Anda di halaman 1dari 14

1.

0 MASYARAKAT

Masyarakat dapat dibahagikan kepada dua kelompok iaitu pertama masyarakat tradisional
dan yang kedua ialah masyarakat moden. Tokoh-tokoh sosiologi di serata dunia juga telah
berjaya mengemukakan beberapa pendapat mereka berkaitan definisi masyarakat. Syaikh
Taqyuddin An-Nabhan menyifatkan masyarakat adalah Sekelompok orang yang membentuk
sebuah sistem semi tertutup atau sebaliknya, dimana kebanyakan interaksi adalah antara
individu-individu yang terdapat dalam kelompok tersebut. Menurut Znaniecki pula, beliau
menyimpulkan bahawa masyarakat sebagai Satu sisitem yang meliputi unit biofisik pada
individu yang bertempat tinggal pada suatu daerah geografis tertentu selama tempoh waktu
tertentu dari suatu generasi. Dalam sosiologi pula, masyarakat dibentuk hanya dalam
kesejajaran kedudukan yanng diterapkan dalam suatu organisasi ( F. Znaniecki, 1950, p
145).

1.1 Masyarakat tradisional

Masyarakat tradisional jika dilihat secara umumnya merujuk kepada sekelompok orang
yang membentuk sebuah sistem semi tertutup atau sebaliknya, dimana kebanyakan interaksi
adalah antara individu-individu yang terdapat dalam kelompok tersebut. Masyarakat
tradisional juga dikatakan sebagai sebuah kelompak manusia yang tidak dinamik dan tidak
mempunyai integrasi yang teratur atau tersusun. Dari sudut politiknya, masyarakat tradisional
mempunyai sistem politik tersendiri di mana kedudukan sesorang itu diletakkan dalam bentuk
hierarki/ berlapis. Susun-lapis golongan pemerintah dari kedudukan tertingginya ialah Raja
atau Sultan. Diikuti oleh kerabat terdekat yang terdiri dari kalangan isteri-isteri, ibu-ibu, anak-
anak, adik beradik dan bapa serta emak saudara bersama anak-anak mereka. Kelompok ini
dibantu oleh pembesar istana sperti oleh Bendahara, diikuti oleh Temenggung, Laksamana,
Penghulu Bendahari, Ketua Hulubalang (Hulubalang Besar) dan lain-lain Orang Besar Istana.
Satu lagi kelompok pemerintah yang penting ialah Pembesar Tempatan yang diistilahkan
sebagai Orang Besar Empat Lipatan dengan gelarannya Orang Besar Empat, Orang Besar
Lapan, Orang Besar Enam Belas dan Orang Besar Tiga Puluh Dua, Dato Penghulu dan Ketua
Kampong. Mereka menjalankan tugas di mana penempatan mereka didirikan berasaskan
kedudukan dan statusnya dalam hierarki pemerintahan. Rakyatnya pula terbahagi pula kepada
dua ketegori iaitu rakyat bebas dan golongan hamba. Rakyat bebas terdiri daripada kalangan
0
orang kaya (berharta), ahli agama, orang yang ada kepandaian yang dikenali sebagai utas,
tukang atau pandai dalam bidang membuat senjata, emas, perahu, rumah, pemuzik atau ahli
Nobat dan kerja perbomohan serta mengurut. Rakyat jelata juga terdiri daripada kalangan
peniaga dan pedagang, dan orang biasa yang menjadi petani, penternak atau nelayan.
Kelompok rakyat jelata ini boleh menaikkan taraf mereka dengan kehendak pemerintah
kerana telah membuat jasa dan bakti atau melalui perkahwinan. Bagi kalangan hamba pula,
mereka menjadi sedemikian kerana warisan dari keturunan, berhutang, hukuman, tawanan
atau kerana kemahuan sendiri untuk menghambakan diri atas sebab dan alasan tertentu.

Dari segi aktiviti ekonomi masyarakat tradisional pula, ekonomi mereka lebih tertumpu
kepada setempat dan feudalisme. Feudalisme di sini merujuk kepada golongan pemerintah
akan melantik beberapa orang pembesar atau golongan pertengahan untuk membenatu dalam
melicinkan urusan-urusan tertentu bagi sesuatu tempat atau daerah . Berlaku juga ekonomi
yang berasaskan sistem barter. Sistem barter membawa pengertian bahawa sejenis
bentuk perniagaan yang tidak menggunakan sebarang bentuk perantara pertukaran, di
mana barangan atau perkhidmatan ditukar dengan barangan dan/atau perkhidmatan lain. Ia
boleh jadi dibuat antara dua atau beberapa pihak. Melalui sistem ini mereka terpaksa
membuat pilihan sesama mereka untuk mendapatkan barang perantaraan yang dapat
membawa manfaat bersama antara mereka. Oleh sebab itu, barang-barang yang digunakan
sebagai alat perantaraan itu berbeza mengikut suasana dan zaman. Melihat pada bidang
pekerjaan meraka pula, majoriti daripada mereka bekerja sebagai petani, nelayan dan
mengutip hasil hutan. Hasil dari pekerjaan pula adalah untuk memenuhi keperluan diri dan
keluarga namun sekiranya mempunyai lebihan hasil, mereka akan menjualkannya kepada
masyarakat setempat.

Seterusnya ialah dari segi sosiobudaya. Masyarakat tradisional mempunyai sosiobudaya


yang pelbagai. Namun begitu, komunikasi antara masyarakat pada waktu itu agak terbatas
akibat terikat ketat dengan tradisi dan budaya hidup yang diperturunkan oleh nenek moyang
mereka. Komunikasi yang terjadi selalunya hanya berlaku dalam kalangan masyarakat
setempat sahaja. Hal ini kerana, mereka tiada alat komunikasi yang ecanggih untuk
menyampai sesuatu maklumat dengan lebih efektif dan cepat. Mereka juga merupakan satu
masyarkat yang hidup dalam keadaan yang bersatu-padu di mana pada waktu itu, masyarakat
tradisional akan melakukan banyak perkara dengan bersama-sama sepeti bergotong royong

1
membersihkan kawasan dan merewang sewaktu perkahwinan. Pada waktu lapang,
masyarakat tradisonal lebih banyak mengahbiskan masa mereka dengan bermain permainan
tradisional seperti sepak takraw dan galah panjang. Mereka juga terkenal dengan sebuah
masyarakat yang berseni di mana masyarakat tradisonal pada ketika itu telah banyak
menghasilkan pelbagai jenis puisi, pantun dan syair yang indah.

1.2 Masyarakat moden

Menurut Talcott Parson perkataan moden berasal daripada bahasa Latin iaitu Modo
yang membawa erti cara dan Ernus yang membawa maksud masa kini. Secara amnya,
masyarakat moden merujuk kepada masyarakat yang sebagian besar warganya
mempunyai orientasi nilai budaya yang terarah ke kehidupan dalam peradaban dunia masa
kini. Masyarakat modern relatif bebas dari kekuasaan adat-istiadat lama kerana mereka
telah mengalami perubahan dalam perkembangan zaman dewasa ini. Perubahan-
perubahan itu terjadi sebagai akibat masuknya pengaruh kebudayaan dari luar yang
membawa kemajuan terutama dalam bidang ilmu pengetahuan dan teknologi. Dalam
mencapai kemajuan itu masyarakat modern berusaha agar mereka mempunyai pendidikan
yang cukup tinggi dan berusaha agar mereka selalu mengikuti perkembangan ilmu
pengetahuan dan teknologi. Kemajuan di bidang ilmu pengetahuan dan teknologi
seimbang dengan kemajuan di bidang lainnya seperti ekonomi, politik, hukum, dan
sebagainya.

Seterusnya kita melihat dari aspek ekonomi. Sisitem ekonomi yang mapah dan kukuh
sudah mampu untuk membawa negara menjadi sebuah negara yang berpendapatan tinggi
dan berdaya saing. Ekonomi masyarakata moden lebih tertumpu kepada sesutu yang
domesik dan lebih besar. Sebagai contohnya, masyarakat moden lebih memilih untuk
menajalankan pekerjaan di dalam pejabat. Masyarakat moden juga menjalankan ekonomi
mereka mereka melalui pernigaan yang dijalan secara dengan skala yang lebih besar
seperti import dan eksport dalam dan luar negara. Mereka juga sudah mempunyai mata
wang yang tetap untuk menjalankan aktiviti ekonomi sama ada dalam negara mahupun
dari luar negara. Aktiviti ekonomi mereka juga didiorang dengan kepelabgain faktor
dalaman seperti

2
Faktor sosiobudaya juga memainkan peranan penting apabila. Sosio budaya
masyarakat moden kelihatan lebih bersifat individu. Tidak seperti msayarakat
tradisional, kebangnyakn individu pada waktu ini lebih cenderung untuk melakukan
aktivit yang bersifat kendiri. Mastarakat moden juga tidak megalami masalah dalam
bidang pendidikan di mana hak untuk mendapatkan pendidikan antara lelaki dan
perempuan diberikan secara sama rata iaitu tidak berlakunya diskriminasi gender
seperti yang berlaku pada masyarakat tradisional. Jika kita melihat dengan mendalam,
iatan keluarga masyarakat moden juga dilihat agak longgar di mana kebanyakan ahli
keluarha sibuk untuk menjalan aktiviti seharian mereka. Contohnya, ibu bapa terlalu
sibuk untuk menguruskan kerjaya mereka sehingga leka akan perkebambangan dan
kebajikan anak meraka. Secara tidak langusng, Rasa solidaritas berdasarkan
kekerabatan umumnya sudah mulai menipis.

2.0 PEMODENAN

Beralih kepada pemodenan pula, pemodenan sendiri mempunyai maksud yang khusus bagi
menilai perkembangan sesuatu perkara atau keadaan. Secara amnya, pemodenan atau
modensasi merupakan istilah yang digunakan bagi menunjukkan tentang kemajuan atau
kemodenan yang dialami oleh masyarakat dunia. Disamping itu terdapat juga kenyataan-
kenyataan yang menerangkan tentang modenisasi. Modensasi dapat dicapai melalui tiga aspek
penting iaitu politik, ekonomi dan budaya. Menurut Syamsul Amri Bahruddin, 2007 beliau
menyifatkan pemodenan sebagai pembangunan berencana yang distrukturkan dengan
pendekatan ekonomi tertentu dan ia dibezakan dengan pembangunan yang tidak berencana
yang selalu disinonimkan dengan pembaratan. Pemodenan juga didefinisikan sebagai
penekanan ke atas ciri-ciri sosial, ekonomi dan politik negara industri barat. Berkait rapat
dengan kecenderungan ini ialah cadangan bahawa modeniti merupakan puncak kejayaan
tamadun barat. Keadaan ini yang hanya boleh dicapai oleh yang berjaya seharusnya dicontohi
oleh setiap masyarakat lain. Pendek kata teori pemodenan bersetuju bahawa aliran
mencontohi modeniti kapitalis barat (Harrison, 1988:153). Di Malaysia, pelbagai kejayaan
pemodenan yang dapat dikecapi lebih-lebih lagi pada era pemerintahan Dr. Mahathir
Mohammad. Sebagai contohnya ialah, dari segi ekonomi kita dapat melihat Dr. Mahathir
telah berjaya mengubah sektor ekonomi asas negara dari sebuah negara yang berasaskan
pertanian kepada sebuah negara yang berasaskan perindustrian pada awal 80-an dan
seterusnya berjaya membawa ekonomi Malaysia ke tahap yang lebih tinggi iaitu sebagai
3
sebuah negara K-Ekonomi. Dari segi budaya dan perkembangan ilmu dan teknologi pula,
beliau telah berjaya menjayakan Projek MSC di mana pada ketika itu timbulnya kesedaran
akan peri pentingnya teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) dalam dalam dunia
perdagangan masa kini dan masa akan datang. Seterusnya bandar pintar dan kerajaan
elektronik juga telah membuka banyak peluang dan ruang kepada era kehidupan yang
berteraskan kepada penyelebarluasan ilmu atau k-era. Walaupun masih baru, era ni telah
menampakkan dan menjanjikan perubahan mutlak kerana ia akan memberikan definisi baru
tanggapan manusia terhadap dunia moden. Pada zaman ini, pemodenan sememangnya mampu
untuk menghasilkan tingkatan yang mengjangkaui aset fizikal dan juga komoditi dari segi
nilai, kepentingan dan kaitannya dengan kemajuan.

3.0 ADAPTASI

Adaptasi merupakan suatu proses penyesuaian setiap apa yang terjadi secara ilmiah di
dalam ekosisitem atau sistem manusia sebagai reaksi terhadap perubahan iklim, baik dengan
meminimalkan tingkat perusakan maupun mengembangkan peluang-peluang yang
menguntungkan sebagai reaksi terhadap iklim yang sedang berubah atau bencana yang akan
terjadi yang terkait dengan perubahan-perubahan lingkungan. Adaptasi adalah suatu
penyesuaian pribadi terhadap lingkungan, penyesuaian ini dapat berarti mengubah diri
peribadi sesuai dengan keadaan lingkungan, juga dapat bererti mengubah lingkungan sesuai
dengan keinginan peribadi (Gerungan,1991:55). Di dalam adaptasi juga terdapat beberapa
pola dalam menyesuaikan diri dengan lingkungan lain. Melalui adaptasi, kita dapat meilhat
bagaimana sesuatu individu/masyarakat atau keadaan dapat beruabah sama ada kepada sesutu
yang lebih baik atau pun buruk.

FAKTOR-FAKTOR PEMODENAN

Mutakhir ini, pemodenan merupakan satu arus kemajuaan bagi sesebuah Negara.
Pemodenan ini juga dapat dikategorikan sebagai pembaratan. Hal ini dapat dilihat semasa
perluasan kuasa barat yang dahulu bertujuan untuk mendapatkan bahan mentah, kuasa
perdagangan bagi memonopoli dan mengawal laluan perdagangan serta keuntungan. Namun,
akhirnya kuasa barat dikembangkan untuk menguasai politik bagi mempertahankan,
mengawal dan mengekalkan negara-negara yang selama ini membekalkan kekayaan,
keuntungan, bahan mentah dan pasaran, yakni perkara-perkara yang genting bagi kemajuan
dan pembangunan perluasan negara mereka sendiri. Proses pembaratan ini dijalankan dengan

4
menerapkan budaya barat dan galakan oleh kerajaan dalam proses industrialisasi moden.
Melalui proses ini juga telah membawa masyarakat lebih kearah pemodenan dan era
globalisasi dunia juga telah mencetuskan pelbagai perubahan dalam kehidupan seharian
masyarakat. Perubahan terhadap gaya hidup berorientasikan teknologi dan kemajuan
maklumat memberi faktor berlakunya pemodenan dan menjadi cabaran terhadap nilai,
budaya, pemikiran dan corak hidup yang bersendikan adat, tatasusila ketimuran dan
penghayatan agama. Setiap hari pelbagai hasil ciptaan baru dari inovasi teknologi. Sebagai
contoh, teknologi dan maklumat telah berjaya menghapuskan batasan sempadan sesebuah
negara. Malahan ia berjaya merubah bentuk pemikiran, ideologi, budaya dan berbagai elemen
luar memasuki ruang negara lain tanpa sekatan dan kawalan. John Naisbitt (1990)
meramalkan bahawa salah satu daripada sepuluh kecenderungan manusia di awal abad ke-21
ialah maklumat. Maklumat yang sangat berharga dalam dunia moden hingga ia menjadi
penentu dan penggerak kepada masa depan. Terdapat beberapa faktor dari segi politik,
ekonomi,dan sosial yang telah menyebabkan berlakunya pemodenan.

Dalam arah menuju kepada modenisasi, terdapat beberapa faktor yang menyebabkan
berlakunya pemodenan antaranya keinginan-keinginan untuk ke arah kemajuan. Hal ini
kerana, Negara kita haruslah seiring dengan Negara luar malah masyarakat kita juga
mempunyai cita-cita yang tinggi iaitu jika dibandingkan dengan masyarakat tradisional,
masyarakat industri moden mempunyai cita-cita yang tinggi. Sebagai contoh, masyarakat
moden lebih mahukan kedudukan yang prestij, gaji tinggi, dan barang-barang materialistik.
Secara tidak langsung ekonomi sesebuah Negara tersebut perlulah stabil dengan pemodenan
yang kian berlaku sejak akhir-akhir ini. Bukan itu sahaja, realiti kejayaan sesebuah perniagaan
yang dilakukan tidak tertakluk kepada teknologi semata-mata. Hal ini, dapat dilihat dimana
keinginan seseorang itu penting dalam mencapai sasaran yang tersendiri dan mencapai
objektif berdasarkan motif yang utama serta mempelajari taktik dari Negara luar.

Selain itu, penemuan-penemuan yang baru juga merupakan faktor pemodenan yang
berlaku dalam masyarakat kita. Hal ini dapat dilihat melalui dasar yang telah dilestarikan iaitu
Dasar pandang ke timur yang merupakan dasar ekonomi yang dilancarkan oleh bekas
Perdana Menteri Malaysia, Tun Dr Mahathir Mohamad pada 8 Februari 1982. Dasar Pandang
Ke Timur ini bermaksud pihak kerajaan Malaysia dan swasta menjadikan negara Jepun dan
Korea Selatan ini sebagai contoh etika bekerja. Dasar ini amat penting dalam pemeritahan
Negara kita kerana dapat meningkatkan prestasi pengurusan dan pembangunan di negara serta
mewujudkan golongan masyarakat Malaysia yang mempunyai nilai-nilai dan etika kerja yang

5
positif untuk meninggikan kemajuan negara. Perubahan struktur juga telah berlaku antaranya
penggunaan tanda nama, penggunaan kad perakam waktu bekerja, perkhidmatan kaunter
pembayaran bil setempat, fail meja dan manual prosedur kerja. Penemuan ini telah membawa
perubahan yang baik dalam etika bekerja di Negara kita kerana melalui kaedah ini sistem
perkerjaan di Malaysia lebih sistematik dan mudah berbanding daripada dahulu. Sebagai
kesimpulannya, Dasar Pandang Ke Timur merupakan satu usaha baik dan positif dari pihak
Kerajaan Malaysia untuk meningkatkan lagi prestasi pengurusan dan pembangunan di negara
ini. Dasar ini dapat membantu usaha Kerajaan untuk meninggikan prestasi dan daya
pengeluaran negara ini. Di samping itu ianya boleh menjadi asas pengwujudan sebuah
masyarakat yang dinamik dan progresif. Perubahan ini juga telah diterapkan dalam
masyarakat sehingga kini.

Seterusnya, pengaruh kebudayaan Negara luar juga merupakan salah satu faktor
berlakunya pemodenan dalam masyarakat kita. Hal ini kerana masyarakat moden lebih senang
menerima pembaharuan dan memandang kepada masa hadapan. Malah, adat resam tradisional
semakin pudar di mata masyarakat pada abad ini. Rupa bentuk masyarakat turut berubah
daripada masyarakat kampung kepada masyarakat bandar dan timbul struktur sosial yang
moden. Perkara sedemikian dapat dilihat dalam fesyen masyarakat di era moden seperti
berpakaian seksi dan lebih mengikut budaya barat. Bukan itu sahaja, pengwujudan teknnologi
baharu juga telah memudah dan mempercepatkan pekerjaan dalam masyarakat kita. Secara
tidak langsung, semakin banyak budaya dari Negara luar diterapkan dalam masyarakat kita
dan telah menjadi kebiasaan. Tidak heranlah budaya ini menjadi turun temurun kepada
generasi baharu dan dipraktik dalam masyarakat kita.

Konkluksinya, faktor-faktor ini telah membawa kearah pemodenan dalam masyarakat


kita dan budaya yang diterapkan bukan lagi satu fenomena yang mengejutkan Negara kita
kerana telah menjadi kebiasaan masyarakat kita yang sering menerima budaya luar masuk ke
Negara dan tidak ada masyarakat yang tidak mempunyai kebudayaan dan sebaliknya tidak
mungkin ada kebudayaan yang terjelma dalam suatu masyarakat tersebut. Malah pemodenan
ini juga akan menghasilkan masyarakat yang maju dan moden namun semakin banyak
masalah sosial yang akan berlaku.

MODERNISASI

6
Modernisasi membawa kepada kesan-kesan kepada politik, ekonomi dan sosial dalam
sesebuah negara tersebut. Kesan-kesan boleh terbahagi kepada dua iaitu kesan-kesan baik dan
kesan-kesan buruk.

Kesan baik yang pertama ialah perubahan dalam norma-norma masyarakat. Melalui
modernisasi, berlakunya perkembangan dalam pemikiran masyarakat. Masyarakat yang
dulunya banyak memikirkan secara irrasional telah berubah menjadi lebih rasional dan positif.
Seperti yang diketahui, modernisasi ialah proses perkembangan terhadap masyarakat iaitu
daripada masyarakat tradisional kepada masyarakat moden. Apabila berlakunya modernisasi,
kemudahan berlaku terhadap masyarakat itu sendiri. Pemikiran mereka lebih terbuka dan
banyak mempelajari kemudahan-kemudahan yang telah berlaku terutamanya daripada
perkembangan sains dan teknologi. Dengan ini, masyarakat dapat menikmati satu kemudahan
yang amat canggih disamping prasarana yang menyenangkan kehidupan mereka. Sebagai
contoh, mereka mudah untuk bergerak ke mana sahaja yang mereka hendak dengan
menggunakan kereta ataupun pengangkutan awam seperti kereta api, bas, teksi, ets ataupun
monorail. Hal ini, berbeza dengan situasi di desa dimana mereka hanya berjalan kaki jika
hendak ke kedai atau pekan. Pengangkutan di kawasan desa juga terhad menyebabkan mereka
sukar untuk keluar dari kawasan tersebut.

Seterusnya, perhubungan di kawasan bandar juga menjadi meluas. Hal ini, di kalangan remaja
sendiri mereka sudah menggunakan telefon bimbit dan terbiasa berhubung melalui alam
maya. Mereka juga gemar menyatakan pendapat atau pandangan mereka sendiri melalui alam
maya seperti facebook, twitter ataupun instagram. Perkembangan ini telah membuka mata
masyarakat terutamanya dalam kalangan remaja. Melalui ini, dapat dibezakan cara
komunikasi remaja di kawasan Bandar dan juga remaja di kawasan desa. Remaja di kawasan
bandar lebih bergiat aktif dan tidak malu untuk berinteraksi antara satu sama lain. Manakala,
remaja di kawasan desa lebih kepada rasa segan, tidak berani untuk bersuara dan lebih gemar
mendiamkan diri daripada mengeluarkan pendapat. Perbezaan ini adalah kerana remaja di
kawasan bandar lebih diberi pendedahan dan mempunyai cara interaksi yang meluas daripada
kawasan luar bandar.

7
Kesan seterusnya ialah masyarakat akan mempunyai tingkat kehidupan yang lebih baik.
Apabila berlakunya modenisasi, masyarakat akan mempunyai tingkat kehidupan yang lebih
baik dari segi ekonomi. Kehidupan yang dihadapi oleh masyarakat akan bertambah maju dari
segi kewangan mahupun keselesaan kehidupan. Dengan adanya modenisasi, masyarakat
mampu untuk menaikkan taraf hidup mereka. Mereka yang tinggal di bandar mempunyai gaji
yang lebih banyak berbanding dengan kawasan desa. Apabila berlaku perkembangan sains
dan teknologi berlaku, maka kerajaan akan mengadakan lebih import dan eksport dalam
sesuatu negara tersebut. Perkembangan dari segi teknologi juga telah menyebabkan sesebuah
negara dapat menghasilkan sesuatu produk ataupun barang yang tidak dapat dihasilkan oleh
negara yang kurang maju. Hal ini, apabila banyak kemasukan duit ke dalam sesebuah negara,
maka berlakunya kemajuan dalam sesebuah negara tersebut. Import dan eksport yang meluas
berlaku dalam sesebuah negara, telah menyebabkan barangan yang dihasilkan untuk
masyarakat dan berkualiti. Kegiatan ekonomi yang meluas juga akan meningkatkan lagi
produktiviti atau tenaga buruh tersebut dan mereka akan dibayar dengan gaji yang mahal.
Oleh itu, masyarakat yang tinggal di bandar dapat membeli barangan keperluan mereka tanpa
halangan manakala masyarakat yang tinggal di desa tidak dapat membeli barangan keperluan
mereka dengan sepenuhnya disebabkan oleh hasil pendapatan isi rumah mereka yang rendah.

Dari segi pendidikan, modernisasi telah membawa kepada perkembangan yang baik kepada
penduduk Malaysia. Masyarakat di kawasan bandar mempunyai pendidikan yang lebih
terperinci malah mempunyai kemudahan yang mencukupi. Tenaga pengajar di kawasan
bandar juga mempunyai kuantiti yang banyak hal ini disebabkan ramai tenaga pengajar yang
ingin mengajar di kawasan bandar yang mempunyai pelbagai kelengkapan serta dapat
menikmati taraf hidup yang stabil. Kebanyakkan masyarakat di kawasan bandar akan terus
melanjutkan pelajaran mereka sehingga ke pengajian tinggi. Hal ini, mereka percaya bahawa
melalui pendidikan yang mampu mengubah nasib sesebuah keluarga tersebut. Mereka juga
ingin mendapatkan gaji yang lumayan serta mahu menglibatkan diri dalam golongan yang
professional. Ini berbeza dengan masyarakat desa yang tidak mampu untuk melanjutkan
pelajaran yang lebih tinggi disebabkan tidak mampu untuk menyara kos perbelanjaan
pelajaran anak mereka. Mereka juga beranggapan pendidikan hanya perlu sekadar untuk
membaca, menulis, mengira dan mengeja. Hal ini, adalah disebabkan peluang pekerjaan yang
terhad yang hanya ada di sesuatu kawasan desa tersebut.

Kesan seterusnya ialah perkembangan dari segi politik. Modernisasi yang berlaku akan
menyebabkan perkembangan dalam mengakses info-info penting sama ada dari segi media

8
cetak ataupun media elektronik. Dengan ini, masyarakat akan memperoleh semakin banyak
ilmu pengetahuan politik yang akan membuka minda masyarakat itu sendiri. Hal ini,
masyarakat tersebut berhak menentukan siapa yang akan memerintah negara mengikut pilihan
mereka sendiri iaitu sebagai kehidupan yang demokratik. Masyarakat di bandar juga akan
lebih bersifat terbuka disebabkan sistem pemikiran masyarakat yang semakin terbuka.
Masyarakat di bandar juga akan mudah menyatakan pendapat malah tidak hanya mengikut
pada sesuatu pemimpinan itu begitu sahaja. Di Malaysia, masyarakat di bandar akan
menyokong pemimpin yang memberikan mereka kemudahan dan mengutamakan segala
prasarana untuk rakyat.

Modernisasi juga membawa kepada perkembangan industri. Perkembangan industri telah


membuka banyak syarikat-syarikat sama ada syarikat kecil ataupun syarikat besar. Malah ada
di antaranya syarikat tersebut di buka oleh masyarakat itu sendiri. Ini telah mengalakkan
rakyat untuk menjalankan perniagaan dan cuba untuk meningkatkan taraf kehidupan mereka
sendiri. Syarikat-syarikat yang telah berkembang juga akan meyakinkan lagi pelabur-pelabur
dari luar untuk melabur di negara Malaysia. Malah, dengan pembukaan pelbagai syarikat dari
pelbagai aspek akan memberikan kemudahan kepada masyarakat itu sendiri. Dengan ini,
pelancong juga gemar melancong di negara Malaysia dan meningkatkan lagi pendapatan
negara serta sector pelancongan Malaysia.

KESAN BURUK

Kesan buruk dari modernisasi ialah berlaku jurang dari segi sosial dan ekonomi. Dari segi
sosial, muncul kebanyakkan golongan yang tidak mampu untuk mengadaptasi di kawasan
bandar. Modernisasi yang berlaku telah menyebabkan taraf hidup yang tinggi. Terdapat
kolongan yang mempunyai pendapatan yang kecil sehingga menjadi golongan miskin di
kawasan bandar. Hampir semua barangan di kawasan bandar adalah mahal kerana barangan
yang dihasilkan merupakan barangan yang diimport dan dieksport. Hal ini, barangan yang
dihasilkan mempunyai kualiti yang baik sehingga terpaksa dijual dengan harga yang agak
mahal. Apabila masyarakat menjadi semakin moden, gaya hidup mereka juga berubah.
Melalui ini, berlakunya perubahan kepada sosial budaya yang tidak dapat dihindarkan.
Perubahan tersebut adalah merangkumi dari segi cara pemakaian, gaya rambut dan juga
pergaulan yang secara bebas. Ini juga telah meningkatkan gejala-gejala sosial yang negatif
terutamanya jenayah iaitu seperti merompak, mencuri dan sebagainya. Pergaulan yang bebas
antara lelaki dan perempuan akan menyebabkan lebih banyak anak luar nikah dilahirkan.

9
Rakyat Malaysia pula kebanyakkan masyarakat melayu yang menuntut agama islam. Ini pula
merupakan pertentangan dengan agama islam dan akhirnya akan berlaku pembuangan bayi
secara meluas. Pergaulan bebas juga akan membawa kepada seks bebas dan akhirnya
penyakit-penyakit berbahaya akan menular contohnya seperti aids, hiv, sipilis dan penyakit
kelamin.

Melalui jurang sosial, modernisasi telah menyebabkan berlakunya jurang dalam ekonomi.
Melalui perkembangan ekonomi, muncul perbezaan kelas di kalangan masyarakat. Ekonomi
yang berkembang akan menyebabkan terdapatnya golongan yang kaya dan golongan yang
miskin. Golongan yang kaya akan terus menjadi kaya manakala golongan yang miskin akan
terus ditindas. Hal ini, berlaku ketidakadilan disebabkan ekonomi yang berkembang. Ada
sesetengah golongan yang akan menikmati kehidupan yang lebih baik dan mempunyai secara
keperluan dengan secukupnya, manakala terdapat sesetengah golongan yang mampunyai
kehidupan yang tidak baik malah tidak mampu untuk memiliki barangan keperluan
disebabkan taraf hidup yang tinggi. Taraf hidup yang tinggi telah menyukarkan masyarakat
kerana segala barangan keperluan memerlukan wang yang banyak dan terdapat golongan
yang tidak mampu untuk memiliki barangan keperluan dengan hanya mempunyai gaji yang
minimum. Hal ini, golongan tersebut digelar miskin di dalam negara yang maju.
Perkembangan dala ekonomi juga telah menyebabkan peluang pekerjaan disediakan untuk
golongan yang professional dan berpendidikan. Golongan yang tidak berpendidikan
kebanyakkannya tidak berpeluang untuk bekerja disebabkan peluang pekerjaan yang terhad.
Hal ini, peratusan pengangguran juga meningkat. Mereka juga terpaksa tinggal di kaki-kaki
lima dan menjadi peminta sedekah. Jika keadaan ini berlanjutan, mereka terpaksa melakukan
jenayah seperti mencuri atau merompak untuk memiliki barangan keperluan yang tidak
mampu mereka miliki.

Kesan buruk seterusnya, modernisasi yang berlaku akan menyebabkan perkembangan industri
dan pembangunan daripada pelbagai aspek kehidupan dan pada akhirnya akan memberi
masalah kepada pencemaran alam. Pencemaran alam berlaku oleh manusia itu sendiri.
Antaranya ialah pencemaran air, pencemaran udara, dan pencemaran tanah. Pencemaran
berlaku apabila kilang-kilang perindustrian mengambil langkah mudah dan membuang segala
sisa toksik seperti minyak di dalam air sungai yang mengalir sehingga menyebabkan hidupan
di dalam sungai tersebut mati. Pembuangan bahan sisa toksik di sesuatu kawasan juga telah
menyebabkan berlakunya pencemaran tanah. Sikap tidak bertanggungjawab sesetangah
masyarakat membuang sampah-sampah di dalam sungai juga akan menyebabkan sungai

10
tersebut kotor dan berbau busuk. Modernisasi juga telah menyebabkan berlakunya
peningkatan dalam penggunaan kenderaan bermotor. Apabila masyarakat menggunakan
kenderaaan bermotor pencemaran udara berlaku apabila disebabkan asap-asap dari kenderaan
bermotor itu sendiri. Pembakaran sampah sarap secara terbuka juga menyebabkan
pencemaran udara. Malah, perokok yang menghembuskan asap rokoknya juga telah
menyebabkan pencemaran. Pencemaran-pencemaran ini akan menyebabkan muncul
penyakit-penyakit baru, masalah kesan rumah hijau dan pemanasan global.

Seterusnya, melalui modernisasi berlakunya permasalahan dalam institusi keluarga.


Kebanyakkan ibu bapa terpaksa bekerja disebabkan taraf hidup yang tinggi dan ingin
meningkatkan pendapatan isi rumah tersebut. Namun, apabila ibu bapa sibuk bekerja, telah
menyebabkan anak-anak tersebut kurang kasih sayang daripada dan inginkan perhatian.
Dengan ini, anak-anak dan ibu bapa akan sibuk dengan hal mereka sendiri. Modernisasi telah
melahirkan masyarakat bersifat individualistik dan materialistik. Mereka lebih suka bersifat
sendirian dan mengabaikan orang sekeliling mereka. Masyarakat juga lebih suka mengejar
kebendaan daripada bergaul dengan masyarakat sekeliling. Dalam institusi keluarga itu
sendiri juga, tidak ada aktiviti sosial antara mereka. Hal ini, tidak ada lagi masyarakat yang
yang saling hormat-menghormati, tolong-menolong dan hilangnya norma-norma positif di
kalangan mereka. Mereka lebih gemar melakukan sesuatu dengan mendapat ganjaran.

Kesan buruk yang terakhir ialah dari segi politik. Apabila modernisasi berlaku, masyarakat
lebih bersifat terbuka dan bebas untuk menyatakan pendapat atau bersuara. Namun, untuk
mendapatkan pengaruh kuasa, sesetengah masyarakat tersebut akan mudah melakukan
korupsi untuk kepentingan mereka sendiri. Terdapat juga sesetengah golongan contohnya
seperti golongan mahasiswa yang akan menentang pemimpin itu sendiri. Mereka mempunyai
pendapat mereka sendiri dan ingin menyangkal pendapat pemimpin tersebut. Mereka juga
mencari pengaruh mereka dan melakukan demonstrasi jalanan secara besar-besaran. Hal ini,
akan mewujudkan masyarakat yang hidup berpuak-puak, saling mendikriminasi dan akhirnya
membawa kepada kejatuhan dalam negara tersebut.

11
KESIMPULAN

Berdasarkan hasil pembacaan yang terperinci, kita dapat melihat bahawa masyarakat
terbahagi kepada dua iaitu masyarakat tradisional dan masyarakat moden. Masyarakat
tradisional merujuk kepada masyarakat luar bandar yang masih mengamalkan gaya hidup
tradisional manakala masyarakat moden pula masyarakat yang telah mengalami proses
modenisasi. Oleh itu, pengadaptasian masyarakat terhadap kemodenan boleh dibahagikan
kepada tiga aspek utama iaitu politik , ekonomi dan sosial.

Dari aspek politik, kita dapat melihat bahawa perubahan landskap politik di Malaysia
setelah berlaku proses modenisasi. Hal ini kerana maklumat hari ini mudah diakses melalui
internet dan sebagainya. Namun bergitu, perkara ini memberi kesan buruk juga apabila
banyak maklumat yang disampaikan tidak sahih dan boleh membawa kepada pepecahan.

Dalam aspek ekonomi pula, berlaku peningkatan ekonomi kerana melalui globalisasi
ekonomi kita dapat melihat penambahan peratusan import menurun dan peratusan eksport
meningkat. Disamping itu, melalui globalisasi ekonomi juga telah membuka pintu kepada
pelabur-pelabur luar untuk melabur di Malaysia.

Dari sudut sosial, masyarakat bandar lebih mudah untuk mengadaptasi kepada
kemodenan kerana gaya hidupnya yang ke arah barat, berbanding dengan masyarakat luar
bandar yang mengamalkan gaya hidup tradisonal.

12
RUJUKAN

Goldscheilder Calvin.1985. Populasi, Modernisasi, dan Stuktur Sosial. Ter. Nin Bakdi
Sumanto. Jakarta: Cv. Rajawali.

Noran Fauziah Yaakub. 1986. Pengantar sosiologi hlm 281

Norman Long. 1987. Sosiologi Pembangunan Pedesaan. Terj. Tim. Jakarta: Pt. Bina Aksara.

Prof. Dr. Soerjono Soekanto. 1982. Sosiologi suatu pengantar hlm 382

Schoorl J. W. 1988. Modernisasi. Penghantar Sosiologi Pembangunan Negara-Negara


Sedang Berkembang. Terj. R.G. Soekadijo. Jakarta: Pt Gramedia.

Shamsul Amri Baharuddin. 1993. Masyarakat Malaysia Dan Alam Sosialnya. Kuala Lumpur:
Dewan Bahasa dan Pustaka.

13

Anda mungkin juga menyukai