5609 1.6016 1.6430 1.6852 1.7280

4 1.0406 1.0824 1.1255 1.1699 1.2155 1.2625 1.3108 1.3605 1.4116 1.4641 1.5181 1.5735 1.6305 1.6890 1.7490 1.8106 1.8739 1.9388 2.0053 2.0736

5 1.0510 1.1041 1.1593 1.2167 1.2763 1.3382 1.4026 1.4693 1.5386 1.6105 1.6851 1.7623 1.8424 1.9254 2.0114 2.1003 2.1924 2.2878 2.3864 2.4883

6 1.0615 1.1262 1.1941 1.2653 1.3401 1.4185 1.5007 1.5869 1.6771 1.7716 1.8704 1.9738 2.0820 2.1950 2.3131 2.4364 2.5652 2.6996 2.8398 2.9860

7 1.0721 1.1487 1.2299 1.3159 1.4071 1.5036 1.6058 1.7138 1.8280 1.9487 2.0762 2.2107 2.3526 2.5023 2.6600 2.8262 3.0012 3.1855 3.3793 3.5832

8 1.0829 1.1717 1.2668 1.3686 1.4775 1.5938 1.7182 1.8509 1.9926 2.1436 2.3045 2.4760 2.6584 2.8526 3.0590 3.2784 3.5115 3.7589 4.0214 4.2998

9 1.0937 1.1951 1.3048 1.4233 1.5513 1.6895 1.8385 1.9990 2.1719 2.3579 2.5580 2.7731 3.0040 3.2519 3.5179 3.8030 4.1084 4.4355 4.7854 5.1598

10 1.1046 1.2190 1.3439 1.4802 1.6289 1.7908 1.9672 2.1589 2.3674 2.5937 2.8394 3.1058 3.3946 3.7072 4.0456 4.4114 4.8068 5.2338 5.6947 6.1917

11 1.1157 1.2434 1.3842 1.5395 1.7103 1.8983 2.1049 2.3316 2.5804 2.8531 3.1518 3.4785 3.8359 4.2262 4.6524 5.1173 5.6240 6.1759 6.7767 7.4301

12 1.1268 1.2682 1.4258 1.6010 1.7959 2.0122 2.2522 2.5182 2.8127 3.1384 3.4985 3.8960 4.3345 4.8179 5.3503 5.9360 6.5801 7.2876 8.0642 8.9161

13 1.1381 1.2936 1.4685 1.6651 1.8856 2.1329 2.4098 2.7196 3.0658 3.4523 3.8833 4.3635 4.8980 5.4924 6.1528 6.8858 7.6987 8.5994 9.5964 10.6993

14 1.1495 1.3195 1.5126 1.7317 1.9799 2.2609 2.5785 2.9372 3.3417 3.7975 4.3104 4.8871 5.5348 6.2613 7.0757 7.9875 9.0075 10.1472 11.4198 12.8392

15 1.1610 1.3459 1.5580 1.8009 2.0789 2.3966 2.7590 3.1722 3.6425 4.1772 4.7846 5.4736 6.2543 7.1379 8.1371 9.2655 10.5387 11.9737 13.5895 15.4070

16 1.1726 1.3728 1.6047 1.8730 2.1829 2.5404 2.9522 3.4259 3.9703 4.5950 5.3109 6.1304 7.0673 8.1372 9.3576 10.7480 12.3303 14.1290 16.1715 18.4884

17 1.1843 1.4002 1.6528 1.9479 2.2920 2.6928 3.1588 3.7000 4.3276 5.0545 5.8951 6.8660 7.9861 9.2765 10.7613 12.4677 14.4265 16.6722 19.2441 22.1861

18 1.1961 1.4282 1.7024 2.0258 2.4066 2.8543 3.3799 3.9960 4.7171 5.5599 6.5436 7.6900 9.0243 10.5752 12.3755 14.4625 16.8790 19.6733 22.9005 26.6233

19 1.2081 1.4568 1.7535 2.1068 2.5270 3.0256 3.6165 4.3157 5.1417 6.1159 7.2633 8.6128 10.1974 12.0557 14.2318 16.7765 19.7484 23.2144 27.2516 31.9480

20 1.2202 1.4859 1.8061 2.1911 2.6533 3.2071 3.8697 4.6610 5.6044 6.7275 8.0623 9.6463 11.5231 13.7435 16.3665 19.4608 23.1056 27.3930 32.4294 38.3376

25 1.2824 1.6406 2.0938 2.6658 3.3864 4.2919 5.4274 6.8485 8.6231 10.8347 13.5855 17.0001 21.2305 26.4619 32.9190 40.8742 50.6578 62.6686 77.3881 95.3962

30 1.3478 1.8114 2.4273 3.2434 4.3219 5.7435 7.6123 10.0627 13.2677 17.4494 22.8923 29.9599 39.1159 50.9502 66.2118 85.8499 111.0647 143.3706 184.6753 237.3763

35 1.4166 1.9999 2.8139 3.9461 5.5160 7.6861 10.6766 14.7853 20.4140 28.1024 38.5749 52.7996 72.0685 98.1002 133.1755 180.3141 243.5035 327.9973 440.7006 590.6682

40 1.4889 2.2080 3.2620 4.8010 7.0400 10.2857 14.9745 21.7245 31.4094 45.2593 65.0009 93.0510 132.7816 188.8835 267.8635 378.7212 533.8687 750.3783 1,051.6675 1,469.7716

50 1.6446 2.6916 4.3839 7.1067 11.4674 18.4202 29.4570 46.9016 74.3575 117.3909 184.5648 289.0022 450.7359 700.2330 1,083.6574 1,670.7038 2,566.2153 3,927.3569 5,988.9139 9,100.4382

15
Nilai kini anuiti boleh dikira menggunakan formula yang berikut:

PVA = PMT x PVIFA (r%, n)

Present value interest factor of an (ordinary) annuity of $1 per period at i% for n periods, PVIFA(i,n).
Period 1% 2% 3% 4% 5% 6% 7% 8% 9% 10% 11% 12% 13% 14% 15% 16% 17% 18% 19% 20%
1 0.990 0.980 0.971 0.962 0.952 0.943 0.935 0.926 0.917 0.909 0.901 0.893 0.885 0.877 0.870 0.862 0.855 0.847 0.840 0.833
2 1.970 1.942 1.913 1.886 1.859 1.833 1.808 1.783 1.759 1.736 1.713 1.690 1.668 1.647 1.626 1.605 1.585 1.566 1.547 1.528
3 2.941 2.884 2.829 2.775 2.723 2.673 2.624 2.577 2.531 2.487 2.444 2.402 2.361 2.322 2.283 2.246 2.210 2.174 2.140 2.106
4 3.902 3.808 3.717 3.630 3.546 3.465 3.387 3.312 3.240 3.170 3.102 3.037 2.974 2.914 2.855 2.798 2.743 2.690 2.639 2.589
5 4.853 4.713 4.580 4.452 4.329 4.212 4.100 3.993 3.890 3.791 3.696 3.605 3.517 3.433 3.352 3.274 3.199 3.127 3.058 2.991
6 5.795 5.601 5.417 5.242 5.076 4.917 4.767 4.623 4.486 4.355 4.231 4.111 3.998 3.889 3.784 3.685 3.589 3.498 3.410 3.326
7 6.728 6.472 6.230 6.002 5.786 5.582 5.389 5.206 5.033 4.868 4.712 4.564 4.423 4.288 4.160 4.039 3.922 3.812 3.706 3.605
8 7.652 7.325 7.020 6.733 6.463 6.210 5.971 5.747 5.535 5.335 5.146 4.968 4.799 4.639 4.487 4.344 4.207 4.078 3.954 3.837
9 8.566 8.162 7.786 7.435 7.108 6.802 6.515 6.247 5.995 5.759 5.537 5.328 5.132 4.946 4.772 4.607 4.451 4.303 4.163 4.031
10 9.471 8.983 8.530 8.111 7.722 7.360 7.024 6.710 6.418 6.145 5.889 5.650 5.426 5.216 5.019 4.833 4.659 4.494 4.339 4.192
11 10.368 9.787 9.253 8.760 8.306 7.887 7.499 7.139 6.805 6.495 6.207 5.938 5.687 5.453 5.234 5.029 4.836 4.656 4.486 4.327
12 11.255 10.575 9.954 9.385 8.863 8.384 7.943 7.536 7.161 6.814 6.492 6.194 5.918 5.660 5.421 5.197 4.988 4.793 4.611 4.439
13 12.134 11.348 10.635 9.986 9.394 8.853 8.358 7.904 7.487 7.103 6.750 6.424 6.122 5.842 5.583 5.342 5.118 4.910 4.715 4.533
14 13.004 12.106 11.296 10.563 9.899 9.295 8.745 8.244 7.786 7.367 6.982 6.628 6.302 6.002 5.724 5.468 5.229 5.008 4.802 4.611
15 13.865 12.849 11.938 11.118 10.380 9.712 9.108 8.559 8.061 7.606 7.191 6.811 6.462 6.142 5.847 5.575 5.324 5.092 4.876 4.675
16 14.718 13.578 12.561 11.652 10.838 10.106 9.447 8.851 8.313 7.824 7.379 6.974 6.604 6.265 5.954 5.668 5.405 5.162 4.938 4.730
17 15.562 14.292 13.166 12.166 11.274 10.477 9.763 9.122 8.544 8.022 7.549 7.120 6.729 6.373 6.047 5.749 5.475 5.222 4.990 4.775
18 16.398 14.992 13.754 12.659 11.690 10.828 10.059 9.372 8.756 8.201 7.702 7.250 6.840 6.467 6.128 5.818 5.534 5.273 5.033 4.812
19 17.226 15.678 14.324 13.134 12.085 11.158 10.336 9.604 8.950 8.365 7.839 7.366 6.938 6.550 6.198 5.877 5.584 5.316 5.070 4.843
20 18.046 16.351 14.877 13.590 12.462 11.470 10.594 9.818 9.129 8.514 7.963 7.469 7.025 6.623 6.259 5.929 5.628 5.353 5.101 4.870
25 22.023 19.523 17.413 15.622 14.094 12.783 11.654 10.675 9.823 9.077 8.422 7.843 7.330 6.873 6.464 6.097 5.766 5.467 5.195 4.948
30 25.808 22.396 19.600 17.292 15.372 13.765 12.409 11.258 10.274 9.427 8.694 8.055 7.496 7.003 6.566 6.177 5.829 5.517 5.235 4.979
35 29.409 24.999 21.487 18.665 16.374 14.498 12.948 11.655 10.567 9.644 8.855 8.176 7.586 7.070 6.617 6.215 5.858 5.539 5.251 4.992
40 32.835 27.355 23.115 19.793 17.159 15.046 13.332 11.925 10.757 9.779 8.951 8.244 7.634 7.105 6.642 6.233 5.871 5.548 5.258 4.997
50 39.196 31.424 25.730 21.482 18.256 15.762 13.801 12.233 10.962 9.915 9.042 8.304 7.675 7.133 6.661 6.246 5.880 5.554 5.262 4.999

16

17
Nilai kini anuiti biasa boleh dikira menggunakan formula yang berikut:

18
19

Anda mungkin juga menyukai