Anda di halaman 1dari 3

Simpulan Bahasa Bermula Huruf P

pacat kenyang: terus beredar setelah makan.

padang jarak padang tekukur: musnah.

pak pandir: orang yang bodoh.

pak sanggup: orang yang menyanggupi sebarang kerja yang diberikan.

pak turut: orang yang mengikut sahaja.

paku belanda: harga tetap atau harga yang tidak dapat ditawar-tawar lagi.

paling hati: tidak setia.

paling tadah: (sila lihat juga paling hati.)

panas hati: sangat marah atau sangat benci.

panas rezeki: sukar mendapat rezeki.

panjang akal: cerdik.

panjang ekor: berani berbuat jahat.

panjang fikiran: (sila lihat juga panjang akal.)

panjang lidah: suka mengadu atau menyampai-nyampaikan cakap.

panjang tangan: (sila lihat juga cepat tangan.)

pasang badan: berhias diri untuk memikat.

pasang kaki: menggunakan orang-orang yang tertentu untuk membuat sesuatu kerja.

pasang mata: memerhatikan baik-baik; waspada.

pasang telinga: mendengar dengan teliti, berhati-hati, atau bersungguh-sungguh.

pasar gelap: perniagaan yang dijalankan secara haram dari segi undang-undang.

patah arang: perceraian yang tidak dapat didamaikan lagi.

patah hati: hilang kemahuan untuk berbuat sesuatu.

patah kandar: hilang tempat bergantung.

patah lagu: getaran suara apabila menyanyi.

patah lidah: tidak dapat berkata-kata dengan lancar.

patah perang: kalah perang.

patah semangat: hilang kemahuan untuk berusaha.

patung bernyawa: hidup yang tidak mempunyai cita-cita.

pecah amanah: melanggar amanah.

pecah khabar: tersiar berita.


pedih hati: pilu.

pejam mata: orang yang tidak mengambil tahu hal-hal yang berlaku di sekelilingnya.

pekak badak: seseorang yang rosak pendengarannya atau pura-pura tidak mendengar.

pekak batu: (sila lihat juga pekak badak.)

peluk lutut: tidak bekerja.

peluk tangan: (sila lihat juga peluk lutut.)

peluk tubuh: (sila lihat juga peluk lutut.)

pembasuh mulut: (sila lihat juga basuh mulut.)

pencakar awan: (sila lihat juga cakar awan.)

pencakar langit: (sila lihat juga cakar langit.)

pendekar kata: orang yang pandai berpidato.

pendekar lidah: (sila lihat juga pendekar kata.)

pendekar pena: orang yang pandai menulis rencana di surat khabar.

pendekar sambal: pendekar yang pengecut dan mudah ditumbangkan.

pengubat hati: (sila lihat juga ubat hati.)

pening-pening lalat: berasa pening sedikit.

penyapu baru: orang yang baru akan rajin bekerja.

perang dingin: bergaduh dengan tidak bercakap.

perang gerila: perang secara bersembunyi.

perang mulut: berbahas, bertengkar.

perang pena: pertengkaran melalui tulisan di akhbar.

perang saudara: perang antara orang sebangsa.

perang terbuka: perang secara besar-besaran.

peras otak: belajar bersungguh-sungguh.

peras tenaga: (sila lihat juga banting tulang.)

peras tenaga orang: membuat orang bekerja untuk keuntungan dirinya.

perigi buta: perigi yang tidak berair.

perut kapal: bahagian kapal yang di tengah-tengah.

perut kosong: lapar.

perut laut: bahagian laut yang dalam.

pilih bulu: memandang kedudukan, bangsa, dan keturunan.


pilih kasih: bersikap berat sebelah dengan memberi layanan yang lebih kepada pihak
yang disayangi.

pindah tangan: bertukar milik.

pinggang kerengga: ramping.

pintu rezeki: jalan untuk mendapat rezeki.

pintu terbuka: sedia menerima tetamu.

pisau cukur: perempuan yang suka menghabiskan harta benda lelaki.

potong jalan: mendahului sehingga menyebabkan orang yang sepatutnya mendapat


sesuatu tidak berpeluang.

pukul curi: memukul dengan tidak diketahui oleh orang yang dipukul.

pukul rata: (a) purata. (b) melayan atau memperlakukan semua dengan sama.

putera mahkota: anak raja yang bakal naik takhta.

puteri lilin: perempuan yang tidak tahan kena panas.

putih hati: ikhlas dan jujur.

putih mata: kecewa atau gagal kerana harapan tidak tercapai; mendapat malu.

putih tapak kaki: lari sekuat-kuatnya.

putih tulang: mati.

putus akal: (sila lihat juga mati akal.)

putus arang: persahabatan yang putus sama sekali.

putus kata: mendapat kata sepakat.

putus rezeki: hilang mata pencarian.

putus ubat: upacara menamatkan ubat selepas sembuh.

puas hati: lega

Anda mungkin juga menyukai