Anda di halaman 1dari 2

Pesanan dari Jack Ma, pengasas Alibaba.

com

Jangan risau setiap kesalahan. Adalah pendapatan yang baik untuk kamu.

Saya bagitahu diri saya dan anak-anak muda.

Sebelum usia 20 tahun. Jadilah anak murid yang baik. Kalau mahu berbisnes,
pelajari pengalamannya.

Sebelum usia 30 tahun. Ikutlah seseorang. Kerjalah dengan syarikat yang kecil.
Umumnya syarikat besar sangatlah baik belajar proses pekerjaan. Sebab anda
semua sebahagian daripada mesin besar. Bila kamu bekerja di syarikat yang kecil,
kamu belajar tentang KESABARAN, kamu belajar tentang IMPIAN, kamu belajar cara
melakukan banyak hal sekali gus. Sebelum usia 30 tahun, bukan masalah dimana
syarikat kamu pergi tapi boss mana kamu ikut ini paling penting. Bos yang baik ajar
anda semua memang berbeza.

Dan usia dari 30 hingga 40 tahun, kamu kena fikirkan, bimbangkan tentang diri
kamu. Jika ingin berbisnes sendiri.

Jika usia 40 hingga 50, anda harus lakukan sesuatu yang sesuai dengan
kemampuan anda. Jangan lompat ke bidang lain, dah terlambat. Mungkin anda akan
berjaya tapi risiko untuk gagal terlalu BESAR. Jadi, untuk usia 40 hingga 50 tahun,
fikirkanlah bagaimana nak fokus sesuatu yang kamu mahir.

Tapi bila anda dah berusia 50 hingga 60 tahun, bekerjalah untuk anak-anak muda.
Sebab anak-anak muda boleh lakukan terbaik dari anda. Maka terima mereka,
laburkan kepada mereka dan pastikan mereka bagus.
Jadi, bila anda dah usia 60 tahun, gunakanlah masa untuk diri kamu sendiri. Pergilah
ke pantai untuk berjemur. Sudah terlambat untuk berubah.

Ini nasihat saya terhadap anak-anak muda yang di luar sana. Usia 25 tahun, buatlah
cukup kesalahan. Jangan risau. Anda jatuh, anda bangkit semula. Anda jatuh lagi,
anda bangkit lagi. Nikmatilah usia 25 tahun anda.

Anda mungkin juga menyukai