Anda di halaman 1dari 2

MASYARAKAT MELAYU MEMERIHALKAN FALAK DALAM PERUBATAN SIRI 2

Abu Nasr 'Adnan Ibn Nasr dalam risalahnya " ( " Risalah
Pada Menyatakan Keberhajatan Tabib Kepada Ilmu Falak) menjelaskan secara terperinci
mengenai keperluan Tabib dalam mengetahui ilmu Falak, maka kata beliau

.

:
.
Sesungguhnya sebahagian daripada penyakit itu adalah disebabkan kerana terkesan daripada
peristiwa yang berlaku di langit. Dan wajib kepada seseorang yang ingin menjadi Tabibitu
mengambil berat dan mengetahui sebarang perkara yang berkaitan dengannya. Telah berkata
Abu Nasr Adnan Ibn Nasr dalam kitabnya yang masyhur iaitu Al-Syar, Sesiapa yang ingin
menjadi seorang tabib yang sebenar-benarnya, maka hendaklah dia mengtehui segala perkara
yang berkaitan dengan perkara ini, iaitu:
- Fasa-fasa dan tempoh masa dalam setahun.
- Tentang terbit dan terbenamnya bintang.
- Tiupan angin pada sesuatu negeri (tempat)
- Mengetahui tentang keadaan bentuk muka bumi dan keadaan daratan pada sesuatu tepat
itu.
Sesungguhnya perkara ini adalah merupakan kesan yang cukup besar kepada kehidupan di sesuatu
tempat. Dan sememangnya manusia adalah sangat terpengaruh dengan segala bentuk perubahan
yang berlaku pada sekeliling mereka. Maka masyarakat di Alam Melayu tidak ketinggalan dalam
mengaplikasikan perkara ini dalam pengamalan tradisi Perubatan Tradisiona. Perkara ini dapat
dilihat dan diteliti seperti ungkapan dalam Manuskrip Risalah Ilmu Tabib.
1- Fasal ini pada menyatakan yang di dalam tubuh manusia sekalian sakit dan demam kerana
angin dan darah dan balgham dan pitam, ialah menyampaikan hari sakit dan demam pada
segala tubuh. Maka barangsiapa hendak mengubat, maulah diketahui dan demam pada
segala tubuh manusia itu.

- Akan asal penyakit itu daripada bulan esa bulan dua dan bulan tiga dan bulan empat. Maka
empat bulan itu demamnya sebab anginlah menjadi pohon penyakit.

- Dan jika bulan lima dan bulan enam dan bulan tujuh dan bulan lapan sebab darah menjadi
pohon penyakit itu.

- Maka bulan Sembilan dan bulan sepuluh dan bulan sebelas dan bulan dua belas, maka
empat bulan itu sebab asal penyakit itu daripada balgham menjadi pohon penyakit.
Maka tiga perkara inilah pohon penyakit pada segala tubuh manusia. Adapun akan angin itu
tempatnya pada pusat hingga sampai ke dadanya. Dan akan balgham itu tempat pada pusat hingga
sampai ke kakinya. Inilah asal tempat kedua penyakit itu. Wallahu Aalam.
2- Fasal ini jikalau seseorang manusia sakit pada pagi-pagi, maka sakit itu sebab anginlah
asalnya. Jikalau seseorang manusia itu sakit pada petang hari, sakitnya itu sebab balgham
asalnya. Adapun jikalau ada petang sakitnya balgham dengan bercampur angin. Adapun
jika siang sakitnya, sebab angin dengan darah bercampur.

Saya tidak menggunakan perkataan ASTROLOGI dan mengekalkan perkataan FALAK atas
beberapa perkara (sambungan akan datang)

Anda mungkin juga menyukai