Anda di halaman 1dari 3

Perbualan antara Musa dan temannya, bermula selepas Musa diberitahu

mengenai seorang hamba Allah yang mempunyai pengetahuan yang tidak


dikurniakan kepada Musa. Lalu, Musa pun mencari hamba Allah itu.

Lelaki yang ditemui Musa sebenarnya ialah Khidir. Musa meminta Khidir untuk

mengajarnya ilmu yang dimiliki oleh Khidir tetapi tidak dimiliki Musa. Awalnya

Khidir memberitahu Musa bahawa Musa tidak akan mampu bersabar dengannya
tapi Musa berkeras dengan mengatakan dengan izin Allah, dia mampu bersabar.

Khidir memberi syarat supaya tidak bertanya sebarang soalan atas semua

tindakannya sehinggalah Khidir sendiri yang memulakan perbincangan. Musa


bersetuju dan mula mengikuti Khidir.

Mula-mula mereka menaiki sebuah perahu. Khidir tiba-tiba membocorkan perahu

yang dinaikinya. Musa tidak setuju dengan perbuatan itu kerana ia akan

menyebabkan perahu tenggelam bersama penumpangnya. Tetapi Khidir


mengingatkan Musa semula mengenai syarat yang telah dipersetujui mereka.

Selepas itu, mereka meneruskan perjalanan sehingga mereka bertemu dengan

seorang budak lelaki lalu membunuhnya. Musa sekali lagi tidak berpuas hati dan

mengatakan Khidir telah melakukan perbuatan mungkar kerana telah membunuh


seorang kanak-kanak yang tidak berdosa.

Sekali lagi, Khidir mengingatkan Musa mengenai sabar yang tidak mampu Musa

tahan sekiranya bersamanya. Musa kemudian mengatakan bahawa sekiranya

dia bertanya lagi, Khidir boleh menghalang Musa untuk mengikutinya bagi
perjalanan seterusnya.

Berjalanlah lagi mereka sampai bertemu dengan penduduk di sebuah bandar.

Musa dan Khidir meminta makanan tetapi tidak dilayan oleh penduduk di situ.

Tidak lama kemudian, mereka ternampak tembok yang hampir runtuh dan Khidir
membaikinya.
Pada masa ini, Musa memberitahu Khidir bahawa dia tidak perlu melakukannya

secara percuma memandangkan penduduk di situ tidak melayani mereka


sebagai tetamu.

Dengan itu, Khidir memutuskan supaya Musa tidak perlu lagi menemaninya

dalam perjalanan seterusnya memandangkan Musa sudah pun melanggar

syaratnya. Namun, Khidir memberikan maksud semua tindakannya dalam ketiga-


tiga peristiwa sebelum itu.

Perahu itu dirosakkan kerana ada seorang raja yang zalim, yang merampas

setiap perahu yang baik. Bagi mengelakkan perahu itu dirampas, maka Khidir

merosakkannya agar pemiliknya iaitu si miskin boleh mendapat manfaat darinya


kerana perahunya tidak dirampas oleh raja itu.

Kanak-kanak yang dibunuh itu pula semasa kelahirannya merupakan

kegembiraan buat ibu bapanya yang beriman. Walaupun begitu, jika kanak-

kanak dibiarkan terus hidup, dia akan mendesak kedua mereka melakukan
perbuatan zalim dan kufur.

Tembok yang diperbaiki oleh Khidir pula sebenarnya milik dua orang budak lelaki

yatim. Di bawahnya terdapat harta kekayaan yang tertanam untuk mereka.

Bapanya merupakan lelaki soleh, menunjukkan bahawa zuriatnya dijaga dan


rahmatNya kepada ibadat lelaki itu diteruskan di dunia sehingga akhirat.

Berikut adalah pengajaran dari kisah ini:

1. Untuk belajar dari seseorang, kita perlulah menjadi murid yang menghormati
guru kita agar mudah menerima semua maklumat yang disampaikan olehnya.

2. Seorang murid mestilah bersabar dalam menuntut ilmu dan melakukannya


sepenuh hati.

3. Setiap apa yang berlaku datang dengan hikmah. Apa yang diambil oleh Allah
akan digantikan dengan sesuatu yang lebih baik.
4. Allah menjanjikan ganjaran pahala buat mereka yang beramal soleh. Ia bukan
sahaja memberi kesan kepada diri sendiri, malah kepada keluarga mereka.

Anda mungkin juga menyukai