Anda di halaman 1dari 2

TEKS UCAPAN PENYELARAS PROGRAM TRANSISI TAHUN 1/2018

Yang berusaha
Encik Sabtu bin Hj Matali , Guru Besar Sk Merbau Miri,

Yang dihormati,
En. Changgai Ak Beti, PK Pentadbiran
* _______________, PK HEM, ______________, PK Kokurikulum,
En. Barhan Bin Sahari , Penolong Kanan Petang
rakan-rakan guru serta Anak-Anak Merbau Tahun 1.

Salam Sejahtera dan Salam 1 Malaysia.

Pertama sekali, saya ingin mengucapkan rasa syukur kepada Tuhan kerana dengan
limpah keizinannya kita telah berjaya merealisasikan Program Transisi Murid Tahun
Satu 2018. Program Tansisi ini telah bermula pada 02 Januari 2018 hingga 19
Januari 2018 bertempat di kelas tahun satu SK Merbau Miri.

Sepanjang program ini berlangsung, banyak memberi pengalaman baru kepada saya
sebagai penyelaras program buat pertama kalinya. Program ini telah berjaya
mencapai objektif nya iaitu berkenalan dan membina hubungan mesra dalam
kalangan murid agar dapat mengurangkan rasa malu, segan dan takut untuk ke
sekolah serta suasana pengajaran dan pembelajaran yang berbeza semasadi
prasekolah. Murid-murid tahun satu ini dapat merasakan satu keseronokan untuk
terus belajar bersama dengan kawan-kawan, persekitaran dan guru-guru yang baru.
Keadaan ini dapat diterjemahkan melalui sinar mata mereka yang sentiasa
bercahaya pada setiap masa dan ketika untuk meneruskan proses pembelajaran
mereka di tahun satu.

Selain itu melalui pelbagai aktiviti yang telah dijalankan, seperti ujian diagnostic
telah dapat mengenalpasti potensi setiap murid pada akhir program transisi.
Diharapkan murid-murid akan dapat meningkatkan perasaan ingin tahu, penetahuan
sedia ada, tahap keyakinan diri serta memantapkan lagi pengamalan nilai-nilai murni
apabila terus belajar di SK Merbau Miri.

Sehubungan dengan itu, saya mengucapkan terima kasih yang tidak terhingga dan
tahniah kepada pihak sekolah, semua ahli jawatankuasa induk, ahli jawatankuasa
perlaksana, guru-guru serta seluruh warga SK Merbau Miri yang banyak membantu
secara langsung mahupun tidak langsung sebelum, semasa dan selepas program ini
dijayakan. Sesungguhnya yang lemah dan kekurangan itu datang dari diri saya
sendiri dan yang baik itu adalah kurniaan Yang Berkuasa. Saya berharap agar
semangat dan komitmen yang telah kita berikan pada program ini dapat diteruskan
dengan lebih cemerlang pada masa akan datang.

Kalau ada jarum yang patah,


Jangan disimpan di dalam peti;
Kalau ada silap dan salah
Jangan disimpan di dalam hati.

Sekian, terima kasih.

Anda mungkin juga menyukai