Anda di halaman 1dari 31

RAKAN KONGSI

INFORMASI
Closed-circuit television (CCTV) adalah kamera
yang merakam imej video dan menghantar
isyarat video komposit tempat-tempat tertentu.
CCTV sering digunakan untuk tujuan
pengawasan yang biasa terdapat di bank,
lapangan terbang, bangunan-bangunan malah
sekarang ini juga digunakan di rumah-rumah.

CCTV pertama telah dipasang oleh syarikat


Jerman Siemens AG pada Test Stand VII di
Peenemnde, Jerman pada tahun 1942,
digunakan untuk memerhati perlancaran roket
V-2.
Kelengkapan Sistem CCTV
Kelengkapan utama dalam sistem pengoperasian
CCTV adalah seperti berikut:

1)Kamera

Kamera CCTV berfungsi sebagai alat perakam


imej bergerak (video) dan menukarkannya
kepada isyarat video komposit. Terdapat
beberapa jenis kamera yang berbeza dari segi
kualiti, penggunaan dan fungsi-fungsinya. Setiap
kamera akan disambungkan ke Digital Video
Recorder (DVR) secara langsung.
Terdapatpelbagaijeniskamerayang
dijualdipasaranantaranyaialah:

i. Dome Camera
ii. Waterproof Camera
iii. Infra Red Camera
iv. IPCamera
v. Stabdard Box Camera dan banyak lagi
dipasaran
Dome Camera
Sesuai dengan namanya - Dome Camera - kamera ini
berbentuk seperti kubah. Reka bentuknya yang simple
menjadikannya jenis kamera yang paling popular dan
sering digunakan dalam pemasangan CCTV, kerana
kamera ini sangat mudah untuk dipasang.
Sambungan.
Posisi kanta kamera yang tidak kelihatan kerana
terhalang oleh lapisan dome, membuatkan kita tidak
dapat mengetahui arah mana yang sedang di
fokuskan oleh kamera tersebut.

Kamera jenis ini sesuai digunakan untuk pemasangan


di dalam ruang (indoor), baik di dalam rumah atau
pun di ruang pejabat.
Standard Box Camera
Berbentuk seperti kotak, kamera ini
sering digunakan untuk pemasangan
baik indoor mahupun outdoor. Jenis
kamera ini boleh juga digunakan untuk
keperluan pemantauan jarak jauh.
Vandal Proof Camera
Vandal proof camera bermaksud kamera tersebut anti
kerosakan. Ia diperbuat dari bahan yang di reka
khusus untuk melindungi kamera dari sebarang kesan
kerosakan yang melampau.
Waterproof Camera
Kamera ini biasanya untuk pemasangan outdoor.
Berbentuk bullet camera kamera yang mempunyai
reka bentuknya seperti peluru. Reka bentuk
pelindung luarannya direka khusus agar dapat
menahan air hujan, debu, dan suhu yang melampau.
Infra Red Camera
Tingkat pencahayaan yang kurang di malam hari
menyebabkan perlunya pemasangan kamera yang
menggunakan Infra Red. Semakin banyak titik infra
red di dalam kamera, maka akan semakin jelas
kecerahan gambar yang dirakam oleh kamera.
Hidden Camera
Sesuai dengan namanya, kamera ini merupakan
kamera CCTV yang dimaksudkan untuk penggunaan
yang tersembunyi di mana ia tidak dapat dikesan oleh
individu tertentu . Bentuknya bermacam-macam, ada
yang seperti smoke detector, jam dinding, lampu,
bahkan pemancut air.
2) Digital Video Recorder (DVR)
DVR adalah sistem yang digunakan oleh
CCTV untuk merakam video dalam bentuk
digital. Bagi menyimpan data atau
maklumat yang dirakam, DVR hendaklah
disertakan dengan hard disk dengan
kapasiti yang besar sekurang-kurangnya
80Gb.
Sambungan
Pada masa kini terdapat pelbagai lagi jenis
sistem CCTV hasil daripada penyelidikan
dan kemajuan berterusan. Antaranya
seperti kepelbagaian DVR yang boleh
disambungkan ke talian internet, sistem
pemantauan berkomputer dan yang
menjadi perhatian masa kini adalah IP
Camera
Sambungan DVR
Sambungan
Sistem IP (Internet Protokol) Camera
menghantar isyarat video dan audio melalui
jaringan tanpa wayar dengan memakai
protokol TCP/IP.Menarik sistem ini, ianya
boleh dipantau di mana sahaja melalui
internet. Ia juga tidak memerlukan DVR.
Artikel berkenaan IP Camera akan
diterangkan secara terperinci pada catatan
akan datang.
3) Monitor

Monitor digunakan untuk memaparkan imej


yang dirakam oleh kamera secara langsung.
Paparan imej pada monitor bergantung
kepada bilangan port yang digunakan pada
DVR. Monitor komputer adalah yang paling
popular digunakan kerana harganya yang
murah dan mudah dipasang.
Contoh penyambungan dalam sistem
pemasangan CCTV adalah seperti gambarajah
di bawah.
KAEDAH PEMASANGAN CCTV
Terlebih dahulu mengenal pasti tentang peralatan
yang diperlukan dalam pemasangan CCTV. Spesifikasi
bagi system CCTV untuk pemasangan CCTV di rumah
kediaman atau ruang pejabat adalah mencakupi
seperti berikut :
1 unit DVR
Hard Disk SATA (80Gb)
Camera Dome
Monitor
Unit SAK (Power supply)
Rajah asas pemasangan CCTV

Rajah asas pemasangan CCTV


(Set router adalah aksesori tambahan bagi mengawal DVR
melalui internet)
1. Tentukan kabel yang sesuai
Dalam projek amali ini, kabel CCTV yang digunakan
adalah jenis coaxial cable RG59/6 series. Ini
merupakan kabel standard yang sering digunakan
untuk penyambungan antara kamera CCTV dan DVR.

Manakala penyambung yang digunakan adalah jenis


BNC connector. Ia menyambungkan antara panel
video pada DVR dan kamera jenis Dome.
2. Tentukan lokasi dan area
pantauan CCTV
Lokasi pemasangan CCTV ditentukan
berdasarkan jarak pandangan yang hendak
dikawal samada jauh atau dekat dan apakah
untuk keadaan gelap atau terang. Penetapan
lokasi amat penting bagi mendapatkan titik fokus
kawasan yang hendak di kawal.
Kabel video dan bekalan kuasa di
sambung secara berasingan di mana
bekalan kuasa menggunakan palam 3-
pin yang di sambung ke soket alir
keluar 13A.
3. Penetapan Kedudukan
kamera CCTV
Terutama untuk pemasangan CCTV di rumah,
perletakkan sudut kamera CCTV di bawah tempat
berbumbung boleh melindungi kamera CCTV
anda dari hujan, angin, dan sebagainya. Selain itu,
penempatan di bawah bumbung juga biasanya
memberikan paparan yang lebih baik dan mudah
untuk menarik kabel jaringan.
4. Proses Menarik Kabel (Lay-
out cabel)
Setelah menentukan point pemasangan CCTV,
berikutnya adalah mencari point masuk untuk
menarik kabel RG59/6 dari luar ke dalam melalui atas
siling atau laluan conduit dan sebagainya. Pada
kebiasaannya pada ruang pejabat lebih praktikal
menarik kabel dilakukan melalui atas siling. Ia
nampak lebih kemas dan tersusun
DVR yang digunakan mempunyai panel untuk
bekalan kuasa secara berasingan. Oleh itu kabel
untuk bekalan kuasa kamera CCTV perlu
disambungkan kepada punca bekalan yang terhampir
dengan lokasi kamera tersebut.
5. Penempatan Monitor dan
DVR
Monitor dan DVR adalah peralatan yang melengkapi
sistem CCTV anda. Tentukan tempat dimana monitor
dan DVR akan diletakkan secara bersebelahan bagi
memudahkan proses setting (biasanya pengguna
akan merujuk kepada buku manual yang disediakan
oleh pihak pembekal DVR). Untuk keselamatan ada
baiknya set DVR diletakkan secara tersembunyi
terutama di rumah kediaman bagi mengelakkan
penceroboh merosakkan atau mengambil set DVR.
6. Lay-out kabel & 'Setting'
Setelah mendapatkan posisi perletakkan kamera
CCTV dan lokasi penempatan monitor serta DVR,
maka berikutnya adalah proses terakhir iaitu menarik
kabel RG59 yang menghubungkan antara CCTV
dengan monitor dan DVR. Maka lengkaplah proses
pemasangan set CCTV di rumah kediaman atau di
bangunan pejabat. Setelah set CCTV selesai di pasang
dan boleh disambung bekalan kuasa, maka proses
'setting' DVR merujuk kepada manual yang
disertakan dapat dilakukan.
Sambungan kabel kamera, monitor
dan mouse untuk proses 'setting' DVR
Sambungan semua komponen yang telah
lengkap di mana monitor memaparkan
imej yang telah dirakam oleh kamera
CCTV
SEKIAN TERIMA KASIH

Anda mungkin juga menyukai