Anda di halaman 1dari 3

BIDANG TUGAS AJK ASRAMA 2015

JAWATAN TUGAS
KETUA Menyediakan buku laporan. (carta, senarai nama, laporan)
Memastikan semua pengawas menjalankan tugas.
Membuat roll call mengikut keperluan.
Mengadakan mesyuarat bersama AJK setiap minggu.
Memastikan semua penghuni mengikut peraturan asrama.
Membuat laporan kepada warden jika terdapat sebarang
masalah.
Membuat pemantauan disiplin.
Menyemak buku laporan semua biro setiap minggu.
Menyerahkan buku laporan utama kepada warden setiap hujung
minggu.
Memastikan semua penghuni berkumpul di hadapan surau
sebelum ke sekolah.

PEN. KETUA Menyediakan buku laporan. (carta, senarai nama, laporan)


Membantu dan bekerjasama dengan ketua dalam menjalankan
tugas.
Membuat laporan ringkas kepada warden setiap pagi sebelum
pukul 7.15am.

SETIAUSAHA Menyediakan buku laporan asrama. (carta, senarai nama,
laporan)
Mencatat minit mesyuarat
Melaporkan kepada warden pelajar yang keluar masuk pada hari
outing
Mengambil dan melaporkan kedatangan penghuni setiap hari
sabtu kepada warden.

BIRO DISIPLIN Menyediakan buku laporan biro. (carta, senarai nama, laporan)
Mewujudkan ahli jawatan kuasa.
Memastikan penghuni sentiasa mengikut peraturan.
Membuat laporan kepada warden jika terdapat penghuni
melanggar peraturan asrama.
Memastikan semua pelajar sentiasa menepati masa.
Memantau pergerakan penghuni dari semasa ke semasa.
Memastikan semua penghuni menepati masa mengikut jadual
yang ditetapkan.
Mengadakan pemeriksaan ke atas penghuni dari semasa ke
semasa.
BIRO AKADEMIK Menyediakan buku laporan biro. (carta, senarai nama, laporan)
Menubuhkan jawatankuasa
Memastikan semua penghuni mengikuti kelas persediaan (PREP)
pada waktu petang dan malam.
Membuat catatan dan laporan setiap hari bagi pelajar yang
tidak mengikuti PREP dan membuat bising semasa PREP.
Mengambil keputusan peperiksaan setiap penghuni dan
menyerahkan kepada warden.
Menghantar laporan setiap hujung minggu.
Membuat laporan kepada warden jika penghuni melanggar
peraturan berkaitan akademik.
Menyediakan jadual bertugas di dalam bilik PREP

BIRO IBADAT Menyediakan buku laporan biro. (carta, senarai nama, laporan)
Mewujudkan jawatankuasa.
Memastikan semua penghuni turun ke surau setiap waktu
solat.
Memastikan azan dan iqamah dilaungkan setiap waktu solat
mengikut jadual yang disediakan.
Memastikan semua penghuni tidak membuat bising semasa
berada di dalam surau.
Memastikan semua penghuni mengikuti kelas celik Al-Quran
pada waktu malam.
Menyediakan jadual tugas imam dan muazzin
Menyediakan jadual bacaan doa setiap pagi sebelum ke sekolah
Memastikan doa dibaca setiap pagi sebelum ke sekolah.
Membuat laporan harian

BIRO KEBAJIKAN Menyediakan buku laporan biro. (carta, senarai nama, laporan)
Mencatat nama pelajar yang sakit.
Melaporkan kepada warden pelajar yang sakit.
Menyimpan ubat-ubatan
Mengiringi warden ke hospital

BIRO KEBERSIHAN Menyediakan buku laporan biro. (carta, senarai nama, laporan)
Membuat spot check semua kawasan.
Memastikan persekitaran asrama dalam keadaan bersih. (tandas,
koridor, bilik-bilik, blok)
Menyediakan jadual tugas di tandas, bilik pantry, bilik tayangan,
bilik tuisyen.
Memastikan semua penghuni menjalankan tugas dan mengambil
tindakan jika ada penghuni yang tidak menjalankan tugas.
BIRO MAKANAN Menyediakan buku laporan biro. (carta, senarai nama, laporan)
Memastikan makanan disediakan mengikut masa.
Memastikan semua penghuni makan mengikut masa.
(5x sehari)
Memastikan ada giliran pelajar membaca doa setiap kali makan
Mengambil tindakan terhadap penghuni yang turun lewat
semasa makan
Mencatat jika terdapat sebarang masalah berkaitan makanan.
Membuat jadual bacaan doa.

BIRO SUKAN DAN Menyediakan buku laporan biro (carta, senarai nama, laporan
REKRIASI harian)
Mengatur aktiviti sukan yang bersesuaian.
Memastikan semua penghuni menjalani aktiviti riadah setiap
petang.
Membuat laporan kepada warden jika pelajar melanggar
peraturan.
Menulis nama pelajar yang tidak beriadah sama ada dengan
alasan atau sebaliknya.

KETUA KAMAR Menyediakan buku laporan bilik (carta, senarai nama, laporan
harian)
Menyediakan senarai nama ahli, carta dan jadual bertugas bilik.
Memastikan bilik sentiasa bersih terutamanya sebelum ke
sekolah.
Menghias dan menceriakan bilik.
Mengutip dan menghantar buku merah kepada warden setiap
kali balik kampong atau outing.
Memastikan semua ahli mengikut peraturan bilik.
Membuat laporan kepada warden jika terdapat ahli melakukan
kesalahan.

Anda mungkin juga menyukai