Anda di halaman 1dari 7

Unit Bimbingam & Kaunseling SMK Ta,man Indah 2013

DRAF
KERTAS KERJA

SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN TAMAN INDAH,


73000 TAMPIN, N.SEMBILAN

PROGRAM KEM JATI DIRI


PELAJAR BERISIKO DISIPLIN
2013
TEMA : “MENGGALI BENIH KEGEMILANGAN”

TARIKH : ___HB – ___HB MAC 2013 (Jumaat – Ahad)


TEMPAT : SMK TAMAN INDAH, TAMPIN, NS

ANJURAN BERSAMA
UNIT BIMBINGAN & KAUNSELING
LEMBAGA DISIPLIN SEKOLAH

1
Unit Bimbingam & Kaunseling SMK Ta,man Indah 2013

KERTAS KERJA PROGRAM KEM JATI DIRI (PELAJAR BERISIKO)


SMK TAMAN INDAH, TAMPIN, NS.

1.0 PENGENALAN

Sekolah tidak lari dari menghadapi masalah disiplin pelajar. Walau bagaimana pun tahap
keseriusan masalah disiplin tersebut mungkin tidak sama di antara satu sekolah dengan sekolah
yang lain. Berbagai-bagai jenis masalah disiplin yang wujud di sekolah. Bagi pelajar yang
menunjukkan masalah disiplin yang agak kritikal ianya perlu dicegah atau dikurangkan agar tidak
bertambah teruk.

Dengan itu Unit Bimbingan dan Kaunseling dengan kerjasama pihak Lembaga Disiplin
Sekolah dan PIBG SMK Taman Indah akan menganjurkan program yang dinamakan PROGRAM
KEM JATI DIRI untuk pelajar-pelajar lelaki dan perempuan SMK Taman Indah. Melalui program
ini, diharapkan para peserta akan dapat menanamkan daya tahan dari segi mental menghadapi
persekitaran selain membentuk sahsiah ke arah yang lebih positif.

2.0 RASIONAL

Program ini memberi kesedaran dan membantu pelajar membentuk sahsiah kendiri ke
arah tingkah laku positif. Program ini juga sekurang-kurangnya dapat membentuk daya tahan
dalam diri untuk menghadapi sebarang tekanan dan pengaruh persekitaran hidup mereka.

3.0 MATLAMAT

3.1 Membantu pelajar dalam merubah tingkah laku negatif kepada tingkah laku yang lebih
positif.
3.2 Memberi kesedaran kendiri kepada pelajar bahawa mereka perlu mengamalkan mutu
sahsiah kendiri yang tinggi untuk menempuh hidup bermasyarakat di sekolah atau di
luar sekolah sebagai seorang pelajar.
3.3 Memberi pengalaman menempuh cabaran untuk menambahkan daya ketahanan dan
kesabaran dalam diri dalam menghadapi cabaran hidup sebagai pelajar, ahli keluarga
dan masyarakat.

4.0 OBJEKTIF

4.1 Mengenali diri dengan melihat kekuatan dan kelemahan diri


4.2 Diharap pelajar dapat kesedaran kepentingan sahsiah diri yang baik dalam hidup
mereka untuk menjadi ahli masyarakat di sekolah atau di luar sekolah.
4.3 Diharap pelajar dapat mengubah tingkah laku negatif kepada tingkah laku positif
dalam
pelajaran untuk masa depan.
4.4 Pelajar juga diharap bukan sahaja cemerlang dalam bidang akademik, tetapi juga
cemerlang dalam menghadapai sebarang cabaran dan tekanan dalam hidup sebagai
seorang individu yang hidup bermasyarakat.
4.5 Membina sistem pertahanan diri bagi mencegah daripada dipengaruhi budaya negatif

2
Unit Bimbingam & Kaunseling SMK Ta,man Indah 2013

4.6 Menghidupkan semangat bertanggungjawab kepada diri, keluarga dan masyarakat

5.0 TEMA
”MENGGALI BENIH KEGEMILANGAN”

6.0 SASARAN
Pelajar berisiko tinggi dalam disiplin ( ponteng kelas, ponteng sekolah, merokok, minum
minuman keras, selalu melanggar peraturan sekolah) dari tingkatan 1-5 seramai lebih kurang
100 orang .

Pembantu : ( Pengawas SMKTI )

7.0 TARIKH PELAKSANAAN


17 -19 Jun 2011 (Jumaat – Ahad)

8.0 TEMPAT
SMK Taman Indah dan kawasan persekitaran SMK Taman Indah.

9.0 JURULATIH & FASILITATOR


Guru – guru disiplin dan guru Kaunseling SMK Narinang, Kota Belud.

10.0 BAHAN KEPERLUAN


Bahan Makanan Mentah, Belerang, Siaraya, Khemah, Kertas Majung, , marker pen, Tanda
Nama Gantung, Peralatan Flying Fox,

11.0 PERLAKSANAAN
- Perkhemahan – 2 khemah ( 1 khemah perempuan, 1 khemah lelaki )
- Peserta memasak mengikut giliran

12.0 TENTATIF PROGRAM

Tarikh : Hari Pertama ( Jumaat )


Masa Aktiviti Tindakan Kump bertugas Guru Bertugas
(MC)- peserta
0700- 1000 Pendaftaran peserta 1 Kumpulan 1
Pembahagian tag nama/kumpulan
Pemberian amanah
Taklimat
Ice breaking
Mendirikan khemah
1100-1300 Kawad kaki 2
Penyediaan makanan Kump bertugas
1300-1400 Makan tengahari / solat Guru Bertugas
1400-1700 Khidmat Masyarakat ( ) 3 Kumpulan 2
Bahagian pengangkutan
1800 -1900 Mandi/ makan/solat Guru Bertugas
1900-2030 LDK 1- Membina nama, motto, logo yell 4
kumpulan ( bentang )
2030-2200 LDK 2- Mengenali potensi diri & 5 Kumpulan 3
Kejayaan
2200- 2330 Jurit Malam 1
3
Unit Bimbingam & Kaunseling SMK Ta,man Indah 2013

2330-0200 Malam Potensi Diri (solo camping) 2

Tarikh : Hari Kedua (Sabtu )


Masa Aktiviti Tindakan Guru bertugas
0500 -0530 Senam robik, solat subuh, persiapan diri
0600-0730 Sarapan Guru Bertugas
0730-0900 LDK 3 Team Building 3 Kumpulan 1
0900-1030 LDK 4 Menghidupkan sifat-sifat positif 4
& menghapuskan sifat-sifat negatif
1030-1230 Khidmat masyarakat ( ) 5

1230-0130 Makan tengahari Guru Bertugas


1400 -1700 Aktiviti lasak – Larian berhalangan/ 1 Kumpulan 2
Larian Komando
1800-1900 Mandi, makan, solat Guru Bertugas
1900-2000 Latihan malam kebudayaan 2
2000-2130 Malam kebudayaan 3
2130-2200 Malam penghayatan “Cermin Diri” 4 Kumpulan 3
2200-2230 Minum malam Guru Bertugas
1130-1230 Refleksi Diri 5
1230 Tidur

Tarikh : Ketiga (Ahad )


Masa Aktiviti Tindakan Guru Bertugas
0500 -0530 Senam robik, solat subuh
0530 -0700 Persiapan diri
sarapan
0700 -0800 Pengisian borang azam ( surat kepada 1
ibu bapa)
0800-0900 LDK 5 - Menilai kekuatan dan M 2
kelemahan diri
0900 -1100 Slot Program Pencegahan Jenayah / PDRM 3
( Ceramah / Pameran) Setiausaha PIBG
( Ibu bapa peserta hadir (wajib) & ibu
bapa pelajar SMKTI
1100-1130 - Persiapan Program Penutupan
- Pengembalian amanat
1130 - Majlis Penutupan Bermula Semua PK, wakil PDRM,
- Lagu Negara ku , Sabah tanah airku semua guru UBK, semua
- Wakil Pelajar AJK, semua pembantu
- Ucapan Kem Komanden dan ibu bapa peserta
- Ucapan wakil PDRM dijemput hadir
- Ucapan Perasmian Penutupan
( Pengetua )
- Penyampaian Hadiah / Sijil
- Makan tengahari
-Bersurai

SEBARANG MASALAH UNTUK HADIR BERTUGAS PADA MASA YANG DITETAPKAN SILA BERUNDING
UNTUK PERTUKARAN DENGAN GURU YANG SETUJU UNTUK BERTUKAR MASA BERTUGAS

4
Unit Bimbingam & Kaunseling SMK Ta,man Indah 2013

Kumpulan 1: Kumpulan 2: Kumpulan 3:

13.0 ANGGARAN KOS PERBELANJAAN PROGRAM


Makan minum peserta & pembantu/ sewa Flying Fox - RM ( Peruntukan UBK)
Keperluan lain ( hadiah/peralatan) - RM ( Yuran Peserta)
Jumlah keseluruhan RM

( Perincian Perbelanjaan Sila Rujuk Lampiran )

14.0 AHLI JAWATAN KUASA PROGRAM KEM JATI DIRI SMK NARINANG, KOTA BELUD TAHUN
2011

BAHAGIAN Pegawai PERINCIAN TUGAS


PENAUNG PPD Tampin
PENASIHAT Pengetua SMTI - Merasmikan penutupan Program kem Jati Diri,
Tn. Hj. Ramli b Ibrahim - meluluskan peruntukan kewangan, peralatan
- menyelia pelaksanaan program
PENGERUSI PK HEM - Mempengerusikan mesyuarat
En Mohammad b Said - Menyelia pelaksanaan program
PENYELARAS Ketua Guru Kaunseling - Memanggil mesyuarat sebelum program
Cik Tan Soo Shin - menyelaras aktiviti Program Kem Jati Diri
En. Alias b Daud - menyediakan kertas kerja
- memohon peruntukan
- merancang dan menyusun atur perjalanan aktiviti
TIM. PENYELARAS Ketua Guru Disiplin - memberi taklimat kpd peserta sebelum diserahkan kepada
PROGRAM En. MAzlan b Lambak Kem Komandan
- memantau pelaksanaan aktiviti seperti yg dirancang
- menyelia petugas-petugas mengikut unit masing-masing
SETIAUSAHA Pn. Alizarinah b Ali - menyediakan minit mesyuarat
- menulis & mengedarkan surat jemputan mesyuarat
- surat mohon peralatan memasak (kokum)
- surat jemputan ibu bapa (hadir majlis penutupan)
- surat kepada PDRM
BENDAHARI En. Tan Eng Chon - mengurus bahagian kewangan
KEM KOMANDAN En. Khairuddin b Mohd - memastikan semua aktivti yang dirancang berjalan
Taupek mengikut masa yg ditetapkan
- memastikan kelancaran keseluruhan program
- Memberi taklimat kepada guru-guru bertugas
- memastikan peraturan dipatuhi oleh semua peserta
- memastikan disiplin pelajar sentiasa terkawal
- memantau komitmen setiap peserta/ fasilitator
-Menyediakan laporan program
TIMB. KEM En. Alias b Daud - membantu memastikan semua aktivti yang dirancang
KOMANDAN : berjalan mengikut masa yg ditetapkan
-membantu memastikan kelancaran keseluruhan program
-membantu memberi taklimat kepada guru-guru bertugas

5
Unit Bimbingam & Kaunseling SMK Ta,man Indah 2013

- membantu memastikan peraturan dipatuhi oleh semua


peserta
- membantu memastikan disiplin pelajar sentiasa terkawal
- membantu memantau komitmen setiap peserta/ fasilitator
-membantu menyediakan laporan program

URUSETIA - Menyedia tag nama


- Menyediakan peralatan seperti marker pen, kertas putih,
kertas kajang sekiranya diperlukan
- Memastikan keperluan sepanjang prgm telah di sediakan
- Memasang & menyediakan LCD, skrin putih untuk
keperluan ceramah
- perlu hadir sepanjang program (mengikut jadual) yang
ditetapkan oleh ketua
- Menilai dan mencari peserta terbaik/kump terbaik
- Mengambil kehadiran peserta tengahari, petang, malam
- Menyedia dan menyerahkan lapran perjalanan setiap
aktiviti kepada kem komanden
- Membantu kelancaran program/ pelaksanaan aktiviti
- Wajib menghadiri semua mesyuarat program bersama kem
komanden dan guru-guru
PA SYSTEM / - memastikan PA system sentiasa berfungsi setiap masa
( didewan sekolah dan astaka )

PERALATAN - menyediakan/ mengurus peminjaman peralatan yang


MEMASAK/KHEMAH diperlukan spt khemah, peralatan memasak , dapur gas,
besen, tempat air minum, pisau, periuk nasi, cerek, kuali
- memastikan peralatan mencukupi
-Meminjam dan memastikan khemah dikembalikan
- memastikan peralatan yang di pinjam dikembalikan
PENDAFTARAN/ Sijil - mendaftar/mengagihkan tag nama peserta (hari pertama )
- membahagikan amanat kpd setiap peserta
- Menyediakan sijil peserta dan guru-guru yang terlibat
TAKLIMAT / BORANG - Menyediakan senarai peserta
KEBENARAN - Edar dan kutip borang kebenaran ibu bapa kpd peserta
- beri taklimat kepada peserta 4 hari sebelum prgm
bermula, kenalpasti kg peserta, pengangkutan balik dan
peserta yg tidak dapat hadir pd hari sabtu
- memastikan peserta menghadiri program kecuali yang
mempunyai alas an kukuh
KESELAMATAN - memastikan keselamatan pelajar semasa di dlm atau diluar
sekolah ketika pelaksanaan program
- memastikan pelajar tidak mendpt ancaman dari luar
PERUBATAN - menyediakan ubat-ubatan yang sesuai sepanjang program
- menghntr pelajar yg sakit utk mendapatkan rawatan
JURUKAMERA - merakam aktiviti pelajar sepanjang pelaksanaan program .
PENILAIAN PROGRAM - menyediakan dan mengedarkan borang penilaian program
- merumus dan menulis laporan penilaian program
MAKAN DAN MINUM - Mempastikan makan minum pelajar mencukupi
- memastikan bahan mentah untuk dimasak oleh pelajar
telah disediakan
- Memastikan ada pelajar yang menyediakan makanan

6
Unit Bimbingam & Kaunseling SMK Ta,man Indah 2013

HADIAH -Mengurus pembelian dan penyampian hadiah


PENGANGKUTAN - menyediakan pengangkutan yang diperlukan semasa
khidmat masy
LARIAN - menyediakan track/ peralatan larian berhalangan @ Larian
BERHALANGAN / Komando
FLYFOX -menentukan petugas dan borang penilaian kumpulan bagi
setiap check point
- memberi taklimat kpd peserta sebelum akvtiviti bermula

BUKU ATURCARA urusetia - Menyediakan buku aturcara majlis penutupan


PENUTUPAN

PEMBANTU ( 20 - membantu setiap bahagian


PENGAWAS) - membantu kelancaran program
- membantu pelaksanaan aktiviti
- wajib menghadiri semua mesyuarat program bersama kem
komanden dan guru-guru
GURU BERTUGAS Rujuk tentatif - perlu berada di sekolah seperti masa yang ditetapkan dan
membantu AJK yang lain mengikut keperluan

 PENYELARAS, TIMBALAN PENYELARAS, KEM KOMANDEN , TIMBALAN


KEM KOMANDEN DAN URUSETIA AKAN SENTIASA HADIR SEPANJANG
PROGRAM MENGIKUT MASA YANG AKAN DIPERSETUJUI KELAK

15.0 PENUTUP

Diharapkan program ini dapat membantu pelajar yang berisiko dispin untuk menyedari dan
memperbaiki diri dari segi sahsiah, akademik dan sosial. Memandangkan program ini adalah
julung kali di adakan d cadangkan, jika berjaya bakal menjadi aktiviti tahunan khusus untuk
pelajar – pelajar berisiko dan berpotensi melakukan salahlaku disiplin yang memungkinkan
mereka dibuang sekolah atau terlibat dengan jenayah.

Disediakan oleh,

(Cik Tan Soo Shin)


Penyelaras Program,
Ketua Guru Kaunseling,
SMK Taman Indah.
2 Jan 2013

Anda mungkin juga menyukai