Anda di halaman 1dari 5

IMBUHAN APITAN

Imbuhan Apitan

 Penggabungan dengan kata dasar akan membentuk makna tertentu.


 Terdiri daripada beberapa bentuk:

Apitan meN......-kan dan meN............-i

 Perkataan yang dihasilkan merujuk kepada:


(a) sesuatu yang dilakukan untuk faedah orang lain
(b) menyebabkan sesuatu hal itu terjadi
(c) perbuatan

Contoh :

 membasuhkan , mengikatkan, merekodkan,


 melayani, merawati, mengetuai

Apitan ke-..............-an

 boleh membawa beberapa maksud:


(a) menerangkan sesuatu hal yang terdapat dalam kata dasar
(b) tempat

Contoh :

 kesakitan, keletihan, kemuraman


 kenakalan, kesempitan

Apitan peN-....-an

 merujuk kepada tempat dan perbuatan serta keadaan:


(a) menerangkan sesuatu hal yang terdapat dalam kata dasar
(b) tempat

Contoh :

 pedalaman, pembunuhan, penginapan,perbarisan, pelabuhan

Apitan di-......-kan, di-.....-i, diper-.....-kan

 Digunakan dalam ayat pasif

Contoh :

 dianugerahkan, ditemui, diperdebatkan

Contoh ayat:

 Murid-murid digalakkan menguasai pelbagai bahasa.


 Adik tertidur di ruang tamu kerana keletihan.
 Acara perbarisan itu tamat pada pukul 1.00 petang.
 Mangsa pembunuhan itu ditemui mati oleh jirannya.
Latihan
A. Letakkan imbuhan pada perkataan di bawah.

1. Kita harus ______________ orang yang lebih tua daripada kita. ( hormat )

2. Salmi ___________akan tingkah laku pemuda itu. (curiga )

3. Ayah ___________seekor lembu pada Hari Raya Aidiladha. (korban)

4. Hanif ___________kasutnya sebelum masuk ke dalam rumah. (tanggal)

5. Rosnah sering menghabiskan masa lapangnya di __________.(pustaka)

B. Isikan tempat kosong dengan perkataan yang sesuai.

Keberanian bertanyakan menghadiahi menanggalkan

permohonan penggunaan membincangkan

kesunyian kesultanan membaiki

1. ____________ komputer dapat mempercepat segala urusan khususnya dalam penyimpanan data.

2. Asmat berusaha ____________ basikalnya yang rosak.

3. Mesyuarat yang diadakan akan ____________masalah pencemaran.

4. ___________Zaini untuk melanjutkan pelajaran telah diluluskan oleh majikannya.

5. Adik __________ kasut sebelum masuk kedalam rumah.

6. Ayah ___________ saya sebuah buku cerita.

7. Pihak polis telah memberikan pingat ___________kepada Amar kerana telah membantu mereka
menangkap perompak itu tempoh hari.

8. Seorang pemuda __________ arah ke rumah Encik Zahari.

9. Sejak anak-anaknya berpindah ke bandar, Makcik Ani hidup dalam ____________.

10. Salah seorang sultan pada zaman _______________Melayu Melaka ialah Sultan Mahmud Syah.
MBUHAN APITAN – LATIHAN 2
Isi tempat kosong dengan jawapan yang paling sesuai.

1 _____ Hui Ling menjadi contoh kepada murid-murid lain.


A Ketekunan
B Bertekun
C Tertekun
D Menentunkan

2 Daun-daun kering ______ di halaman rumah apabila ditiup angin.


A penaburan
B pertaburan
C menaburkan
D bertaburan

3 Kehidupan rakyat derita semasa zaman ______ Jepun.


A berkedudukan
B kedudukan
C pendudukan
D menduduki

4 Jane ____ pengalaman bercutinya kepada kawan-kawan karibnya.


A perceritaan
B menceritai
C menceritakan
D pencerita

5 Pak Busu akan ____ pembedahan pada minggu hadapan.


A menjalani
B menjalankan
C perjalanan
D dijalankan

6 Persembahan teater itu telah ______ oleh beribu-ribu penonton.


A menyaksikan
B disaksikan
C kesaksian
D penyaksian

7 Kelihatan banyak burung ______ di langit.


A menerbangkan
B berterbangan
C penerbangan
D diterbangkan

8 Skuad bola sepak yang terpilih ke pertandingan Piala Aisa _____ oleh pemain-pemain
muda.
A berbaris
B dibarisi
C perbarisan
D barisan

9 Ramai murid tidak ______ pelajaran yang disampaikan oleh Cikgu Borhan pada hari ini.
A memahami
B kefahaman
C persefahaman
D pemahaman
10 Sekolah kami telah ______ dengan pelbagai prasarana moden.
A melengkapi
B dilengkapi
C melengkapkan
D kelengkapan

11 Kerja-kerja ______ bahan-bahan kitar semula itu dilakukan oleh beberapa orang pekerja.
A diasingkan
B keasingan
C berasingan
D mengasingkan

12 Harimau itu ______ mangsanya dengan senyap.


A terhampir
B berhampiran
C menghampiri
D penghampiran

13 ______ tahunan bapa saya ialah RM 24 000.


A Mendapatkan
B Pendapatan
C Mendapati
D Didapati

14 ______ jawatan Encik Faizal secara tiba-tiba menyebabkan pentadbiran Syarikat Kejora
menjadi kelam kabut.
A Diletakkan
B Meletakkan
C Perletakan
D Terletak

15 Haiwan ______ Fatiha ialah kucing.


A disayangi
B menyayangi
C kesayangan
D bersayang-sayangan

16 Atlet itu berjaya _____ tahap kelayakan Sukan Olimpik dalam kejohanan tersebut.
A melepasi
B melepaskan
C pelepasan
D dilepaskan

17 Pembinaan kedai runcit di kawasan itu telah memudahkan penduduk membeli barang-
barang _____
A keperluan
B memerlukan
C diperlukan
D seperlunya

18 _______ Kereta terbaru syarikat itu dirasmikan oleh pengarah syarikat tersebut.
A Dilancarkan
B Pelancaran
C Kelancaran
D Melancarkan
PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN

1. PENERANGAN

IMBUHAN APITAN :

Imbuhan apitan ialah imbuhan yang ditambahkan


serentak pada hadapan dan pada belakang kata
dasar.
imbuhan + kata dasar + imbuhan
1. meN......-kan dan meN............-i
Perkataan yang dihasilkan merujuk kepada:
(a) sesuatu yang dilakukan untuk faedah orang lain :
Contoh ; Ali membasuhkan kasut sekolah adiknya.
(b) perbuatan:
Contoh : Syah telah menyanyikan sebuah lagu sempena majlis hari lahirnya.

2. ke-..... –an
Boleh membawa beberapa maksud:
(a) menerangkan sesuatu hal yang terdapat dalam kata dasar :
Contoh ; Keadaan mangsa kemalangan itu semakin stabil.
(b) tempat:
Contoh ; Kediaman hartawan itu dikawal ketat oleh pihak polis.
(c) sifat :
Contoh: Sifat kebudakan pemuda itu terserlah.

3. peN-....-an
Merujuk kepada tempat dan perbuatan serta keadaan:
(a) menerangkan sesuatu hal yang terdapat dalam kata dasar
Contoh ; Alia mengetuai perbarisan kawad kaki.
(b) tempat

2. AKTIVITI KUMPULAN
Membina ayat berdasarkan imbuhan apitan yang diberi kepada setiap kumpulan.

-menyayangi
-mengakui
-menghadiahi
-mengemaskan
-mempamerkan
-kekalahan
-kesenangan
-kemalangan
-perpustakaan
-permohonan
-pembunuhan

3. AKTIVITI INDIVIDU
Menjawab soalan kefahaman.

Anda mungkin juga menyukai