Anda di halaman 1dari 16

TAK SANGKA!!

BENDA YANG DIANGGAP BIASA RUPANYA BAGI MASALAH PADA


KESIHATAN DALAM DIAM.

Mujur Belum Terlambat.

“Saya ingat ini hanya perkara biasa, tapi rupanya ini boleh jadi masalah besar
pada kesihatan saya”.

Kerap rasa yang sama berulang kali setiap hari:

1. Gastrik
2. Pedih ulu hati
3. Gerd
4. Sakit kepala
5. Keadaan perut tak selesa
6. Sembelit
7. Buasir
8. Membuang air besar dengan pedih
9. Kesukaran untuk tidur
10. Kesukaran bernafas akibat 2ngina dalam badan
SILA AMBIL PERHATIAN !!!
Jjika Anda “ADA” Salah Satu Tanda Diatas

SIGNAL AWAL DARIPADA BADAN


Baru dapat tahu ini signal awal yang badan bagi pada saya, ini petanda ANDA MUNGKIN SALAH
SEORANG YANG MENGHIDAPI ANGIN/GASTRIK ATAU GERD !

Tahukah anda bahawa mereka yang menghidapi penyakit 3ngina/gastrik atau gerd ,cenderung
untuk mengidap penyakit yang lebih KRITIKAL yang menjadi PEMBUNUH UTAMA IAITU KANSER
PERUT !
Penyakit KANSER ini tidak terjadi dalam secara tiba-tiba, tetapi penyumbang utama kepada isu
ini adalah KADAR ANGIN YANG BERLEBIHAN di dalam badan. Tak boleh bayangkan apa akan jadi
kalau semua itu berlaku.

Bayangkan kalau dah kena sakit kritikal ini, (KANSER PERUT), siapa yang akan susah nanti ?
Sendiri susah, keluarga lagi susah kan?

Punca pendapatan keluarga dah tiada. Sudah tidak boleh kerja lagi. Isteri tidak boleh kerja, kena
menjaga suami yang sakit sepenuh masa keluar masuk hospital. Anak-anak semua masih lagi
menuntut pengajian di sekolah atau Universiti.

Oleh itu, E-book ini adalah sebagai panduan dan ilmu yang wajib setiap orang ambil tahu dan
mula menjaga kesihatan. Bukan untuk orang lain, tetapi untuk diri sendiri juga.
KENALI PENYEBAB UTAMA ANGIN/GASTRIK ATAU GERD
Ramai orang yang terlalu obsess untuk hilangkan penyakit angina di dalam
badan tanpa mereka tahu punca sebenar masalah ini berlaku. Terdapat beberapa
faktor

1. ANGIN
Berpunca daripada udara yang ditelan dan apabila seseorang dalam keadaan
tertekan, mereka akan lebih kerap menelan udara tanpa disedari. Masalah ini
disebabkan proses penghancuran makanan oleh bakteria di dalam usus besar dan
tidak dapat dihadamkan sepenuhnya.

2. GASTRIK
Gastrik ini terjadi sebab dinding permukaan dalam perut dah mula terhakis
disebabkan asid gastrik yang dihasilkan untuk mencernakan makanan. Jadi apabila
kita tak jaga waktu makan kita dan makan makanan yang tidak berzat, maka kita
akan kena penyakit gastrik.

3. GERD
Kalau penyakit gastrik dibiarkan, BAKTERIA JAHAT akan MENGUASAI perut dan
mengakibatkan jadi Ulser, Gastroesophageal reflux disease (GERD) iaitu penyakit
kronik pada system pencernaan dan juga KANSER perut.

Rata-rata mereka yang menghidap penyakit angina dalam badan berpunca


daripada waktu pemakanan yang tidak betul dan tidak seimbang. Dengan
panduan E-book ini, kami akan menyediakan Jadual Pemakanan yang sesuai untuk
pesakit angina, gastrik dan Gerd.

“CEGAH SEBELUM TERKENA”


“AN APPLE A DAY, KEEPS THE DOCTOR AWAY”
3 PERKARA YANG ANDA PERLU TAHU

1. Makanan yang perlu dielakkan :


- Minuman bergas
- Makanan pedas
- Asam
- Makanan susah hadam

2. Makanan yang boleh dimakan seperti biasa (tanpa kawalan) :


- Daging rendah lemak
- Ikan
- Bubur
- Buah-buahan dan sayur sayuran
- Makanan yang direbus/stim
- Makanan yang difermentasi (Cth: Kimci / tempe)

3. Makanan yang perlu disukat (Kawal pengambilan)


- Kurangkan minuman berkafein
- Buah-buahan yang mengandungi fruktosa yang tinggi
- Bawang merah dan bawang putih
TEKNIK & TIPS UNTUK PESAKIT ANGIN/GASTRIK DAN GERD

MAKANAN YANG MEMBANTU MENGHILANGKAN SIMPTOM

1. Sayur-sayuran

Sayur-sayuran dapat membantu mengurangkan asid perut kerana sifat


semulajadinya yang rendah gula dan lemak. Sayur yang bagus adalah seperti
kacang hijau, brokoli, asparagus, kentang, timun dan sayuran hijau.

2. Halia
Halia mempunyai sifat anti-radang semula jadi, dan ia mampu dijadikan rawatan
semula jadi untuk pedih ulu hati dan masalah gastrousus. Tambahkan hirisan halia
di dalam makanan atau minum jus halia untuk melegakan symptom angin di dalam
badan.

3.Oatmeal
Oat sangat sesuai untuk menu sarapan. Oat mengandungi bijirin penuh dan sumber
serat yang tinggi. Diet yang tinggi serat dapat mengurangkan risiko acid refluks.
Pilihan serat lain selain oatmeal termasuk roti gandum dan beras gandum.

4. Daging tanpa lemak dan makanan laut


Daging tanpa lemak, seperti ayam belanda, ikan, dan makanan laut adalah rendah
lemak yang dapat mengurangkan gejala refluks asid. Panggang atau rebus adalah
pilihan masakan yang terbaik.
5. Putih Telur
Putih telur adalah pilihan yang baik. Jauhkan dari kuning telur yang tinggi lemak
dan boleh mencetuskan gejala refluks asid.

MENCARI PUNCA KEPADA ASID REFLUKS DALAM DIRI ANDA

Pedih ulu hati adalah gejala biasa refluks asid dan GERD. Anda mungkin mengalami
pedih di perut atau dada anda setelah makan. GERD juga boleh menyebabkan
muntah semasa asid bergerak ke dalam esophagus anda.

Tiada diet tunggal yang dapat mencegah semua gejala GERD, dan punca angin
daripada makanan juga berbeza bagi setiap orang.
Untuk mengenalpasti punca makanan yang menyebabkan angina kepada anda,
anda perlu wujudkan buku harian makanan dan catat perkara berikut:

1) Makanan apa yang anda makan


2) Pukul berapa anda makan
3) Simptom yang anda alami
4) Kemaskini buku anda sekurang-kurangnya seminggu

Jika anda mengamalkan diet atau pemakanan yang berbeza-beza, anda perlu
mengemaskini buku harian anda untuk tempoh yang lebih lama supaya dapat
mengesan makanan yang mempengaruhi GERD anda.
Tips dan teknik pemakanan yang diberikan di dalam E-book ini adalah titik
permulaan untuk merancang pemakanan anda. Anda boleh gunakan panduan ini
dan juga makanan cadangan doctor untuk rujukan anda.

MEMBUAT PERUBAHAN GAYA HIDUP

Selain mengawal simptom refluks dengan diet dan pemakanan, anda dapat
mengatasi gejala dengan perubahan gaya hidup. Cuba petua ini :

 Mengekalkan berat badan yang sihat


 Elakkan alcohol
 Berhenti merokok
 Jangan makan berlebihan dan makan dengan perlahan-lahan.
 Elakkan pakaian ketat.
 Jangan makan selama tiga hingga empat jam sebelum tidur.
 Tinggikan kepala katil anda empat hingga enam inci untuk mengurangkan
gejala refluks semasa tidur.
IKUTI 7 HARI MENU YANG KAMI SEDIAKAN
UNTUK ANDA
ISNIN

Sarapan (6:00-9:00 pagi)


Biskut oat
Milo O’ + Susu tepung

Snacking pagi (10:00-11:00 pagi)


Telur separuh masak 1 biji

Makan tengahari (12:30 – 2:30 tengahari)


Nasi Putih / Perang / Basmathi ½ cawan
Sup Dada Ayam (satu tapak tangan) + Carrot dan ulam-ulaman
Air Suam

Snacking petang (4:00-5:00 petang)


Pisang 1 biji (jika kecil ambil 2)

Makan malam (7:00-9:00 malam)


Bihun sup 1 mangkuk (Ayam atau daging)

Supper (9:00-10:00 malam)


Epal 1 biji
SELASA

Sarapan (6:00 – 9:00 pagi)


Bubur Oat 1 mangkuk + Madu 1 sudu kecil + Pisang1 biji
Jus buah

Snacking pagi (10:00 – 11:00 pagi)


Roti bakar + teh halia

Makan tengahari (12:30 tengahari -2:30 petang)


Nasi Ayam ½ cawan
Ayam bahagian Dada {satu tapak tangan}
Salad Timun dan Tomato {boleh lebihkan}

Snacking petang (4:00 – 5:00 petang)


Buah Pear 1 biji

Makan malam (7:00-9:00 malam)


Sandwich Telur ( 2 keping Roti Wholemeal)
Telur 2 biji
Salad Timun dan Tomato
“Kurangkan sos dan mayonnaise”

Supper (9:00-10:00 malam)


Biskut Kering 3 keping
Susu (Lactose free)
RABU

Sarapan (6:00-9:00 pagi)


Nasi Lemak ½ cawan
Telur Rebus 2 biji
“Kurangkan sambal”

Snacking pagi (10:00-11:00 pagi)


Kuih Pau 1 biji

Makan tengahari (12:30 tengahari -2:30 petang)


Bubur Nasi Ayam
Dada Ayam Grill atau Ikan Grill
Boleh lebihkan sayur-sayuran

Snacking petang (4:00-5:00 petang)


Yogurt

Makan malam (7:00- 9:00 malam)


Sandwich Dada Ayam
Salad Tomato dan Timun
“ Kurangkan Sos dan Mayonnaise”

Supper (9:00-10:00 malam)


Salad buah
KHAMIS

Sarapan (6:00-9:00 pagi)


Plain Tosai dan Kuah Dhal
Kopi O’

Snacking pagi (10:00-11:00 pagi)


Buah betik 1 potong

Makan tengahari (12:30 tengahari-2:30 petang)


Nasi Putih ½ cawan
Ikan Bakar
Sayur Campur (secekup tangan)

Snacking petang (4:00-5:00 petang)


Jagung rebus

Makan malam (7:00 – 9:00 malam)


Bihun Goreng 1 pinggan kecil
Telur mata 1 biji

Supper (9:00-10:00 malam)


Sup sayur / Salad buah
Susu (Lactose free)
JUMAAT

Sarapan (6:00-9:00 pagi)


2 keping Roti Wholemeal + 1 biji telur (Scramble or Sunny Side Up)

Snacking pagi (10:00-11:00 pagi)


Tembikai 2 potong

Makan tengahari (12:30 tengahari-2:30 petang)


Nasi Putih ½ cawan
Tomyam Dada Ayam (satu tapak tangan)
Ulam-ulaman

Snacking petang (4:00-5:00 petang)


Pisang 1 biji

Makan malam (7:00-9:00 malam)


1 mangkuk Bihun Sup
(Ayam atau daging)

Supper (9:00-10:00 malam)


Minuman Oat
SABTU

Sarapan (6:00 – 9:00 pagi)


2 keping Roti Wholemeal + 2 biji Telur (Scramble or Sunny Side Up)

Snacking pagi (10:00 – 11:00 pagi)


Karipap 1 biji

Makan tengahari (12:30 tengahari-2:30 petang)


Nasi Putih ½ cawan
Tomyam Dada Ayam (satu tapak tangan)
Ulam Ulaman

Snacking petang (4:00-5:00 petang)


Pisang 1 biji

Makan malam (7:00-9:00 malam)


1 mangkuk Bihun sup
(Ayam atau Daging)

Supper (9:00-10:00 malam)


Epal 1 biji
AHAD

Sarapan (6:00 – 9:00 pagi)


2 keping Roti Wholemeal + 2 biji Telur (Scramble or Sunny Side Up)
Kopi O’ / Susu (Free lactose) 1 gelas

Snacking pagi (10:00-11:00 pagi)


Buah Jambu Batu

Makan tengahari (12:30 tengahari-2:30 petang)


Nasi Putih ½ cawan
Dada Ayam Grilled (satu tapak tangan)
Sayur Bayam rebus secekup tangan

Snacking petang (4:00-5:00 petang)


Kuih Pau 1 biji @ Roti Wholemeal dgn peanut butter (less sugar)

Makan malam (7:00-9:00 malam)


Nasi Putih
Ikan Bakar
Ulam-ulaman

Supper (9:00-10:00 malam)


Biskut Kering 3 keping
Milo O’ / Kopi O

Anda mungkin juga menyukai