Anda di halaman 1dari 2

LATIHAN 2.

1 JARAK, SESARAN, LAJU DAN HALAJU

(1) Seorang budak mengayuh basikal sejauh 2 Penyelesaian:


km dari rumahnya menuju ke sebuah kedai.
Selepas itu, dia balik dan dalam perjalanan
balik, dia berhenti di sebuah warung yang
berada sejauh 1.2 km dari rumahnya.
Berapakah
(a) Jumlah jarak budak itu mengayuh basikal
dari rumah ke warung.
(b) Jumlah sesaran budak itu mengayuh basikal
dari rumah ke warung.

(2) Seorang pelari 400 m mengambil masa 1 Penyelesaian:


minit 12 saat untuk menamatkan lariannya.
Tentukan laju puratanya.

(3) Seorang peserta acara jalan kaki bermula Penyelesaian:


dari titik P ke Q ke arah timur sejauh 500 m dan
kemudiannya ke utara menuju R sejauh 1200 m
lagi. Jumlah masa yang diambil untuk bergerak
dari P ke R adalah 3 minit 20 saat. Tentukan
(a) Jumlah jarak
(b) Sesaran
(c) Laju purata
(d) Halaju purata

4) Ali hendak pergi ke kedai. Dia berjalan sejauh Penyelesaian:


300 m ke kanan selama 10 minit. Kemudian dia
terjumpa Ahmad. Ahmad mengajak Ali
menemaninya ke kedai basikal yang sejauh 200
m ke selatan selama 7 minit. Tentukan
(a) Jumlah jarak
(b) Sesaran
(c) Laju purata
(d) Halaju purata

5) Kelvin perlu berjalan 500 m untuk sampai ke


sekolah.Berapakah jarak dan sesaran yang
dilalui oleh Kelvin untuk dia pergi dan balik dari
sekolah. Jika dia mengambil masa 10 minit,
berapakah laju dan halaju Kelvin bergerak.

6) a) Laju seragam 10 ms-1 = Suatu objek bergerak sejauh ................. dalam setiap ...........

b) Halaju seragam -10 ms-1 = ...................... dilalui oleh suatu objek sejauh 10 m dalam setiap
............ ke kiri.

Anda mungkin juga menyukai