Anda di halaman 1dari 1

Sandwich adalah makanan yang mudah di sediakan, ringkas, fresh dan juga healthy

untuk tubuh badan kita. Tidak hairanlah jika ramai daripada kita yang menjaga
kesihatan atau yang menjaga diet lebih gemar menikmati sandwich sebagai
makanan seharian.

Kami sekeluarga memang mengemari sandwich. Jika dulu ita lebih suka makanan
yang berat, tapi bila dah meningkat usia, kita kena jaga pemakanan supaya
terhindar dari penyakit yang boleh menganggu tugas kita sehari-hari.

Dulu ita tak berapa suka sandwich tuna. Ita lebih suka sandwich sardin kerana
lebih kemelayuan sikit dan sesuai citarasa ita yang tekak orang kampung ni. Tapi
bila selalu suami bawa pergi makan sandwich di luar, atau bila travel dan payah
nak cari makanan yang halal, yang membuatkan ita terpaksa juga menikmati
sandwich terutamanya tuna sandwich. Jadi bila dah selalu sangat di sogokkan dan
mula rasa sedap, itu yang membuatkan ita terjatuh cinta dengan sandwich.

Sebenarya dah kerap kali juga ita sediakan sandwich tuna, dan ita masih lagi setia
dengan resepi sandwich yang satu ini. Pada ita ini adalah resepi sandwich tuna
yang paling sedap dan paling mudah di sediakan.

Selain untuk makanan atau hidangan keluarga, ia juga sesuai untuk jamuan, untuk
berkelah atau juga bekalan ke tempat kerja. Anda boleh sediakan tunanya dahulu
dan simpan dalam peti ais. Ia tahan lah untuk 3 hari.

Roti yang di gunakan pula sebaiknya roti yang sedikit keras. Ita lebih suka guna
roti wholemeal kerana dia lebih padat dan lebih enak.

Untuk saladnya pula ita lebih suka guna green coral atau red coral. Ita juga
campurkan iceberg lettuce. Iceberg lettuce ini lebih crunchy dan sedap untuk di
nikmati berbanding daun salad. Anda juga boleh tambahkan purple cabbage untuk
warna yang lebih menarik.

Untuk timun ita lebih suka guna Japanese cucumber kerana ia lebih crunchy dan
tidak mudah berair.
Jom kita lihat apa bahan yang kita perlukan.

Anda mungkin juga menyukai