Anda di halaman 1dari 2

UNIT DISIPLIN SK TAMAN DESA JAYA

PENDAHULUAN

Displin adalah satu elemen yang penting didalam menentukan ketertibaan sesuatu
sistem. Displin adalah satu aspek yang mesti wujud dalam masyarakat. Oleh itu
displin hendaklah diberi perhatian berat oleh semua pihak samada disekolah atau
diluar sekolah. Sehubungan dengan itu, guru-guru, para pelajar dan ibubapa harus
memainkan peranan dalam membina disiplin yang mantap di sekolah agar proses
pengajaran dan pembelaran akan lebih licin dan lancar.

Adalah menjadi harapan bagi unit disiplin Sekolah Kebangsaan Taman Desa Jaya
untuk melahirkan generasi yang cemerlang bukan setakat akademiknya tetapi juga
membina akhlak dan sahsiah diri yang sempurna mengikut acuan budaya timur yang
luhur dengan budi bahasa yang tinggi.

VISI

Kearah masalah disiplin sifar

MISI

Melahirkan pelajar yang bebas dari masalah disiplin

OBJEKTIF

Mencegah pelajar-pelajar yang bersalah dari mengulangi kesalahan mereka


Mencegah pelajar-pelajar yang merbahaya atau bersalah dari mempengaruhi
pelajar-pelajar lain
Setiap kesalahan yang terbukti dan sabit kesalahannya akan ditangani
sebaiknya
Untuk memperbaiki tingkah laku pelajar-pelajar yang bersalah

DEFINISI DISIPLIN

Jawatankuasa Kabinet Mengkaji Pelaksanaan Dasar Pelajaran Kebangsaan Tahun


1979 mentakrifkan disiplin sebagai :

"Kesanggupan seseorang individu menghormati dan mematuhi undang-undang


sama ada disiplin itu dikenakan dari luar atau dengan kerelaan sendiri. Disiplin juga
bermakna kesanggupan seorang itu bekerja atau membuat sesuatu dengan cukup
tertib, kesanggupan, menghgormati hak individu lain.Kesanggupan mengamalkan
tingkah laku yang baik dan tidak mengganggu kepentingan orang lain. Kesanggupan
hormat-menghormati di antara satu sama lain dan mempunyai semangat tolong-
menolong. Kesanggupan membaiki keadaan yang sedia ada menerusi usaha yang
membina serta sanggup berkhidmat kepada masyarakat"

MATLAMAT DISIPLIN

Disiplin akan melahirkan individu yang dapat memimpin diri sendiri dalam hidupnya
pada masa hadapan. disiplin diri bagi setiap individu adalah mustahak dalam usaha
mewujudkan satu masyarakat Malaysia yang bertatasusila, bersatu padu ,
demokratik, adil, liberal dan progresif. disiplin juga akan melahirkan individu yang
kreatif, mempunyai jati diri yang tinggi dan sentiasa memelihara harga diri dalam
masyarakat yang bergerak ke arah kemajuan.

MATLAMAT DISIPLIN

1. Melahirkan insan yang berakhlak mulia demi kesempurnaan masyarakat


2. Mewujudkan sifat hormat-menghormati di antara satu sama lain dan
mempunyai semangat setiakawan serta kekitaan
3. Melahirkan pelajar yang bertanggungjawab, tahu menjaga harga diri dan
menjadi warganegara yang baik
4. Memberi layanan dan hak yang sama rata kepada pelajar
5. Membantu pentadbir sekolah dan guru-guru menjaga keharmonian,
ketenteraman dan kelicinan pentadbiran sekolah
6. Menegaskan bahawa mereka yang bersalah akan menerima hukuman yang
setimpal dengan kesalahanya

OBJEKTIF HUKUMAN

1. Mencegah pelajar yang bersalah mengulangi kesalahan mereka


2. Mencegah pelajar yang merbahaya atau bersalah daripada mempengaruhi
pelajar lain
3. Memberi ingatan kepada pelajar lain supaya tidak melakukan kesalahan
4. Setiap kesalahan yanng terbukti dan sabit kesalahannya akan mendapat
hukuman yang setimpal
5. Memperbaiki tingkahlaku pelajar yang bermasalah

Anda mungkin juga menyukai