Anda di halaman 1dari 2

Objektif

Tajuk kajian kami ialah Restoran Murni SS2 mencerminkan perpaduan melalui sajian makanan.
Objektif utama kami mejalankan survey ini adalah berikut :

1. Mengenalpasti makanan dari kaum lain di Restoran Murni SS2 dapat mengekalkan
perpaduan antara kaum.

2. Mengkaji penduduk tempatan berbilang kaum terhadap penerimaan makanan kaum lain di
Restoran Murni SS2.

3. Mengenal pasti makanan kaum lain dapat membawa pemahaman dan penerimaan antara
kaum.

Metodologi
Kaedah kajian
Bahagian ini merujukkan kepada cara-cara menjalankan proses kajian ini di SS2
MURNI untuk mengetahui bahawa perpaduan antara penduduk tempatan dapat dipupuk dan
persefahaman serta pemahaman dapat diwujudkan melalui makanan dari pelbagai kaum.

Pemerhatian
Salah satu cara yang dipakai dalam kajian ini adalah dengan pemerhatian responden di
SS2 Murni. Pengkaji telah memerhati bilangan pelanggan yang melanggan SS2 Murni untuk
mengetahui kepopularan kedai makan SS2 Murni.

Soal Selidik
Selain pemerhatian, pengkaji juga meminta 30 orang pelanggan di kedai makan SS2
Murni dengan mengisi boring soal selidik dengan 2 muka surat depan dan belakang yang
mengandungi 15 soalan dengan format Ya atau Tidak.
Dokumentasi
Pengkaji telah memiliki maklumat tentang makanan tradisi dari bahan sumber seperti
jurnal, majalah dan surat khabar yang sedia ada. Maklumatnya ada di bahagian RUJUKAN
pada muka surat 18-20. Selain itu, pengkaji telah meminjam buku rujukan dari pusat sumber
Universiti Tunku Abdul Rahman Sg Long. Di samping itu internet juga dipakai dalam kaedah
kajian assignment hubungan etnik ini. Oleh itu, maklumat senang didapat dengan sumber
internet dan proses kajian ini dapat dijalankan dengan lancar.

Cara analisis data

Pengkaji menganalisis data yang dikumpulkan dari SS2 Murni dengan responden
seramai 30 orang, dalam kalangan responden ini pengkaji telah membuat carta pai dan carta bar
dengan menunjukkan purata peratus untuk mengenalpastikan bahawa hubungan etnik dapat
ditunjukkan antara orang ramai dengan etnik yang berbeza melalui perkongsian khazanah
makanan tradisional masing-masing.

Anda mungkin juga menyukai