Anda di halaman 1dari 12

Pemerhatian dan kesimpulan

Sifat-sifat
Oksigen Karbon dioksida

Warna Tiada Tiada

Bau Tiada Tiada

Keterlarutan dalam Sedikit larut (slightly soluble)


Sedikit larut dalam air.
air dalam air.

Tindak balas dengan Tidak larut dalam natrium


Sangat larut dalam natrium hidroksida.
natrium hidroksida hidroksida.

Kayu uji berbara terpadam (extinguishes).


Ujian dengan kayu Kayu uji berbara menyala.
Karbon dioksida tidak membantu
uji berbara Oksigen membantu pembakaran.
pembakaran.

Kayu uji menyala dengan api Kayu uji menyala terpadam serta merta.
Ujian dengan kayu
yang marak. Oksigen membantu Karbon dioksida tidak membantu
uji menyala
pembakaran. pembakaran.

Kertas litmus tidak berubah Kertas litmus berubah warna daripada biru
Ujian dengan kertas
warna. Oksigen adalah bersifat kepada merah. Karbon dioksida bersifat
litmus lembab
neutral. sedikit berasid.

Ujian dengan air


Tiada perubahan pada air kapur. Air kapur menjadi keruh.
kapur

Tiada kesan pada penunjuk Warna ungu penunjuk bikarbonat berubah


Ujian dengan
bikarbonat. Oksigen adalah menjadi kuning. Karbon dioksida adalah
penunjuk bikarbonat
bersifat neutral. bersifat sedikit berasid.
sipadu (volume) jirim berubah apabila ianya dipanaskan (heated) atau disejukkan (cooled).

Apabila dipanaskan:

 Zarah (particles) jirim menyerap tenaga haba (heat energy) untuk menukarkannya kepada
tenaga kinetik. Tenaga kinetik (kinetic energy) menyebabkan zarah bergetar (vibrate) dengan
lebih cepat.

 Getaran ini menyebabkan zarah-zarah bergerak menjauhi antara satu sama lain. Dengan sebab
itu, saiz dan isipadu jirim akan meningkat.

Apabila disejukkan:

 Zarah jirim kurang bergetar dan kelajuannya juga berkurangan.

 Jarak antara zarah-zarah adalah mengurang. Ini bermakna bahawa saiz dan isipadu jirim juga
turut berkurangan.
Pengkelasan haiwan mengikut ciri-ciri biasa (common characteristics):

Ciri-ciri haiwan Contoh

Hidup di dalam air Ketam, ikan, udang, tiram, sotong, kerang, obor-
obor.

Hidup di atas darat Anjing, ayam, kucing, tupai, tikus, gajah,rusa,


harimau.

Hidup di dalam air dan di atas darat Buaya, katak, penyu, singa laut, memerang.

Membiak dengan bertelur Ayam, ikan, burung, ketam, itik, angsa, lipas.

Membiak dengan melahirkan anak Ikan paus, ikan lumba-lumba, landak, tenggiling,
kelawar, arnab, lembu.

Herbivor Arnab, lembu, kambing, zirafah, tupai, siput,


belalang.

Karnivor Singa, harimau, ikan piranha, labah-labah, buaya,


ular, katak.

Omnivor Ayam, itik, kucing, lipas, tikus, beruang.

Badan berbulu rambut Kucing, anjing, lembu, beruang, kelawar.

Badan berbulu pelepah Burung, ayam, itik.

Badan bersisik Ikan, tenggiling, cicak, ular.


Perbezaan (differences) antara haiwan vertebrata dan invertebrata adalah seperti berikut:

Aspek Vertebrata Invertebrata

Tulang belakang Mempunyai tulang belakang. Tidak mempunyai tulang


belakang.

Sokongan badan Sokongan utama adalah rangka Sokongan utama adalah


dalaman (endoskeleton) yang exoskeleton (seperti kulit keras)
terdiri daripada tulang. dan tekanan cecair/bendalir.

 Hidup dalam air tawar atau laut.

 Badan ditutup dengan sisik dan sirip berlendir (slimy scales and fins).

 Sirip gunakan untuk berenang dan mengimbangi badan.

 Badan berbentuk torpedo (aerodinamik) untuk mengurangkan rintangan air.

 Bernafas melalui insang (gill).

 Berdarah sejuk (poikilothermic). Suhu badan berubah mengikut suhu persekitaran.

 Bertelur (lay eggs). Bertelur dengan banyak bagi meningkatkan peluang untuk persenyawaan.

 Persenyawaan (fertilisation) berlaku di luar badan, dimana sperma dan telur bersatu di luar
badan ikan betina.

 Mempunyai garis deria (sensory line) untuk mengesan rangsangan luar (external stimuli).

 Terdapat beberapa ikan jenis terdiri dari tulang rawan (cartilaginous) seperti jerung.

 Sesetengah ikan mempunyai beg udara dalam badan untuk lebih mudah terapung.
 Boleh hidup di atas darat dan di dalam air.

 Mempunyai kulit yang lembap (moist) dan terdedah yang berfungsi sebagai organ pernafasan
tambahan kerana gas meresap dengan mudah ke dalam sel-sel badan.

 Berdarah sejuk (poikilothermic).

 Bertelur. Bertelur dengan banyak bagi meningkatkan peluang untuk persenyawaan.

 Persenyawaan berlaku di luar badan.

 Berudu (tadpoles) bernafas melalui insang dan hidup dalam air manakala katak dewasa tinggal
di atas tanah dan nafas melalui paru-paru serta kulit lembap (moist skin).

 Mempunyai selaput renang pada kaki untuk membantunya berenang.

 Tidak mempunyai telinga luar/cuping telinga.

 Contoh: katak, kodok, salamander, cicak.

 Mempunyai kulit yang kering dan bersisik (dry and scaly skin).

 Sisik melindungi badan reptilia.

 Bertelur.

 Persenyawaan berlaku dalam badan reptilia betina, dimana sperma dan telur bersatu di dalam
badan reptilia betina.

 Berdarah sejuk (poikilothermic).

 Kebanyakannya mempunyai dua pasang kaki, kecuali ular.

 Bernafas melalui paru-paru (lungs).

 Mempunyai satu jenis gigi sahaja.

 Giginya tajam dan berbentuk kon.

 Tidak mempunyai telinga luar/cuping telinga.

 Contoh: buaya, kura-kura, penyu, cicak, ular.


Ekologi (ecology) ialah kajian berkenaan hubungan antara benda-benda hidup (living things) serta
hubungan antara benda-benda hidup dan persekitaran (environment).

Spesies (species) adalah kumpulan organisma yang mempunyai ciri-ciri yang sama, serta boleh membiak
di kalangan mereka bagi menghasilkan keturunan.

Populasi / kependudukan (population) adalah kumpulan organisma daripada spesies yang sama yang
hidup di dalam habitat yang sama. Salah satu contoh populasi adalah populasi belalang di sebuah
padang.

Komuniti / masyarakat (community) terdiri daripada beberapa jenis populasi bebas daripada organisma,
yang hidup dan tinggal bersama-sama dalam satu habitat. Sebagai contoh, komuniti sesebuah kolam
(pond) adalah terdiri daripada semua mikroorganisma, tumbuhan air dan haiwan yang hidup di dalam
kolam tersebut.

Habitat adalah tempat tinggal semulajadi sesuatu organisma.

Organisma mendapatkan makanan serta perlindungan dari segala apa yang ada dan terdapat di dalam
habitat mereka.

Semua organisma yang hidup di dalam sesuatu habitat berinteraksi(interact) bagi mengekalkan
keseimbangan (maintain balance) di dalam habitat tersebut.

Ekosistem (ecosystem) terdiri daripada satu organisma yang berinteraksi dengan satu sama lain juga
dengan benda yang bukan hidup yang berada di sekitar mereka.
 Tinggal di atas darat.

 Badannya dilindungi oleh bulu pelepah (feathers).

 Bulu pelepahnya adalah kalis air serta boleh memerangkap haba.

 Mempunyai sepasang sayap yang boleh laras, dari depan badan. Sayap membolehkannya
terbang.

 Sesetengah burung boleh berenang, seperti itik dan penguin.

 Bertelur. Telurnya mempunyai cengkerang keras (hard shell).

 Persenyawaan berlaku di dalam badan.

 Berdarah panas (homoiothermic). Suhu badan kekal/tetap serta tidak berubah mengikut suhu
persekitaran.

 Bernafas melalui paru-paru.

 Tidak mempunyai gigi, tetapi menggunakan paruh (beak) untuk mematuk (peck) makanan.

 Mempunyai kaki bersisik keras serta kuku tajam.

 Badannya berbentuk aerodinamik untuk mengurangkan rintangan udara semasa terbang.


 Kebanyakkannya tinggal di atas darat, kecuali ikan paus dan ikan lumba-lumba yang tinggal di
dalam air.

 Badan diliputi dengan rambut (hair) dan bulu (fur).

 Kulitnya mempunyai kelenjar peluh (sweat glands).

 Mempunyai cuping telinga.

 Berdarah panas.

 Mamalia betina mempunyai kelenjar susu bagi menyediakan susu untuk anaknya.

 Persenyawaan berlaku di dalam badan.

 Melahirkan anak dari rahim mamalia betina, kecuali platypus yang bertelur.

 Bernafas melalui paru-paru.

 Mempunyai pelbagai jenis dan bentuk gigi untuk fungsi yang khusus dan berbeza.

 Contoh: manusia, monyet, arnab, anjing, lembu, zirafah, ikan paus, kelawar.

 Beberapa jenis mamalia menunjukkan ciri-ciri yang luar biasa. Contohnya, kelawar mempunyai
sepasang sayap, landak mempunyai bulu berduri, platypus bertelur serta mempunyai paruh
seperti itik.
Organisma hidup adalah saling bergantung. Contoh saling bergantung antara hidupan adalah seperti
berikut:

1. Bekalan gas.

- Manusia dan haiwan mendapatkan gas oksigen untuk pernafasan daripada tumbuh-tumbuhan hijau
yang menjalankan fotosintesis.

- Tumbuhan hijau mendapatkan gas karbon dioksida untuk fotosintesis daripada manusia dan haiwan
apabila mereka bernafas.

2. Sumber makanan.

- Tumbuhan adalah sumber makanan yang utama bagi haiwan dan manusia.

- Haiwan juga adalah sumber makanan kepada manusia dan haiwan-haiwan lain.

3. Perlindungan.

- Haiwan seperti monyet dan burung adalah saling bergantung untuk mendapat perlindungan (pokok).

- Tumbuhan seperti pakis dan lumut juga bergantung pada tumbuhan lain atau pokok untuk menjadi
tuan rumah.

Contoh saling bergantung antara benda hidup dan benda bukan hidup, adalah:

1. Tumbuhan memerlukan cahaya matahari (sunlight) dan karbon dioksida untuk menjalankan
fotosintesis (photosynthesis).

2. Bumi (tanah), air dan mineral terlarut adalah diperlukan untuk tumbesaran tanaman.

3. Manusia dan haiwan memerlukan oksigen untuk bernafas.


Takat beku air

Takat beku air (freezing point of water) adalah suhu di mana air bertukar menjadi ais (bentuk pepejal).

Takat beku air tulen (pure water) pada tekanan atmosfera (piawai) ialah0°C. Ini bermakna bahawa air
tulen akan membeku menjadi ais (ice) pada 0°C.

Takat didih air

Takat didih air (boiling point of water) ialah suhu di mana air bertukar menjadi stim (wap air).

Takat didih air pada suhu bilik dan tekanan atmosfera (piawai) adalah100°C. Oleh itu, air akan mendidih
dan bertukar menjadi stim (steam) pada suhu 100°C.

Teori Kinetik

Teori Kinetik adalah penjelasan tentang keadaan zarah-zarah (particles) dalam jirim.

Terdapat tiga andaian yang dibuat dalam teori kinetik:

1. Semua jirim (matter) terdiri terdiri daripada zarah-zarah kecil / seni (seperti atom dan molekul).

2. Zarah-zarah ini adalah sentiasa bergerak / bergetar, secara rawak.

3. Zarah-zarah ini juga berlanggar (colliding) antara satu sama lain.

Molekul mempunyai pergerakan dan tenaga kinetik pada semua suhu. Molekul air beku (ice) pada 0°C
bergerak lebih perlahan daripada molekul air pada 10°C.
Pembekuan

Apabila cecair disejukkan, pergerakan zarah akan menjadi perlahan. Oleh itu, tenaga kinetik zarah
berkurang.

Daya tarikan antara zarah menjadi lebih kuat dan kukuh.

Apabila daya tarikan (daya yang menarik) menjadi begitu kuat, ianya menarik zarah kembali ke
kedudukan tetap mereka, cecair menjadi pepejal.

Perubahan dalam susunan dan gerakan zarah ini dipanggil pembekuan (freezing).

Suhu dimana cecair (liquid) berubah menjadi pepejal dipanggil takat beku(0°C).

Pendidihan

Apabila cecair dipanaskan, zarah akan bergetar dengan lebih pantas. Oleh itu, tenaga kinetik zarah
meningkat.

Zarah akan bergerak menjauhi satu sama lain dan daya tarikan antara mereka menjadi lemah (weaken).

Apabila kumpulan kecil zarah-zarah dipecahkan kepada zarah tunggal dan daya tarikan antara zarah
boleh diabaikan (negligible), cecair bertukar menjadi gas.

Perubahan dalam susunan dan gerakan zarah ini dipanggil pendidihan (boiling).

Suhu dimana cecair bertukar menjadi gas (atau dalam bentuk buih pada seluruh cecair), dipanggil takat
didih (100°C).
Tuas adalah mesin ringkas (simple machine) yang boleh membantu kita melakukan kerja dengan lebih
mudah.

Tuas (lever) adalah suatu batang/bar tegar (rigid bar) yang bolehbergerak/berputar bebas pada satu
titik tetap yang dipanggil fulkrum(fulcrum) apabila suatu daya (effort) dikenakan keatasnya untuk
mengatasi daya lain yang menentang yang dikenali sebagai beban (load).

Tuas digunakan untuk memberikan kelebihan mekanikal (mechanical advantage) dalam menghantar
atau mengubah (transmitting or modifying) daya dan gerakan.

Sistem tuas (lever system) membolehkan suatu beban yang berat dipindahkan dari satu titik ke titik yang
lain dengan menggunakan daya (effort) yang minima. Ini boleh membantu mengurangkan tenaga.

Tuas boleh dikelaskan kepada 3, iaitu:

1. Tuas kelas pertama (first class levers)

2. Tuas kelas kedua (second class levers)

3. Tuas kelas ketiga (third class levers)

Perbezaan antara kelas-kelas tuas adalah berdasarkan kedudukan beban (load), daya (effort) dan
fulkrum (fulcrum).

Setiap kelas tuas mempunyai dua daya, iaitu, beban (load) dan daya/usaha (effort).

Jarak diantara beban dan fulkrum dipanggil jarak beban (distance of load, symbol: l).

Jarak diantara daya (effort) dan fulkrum dipanggil jarak daya (distance of effort, symbol: e).

Anda mungkin juga menyukai