Anda di halaman 1dari 8

KERTAS CADANGAN

PERMAINAN LUAR MUSIM

10 NOVEMBER DAN 11 NOVEMBER 2014


(ISNIN DAN SELASA)

SK LAGUNA MERBOK
08000 SUNGAI PETANI, KEDAH

DIRASMIKAN OLEH:
EN GHAZALI BIN SAID
GURU BESAR
SK LAGUNA MERBOK

PERMAINAN LUAR MUSIM Page 1


SEKOLAH KEBANGSAAN LAGUNA MERBOK
08000 SUNGAI PETANI
KEDAH DARUL AMAN

PENGELOLA:

UNIT KOKURIKULUM
S.K. LAGUNA MERBOK, SUNGAI PETANI, KEDAH

1. PENDAHULUAN

Kementerian Pendidikan Malaysia mengharapkan agar setiap murid


mengamalkan gaya hidup sihat. Taraf kecergasan ini dapat dilaksanakan
melalui gaya hidup sihat dengan melakukan aktiviti-aktiviti bersenam dan
bersukan secara teratur bagi menjamin taraf kecergasan warga sekolah yang
optimum. Aktiviti ini diadakan selaras dengan dasar 1Murid 1Sukan
disamping memenuhi kehendak Falsafah Pendidikan Negara yang ingin
mewujudkan modal insan yang seimbang dari segi jasmani, emosi, intelek,
dan rohani melalui penyertaan dalam kokorikulum.

2. MATLAMAT

Matlamat program ini bertujuan untuk membolehkan pelajar menjadi sihat,


cergas dan produktif melalui pemupukan nilai, sikap, pengetahuan dan amalan
kesihatan dan kecergasan dalam kehidupan sehari-hari ke arah Rakyat yang sihat
akan melahirkan Negara maju. Selain itu, ianya bertujuan untuk meningkatkan
keyakinan diri serta menguji ketahanan fizikal dan mental setiap peserta. Aktiviti
diadakan dalam program ini agar sifat kerjasama dalam setiap peserta dapat
ditonjolkan dan dapat diaplikasi dalam menempuh cabaran yang mendatang.
Program ini juga dapat memberikan setiap individu merancang strategi bagi
memperoleh sebuah piala kemenangan dan sijil kecemerlangan.

PERMAINAN LUAR MUSIM Page 2


Harapan Unit Kokurikulum melalui aktiviti seperti ini pelajar-pelajar
yang berbakat dalam bidang sukan khasnya sukan bola sepak dan bola jaring
dapat menunjukkan bakatnya dalam kejohanan tersebut dan seterusnya
dipilih untuk mewakili sekolah, Daerah Kuala Muda / Yan ke peringkat Negeri
Kedah dan ke pertandingan-pertandingan yang lebih tinggi tahapnya.

3. OBJEKTIF

Objektif utama diadakan program ini :

1. Menghargai diri sendiri serta bertindak untuk melahirkan dan


mempertingkatkan kesihatan dan kecergasan.
2. Memperoleh pengetahuan asas tentang proses pertumbuhan dan
perkembangan tubuh badan manusia serta keperluan kesihatan berkaitan.
3. Memahami konsep kecergasan, prinsip latihan dan langkah-langkah
keselamatan yang perlu dipatuhi.
4. Mempertingkatkan jasmani dengan membina daya tahan kardiovaskular,
kekuatan daya tahan otot serta meningkatkan kelenturan badan,
ketangkasan dan kelajuan.
5. Memperkembangkan sahsiah melalui interaksi yang sihat di dalam kegiatan
kecergasan jasmani dan sukan seperti semangat kesukanan, kerjasama,
toleransi, kepimpinan dan disiplin.

4. KUMPULAN SASARAN

Aktivitiaktiviti yang akan dijalankan dalam program tersebut akan


melibatkan

4.1 Murid-murid SK Laguna Merbok


4.2 Guru-guru SK Laguna Merbok

5. TARIKH PERLAKSANAAN

Tarikh aktiviti : 10 November dan 11 November 2014


Isnin dan Selasa

PERMAINAN LUAR MUSIM Page 3


6. STRATEGI PELAKSANAAN

Dijalankan di sebelah pagi, semasa perhimpunan pagi, dan majlis


pelancaran akan di jalankan sebelum aktiviti senamrobik. Dijangka akan
dilaksanakan selama dua hari dan tambahan satu hari jika tidak dapat
diselesaikan dalam tempoh yang ditetapkan.

7. AHLI JAWATANKUASA PERMAINAN LUAR MUSIM

AHLI JAWATANKUASA INDUK

Pengerusi : En Ghazali bin Said


Guru Besar
SK Laguna Merbok

Timbalan Pengerusi En. Shahrim Shah


GPK Kokurikulum

Naib Pengerusi 1 : Pn. Rosnah


GPK Kurikulum

Naib Pengerusi 2 : Pn. Muaini


GPK Hal Ehwal Murid

Setiausaha :

AJK :

AHLI JAWATANKUASA PELAKSANA

Pengarah Program :

Pengurus Teknik :

Persiapan Padang :

Penyelia Peserta :

Pengadil Futsal :

PERMAINAN LUAR MUSIM Page 4


Pengadil Bola Jaring :

Ceramah Tahap 1 :

Kawalan Murid tahap 1 :

Peralatan :

Disiplin dan Kecemasan :

Fotografi / Dokumentasi :

8. TENTATIF PROGRAM PELANCARAN

TARIKH/MASA AKTIVITI PELAKSANAAN TEMPAT

10/11/2014 PERHIMPUNAN Guru bertugas Dataran


7.30 pagi - Ucapan perhimpunan
perasmian
- Nyanyian
lagu 1M1S
-

7.45 pagi Senamrobik Semua guru Dataran


perhimpunan

8.00 pagi Tahap 1 Dewan terbuka


CERAMAH
KESIHATAN
TAYANGAN VIDEO

8.15 10.00 FUTSAL (LELAKI) PADANG

8.15 10.30 BOLA JARING MINI GELANGGANG


(PEREMPUAN) BOLA JARING

10.30 REHAT REHAT REHAT

11.10 KELAS SEPERTI IKUT JADUAL KELAS MASING


BIASA WAKTU MASING

PERMAINAN LUAR MUSIM Page 5


9. FORMAT PERTANDINGAN

Pertandingan yang diadakan ialah pertandingan bolasepak ala futsal


dan bola jaring iaitu 7 sebelah setiap pasukan. Masa dalam satu perlawanan
adalah selama menggunakan tempoh masa 7 3 7 minit. Format
pertandingan adalah setiap pasukan akan diundi bagi menentukan kumpulan
(A,B,C, dan D) dan akan bermain dalam peringkat liga sepusingan dahulu.
Pasukan yang mendapat mata tertinggi bagi setiap kumpulan akan ditetapkan
dalam 2 kumpulan seperti berikut.

10. SYARAT PERMAINAN

10.1 Setiap pasukan perlu mengikut masa perlawanan yang


ditetapkan. Pasukan yang tidak hadir akan dikira kalah dengan
jaringan dua gol.
10.2 Pemain yang bermain dalam pasukan itu adalah pemain yang
didaftarkan.
10.3 Pemain yang dikenakan kad merah akan digantung satu
perlawanan. Pemain yang mendapat dua kad kuning akan
digantung satu perlawanan.
10.4 Keputusan pengadil adalah muktamad. Sebarang bentuk rayuan
dan bantahan tidak akan dilayan melainkan atas budibacara
Jawatankuasa Pertandingan.
10.5 Undang-undang:-
Selain dari peraturan yang terkandung, maka pertandingan ini
dijalankan mengikut undang-undang permainan bola sepak dan
bola jaring sebagaimana yang telah ditetapkan oleh MSSK,
MSSM, Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) dan Persatuan
Bola Jaring Malaysia.

PERMAINAN LUAR MUSIM Page 6


11. ANGGARAN PERBELANJAAN

Berikut merupakan perbelanjaan yang diperlukan untuk program ini:

Bil. Perkara Kuantiti Jumlah(RM)

Johan = 7L + 7P 14 x RM 7 = RM 98
1 Hadiah Naib Johan = 7L + 14 x RM 5 = RM 70

7P 14 x RM 5 = RM 70

Ketiga = 7L + 7P

2 Senamrobik Bayaran jurulatih RM 100

3 Minuman 8 kotak air mineral 8 x RM 8.00 = RM 64

4 Rencam Perbelanjaan tak terduga RM 98

Jumlah RM 500

12. PENUTUP

Harapan sepanjang program ini berjalan ianya akan memberi kesan


yang besar kepada semua pihak yang sama-sama terlibat memberi komitmen
yang baik serta mengutamakan kesihatan. Selain daripada itu, semangat
setiakawan dan toleransi akan dapat dipupuk. Dengan adanya kerjasama
dan komitmen yang tinggi di kalangan penggerak bola sepak, program
seumpamanya juga dapat dilaksanakan dengan cukup berkesan. Adalah
diharapkan cadangan ini dapat berjalan dengan lancar demi merealisasikan

PERMAINAN LUAR MUSIM Page 7


matlamat kita iaitu untuk melahirkan pemain-pemain yang berkualiti tinggi
untuk mewakili sekolah, daerah, negeri dan negara amnya.

1Murid 1Sukan
MAJULAH SUKAN UNTUK NEGARA

Disediakan oleh, Disemak

( NAZRI BIN HASSAN ) ( EN SHAHRIM SHAH )


Pengelola Pertandingan PK Kokurikulum
S.K. Laguna Merbok S.K. Laguna Merbok

PERMAINAN LUAR MUSIM Page 8

Anda mungkin juga menyukai