Oleh:
NOOR HAFIZAH BT. JAUHARI
DAN
RAKAN-RAKAN GURU UNIT BM
MAKTAB RENDAH SAINS MARA TERENDAK
Dalam usaha menarik minat pelajar untuk belajar Bahasa Melayu, pelbagai aktiviti cuba
dilakukan oleh guru. Hal ini kerana kebanyakan pelajar menganggap subjek bahasa
Melayu adalah subjek yang mudah mendapat A dalam peperiksaan terutamanya
Penilaian Menengah Rendah (PMR) dan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) sehingga mereka
memandang enteng akan subjek ini. Untuk itu salah satu cara untuk menarik minat
pelajar belajar Bahasa Melayu adalah dengan menggunakan teknik didik hibur iaitu teknik
penggunaan lagu dalam Pengajaran dan Pembelajaran (P&P). Hal ini kerana pelajar
pada hari ini begitu terdedah dengan dunia muzik yang semakin hari semakin
berkembang. Dunia remaja mereka yang gemar pada hiburan menjadikan guru tidak
dapat tidak, mengelak menggunakan lagu sebagai salah satu medium yang berkesan
dalam pengajaran. Oleh itu kami telah menggunakan lirik lagu untuk mengesan morfologi
dan sintaksis, aspek KOMSAS dan mengesan maklumat sebagai isi karangan.
Pendekatan yang digunakan oleh guru ini diharapkan dapat menarik minat pelajar untuk
terus belajar dan menguasai Bahasa Melayu.
1
DIDIK HIBUR DALAM P&P
PENGENALAN
Dalam usaha menarik minat pelajar untuk belajar Bahasa Melayu, pelbagai aktiviti dapat
dilakukan oleh para guru. Hal ini kerana kebanyakan pelajar menganggap subjek Bahasa Melayu adalah
subjek yang mudah dikuasai dan mudah untuk mendapat gred yang baik dalam peperiksaan terutamanya
dalam Peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia(SPM) dan Penilaian Menengah Rendah (PMR) sehingga mereka
memandang enteng akan subjek ini. Walau bagaimanapun ada juga pelajar yang amat berminat dengan
subjek Bahasa Melayu di dalam kelas dan sentiasa mengharapkan guru yang mengajar dapat melakukan
sesuatu yang menarik untuk mereka memberi tumpuan semasa P&P. Untuk itu salah satu cara untuk
menarik minat pelajar belajar Bahasa Melayu adalah dengan mengunakan lagu dalam P&P.
Lagu memang tidak asing dalam diri setiap individu apatah lagi para pelajar. Hal ini kerana pelajar
pada hari ini begitu terdedah dengan dunia muzik yang semakin berkembang. Dunia remaja mereka yang
gemar pada hiburan masa kini tidak dapat tidak untuk mereka mengelak daripada muzik ini. Lagu dalam
liriknya terkandung pelbagai maklumat dan idea untuk membantu pelajar menulis sebuah karangan.
Dalam lirik lagu juga guru boleh melaksanakan pemantapan terhadap tatabahasa pelajar selain dapat
dikaitkan dengan pembelajaran KOMSAS. Oleh itu pendekatan yang digunakan oleh guru ini diharapkan
dapat menarik minat pelajar untuk terus belajar Bahasa Melayu.
2
ISU SEMASA DALAM LAGU
Kebanyakan lagu ada mesej yang hendak disampaikan kepada masyarakat yang dikaitkan dengan isu
semasa. Sebagai contoh dalam lirik lagu “Hijau” nyanyian Zainal Abidin, liriknya banyak dikaitkan dengan
unsur kecintaan terhadap alam sekitar dan kesan jika alam sekitar tidak dijaga dan dipelihara. Cuba
perhatikan lirik lagu “Hijau” di bawah ini.
HIJAU
Nyanyian: Zainal Abidin
Oo... anok-anok
Tok leh meghaso mandi laok
Bersaing main ghama-ghama
3
Ozon lo ni koho nipih nak nak aghi
Keno make asak hok biso, weh
Pase maknusio
Seghemo bendo-bendo di dunio
Tok leh tahe
Sapa bilo-bilo
Berdasarkan lirik lagu di atas, guru boleh meminta pelajar menyenaraikan kesan jika alam sekitar jika tidak
dipelihara. Jadi isu alam sekitar dan pemeliharaan alam sekitar ada dalam lagu ini. Lirik lagu ini boleh
membantu pelajar mendapat idea semasa mereka ingin menulis karangan tentang isu alam sekitar.
Berikut disenaraikan beberapa contoh lagu yang boleh dikaitkan dengan isu dalam tajuk-tajuk karangan
yang boleh digunakan oleh guru dalam P&P.
Lagu Penyanyi Isu/tajuk karangan
- Satu, Dua, Tiga Aris Ariwatan Peranan ibu bapa mendidik anak-anak.
- Ayah dan Ibu Sudirman Hj Arshad
- Bonda M. Nasir
- Pusara Di Lebuh Raya Rahmat Ekamatra Kemalangan Jalan Raya
- Aku Anak Desa Sudirman Hj Arshad Kehidupan masyarakat Kampung
- Aku Budak Kampung
- Anak Gembala
- Rendang Tak Berbuah Hattan Penyalahgunaan dadah
- Naluri Cinta Rohana Jalil & To’ki Kesan Peperangan
- Balada Seorang Gadis Zubir Ali
Kecil
- Doa Zubir Ali Ketuhanan
- Takkan berpaling dari- Rossa
Mu
- 31 Ogos Sudirman Semangat patriotisme
- Warisan
- Tegakkan bendera kita
- Pada Syurga di Nash Masalah keluarga
Wajahmu Hafiz
- Awan Nano
- Kawan Ruhil Persahabatan
- Seribu impian Casey
- Indahnya Bumi Tuhan XPDC Keindahan Alam sekitar
4
DIDIK HIBUR DALAM TATABAHASA MENGGUNAKAN LAGU
Guru boleh juga menggunakan lagu ketika mengajar tatabahasa kepada pelajar. Sebagai contoh mengesan
kesalahan tatabahasa, kesalahan imbuhan, ayat tergantung dan ayat songsang. Berikut merupakan
contoh aktiviti mudah yang boleh dilakukan oleh guru semasa P&P yang kami gunakan menerusi lagu
“Cindai” nyanyian Siti Nurhaliza.
CINDAI – Datuk Siti Nurhaliza
5
Contoh aktiviti:
1. Para pelajar diberikan lirik lagu Cindai nyanyian Datuk Siti Nurhaliza dan mereka diminta
menyanyi sebagai aktiviti set induksi.
2. Para pelajar dibahagikan kepada 3 kumpulan. Setiap kumpulan diberi tugasan yang berbeza
iaitu:
(a) Kumpulan 1 - mengesan dan membaiki kesalahan tatabahasa
(b) Kumpulan 2 - mengesan dan membaiki kesalahan imbuhan dan ayat tergantung
(c) Kumpulan 3 - mengesan dan membaiki kesalahan ayat songsang
3. Mereka diberikan masa 15 minit untuk berbincang. Setiap kumpulan diminta membentangkan
hasil perbincangan. Guru memberikan pengukuhan.
SKEMA JAWAPAN
1 Kesalahan tatabahasa -jalinnya layu rentah beribu - jalinnya layu rentah beribu-ribu
2 Kesalahan imbuhan -mendendam unggas liar di hutan -berdendam unggas liar di hutan
3 Ayat songsang -mekarnya kuntum nak idam - kumbang nak idam mekarnya
kumbang kuntum
6
-hendaklah hendak hendak ku rasa - hendak ku rasa hendaklah
hendak
4 Ayat tergantung -mendendam unggas liar di hutan -(siapa) mendendam unggas liar di
hutan
Pelajar gembira semasa membentangkan hasil dapatan mereka apatah lagi apabila guru meminta
pelajar menyanyikan baris lagu tersebut. Keseronokan jelas terpancar dalam diri mereka sepanjang sesi
P&P.
7
TEKNIK PENGGUNAAN LAGU DALAM DALAM KOMSAS
Untuk menjadikan pengajaran dan pembelajaran KOMSAS lebih berkesan dan menarik, guru boleh
menggunakan lagu bukan sahaja sebagai permulaan untuk mengenalkan aspek KOMSAS kepada para
pelajar malah sebagai nilai tambah kepada guru untuk memberi hiburan sambil mendidik kepada
pelajar. Misalnya dalam kertas kerja ini, kami menggunakan lagu “Wajah Kesayangan Hamba” nyanyian
Hail Amir untuk dikaitkan dengan prosa tradisional Hikayat Indera Nata. Cuba perhatikan lirik lagu
tersebut di bawah ini terlebih dahulu.
( korus 1 )
Pipi pauh dilayang
Alis matanya lentik
Sekali mataku memandang
Hati tertawan
( korus 2 )
Wajahnya mempersona
Tiada lagi tandingan
Bagai dewi menjelma
Jadi temanku
Datanglah wahai pujaan
Datang padaku
Lukisan wajah kasih
Di ruangan mata
Kalung dirimu sayang
Dengan cinta nan mesra
Wajah kesayangan hamba
Kini ku jumpa
8
Jika diperhatikan daripada lirik lagu “Wajah Kesayangan Hamba” ini, didapati lirik lagu ini banyak
menggunakan kata adjektif dalam menilai watak seorang gadis. Dalam pengajaran KOMSAS aspek watak
sememangnya sangat penting dalam sesebuah prosa.
Jadi di sini kami telah meminta pelajar membandingkan watak gadis dalam lagu “Wajah Kesayangan
Hamba” ini dengan watak puteri yang terdapat dalam prosa tradisional Hikayat Indera Nata pada
halaman 50. Dalam halaman 50 puteri digambarkan seperti ayat-ayat di bawah:
Manakala gadis dalam lagu “Wajah Kesayangan Hamba” pula adalah seperti dalam ayat di bawah:
9
Berikut adalah contoh aktiviti dalam sebuah Rancangan Harian Lengkap:
Contoh 1
LANGKAH PENGAJARAN
Langkah 1( 10 minit )
10
Langkah 2 ( 15 minit ) Kata adjektif dalam petikan:
Langkah 3 ( 15 minit )
11
Langkah 4 ( 10 minit )
Penutup: ( 5 minit )
12
Contoh 2
PENGAJARAN KOMSAS
Tingkatan Tiga
Masa 80 minit
Tajuk Hikayat Inderaputera
Genre Prosa Tradisional
Fokus Utama 10.6 Mengulas karya sastera dari aspek watak dan perwatakan , latar, plot,
gaya bahasa dan sudut pandangan
Aras 2 (iv) Menganalisis watak dan perwatakan
Fokus Sampingan 7.1 Mengenal pasti dan menyatakan gambaran keseluruhan , idea utama ,
isi penting dan isi releven tentang bahan yang didengar, dibaca dan
ditonton
Aras 1 (iii) mentafsir dan menghuraikan maksud kata, rangkai kata,
istilah, peribahasa, ayat dan perenggan.
Objektif Pada akhir pengajaran, murid dapat:
1. Mengulas aspek perwatakan dalam watak seperti yang terdapat dalam
petikan
2. Menyenaraikan kata-kata adjektif seperti yang terdapat dalam petikan
3. Menulis semula petikan prosa tradisional ke dalam bahasa moden
13
Langkah Aktiviti Pengajaran dan Pembelajaran KBT / Catatan
14
Langkah 4 Penilaian dan Peneguhan
Setiap kumpulan membentangkan hasil
perbincangan mereka
Guru membuat ulasan
Penutup Guru membuat rumusan tentang isi pelajaran pada
hari tersebut
KESIMPULAN
Seorang guru perlu bijak dalam memastikan kelas dapat dikelolakan dengan baik dalam sesi P&P. Guru
juga perlu bijak dalam mengenal potensi dan minat pelajar yang berbeza-beza. Oleh itu sebagai guru
mereka perlu percaya bahawa bukan mudah untuk menambat hati seorang pelajar ketika mereka
mengajar. Jadi didik hibur dalam P&P amat diperlukan bagi memastikan kelas dapat berlangsung dengan
lancar dan seterusnya pelajar minat untuk belajar. Diharapkan kaedah menggunakan lagu dalam P&P ini
dapat menggalakkan pelajar untuk terus belajar dan minat akan subjek Bahasa Melayu.
15
Lampiran
Satu, dua, tiga, empat
Nyanyian: Aris Ariwatan
Satu…kasih yg abadi
Tiada tandingi dia yang satu
Dua… sayang berpanjangan
Membawa ke syurga kasihnya ibu
(Ulang dari *)
16
Sudirman
17
Lirik Lagu Bonda – M Nasir
18
PUSARA DI LEBUH RAYA - EKAMATRA
Dalam perjalan ini
Menuju destinasi
Berbagai lebuhraya dilalui
Perjalananku terhenti
Di lebuhraya ini
Terpandang pusara diam menyepi
19
Warisan
Sudirman Hj Arshad
( korus )
Andai ku terbuang tak diterima
Andai aku disingkirkan
Kemana harusku bawakan
Kemana harusku semaikan cinta ini
Betapa
Dibumi ini ku melangkah
Keutara selatan timur dan barat
Ku jejaki
Aku
Bukanlah seorang perwira
Gagah menjunjung senjata
Namun hati rela berjuang
Walau dengan cara sendiri
Demi cinta ini
( ulang korus )
20
Tegakkan Bendera Kita
Sudirman Hj Arshad
21
Anak Gembala
Sudirman Hj Arshad
22
RENDANG TAK BERBUAH - HATTAN
Hanya memadukan
Namun tidak mengenyangkan
Musafir lalu nan dahaga
Di jalan panas membara
Begitulah hakikatnya
Di mahligai kesakitan
Yang mengundang sahabat
Saudara jauh dekat
Menghembus nafas pilu
Ibu mengertilah
Aku sengsara
Lemas berendam airmata
Rendang kasihmu
Dalam gelora
Jadi rebutan selamanya
Berikanlah pengertian
Waktuku di hujung jalan
Berbicara bahasa duka
Tanda penyesalan
23
NALURI CINTA
To'ki & Rohana Jalil
Hanyalah kita
Sesama kita
yang memahami erti derita
Sesama kita mari semaikan
Naluri cinta
Kemanusiaan
Hanyalah kita
Sesama kita
yang memahami erti derita
Sesama kita mari semaikan
Naluri cinta
Kemanusiaan
Kemanusiaan
24
BALADA SEORANG GADIS KECIL
Zubir Ali
25
DOA
ZUBIR ALI
Tuhanku cahayaMu
Panas suci
Bagai kerdip lilin
Di kelam sunyi
26
Pada Syurga Di Wajah Mu
Nash
27
AWAN NANO
Hafiz
28
Kawan
Ruhil
29
Hijau Bumi Tuhan
XPDC
Sekali ku memandang
kehijauan saujana mata
semusim yang benderang
hati riang nikmatnya tuhan
kita belalah bersama-sama
kita jagalah harmoninya
Semusim ia datang
keindahan ciptaan tuhan
hijau yang terbentang
makhluk tuhan bermesra-mesra
kita belalah bersama-sama
kita jagalah harmoninya
30
AKU BUDAK KAMPUNG
Sudirman
Duri di kaki
Peluh di dahi
Pacat dan lintah
Teman biasa
Berlagak ke sawah
Ku membantu ayah
Di halaman sekolah
Hijau persona
Jikalau begitu
Elok di sana
Rasa nak menjamu
Cari sahaja
Ku budak kampung
Kau budak kampung
Oi orang kampung di tengah kota
Ku budak kampung
Kau budak kampung
Oi orang kampung
Apa khabarnya
Oi orang kampung jangan kau lupa
Oi orang kampung ibu dan ayah
Hebat di kampungku
Asal usulku
Hai biar apapun
Kupulang jua
31
32