Anda di halaman 1dari 2

1) Sebelum kita bercerita lebih panjang mari kita kenali dahulu apa itu YRV.

Ia membawa maksud Young


Recreational Vehicle (Kenderaan Rekreasi Generasi Muda) Enjin ni lebih kurang dengan enjin perodua
myvi tapi YRV ni dilengkapi dengan sistem turbo.Ia juga dikenali sebagai K3-Vet kod enjin K3VET
(LA-M201G) 1298cc dengan 4 Silinder in line 16V intercoler Turbo
140 kuasa kuda.

2)Kenderaan ini terdapat 3 pilihan iaitu Turbo(2) dan NA(1)

-YRV Turbo (k3vet) (meter 180km/h)


-YRV Turbo R (k3vet) (meter 220km/h)
-YRV Na (k3ve)Sama Macam Engine MYVI 1.3)

3)Versi Turbo ini dilengkapi sistem gear yang dipanggil TIPTRONIK, ia bermaksud kita boleh pilih samada
hendak memandu cara Automatik ataupun Manual. Yang seronoknya manual ini tidak memerlukan anda
menekan pedal klac untuk penukaran gear, anda hanya perlu menekan butang steer shift pada
dashboard dan kemudian menekan butang (+/-) pada steering anda .Dengan teknologi ini penukaran
gear lebih cepat dari manual. Untuk versi turbo, gear diletakkan pada sebelah steering hanya versi turbo
R yang menempatkan gear ditempat biasa.

4)Harga untuk memiliki Halfcut YRV

RM4000 ini untuk YRV biasa manakala YRV R mungkin harganya mencecah RM6000. Beza YRV biasa
dengan YRV R ni xjauh beza cuma pada speedcut YRV biasa 180-190km/h untuk YRV R 220-230km/h.Kos
untuk keseluruhan dalam RM5500 bagi YRV biasa. Bagi pendapat saya kelisa YRV biasa dah ok. YRV R
lebih sesuai pada MYVI.

5)OK sekarang kita cerita pasal kelisa YRV.

Engine YRV ini dimasukkan pada kelisa tanpa mengubah sebarang kedudukan mounting atau
pemotongan chasis. Ia boleh dimasukkan secara PNP (plug and play) akan tetapi tidaklah kesemua
komponen pada halfcut tersebut boleh dimasukkan ke dalam ruang engine kelisa disebabkan ruang
engine kelisa yang agak kecil berbanding YRV. Baik saya ambil satu ke 3 contoh komponen YRV yang tidak
dapat dimasukkan ke dalam ruang engine kelisa antaranya :
- Radiator YRV
- Kotak Angin YRV
- Kondenser YRV
* Guna semula komponen kelisa diatas yang aftermarket*

6)Sistem Suspension

Sistem suspension YRV dan kelisa adalah hampir sama jika dilihat absorber dan spring YRV boleh
dimasukkan pada kelisa secara PNP mungkin ia akan sedikit lebih tinggi. Adalah lebih baik jika ia
diupgrade kepada adjustable absorber untuk memberi handling yang memuaskan.

7)Sistem Gantungan Tayar

Sistem Gantungan Tayar / Handling diantara YRV dan kelisa ada sedikit perbezaan antaranya ialah
- Tie Rod End
- Lower Arm
- Stabilizer Bar
- Drive Shaft

Tie Rod end kelisa adalah pendek berbanding YRV begitu juga Lower Arm dan drive shaft kelisa yang
lebih pendek berbanding YRV untuk Stabilizer Bar ia berbeza pada lengkungan. Cara nak masukkan
Engine YRV secara PNP ini ialah kita gunakan semula Tie Rod End, Drive Shaft & Lower Arm kelisa. Untuk
Stabilizer Bar hantar pada engineering bakar bagi sama lengkungan dia seperti stabilizer bar kelisa .

8)Sistem Brek

Sistem brek diantara YRV dan kelisa adalah sama ia bermakna disk brake hadapan itu boleh dimasukkan
secara PNP pada kelisa dan juga Brake Drum YRV belakang boleh dimasukkan secara PNP pada perodua
kelisa.

9)Inspection&Endorse (JPJ PUSPAKOM)

Untuk proses inspection dan endorse ini body kelisa tak kiralah sama ada CC 850-1000 CC boleh lepas
jika ikut syarat yang ditetapkan oleh badan penguasa berkenaan tiada masalah jika kita ikut apa yang
mereka perlukan.

10)Masalah YRV

Terdapat beberapa masalah yang biasa pada engine YRV ni bagi orang yang dah gunakan YRV mereka
lebih arif mengenai masalah ini. Antaranya ;
- Gearbox
- TCU (Transmission Control Unit)
- Temperature/Suhu

Al maklumlah kita pun beli kereta scrap dari jepun ia bermakna kereta secondhand jadi janganlah
merungut sekiranya nasib kita kurang baik disebabkan kereta kita mengalami masalah tersebut. Setiap
masalah ada jalan pnyelesaian. Bagi kerosakan Gearbox tiada cara lain selain menukar atau membaiki
Gearbox tersebut begitu juga dengan TCU. Bagi masalah temperature/Suhu ia masalah biasa pada YRV a
minor problem masalah kecil je. Apa yang anda boleh lakukan untuk selesaikan maslah ni antaranya.

- Pakai Radiator l9 ataupun Aftermarket seperti Synergy , Avs , Hks dll


- Pakai Set Kipas 12 blade motor besar yang ada dijual di YRV K3VET Trading (FB)
- Tukar Waterpump
- Tukar Thermostat D Sport 68 degree celcius
- Tukar Radiator Cap 1.1
- Pasang Fan Controller

Jika Komponen diatas telah ditukar akan tetapi masalah masih berlaku jalan terakhir ialah Tukar Gasket
Head yang lebih tebal berbanding standard.

Anda mungkin juga menyukai