Anda di halaman 1dari 2

UJI LARI DAN DOKUMENTASI

Topik Tanah terkandung di dalam Dokumen Standard Kandungan dan Pentaksiran.


Ianya terletak di bawah tema Bumi dan Sains Angkasa dan slaid interaktif Our Land ini
merupakan satu langkah yang telah diusahakan untuk membantu murid-murid tahun 3 bagi
memahami isi kandungan di dalam topik Tanah yang telah mereka pelajari. Di dalam slaid
interaktif ini, murid perlu berinteraksi secara langsung dengan program yang dibina bagi
memahami isi kandungan di dalam topik Tanah ini. Slaid yang dibina ini berkisar tentang
keupayaan air mengalir ke dalam tanah.

Our Land telahpun diuji keberkesanannya oleh dua orang murid tahun 3 yang telah
mempelajari topik Tanah ini. Sebelum slaid ini diuji lari, saya telah menemu bual mereka
mengenai kefahaman mereka mengenai kebolehan air mengali ke dalam tanah. Melalui temu
bual yang telah saya laku kan, saya dapati, tahap kefahaman mereka mengenai kebolehan air
mengalir ke dalam tanah adalah rendah. Hal ini kerana mereka tidak dapat membayangkan
apa sebenarnya yang berlaku terhadap air tersebut dan kurangnya penjelasan daripada guru
semasa proses PdP.

Seterusnya, slaid interaktif yang dibina ini diuji oleh kedua-dua orang murid tahun 3 ini
dan ketika menggunakannya, mereka kelihatan amat gembira. Mereka dapat memahami
dengan mudah konsep asas di dalam topik Tanah ini melalui penggunaan Our Land ini.
Tambahan pula, mereka berasa seronok kerana mereka teruja menggunakan komputer riba.
Seterusnya, bagi menjawab kuiz yang telah saya bina dengan menggunakan aplikasi Quizziz,
kedua-dua orang murid ini telah menggunakan telefon bimbit yang mempunyai capaian
internet yang bagus. Oleh kerana kuiz yang dibina merupakan satu kuiz berbentuk ‘time-
based’, mereka amat teruja untuk menjawab soalan kuiz sebelum masa yang diberikan tamat.

Selepas semuanya berjaya dilaksanakan, saya telah membuat satu sesi refleksi bagi
mendapatkan maklum balas mereka tentang slaid interaktif yang telah saya bina dan juga kuiz
atas talian yang telah mereka jawab. Saya dapati, mereka dapat memahami dengan baik
konsep yang terdapat di dalam sub-topik kebolehan air mengalir ke dalam tanah kerana
dengan adanya bantuan daripada Our Land dan juga kuiz atas talian yang berjaya menguji
kefahaman mereka.

Anda mungkin juga menyukai